Istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Itulah antara persoalan yang membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Yang mana dua istilah ini perlu diguna pakai, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan istilah manakah yang lebih betul penggunaannya. Jika kita teliti dalam perlembagaan negara, bahasa rasmi yang iktiraf dan termaktub di dalam perlembagaan negara adalah Bahasa Melayu.
Namun, tiada pula istilah Bahasa Malaysia disertakan dalam perlembagaan negara. Mengapa istilah Bahasa Malaysia wujud dan mengapa pula istilah Bahasa Melayu perlu ditukar kepada istilah Bahasa Malaysia. Umum mengetahui bahawa pada awal Jun 2007, Datuk Zainuddin Maidin yang ketika itu Menteri Penerangan telah mengumumkan bahawa bahasa Melayu dirujuk kepada Bahasa Malaysia atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri dan keesokan harinya perkara tersebut disahkan oleh Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri. Alasan penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini adalah untuk tujuan perpaduan kaum dan juga integrasi nasional. Terjejas atau tidak Bahasa Melayu jika penukaran istilah bahasa ini dilakukan? Penulis berpendapat penukaran istilah ini boleh membawa satu bencana yang besar kepada Bahasa Melayu. Walaupun kita tidak merasai kesan daripada tindakan kita hari ini, namun percayalah generasi akan datang merasai kesan tersebut.
Profesor Teo Kok Seong, profesor Sosiolinguistik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan bahawa penukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia atas tujuan perpaduan dan integrasi nasional dengan matlamat murni hanya segi zahirnya sahaja, tetapi pada hakikatnya boleh merosakkan dalam banyak hal khususnya orang Melayu yang empunya bahasa terbabit.
Penulis amat bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh sarjana berkenaan. Mungkin kita melihat penukaran istilah daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana hanya sebaris kata dan istilah, dan mana mungkin boleh membawa akibat negatif terhadap Bahasa Melayu dan jauh sekali bangsa yang empunya bahasa terbabit. Hal ini disebabkan, anggapan sebilangan besar masyarakat kita yang suka mengambil mudah, acuh tidak acuh serta tidak mengambil penting tentang perihal dunia kebahasaan menyebabkan Bahasa Melayu rela dirobek-robek dan ditukar-tukar istilahnya tanpa rasa bersalah oleh pihak tertentu.
Walaupun kita bukan dalam kalangan ahli dunia kebahasaan, jauh sekali bergelar aktivis bahasa, itu tidak penting, yang penting adalah sikap kita sebagai pengguna dan penutur Bahasa Melayu yang perlu ada rasa kesedaran, kasih serta sayang terhadap Bahasa Melayu. Oleh itu, sikap sensitif terhadap Bahasa Melayu seharusnya tinggi walaupun kita seorang ahli perniagaan, juruterbang, doktor, peguam yang kiranya fasih berbahasa Inggeris dan menggunakannya untuk urusan sehari-harian.
Ditambahkan lagi, sekiranya penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini disebabkan ingin mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia, penulis beranggapan ia bukanlah tata cara yang praktikal untuk dilakukan iaitu dengan mengubah istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Umum mengetahui, negara telah pun mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, namun isu perpaduan kaum ini masih lagi hebat diperdebatkan oleh pelbagai pihak terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Negara juga turut dikejutkan dengan tsunami politik yang menyebabkan suasana politik negara tidak begitu stabil terutama negeri-negeri yang menerima peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung hubungan kaum di Malaysia mulai menerima bibit-bibit keretakan, disebabkan beberapa isu berbangkit.
Ironinya isu perpaduan ini bukan satu isu yang mudah untuk diselesaikan kerana ia memerlukan tolak ansur semua pihak dalam menyelaraskan beberapa isu mahupun tuntutan. Malah, mana-mana negara sekali pun, isu perpaduan pelbagai ras dan kesukuan ini adalah satu isu yang masih lagi belum mencapai kata putus yang mutlak, walaupun negara berkenan sudah mencapai taraf negara maju. Soal perpaduan ini bukanlah satu soal yang mudah untuk ditangani, seperti penulis katakan sebentar tadi bahawa tolak ansur antara semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikan perpaduan di Malaysia.
Jika kita betul bersungguh-sungguh ingin melaksanakan perpaduan di Malaysia, persoalannya mengapakah Bahasa Melayu perlu diusik dan ditukar-tukar namanya? Istilah Bahasa Melayu sudah cukup meluas penggunaannya bermula dari peringkat rendah hingga peringkat tertinggi. Jika ingin mengukuhkan perpaduan di Malaysia, adalah lebih molek jika kita menggunakan elemen lain tanpa mengganggu gugat Bahasa Melayu yang cukup terbudaya dalam masyarakat ketika ini.
Pelaksanaan sekolah wawasan, pembinaan bangsa Malaysia, serta slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak antara program yang berteraskan perpaduan yang perlu diperkukuhkan peranan serta fungsinya, tanpa Bahasa Melayu perlu diusik atau diganggu gugat istilahnya daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan seumpamanya dengannya.
Menurut Profesor Teo kok Seong, dalam bahasa diyakini Bahasa Melayu turut terkandung dan terangkum artifak, institusi dan organisasi, sikap, falsafah, pemikiran dan emosi, budaya, sejarah, sistem kepercayaan dan nilai bangsa Melayu yang terhimpun sejak turun menurun lamanya. Malah, menurut pendapat Profesor Nor Hisham Osman, pensyarah linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Malaysia sewajarnya menggunakan pendekatan negara-negara lain seperti Australia, England, Kanada dan New Zealand yang menggunakan istilah standard iaitu Bahasa Inggeris dan bukannya menggunakan istilah negara-negara berkenaan untuk merujuk kepada Bahasa Inggeris.
Jika kita lihat dari sudut sejarah perkembangan Bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu bukan hanya setakat dituturkan di sekitar wilayah politik Malaysia sahaja malah turut dituturkan oleh sebilangan besar masyarakat lingkungan rantau kepulauan Melayu yang merangkumi, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand. Penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bukanlah satu penyelesaian yang holistik dalam mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Istilah Bahasa Malaysia diwujudkan pada hakikatnya bagi membolehkan ia tidak melambangkan mana-mana suku kaum di Malaysia, namun kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan realitinya hasrat tersebut tidak akan tercapai walaupun bangsa Melayu sanggup menggugurkan nama bangsanya pada istilah Bahasa Melayu.
Menurut Kamal Abdullah Sani, semua warga Malaysia tidak seharusnya curiga pada penggunaan istilah Bahasa Melayu. Hal ini kerana rasa curiga itu mungkin menimbulkan pelbagai kesan yang negatif. Malah, kita sebagai warga negara Malaysia yang mengaku warga setia di bumi tercinta ini perlu merasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita walaupun kita berlainan kaum, suku, mahupun keturunan. Abang Patdeli Abang Muhi melalui makalahnya “Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia”, Pelita Bahasa 1995 telah melontar beberapa persoalan tentang kewajaran penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Adakah dengan penukaran istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia menjadikan masyarakat lebih prihatin terhadap Bahasa Melayu dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bahasa teknologi yang terpenting di negara ini? Untuk membincangkan Bahasa Melayu dari segi keupayaan sebagai bahasa ilmu, ia memerlukan satu perbincangan yang cukup panjang dan melibat pelbagai aspek. Hal ini kerana pada hari ini secara dasarnya Bahasa Melayu menerima hambatan yang begitu hebat daripada pelbagai sudut terutama dari sudut cabaran Bahasa Inggeris dan dunia globalisasi tanpa sempadan.
Mungkin dalam benak fikiran kita timbul satu persoalan, mengapa Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia sedangkan rakyat Indonesia juga turut bertutur di dalam Bahasa Melayu serupa dengan rakyat Malaysia? Menurut Profesor Teo, kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia berbeza daripada Indonesia. Hal ini kerana bahasa rasmi negara jiran tersebut diangkat daripada kumpulan minoriti berbanding suku Jawa yang mendominasi wilayah Indonesia dan tidak timbul soal bantahan kerana ia suatu penghormatan besar kepada empunya bahasa tersebut. Dr Nor Hisham menambah, bahawa bahasa mewakili bangsa, dan situasi Bahasa Malaysia di negara ini berbeza daripada Indonesia yang mengangkat bahasa berdasarkan nama negara itu kerana sudah terbukti mereka sudah berjaya mengwujudkan bangsa Indonesia. Bahasa Indonesia tambah beliau lagi tidak sama dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Indonesia difahami sebagai bahasa yang diucapkan di Riau, satu wilayah di negara jiran itu. Manakala, di Malaysia bahasa Melayu merujuk kepada bahasa bangsa Melayu.
Oleh hal yang demikian, sudah sampai masanya kita warga Malaysia yang tidak kira ras mahupun keturunan perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan tanpa menukarkan namanya. Oleh itu, kita jangan lagi ragu-ragu untuk menyatakan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Hal ini disebabkan Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan dan telah diterima oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi negara kita.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 25 Jun 2013
Isnin, 24 Jun 2013
kematian
Wahai anakku,
Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.
Wahai anakku,
Bukanlah kekuatan itu kamu tunjukkan kegagahan kamu di hadapan golongan yang lemah, sedang kamu gagal mengawal nafsu amarah kamu. Ketahuilah, keegoan itu akan lenyap darimu, bilamana kamu diusung ke kuburmu. Lenyapkan kesombongan kamu dengan membanyakkan pergaulanmu dengan golongan yang tawadduk, buanglah perasaan sombongmu dengan membanyakkan menghadiri pengkebumian, dan ambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari kamu mengharapkan iktibar setelah berada dalam kubur.
Wahai anakku,
Janganlah kamu berjalan dengan angkuh dan kesombongan di atas muka bumi ini, kerana suatu hari kamu akan masuk ke dalam perut bumi. Janganlah engkau rakus dan perlahap dengan makanan, kelak kamu akan dibaham oleh ulat-ulat dan cacing di dalam kuburmu. Banyakkan mengingati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik-baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang sekarang untuk menentukan apa yang akan diperolehi selepas kematiannya.
Senyum.

bala jerebu
Dalam tahun 1990 an sudah berlaku jerebu yang tebal di Malaysia. Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Mantan Presiden PAS) dalam satu ceramahnya semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.
Manusia lupa kepada Allah SWT dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada insan beriman yang mahukan peraturan Allah SWT. Lalu Allah SWT datangkan jerebu sebagai satu ingatan supaya rakyat dan pemimpin Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah SWT.
Allah SWT tidak datangkan gempa bumi yang menyebabkan rakyat Malaysia mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan kematian.
Bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah SWT kepada kita, maka bagi mereka yang mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah SWT.
Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak beriman. Banjir di zaman Nabi Nuh, gempa ribut di era Nabi Hud dan Nabi Saleh, bumi terbalik di zaman Nabi Luth dan Firaun ditenggelamkan di Laut Merah serta Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang engkar langsung terhadap Allah SWT.
Setiap kali bala Allah SWT ia memusnahkan orang engkar dan digantikan dengan mereka yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa seribu peringatan buat kita.
Justeru wajarlah penghuni dunia ini insaf dan tunduk kepada perintah Allah SWT.
# Ingatlah kITA Berada di Akhir Zaman, Kiamat semakin Hampir ayuh segera bertaubat sebelum terlambat.

boikot
Dari: Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif)
beberapa tulisan cercaan dan cemuhan memperbodohkan usaha kempen boikot kurma dan produk Iran dibawa kepada perhatian saya. Menerima tujahan peluru peluru spt ini adalah sebahagian dari kempen 'Winning Hearts and Minds' untuk meyakinkan umat supaya menyambut seruan boikot ini.
Kempen boikot produk Iran adalah seruan dari Ijtimak Ulama Ummah yg di pengerusikan oleh Syeikh dr Yusuf Qardhawi pd 14 Jun 2013 yg merupakan sebahagian dari Resolusi 11 perkara sebagai menyatakan sokongan kpd rakyat Syria dan bantahan kpd Hizbus syaitan dan Iran yg kini membantu Regim Basyar al Assad secara politik dan ketenteraan utk membunuh rakyat Syria.
Kpd saudara di luar sana yg sinis dgn usaha ini dan melemparkan cercaan samada secara peribadi atau secara umum hanya akan memperkukohkan seruan ulama ummah untuk menyelamatkan rakyat Syria dari penyembelihan tentera fasad Basyar, Hizbusyatan dan golongan Rafidah Iran dan sekutunya.
Dengan ini saya juga memberi maaf kepada beberapa orang yg mencerca saya khusus ttg usaha ini. saya juga memberi maaf in advance kpd sesiapa lagi yg mungkin memberi reaksi yg sama. Perkataan 'bodoh' yg dilemparkan hanyalah halwa telinga berbanding dgn anak anak kecil yg menahan kesakitan kerana ditetak dan dibakar hidup hidup oleh tentera Basyar Assad.
Sebarkan SEGERA ke seluruh Malaysia!! BOIKOT YUSUF TAIYOOB!
UPDATED
YuTa jv trade dengan banyak negara. Tidak semua YuTa kena boikot, cuma boikot produk YuTa made in Iran sahaja. Kena peka pada kotak ya.

99
tahukah anda bahawa terdapat 99 khalifah islam yang bermulanya pada tahun 632 dan berakhirnya pada tahun 1924.
- abu bakar 632 - 634
- umar - 634 - 644
- uthman - 644 - 656
- ali - 656 - 661
- hassan - 661 -661
- khalifah umayyah = 661 - 750 - keturunan bani uthman - bangsawan
- khalifah abbasiah = 750 - 1258 - keturunan bani hasyim - keturunan nabi s.a.w
- 1258 - 1281 - 23 tahun tiada khalifah kerana dilanggar tentera monggol
- khalifah uthmaniah - 1281 - 1924 - keturunan bani seljuk
- 1924 - 2013 = 89 tahun tiada khalifah

Langgan:
Catatan (Atom)