Khamis, 27 Jun 2013

Ruh


BAGAIMANA PARA WALI DAPAT BERJALAN CEPAT??

(Dikisahkan oleh Habib Ali Habsyi/Shohibul Maulid Simtuddhuror)

Ahmad bin Thoha bertanya, "Bagaimana para wali dapat
berjalan cepat, apakah itu bumi yang dilipat bagi mereka, atau
bagaimana?

Habib Ali Habsyi berkata, "Tidak, itu adalah jasad yang mengikuti ruh. Alam jasmani itu terikat oleh sebab-sebab. Jika kau ingin ke Mekah, kau harus menyiapkan kendaraan, bekal, atau perahu dan lain-lain. Kau tidak akan dapat sampai kesana kecuali dengan susah payah. Namun bila jasmani ringan (dari dosa) maka ia akan mengikuti ruh.

Jika terlintas keinginan di hatimu untuk pergi ke Mekah, maka, saat itu juga kau akan sampai ke Mekah: kau akan bertawaf, berziarah ke Nabi Saw dan kembali saat itu juga sebagaimana yang terjadi pada Syeikh Abu Bakar As-Sakran bin Abdurrahman As-Saggaf.

Suatu hari teman-temannya mendengar suara-suara (aneh).
Mereka bertanya: ”Apa itu?”
Syeikh Abu bakar berkata, “Shafra binti Khathlin datang dari India bersama 30 wali wanita ke kota ini. Mereka hendak berziarah makam Nabi Hud, Anaknya yang ditinggalkan di India menangis. Lalu ia menggoyangkan mainan anaknya yang gemerincing, untuk menenangkan anaknya”.

Demikian pula yang terjadi dengan imam Sya’rani, ia berkata:
“Datang kepadaku 7 orang dari India mereka berkata:
“Kami berangkat semalam dari India. Kami umrah,menziarahi Nabi Saw
pergi ke Bait al-Maqdis dan pagi ini kami bersamamu”.

'Abdul Qadir bin Ahmad bin Thahir bercerita bahwa Habib
Abu Bakar berkata; ”Ketahuilah Nak. (dari Huraidhah) aku pergi
ke Syibam ke tempat Habib Ahmad bin Umar bin Smith kemudian ke Masileh, ke rumah syeikh, lalu berziarah kepada Habib Thahir dan Habib Abdullah, kemudian aku kembali lagi ke Huraidhah.Semua ini berlangsung selama bacaan Fatihah”.,

tak cerdik jangan baca

KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya. 

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.

suparmanjo

Anda ingin jadi Spiderman? Boleh sangat!  Sila lah berkunjung ke London dan pergi ke rumah ilusi ini. Hehe


Sebenarnya ada cermin gergasi yang merefleksikan binaan seakan sebuah bangunan yang terdampar di atas bumi. Maka jika anda melihat diri anda yang sedang terbaring melentang di atas bangunan itu di dalam cermin gergasi tersebut, seolah-olah anda melihat anda sedang memanjat bangunan seperti Spiderman. :D

Sila lihat video di bawah;





Bayi Syurga... amin

Di China...
jika buka video dibawah jangan nangis tau..... lihatlah mayat-mayat bayi bergelimpangan di sepanjang tebing sungai..... yang dah reput entah berapa banyak.
Senangnya mereka buang anak... hanya campak dalam sungai.


 

Saham akhirat

Sesetengah manusia Muslim kelihatan tidak kisah jika angka ibadah atau pahala mereka yg menjadi saham akhirat berada pada tahap statik selama 20 tahun. ikuti kisah ini:

Pada suatu hari Ustaz Zulkifli menegur jemaah suraunya agar cuba membaca al-Quran setiap hari sehingga khatam. Hal ini kerana sebahagian besar jemaah hanya memfokuskan bacaan Yasin sahaja pada malam tertentu.

Zamri menjawab: "Apalah Ustaz! Yasin pun al-Quran juga, sekurang-kurangnya kami baca juga Yasin walau sekali seminggu!" 

Ustaz Zulkifli: "Saya kenal awak sejak tahun 1993 lagi. Sudah 20 tahun, sejak dari dulu itulah juga alasan awak. Bagaimana kalau awak kerja selama 20 tahun tapi gaji tak pernah naik? Mesti awak tak berpuas hati!"

Zamri lalu tersenyum tawar. 

Utamakan gaji akhirat! Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas : ayat 77)
Juga firman Allah, yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah Asyura : ayat 20).