Rabu, 4 September 2013

minyak

PERGERAKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA SEMENJAK 1990-2013

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Era Dr Mahathir:- (1990-2003) 13 tahun Kenaikan sebanyak 46sen.
Era Abdullah Ahmad Badawi:- (2003 - 2009) 5 1/2 tahun - kenaikan sebanyak 1.38sen & penurunan sebanyak 90sen.
Era Mohd Najib Abdul Razak (2009 - 2013) 4 tahun - kenaikan sebanyak 25 sen

Fenomena kenaikan harga barang pernah terjadi di zaman Rasul saw dan sahabat-sahabat r.a. bertanyakan kepada Baginda saw:-
“Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”

Jawab Baginda saw;
"Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Maha Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

(1) Sesungguhnya Allah Dzat Yang Mentakdirkan Semua Harga. (Tauhid Af'al)
(2) Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang.
Rezeki, ajal maut & jodoh pertemuan adalah rahsia ALLAH. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali tidak akan mengganggu rezeki kita yang telah ditetapkan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Surah Asy-Syuura, ayat 27)

والله أعلم بالصواب
wa ALLAHu 'alam bi as-sowwab

macai... fokus pada isu

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

Isnin, 2 September 2013

doposeng

Ramai orang mengeluh. Kalau sekadar minyak petrol saja yang naik boleh kira lagi, tapi lepas ni pasti harga barang akan juga naik. Gula, tepung, ayam, dan sewaktu dengan nya juga naik.

Janji2 dari mereka yang sebelum ini mahukan jawatan sebagai pemerintah hanya tinggal janji palsu. Ya, janji palsu!

Hilang sudah slogan mereka, iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan "Janji Ditepati". Ohh, lupa, menghadiahkan janji manis sudah sebati.

Wahai, Dato Najib, cubalah kasihan sama rakyat anda yang miskin, cubalah selami apa yang rakyat anda sedang lalui ini, jangan terlalu suka, setiap apa yang anda lakukan untuk rakyat anda akan dipersoalkan.

Teringat masa minyak naik dulu, ada orang berdoa, "ya Allah, Kau timpakan apa yang sepatutnya kepada mereka yang menzalimi kami." Kalau doa orang tu termakbul kali ni, memang 'masak' lah kalian. Fuhh, seriau.

Doa orang yang dizalimi tu makbul Dato' Najib. Semoga Allah membuka hati Dato' untuk memahami apa yang berlaku.

p/s: ini antara hadiah merdeka yang 'best'.

Lebai moden

dari pandangan anda ..mana yang anda rasa anak yang berguna dan yang benar2 membantu..? pilih satu sahaja

a) anak yang gagal dalam pelajaran dan malas sehingga makanpun mak bapak yg bagi(anak bapak)

b) anak yang gagal dalam pelajaran tetapi rajin membantu mak bapak dan menjdi tempat bergantung apabila mereka tua..

c) yang berjaya dlm pelajaran tetapi gagal dlm hidup

d) yang berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup sehingga membanggakan seluruh keturunan..kena pulak anak dapat jadi PM kan? dan berjaya bantu seluruh keluarga di atas dunia ni..tetapi gagal di akhirat

e)anak yang bodoh dan hanya hidup dalam kesederhanaan tetapi mampu menjadi pelindung kedua ibu bapa daripada api neraka di akhirat kelak.

pilih jawapan yang anda rasa suka dan cubalah didik sehingga mereka menjadi seperti yang anda ingin kan .. #share

khaled saed















بِســـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Prihatin Mesir | Khaled Saed

Khalid adalah pemuda dari Wilayah Iskandariah, Mesir. Semasa hidupnya beliau pernah menyebarkan video salah salah laku polis Mesir di zaman diktator regim Husni Mubarak.

Sebagai balasannya, Khalid dipukul dan diseksa sehingga mati, anda boleh saksikan keadaan wajah Khalid. Kematian Khalid antara pencetus utama berlakunya Revolusi 25 Januari 2011.

Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat bangun mempertahankan hak Khalid dan menentang anjing-anjing Mubarak yang bertindak kejam dan zalim. Kemuncaknya berlakulah Revolusi 25 Januari sehingga berjaya menggulingkan Mubarak.

Selepas Mubarak jatuh, tentera memerintah selama setahun setengah dalam tempoh peralihan, namun tiada hukuman dikenakan ke pembunuh Khalid dan rakyat yang terkorban ditembak polis Mubarak semasa Revolusi 2011. Hakim membebaskan penjenayah kerana pihak pendakwa raya sengaja tidak mengemukakan bukti yang kukuh.

Semasa Mursi menjadi Presiden, beliau memecat peguam negara dan menggantikan dengan peguam yang baru. Kes-kes jenayah Mubarak dibuka dan dibicarakan semula. Belum selesai penghakiman, Mursi digulingkan, Mubarak dilepaskan, seorang demi seorang penjenayah dilepaskan.

Darah Khalid dan pejuang yang terkorban masih belum terbela, sekarang Regim Mubarak berkuasa kembali dengan sokongan kuat dari tentera, mereka bebas membunuh,menyeksa dan menangkap sesiapa sahaja yang menentang kerajaan haram tentera.

Rakyat bangkit kembali menentang tentera, momentum kebangkitan semakin kuat, 30 Ogos menyaksikan penentangan hebat dari rakyat. Biarpun tentera masih belum mengalah, tetapi kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat disekat, regim Mubarak dan Pemerintah Tentera akan tumbang satu masa nanti.

Khalid telah pergi menemui Tuhannya, namun perjuangan Khalid disambung jutaan 'Khalid Saed' yang baru. Begitulah perjuangan menegakkan kebenaran, satu mati sejuta akan bangkit.

Semoga pembunuh Khalid akan terima balasannya satu hari nanti.

Nukilan wartawan Prihatin Mesir.