Sabtu, 21 September 2013

buluh vs pakis

Alkisah pakis dengan buluh…

Saban hari, Zulkifli terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.

“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.

Satu petang, Zulkifli terjumpa Ustaz Rani di taman riadah sebelah pokok yang tingginya 5 kaki, akarnya mendalam 2 kaki dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”

Ustaz Rani melihat Zulkifli yang kesian lalu berkata…

“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?”

“Nampak,” jawab Zulkifli.

“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.

Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.

Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu.

Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya.

Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.

Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Rani.

“Adakah cerita ini membantu anta?”

Zulkifli terus memeluk Ustaz Rani dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”

Wahai anakku,
Aku sedih melihat kamu merungut di tengah-tengah malam berkata Allah sengaja menyusahkan kamu dengan pelbagai ujian. Aku berharap nukilan ini dapat membuatkan kamu memahami bahawa perancangan dan ujian Allah adalah sebaik-baik perancangannya untuk kamu.

Sebelum buluh tumbuh, ia tidak tahu potensinya. Setelah ia tumbuh tinggi, barulah ia memahami mengapa ia diuji sebegitu berbanding pakis yang sudah tumbuh merata untuk membina kekuatan akarnya.

Wahai anak kesayanganku, bersabarlah. Takkan kamu diuji jika tiada kelebihan tertentu yang berada di dalam dirimu. Ujian hanya sekadar untukmu mengenal kelebihanmu itu. Maka bersikap positiflah dengan setiap cabaran yang datang. Ambillah ia sebagai cabaran dan bukannya masalah.

Kongsilah nukilan aku dengan mereka yang memerlukannya sekiranya kamu berasa bersemangat semula selepas membacanya.

Jumaat, 20 September 2013

durhaka ----> ke neraka!!

balik2 salah guru. balik2 salah guru. semuanya salah guru. budak ponteng salah guru. budak mengawan dalam kelas salah guru. pembelajaran tak kreatif salah guru. terlalu pentingkan pencapaian salah guru.

apsal tanak kaji kenapa guru2 tu menjadi tak kreatif? menjadik too academical wise?

kenapa tak nak hentam kementerian pelajaran yg selalu sangat tukar syllabus? kenapa tak nak hentam kementerian yg tak konsisten dalam dasar2 depa? kenapa tak salahkan puak2 pengampu kat atas nun yg mementingkan grading? mementingkan rating sampai memberikan tekanan extra kepada guru2 utk perform dr segi akademik? kenapa tak sentuh ttg adanya sekolah yg tak de padang sukan langsung mcm smk danau kota? kenapa tak nak lihat masalah guru yg dihujani pelbagai kerja tambahan yg memenatkan sepanjang minggu? 

guru2 ni nampak rileks dol tapi sorg pun tak tau tekanan yg depa hadapi melainkan guru tu sendiri. dengan nak menghadap guru besar yg tuntut academical performancenya, pastu guru besar tu pun kena menjawab dgn pihak jabatan, jabatan kena jawab dgn kementerian, dgn pereangai budak2 zaman skang yg karut marut..hish! patutnya jangan tunding jari kat guru semata2.

or else, tukang bagi pandangan kat paper ni ke tukang kritik lelebih ni ke cuba jadi guru kejap. tgk berapa lama korg bertahan.

sekadar paparan tepi - ini adalah senarai perkara yg digariskan KPM utk guru2 folo dalam mendenda para pelajar. soalan aku - dgn sebegini punya banyak kekangan, budak2 akan jd makin disiplin atau makin mcm beruk? sapa yg gariskan benda tu? guru gak?

hentam la KPM tu woiii...
 — bersama Norzaidah Zainudin dan 6 lainnya.


Azan

Kisah Azan VS Zina

Rasulullah saw bersabda, “Jika sebuah kampung ada orang yang azan, Allah akan menjaga kampung tersebut dari azabNya pada hari itu.”

Pernah air sungai di kota Baghdad, Iraq melimpah disertai hujan lebat, sehingga hampir menenggelamkan seluruh kota. Pada masa itu, ada orang soleh di kota tersebut bermimpi. Dalam mimpinya, dia menyaksikan dari tepi sungai Dijlah limpahan air yang mula mentengelamkan perkampungan. Dia hanya boleh melihat sambil berkata,

“La haula wala quwwata illa billah. Baghdad akan tenggelam.”

Masih dalam mimpinya, tidak selang lama, datanglah dua malaikat yang berwajah manusia. Terjadilah perbualan di antara keduanya,

“Apa yang diperintahkan kepadamu?”

“Menenggelamkan kota Baghdad. Tapi perintah itu kemudian dicabut lagi.”

“Kenapa?”

“Malaikat penjaga malam melaporkan bahawa malam tadi di kota Baghdad berlaku tujuh ratus perzinaan. Allah murka, dan memerintahkan aku menenggelamkan Baghdad. Kemudian malaikat penjaga siang melaporkan ada tujuh ratus azan dan iqamat, sehingga Allah mencabut perintahNya kerana pengumandang azan dan iqamat.”

Orang soleh itu lantas terbangun dari tidurnya. Air sungai terlihat berkurang sedikit demi sedikit. Baghdad terhindar dari musibah besar yang akan menelan jutaan korban.

* * *

Mari kita bersyukur di kalangan kita masih terdengar laungan suara azan dan iqamat di masjid-masjid apabila masuk waktu.
Tanpa kita sedari, kemungkinan berkat para muazin itulah kawasan kita terhindar dari musibah akibat perilaku dosa yang semakin hari semakin teruk.

Wallahualam...

( Dikutip dari kitab Tatsbitul Fuad Bab 1 muka 354 karangan asy-Syeikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar al-Ahsai,murid dan pembantu al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad )

qiam

Syekh Ibnu Zhafar al-Makki mengatakan,

“Saya dengar bahwa Abu Yazid Thaifur bin Isa al-Busthami radhiyallahu ‘anhu ketika menghafal ayat berikut:

“Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk shalat) pada malam hari, kecuali sebagian kecil.” (QS. Al-Muzzammil: 1-2)

Dia berkata kepada ayahnya, ‘Wahai Ayahku! Siapakah orang yang dimaksud Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat ini?’ Ayahnya menjawab, ‘Wahai anakku! Yang dimaksud ialah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.’ Dia bertanya lagi, ‘Wahai Ayahku! Mengapa engkau tidak melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam?’ Ayahnya menjawab, ‘Wahai anakku! Sesungguhnya qiyamul lail terkhusus bagi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan diwajibkan baginya tidak bagi umatnya.’ Lalu dia tidak berkomentar.”

“Ketika dia telah menghafal ayat berikut:

‘Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu.’ (QS. Al-Muzzammil: 20)

Lalu dia bertanya, ‘Wahai Ayahku! Saya mendengar bahwa segolongan orang melakukan qiyamul lain, siapakah golongan ini?’ Ayahnya menjawab, ‘Wahai anakku! Mereka adalah para sahabat –semoga ridha Allah Subhanahu wa Ta’ala selalu terlimpa kepada mereka semua.’ Dia bertanya lagi, ‘Wahai ayahku! Apa sisi baiknya meninggalkan sesuatu yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya?’ Ayahnya menjawab, ‘Kamu benar anakku.’ Maka, setelah itu ayahnya melakukan qiyamul lail dan melakukan shalat.”

“Pada suatu malam Abu Yazid bangun, ternyata ayahnya sedang melaksanakan shalat, lalu dia berkata, ‘Wahai ayahku! Ajarilah aku bagaimana cara saya bersuci dan shalat bersamamu?’ Lantas ayahnya berkata, ‘Wahai anakku! Tidurlah, karena kamu masih kecil.’ Dia berkata, ‘Wahai Ayahku! Pada hari manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya, saya akan berkata kepada Rabbku, ‘Sungguh, saya telah bertanya kepada ayahku tentang bagaimana cara bersuci dan shalat, tetapi ayah menolak menjelaskannya. Dia justru berkata, ‘Tidurlah! Kamu masih kecil’ Apakah ayah senang jika saya berkata demikian?’.” Ayahnya menjawab, ‘Tidak. Wahai anakku! Demi Allah, saya tidak suka demikian.’ Lalu ayahnya mengajarinya sehingga dia melakukan shalat bersama ayahnya.”

Sumber: Hiburan Orang-orang Shalih, 101 Kisah Segar, Nyata dan Penuh Hikmah, Pustaka Arafah Cetakan 1

KL 50-70an

Di bawah ialah bukti empirikal bahawa Kuala Lumpur sekitar 50-70an adalah jauhhhhhhhh lagi cantik dari KL sekarang. 




Laporan asal Skyscraper City