"The Islamic Principles of Permissibility and Prohibition"
1-Halal and Haram are determined by Allah alone
2-Natural usability and permissibility of things
3-Rules of Halal and Haram are for all human beings
4-Halal is good and Haram is foul
5-The distinction of Halal and Haram is for human ease, goodness, guidance and mercy
6-Anything that leads to Haram is Haram
7-Prohibition the Halal and permitting the Haram is major sin
8-Misrepresentation of Haram is also Haram
9-Means and ends should be Halal
10-Doubtful things are to be avoided
11-Exceptional permissible of Haram on the basis of necessity
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 1 Oktober 2013
sedey vs guyu
Wahai anakku,
Bacalah alkisah pertama ini… seorang budak sedang asyik bermain bola di satu padang yang kecil bersama rakan-rakannya. Akibat tersilap tendang, bola itu terkeluar ke jalan raya.
Lantas budak itu keluar untuk menyelamatkan bolanya. Terdengar bunyi brek kereta. Bola diselamatkan, budak terjatuh sedikit kerana kegopohannya tapi tayar kereta keluar asap sempat berhenti daripada mengambil nyawa budak tersebut.
Budak tersebut berlari balik ke padang bola bermain seperti biasa. Kereta tadi tidak membunyikan hon lalu beredar dengan cepat. Ramai yang memerhatikan kejadian berasa budak itu bernasib baik dan pemandu kereta itu gopoh… sepatutnya lalu di kawasan tepi padang kena slow sedikit.
Cerita berakhir dengan nokhtah gembira seperti budak yang masih mengejar bola di atas padang.
Wahai anakku,
Baca pula alkisah kedua ini… pakcik Jamali, 50 tinggal seorang. Keluarganya termasuk anak-anaknya semua meninggal di satu kejadian tsunami hampir sedekad yang lalu. Ketika membersihkan ruang tamunya, pakcik Jamali berasa sakit dada yang amat tajam sekali sekala.
Pakcik Jamali merasakan dia bakal terkena angin ahmar mahupun sakit jantung. Bergegasnya mengambil kereta dan cuba memandu secepat hati ke hospital atau klinik berdekatan.
Tiba-tiba ada seorang budak yang meluru keluar dari tepi padang. Pakcik Jamali terkejut lalu menghentak brek sekuat hati dan memusing steringnya ke tepi untuk mengelak. Hampir sedikit terlanggar budak itu. Melihat budak itu berlari balik ke padang untuk bermain bola, pakcik Jamali yang terkejut dengan kejadian itu menekan minyak mencari hospital.
Setibanya di lampu trafik, pakcik Jamali diserang sakit jantung kerana kejutan tadi dan meninggal di tempat kejadian. Ramai yang lalu lalang melihat pakcik Jamali seperti tertidur di dalam kereta. Polis mengesahkan pakcik Jamali mati kerana sakit jantung. Cerita berakhir dengan noktah sedih.
Wahai anakku,
Kedua-dua cerita di atas walau nampak tak berkait tapi sebenarnya kaitannya amat besar. Tapi tiada seorang manusia yang akan mendapat cerita penuh. Yang melihat di cerita satu tidak tahu apa yang berlaku di cerita dua, dan begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, wahai anak kesayanganku, jangan sesekali kamu menganggap kamu tahu segalanya dalam sesuatu hal atau peristiwa. Percayalah dan ingatlah sebagaimana kamu merasa hebatnya kamu, masih ada perkara yang engkau tidak tahu di sebaliknya.
Seperti cerita pertama, ia sebenarnya bukan satu cerita gembira kerana ada orang meninggal kerananya. Sebagaimana cerita kedua, ia sebenarnya bukan satu satu cerita sedih kerana ada orang yang diselamatkannya.
Aku sekadar menulis untuk kamu berfikir, wahai anakku, supaya kamu tidak mudah terlupa diri kerana kamu merasa diri hebat mengetahui segalanya walhal kamu hanya mempunyai dua biji mata seperti orang lain.
Senyum

masalah
Setiap orang pasti ada masalah.
Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Masa-masa ini harus kita hadapi dan kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat, gigih, optimis, istiqamah, dan sabar.
Sikap-sikap seperti inilah yang seharusnya muncul dalam menyelesaikan setiap masalah demi masalah ketika masalah itu hadir dalam kehidupan.
“Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. (QS. Al Baqarah: 286).
Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi.
Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi.
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb hendaknya kamu berharap.” (QS. Al Insyirah: 7-8)
Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh daya juang, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh onak berduri, yang kadangkala membuat kita terluka, perit dan sakit.
Tetapi, Sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini, daya juang kita tidak boleh padam. Kita dapat melihat dan belajar dari banyak orang di sekeliling kita yang tabah menjalani hidupnya, tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah.
Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh Menyerah.
Setiap masalah ada penyelesaian
Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba lihat di nasib saudara kita disebelah sana, masih ada yang lebih susah jika dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita.
Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang terbaik.
Be positive. Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Ali-Imran: 139).
Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. Begitu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita alami.
Kita pun harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan. Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun.
Tidak perlu menunggu saat susah. Sentiasa berbuat baik dan selalu mohon ampun kepada Allah, Insyaallah kita akan ditolong oleh-Nya. Ketika kegundahan, keserabutan dan masalah hidup itu hadir, ingatlah bahawa Allah itu tidak hanya sedang menguji kita.
Be Positive. Keep smile :)
Obamai
Oleh Hishamuddin Rais
Tanah Melayu adalah negara bekas tanah jajahan British. Semenjak zaman Raffles, Lord Minto hingga ke zaman Haji Mubin Sheppard, rujukan politik, ekonomi dan budaya tanah Melayu ialah Britain. Anak-anak didik British berkeliaran. Ketika membesar mereka dididik di Malay College. Yang bijak dihantar ke Kanada, New Zealand, Australia atau ke Old Mother England. Mereka diberi biasiswa Colombo Plan. Kemudian menjadi pegawai Malayan civil Service (MCS) , manakala guru-guru di Tanah Melayu dilatih di Kirby England
Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu dengan bijih dan getah telah menjadi penyumbang utama ekonomi Britain. Pada satu ketika yang lama dahulu hampir 60 peratus ekonomi Britain datang dari Tanah Melayu. Justeru, tidak salah kalau kita mengatakan bahawa kota London itu dibuat hasil rompakan harta kekayaan Tanah Melayu.
Sejarah Tanah Melayu berubah sesudah Perang Dunia Kedua. Perang dunia telah memuflis kuasa imperial Britain. Kantong duit Baginda Queen diburukkan lagi dengan serangan pukul mati dari Parti Komunis Malaya yang melancarkan gerakan bersenjata menentang penjajah British.
Akhirnya kuasa imperial Anglo terpaksa mengakui bahawa Britain bukan lagi kuasa imperialis dunia yang mutlak. Realpolitik sesudah Perang Dunia Kedua telah mewujud dua kuasa besar - kuasa imperialis Amerika dan blok sosialis Soviet Union.
Mengakui realpolitik ini, maka Britain telah mengeluarkan dasar ‘mengundur dari Timur Suez'. Ertinya Britain akan menutup semua pangkalan tentera di sebelah Timur. Kem Terendak di Melaka, pangkalan tentera terbesar Britain di Tanah Melayu akhirnya ditutup. Pangkalan udara RAF di Changi Singapura juga tutup kedai. Australia - negara budak suruhan Baginda Queen juga menutup ‘kedai kapal terbang' di Butterworth.
Untuk anak-anak muda - jangan tidak tahu bahawa Universiti Sain yang wujud hari ini didirikan di atas bekas tapak pangkalan tentera British. Justeru letaknya di atas bukit yang strategik. Dari bukit ini tentera British boleh menjaga dan mengawal kapal dagangan British yang keluar masuk di pelabuhan Tanjung.
Pengunduran tentera kolonial British ini menjadikan barua dan budak suruhan British di Asia Tenggara gelabah dan takut. Apabila British meninggalkan Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation - parti Ketuanan Melayu ini sedar bahawa tanpa bantuan ketenteraan British mustahil mereka dapat berkuasa. Untuk terus menjaga kepentingan ekonomi penjajah British - Tanah Melayu yang dikatakan ‘merdeka' telah menjadi anggota Komanwel hingga ke hari ini.
Dalam masa yang sama nasionalisme Dayak dan Iban di Borneo telah mula merebak. Indonesia di bawah nasionalis Bung Karno - yang anti-imperialis - telah menjadi rujukan bukan sahaja di Tanah Melayu malah di negara-negara tanah jajahan. Angkat senjata melawan penjajah menajadi trend politik di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Di serata dunia anak tanah jajahan angkat senjata melawan penjajah.
Seperti Parti Komunis Malaya - Parti Komunis Sarawak dengan PARAKU - Pasukan Rakyat Kalimantan Utara - mula melancarkan perang gerila untuk menyatukan Sabah, Sarawak dan Berunai dalam sebuah negara yang akan dipanggil Kalimantan Utara. Keadaan ini menjadikan British takut lalu projek Malaysia dikatakan ditetaskan pada tahun 1963. Projek Malaysia ini bertujuan untuk memastikan kepentingan ekonomi Britain terjaga.
Kuasa imperialis dengan licik telah menipu dan memaksa warga Sabah dan Sarawak mendirikan apa yang dipanggil gagasan Malaysia. Hakikatnya, dalam realpolitik Sabah dan Sarawak berbeza sekali.
Perang gerila PARAKU di Sarawak dan serangan gerila dari Tentera Pembebasan Rakyat Malaya memperlihatkan bahawa barua dan budak suruhan tinggalan British dalam keadaan terancam. Keselamatan mereka tidak mungkin terjamin. Dalam masa yang sama rakyat Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi Minh telah berjaya mengalahkan kuasa kolonial Perancis. Gerila-gerila dari Parti Komunis Filipina, Burma dan Thailand sedang melancar perang pembebasan.
Tahun-tahun 70-an memperlihat kuasa imperialisme British cuba memperkukuh kedudukan dari menjunam terus. Dalam suasana Perang Dingin ini inilah Perjanjian Ketenteraan Lima Negara dimeteri pada tahun 1971. Ini sebelum British mengundur terus dari Asia Tenggara. Perjanjian antara Britain, Australia, New Zealkand, Malaysia dan Singapura ini bertujuan untuk menjaga kepentingan British di Asia Tenggara. Juga perjanjian ini untuk mententeramkan budak-budak suruhan British yang masih lagi menghadapi serangan bersenjata dari Parti Komunis.
Perjanjian Pertahanan Lima Negara ini menunjukkan bahawa Malaysia termasuk Brunei masih tertakluk ke dalam bakul kepentingan ekonomi Britain. Brunai yang tidak jadi bersama Malaysia adalah contoh terbaik di mana Sultan Berunai hanya dapat diselamatkan dari kebangkitan rakyat dengan bantuan soldadu upahan Ghurkha yang dibawa oleh Britain.
Kuasa imperialis Amerika sedar akan pengaruh dan kepentingan ekonomi British ke atas negara bekas tanah jajahan ini. Justeru Amerika tidak menggangu gugat pengaruh Britain. Amerika hanya memasukkan jarum CIA untuk melakukan rampasan kuasa di Indonesia pada tahun 1965. Bung Karno dijatuhkan dan dinaikkan Haji Muhamad Suharto untuk menjadi boneka Amerika.
Seperti Geng 24 dan Geng 30 - Amerika dan Britain juga ada perjanjian samseng yang tidak bertulis. Dua kuasa imperial ini tidak akan ‘menceroboh' kawasan masing-masing. Mereka bekerjasama untuk membantu dalam hal rompak merompak negara Dunia Ketiga.
Kali pertama Amerika cuba mengembangkan sayap ke Malaysia pada tahun 1966. Ini ketika Perang Dingin dan Perang Vietnam sedang hebat berjalan. Presiden Johnson telah datang secara rasmi melawat Malaysia. Tujuan Presiden Johnson ialah untuk meminta Tunku menghantar tentera dan soldadu Malaysia bersama membantu Amerika dalam Perang Vietnam.
Presiden Johnson yang mengambil alih dari pembunuhan Kenendy sedang terdesak oleh Perang Vietnam. Politik dalaman Amerika sedang berkecamuk. Anak-anak muda di kampus-kampus telah bangun berdemo menentang Perang Vietnam. Warga Kulit Hitam menjadi radikal dengan Black Panther. Anak muda kelas pertengahan Amerika telah menubuhkan Weatherman - gerakan gerila bawah tanah - menentang kaum kapitalis tempatan.
Anak-anak muda Amerikan secara terbuka telah membakar Kad Wajib Tentera. Mereka tidak mahu dipaksa menjadi soldadu untuk mati di Vietnam. Ramai yang melarikan diri ke Kanada dan ke serata pelosok dunia. Gerakan anti-perang mengampuh ke seluruh dunia - dari London, Paris, Amsterdam ke Melbourne ke Tokyo. Di Vietnam sendiri jumlah soldadu Amerika yang gugur terus bertambah. Teknologi termoden dan tercanggih dalam dunia telah gagal mengalahkan Viet Cong.
Dalam suasa inilah Jonhnson sampai ke Kuala Lumpur. Presiden Amerika membuat kesilapan besar. Ketika ini Parti Buruh dan Parti Rakyat telah menyusun demo besar-besaran untuk ‘menyambut Johnson'. Ke mana sahaja Presiden Johanson melawat kaum nasionalis, kaum sosialis dan kaum kiri telah turun berdemo. Bentrokkan berlaku di Kuala Lumpur dan di Seremban ketika Johnson datang ke Labu untuk melawat Felda Sendayan.
Melihat suasana kebangkitan rakyat ini menjadikan Tunku menjadi kecut. Tunku terpaksa menolak permintaan Johnson. Langkah ini untuk mengelakkan dari berlaku pemberontakan dalam negeri dan kemungkinan tentangan hebat dalam parti United Malays National Organisation sendiri. Tunku pasti telah membaca suasana dalaman parti kerana tiga tahun sesudah lawatan Johnson ‘rampasan kuasa' berlalu. Tunku ditendang keluar.
Presiden Johnson dalam siri lawatan ke Asia Tengggara hanya berjaya mendapat sokongan junta tentera di Thailand dan Pilipina. Junta tentera boneka Amerika ini bersetuju untuk menghantar anak-anak muda mereka mati di Vietnam.
Kuasa imperial Amerika menyedari bahawa jika pengaruh politik Britisih akan terus merudum di Malaysia. Berkemungkinan seorang pemimpin yang tidak pro-Barat dan tidak pro-imperialis akan lahir. Apabila Mahathir Muhamad yang mengambil garis politik Pandang Ke Timur dan Buy British Last, ini menjadikan kuasa imperial Anglo-Amerika berwaspada.
Dengan licik kuasa imperialis Amerika telah menduga Mahathir. Mahathir yang beretorik sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang anti-Barat sebenarkan hanya hanya sebutir kelapa - hitam di luar tapi putih di dalam. Ini terbukti apabila desas desus mula muncul tentang bagaimana secara rahsia satu Perjanjian dengan Amerika telah ditanda tangani pada tahun 1984. Apa yang dijanjikan antara Mahathir dengan Setiausaha Pertahan Casper Weinberger wallahu 'alam bisawab.
Secara senyap-senyap Amerika telah memerangkap negara-negara bekas tanah jajahan Bristish ini ke dalam apa yang dipanggil APEC. Kemudian memaksa negara-negara APEC ini mengikat FTA - Free Trade Aggrement - Perjanjian Dagangan Bebas.
Tidak cukup dengan Perjanjian Dagangan Bebas - kuasa imperialis Amerika juga sedang merancang untuk memaksa negara-negara di pesisiran Laut Teduh untuk menanda tangani apa yang dipanggil Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik - TPPA.
Justeru pada 11 Oktober hadapan Presiden Obama akan menjadi presiden ke dua dari Amerika yang datang melawat secara resmi ke Malaysia. Pasti Obama tidak akan pergi ke Felda LBJ atau melawat Jenga seperti Presiden Lyndon Baines Johnson. Keadaan telah berubah. Apa sebenarnya rancangan dalam kepala Barack Hussein Obama apabila Rumah Putih merancang untuk datang ke Kuala Lumpur?
Pasti bukan datang untuk makan nasi himpit atau menjamah ikan patin masak tempoyak di Temerloh. Pasti juga bukan datang untuk melawat Zoo Negara. Justeru apa yang diimpikan oleh kuasa imperial ini?

Rahsia Besar
Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid An-Nabawi.
Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.
Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.
Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup sama sekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian.
Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi. (http://saudi-archaeology.com) |
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan. |
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran.
Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan. (Dalam petak merah) |
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan. |
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi. |
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai. |
Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku. (http://www.islamiclandmarks.com) |
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi. |
Langgan:
Catatan (Atom)