Rabu, 9 Oktober 2013

barrua

http://wartashubhi.blogspot.com,09 Okt 2013
Polis bukan semua baruaSiapa yang tak merah telinga panas hati bila dipanggil "Barua". Perkataan barua adalah perkataan yang berdaftar di dalam kamus dewan. Ertinya perkataan tersebut memang digunakan dalam Bahasa Malaysia bagi menggambarkan maksudnya.

Ada dua maksud perkataan Barua:
  1. Orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat
  2. Kata makian.


Sebenarnya definisi kedua itu boleh dijangka. Apa saja perkataan yang membawa maksud tak bagus boleh dijadikan kata makian samada benar orang itu seperti yang digambarkan oleh perkataan atau tidak. Ia tetap menimbulkan kemarahan, dan itupun tujuan orang maki orang lain. Untuk timbulkan kemarahan.

Kalau kita lihat maknanya, kita boleh faham bahawa barua tak wujud jika tidak ada orang atasan atau boss yang mengarah atau menggunakannya. Oleh itu, sesiapa saja yang ada boss atau orang atasan boleh menjadi barua dengan syarat dia diarah melakukan perkara jahat dan dia menurut arahan tersebut.

Bagaimana pula dengan orang atasan yang menyuruh perbuatan jahat itu. Kita panggil apa pula padanya?. Kita boleh panggil dia barua juga kerana dia mendapat arahan daripada Syaitan atau nafsu buruk yang ada dalam jiwanya. Tak ada sesiapa yang kerja mengarahkan orang buat jahat selain dari Syaitan yang menggunakan nafsu yang tak terkawal dalam diri anak Adam.

Jadi sesiapa saja boleh jadi barua. Saya juga boleh jadi barua bila menurut arahan nafsu bisikan syaitan untuk buat perkara jahat. Orang politik juga boleh jadi barua bila mengikuti pemimpinnya untuk melakukan benda jahat. Pengikut ajaran sesat atau lain-lain seumpamanya juga boleh jadi barua.
Pegawai kerajaan atau bukan kerajaan juga boleh jadi barua. Anak murid yang juga boleh jadi barua kepada gurunya yang suruh buat benda jahat. polis juga bolej jadi barua jika ikut bossnya buat benda jahat. Malah mereka yang bergelar ustazpun boleh jadi barua jika mengikuti arahan boss mereka untuk buat benda jahat.

Untuk mengelakkan diri kita dari menjadi barua, walaupun diperintah atau dikuasai oleh boss yang jahat, hanya dengan tidak melakukan perbuatan jahat tersebut. Maka terlepaslah diri daripada menjadi barua walaupun ketuanya jahat.

Jangan jadi barua

Jika anda dikecam dan dilabel sebagai barua sedangkan anda tak melakukan atau tak mengikut perintah buat jahat, tak perlulah melenting dengan perkataan sedemikian. Kerana mereka yang mengatakan benda tak betul pada seseorang telah melakukan satu perbuatan jahat, ertinya dia menjadi barua pada nafsunya dan juga hasutan syaitan.
Teorinya mudah saja, jika anda katakan barua pada seseorang, maka salah seorang akan menjadi seperti yang dikatakan itu. Orang yang dituduh ataupun yang menuduh. Jadi tak perlu risau dan marah bila dilabelkan sebagai barua. Allah maha mengetahui dan bukankah Dia ialah Pemilik kita dan segala urusan kita lakukan hanya untukNya?

Selasa, 8 Oktober 2013

Nikah

Perkara-perkara yang boleh merosakkan sebuah PERNIKAHAN.

A. Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri nombor satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. Keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat.. Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti. Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai, biarpun ia harus diperoleh dengan cucuran air mata.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.

Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu.

Bagi yang belum menikah, semoga ini boleh menjadi bekal buat anda kelak.. Semoga kita boleh menjadi Suami Soleh dan Isteri Solehah sehingga ke Syurga.

Aamiin ya Rabbal'alamin..

SHARE kalau berMANFAAt

boss...

Dalam sebuah laporan kajian di US, didapati salah satu perkara yang boleh menyebabkan pekerja berasa kurang seronok bekerja adalah apabila ketua mereka berkonflik dengan ketua-ketua lain.

Dalam lain perkataan, staff seronok bekerja di bawah ketua yang popular, yang disenangi ramai, yang baik dengan semua orang, yang tidak mempunyai musuh dan seteru.

---

Hasil kajian itu mempunyai implikasi ke atas gaya kepimpinan kita dalam syarikat.

Supaya staff kita seronok bekerja di bawah pimpinan kita, lakukan yang berikut:

+ Jangan sekali-kali berkonflik dengan sesiapa.

+ Jika ada orang yang membenci diri kita, diam sahaja. Jangan cakap apa-apa, supaya staff tidak tahu bahawa sebenarnya kita tahu ada orang tidak suka kita.

+ Jangan sekali-kali kita mengumpat sesiapa kepada staff.

+ Jangan sampai ada orang tahu siapa yang kita tidak suka.

+ Apabila mendengar orang lain sedang mengumpat orang lain, kita ketap bibir rapat-rapat!

Sudah menjadi sifat manusia, kita seronok bekerja dengan orang yang popular....

Isnin, 7 Oktober 2013

renungan

  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  

Renungan untukku,untukmu,dan untuk kita semua

Bissmillahirrahmannirrahim

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum kamu ditutupkan dengan kain kafan yang suci putih.

Pada waktu itu tak guna lagi bersedih,walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletakan di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah dengan 4 kali takbir dan 1 kali salam,berserta Al-Fatihah,solawat dan doa sebagai memenuhi Fardhu Kifayah

Tapi apakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yg telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justru KU(Allah) menyeru kepada sekalian muslimin dan muslimah
Usunglah dirimu ketika solat
Sebelum dirimu di usung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke Masjid sebelum kamu diiringi kepusara.

Tangisilah dosa2mu didunia,kerana tangisan di alam Baqa tidak berguna
Sucikan dirimu sebelum kamu disucikan
Sadarkan dirimu sebelum kamu disadarkan oleh panggilan Izrail yg menakutkan.

Ingatlah
yang kekal ialah Iman
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman diperjalanan
Guna kembali kepangkuan Tuhan
Pada hari itu,harta,takhta,jabatan,dan segala manteri serta kekayaan yg kita miliki didunia tiadalah berguna.

Waallahu'alam

Salam ukhuwah 

Ahad, 6 Oktober 2013

ubah

Pelik dengan dunia ni... Pelik dengan orang atasan, ternama, VIP dan seangkatannya. Kita diajar untuk tepat pada masa, diajar dari kecik. Bila join sesuatu organisasi, ataupun belajar secara teori untuk menetapi masa. Biasalah orang yang mahu berjaya dan berdisiplin mestilah kena tepat pada masa kan? 

Tapi kenapa bila sesuatu majlis, atau apa-apa event, VIP selamba datang lambat. Bajet dia je la yang busy, dia je la yang terkejar masa, masa dia je yang berharga... Buat orang yang hina macam kita ni tertunggu-tunggu... Ohhh duniaaa, takde teladan langsung... Then, orang bawah akan sambung tradisi itu sehinggalah berabad... takkan hilang tradisi tu kan?

*Menyatakan ketidakpuasan hati pada orang atasan
*Bermakna orang atasan hanya bijak berkata tapi disiplin kurang memuaskan
*Alasan jalan jammed, ada kerja dan sebagainya sangat tidak munasabah sebab kita yang hina ni kalau bagi alasan camtu konfirm kena reject gak. Tak boleh gerak awal ke beb?
*Ketidakadilan terus berleluasa walaupun benda ni nampak kecik
*Banyak majlis aku pergi, tak pernah pun tepat pada masa... Ape punya sikap lah manusia yang dipandang mulia buat macamtu -__
*Sebab tu orang yang bawah2 ni susah nak tepat pada masa... tengok je lah orang atasan, orang yang untuk diteladani... hehehe
*Stress baca nota tak habis lagi, minggu test bermula esok!!!!

#Harap sape2 yang jadi orang ternama, atasan, VIP dan sebagainya tolong ubah tradisi ini...