Isnin, 4 November 2013

Baiki kehidupan

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan – Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita Personaliti
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

upm :)

















moh solat jemaah

Rata2 orang berkata, solat berjemaah itu lebih penting...tapii.......

Kalau solat lebih penting, kenapa 10 minit lagi nak azan, korang beratur gi tengok wayang?

Kalau solat lebih penting, kenapa waktu azan zohor, korang sibuk makan-makan lunch?

Patutnya Aku gi kedai makan waktu azan tu dan sound:

"OH, PATUTLAH MASJID KOSONG...!!! KAT SINI KORANG RAMAI-RAMAI YE…"

Tapi aku tak buat pun..kalau aku buat dah tentu aku kena belasah, maka dah tentu aku akan membalas balik serangan korang, oleh sebab korang ramai aku terpaksa menghabiskan masa 20 hingga 30 minit untuk menewaskan korang semua, maka dah tentu lepas tu org dah habis solat, oleh kerana aku tak nak tertinggal takbir pertama, maka aku tak buatlah!!!..cis!!…

nikmat Allah :)

Sekiranya korang dari Negeri Terengganu pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas …dalam perjalanan dompet korang kena ragut/hilang/curi..sampai kat KL, korang baru sedar, baru gelabah..h/p pulak takde..perut lapar..tekak haus..sepanjang hari melilau mencari2 kot2 adalah terjumpa duit di mana-mana, nak makan ni..lapar nie..nak mintak sedekah, malu..kemudian sudah tengahhari, perut berkeroncong…masuk petang korang duduk dan menangis…

dengan izin Tuhan datanglah aku tegur korang...tanya apahal menangis, korang pun cerita bla bla bla..oleh kerana aku baik hati(satu doa mulut masin) aku pun belanja korang makan…lepas tu tolong beli pulak tiket untuk korang balik kampong, kemudian bagi pulak RM50 untuk buat belanja. ketika korang naik bas, aku bagi symbol V-peace..

Korang tentu terharu bukan?

Maka dah tentu bila korang balik kampong, korang akan cerita kebaikan 'aku' ni kepada member2 korang, pada mak bapak korang, dan aku percaya korang akan cerita aku punya kebaikkan sampai kat anak cucu..atau korang akan tulis dalam blog, puji aku bagusler, bestler..dan lain2…

Patutkah aku di puji sebegitu sekali?

Hanya dengan satu kebaikkan yg Allah takdirkan, maka aku akan menjadi wira korang sepanjang zaman?

Namun, yg menyedihkan..aku baru tolong korang sekali, korang dah puji bagai nak rak, bagaimana dengan Allah yg tolong korang hari2, berapa kali korang puji DIA yg PALING LAYAK di PUJI?

Hari-hari Allah bagi kita makan, bagi udara, bagi mata, tangan, bulu kening, kuku,gigi..sape yg nak puji Allah…oh…(pesan kat aku sndri)

Lidah ini begitu berat nak puji Allah, tapi begitu mudah memuji makhluk..

Ahad, 3 November 2013

2 manusia

Ramai yang menyangka Abu Lahab dengan Abu Jahal itu orang yang sama. Abu Lahab itu bapa saudara Nabi Muhammad SAW, sedangkan Abu Jahal tidak ada hubungan darah dengan nabi. Nama Abu Lahab yang sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib sedangkan nama Abu Jahal yang sebenarnya adalah Abdul Hakam bin Hisyam.

Tentang Abu Lahab

Dia adalah tokoh kuffar Quraisy yang sangat membenci Nabi Muhammad SAW dan ajaran Islam yang dibawanya. Dialah yang memalukan Nabi di depan umatnya dengan ucapan yang hina, "Celaka engkau hai Muhammad ! Apakah ini maksudmu mengundang kami kemari ? " Kata Abu Lahab dengan sangat marah saat nabi sedang berkhutbah di kaki bukit.

Kerana kelancangannya itulah, pada hari itu juga Allah memalukan Abu Lahab dengan turun Surat Al - Lahab : "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar -benar binasa dia ! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan . Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya , pembawa kayu bakar ( penyebar fitnah) . Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal . " (QS. Al- Lahab: 1 - 4) .

Abu Lahab ketika itu tidak bersendirian, ada lagi kawan setianya Abu Jahal, Walid bin Mughirah Al - Makhzumi, 'Ash bin Wail As - Sahmi , Amru bin Hisyam, Abdul Azza, Nadhar bin Harits , Uqbah bin Abi Mui'th , Ubay bin Khalaf , Umayyah bin Khalaf , dan lain -lain.

Tentang Abu Jahal

Nama asalnya Abdul Hakam bin Hisyam. Sejak remaja Abu Jahal sentiasa mengolok -olok Muhammad . Pernah juga keduanya berkelahi, Abu Jahal kalah dan terseliuh lututnya. Dia sangat berdendam kepada Muhammad.

Abu Jahal pernah melamar Khadijah binti Khuwailid, tetapi Khadijah menolak lamaran tersebut. Beberapa bulan kemudian , Muhammad meminang Khadijah dan diterima. Hati Abu Jahal semakin dengki kepada Muhammad. Setelah orang-orang lemah masuk Islam, Abu Jahal mengisytiharkan dirinya sebagai preman bandar Mekah. Orang-orang dhuafa yang masuk Islam semua mendapat penyeksaan pedih dari Abu Jahal. Yasir dan isterinya Sumiyyah mendapat seksa sehingga syahid di tangan Abu Jahal.

Tahun ke-12 dari kenabian atau 2 tahun sebelum Hijrah. Setelah Israk dan Mikraj Rasulullah mengajak manusia supaya percaya kepada kisah perjalanan yang menakjubkan itu. Ramai orang yang tidak percaya, termasuk Abu Jahal. "Bohong kau Muhammad, bagaimana mungkin dalam satu malam saja kamu boleh ke Baitul Maqdis? Kalau kau benar-benar sampai di sana, cuba kau ceritakan apa yang kau lihat dalam perjalanan. " Muhammad bercerita sesuai dengan yang dilihatnya secara tepat. Orang ramai membenarkan kecuali segelintir para munafiq dan Abu Jahal. " Itu sihir yang nyata! " , Teriak Abu Jahal .

Kemudian Abu Jahal dan anak buahnya selalu menganggu orang-orang yang solat. Mereka sering melemparkan orang -orang solat dengan tahi unta, kotoran kambing, dan sebagainya. Bilangan mereka ramai dan sering mengejek orang-orang Islam dan Muhammad SAW, namun demikian , nabi dan pengikutnya tetap bersabar dan tidak melawan orang jahil yang berkelompok itu .

Suatu hari, Abu Jahal sendiri yang ingin membinasakan Nabi Muhammad SAW. Ketika nabi sedang sujud, Abu Jahal muncul mengendap-ngendap dengan batu besar di tangannya. Dia ingin menghentam kepala nabi agar pecah. Tiba-tiba ia melihat seekor unta raksasa yang ingin menelannya. Abu Jahal ketakutan sambil melepaskan batu dan lari lintang pukang, sampai terkencing dan terberak dalam seluar. Sampai di rumah dia pengsan.

Dasar orang jahil, Abu Jahal belum insaf, dia mahu melemahkan Muhammad. Dia pula yang merancang agar Muhammad dibunuh atau diusir dari Kota Mekah. Ketika Muhammad berhijrah, Abu Jahal berpesta. Dia merasa dirinya sudah menang. Allah berfirman tentang Abu Jahal ini , "Sekali- kali tidak! Sungguh , manusia itu benar- benar melampaui batas. Kerana dia melihat dirinya serba cukup. " (QS. Al -' Alaq: 6 - 7 ).