Pantai paling terkenal di Australia ialah Pantai Bondi. Tetapi tahukah anda pantai terbaik di Australia sebenarnya terletak di Pulau Whitsunday Queensland? Pantai Whitehaven ialah pantai sepanjang 7 kilometerdengan pasir yang putih. Ini adalah kerana kandungan silicanya yang tinggi. Pantai ini ditemui pengembara barat pada tahun 1879 dan sejak dari hari itu ia menjadi tumpuan pelawat. Untuk ke pantai ini anda perlu menaiki bot ataupun kapal terbang. Bagi menjaga kebersihan pantai pengunjung diharamkan menghisap rokok atau membawa anjing. Pada tahun ini Whitehaven sekali lagi dinobatkan sebagai pantai terbaik Australia dan ke-3 terbaik di dunia. Rasa macam nak pergi. Pantai putih dan air turquoise nampak sangat heavenly!
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 3 Januari 2014
300k
Sebahagian Lebuhraya Ensenada yang terletak di Mexico tenggelam sedalam 300 kaki akibat gempa bumi yang melanda wilayah berhampiranTijuana semalam. Jalan sepanjang 1000 kaki tenggelam akibat tanah runtuh dan mengakibatkan lebuhraya sepanjang 60 batu ini ditutup untuk beberapa minggu. Berita baik disini ialah tiada kehilangan nyawa dilaporkan akibat runtuhnya lebuhraya ini. Lucky people!
Khamis, 2 Januari 2014
benar
KISAH BENAR – HAKIKAT MENGHERDIK ANAK YATIM.
Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam
Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu
kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5
bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan. Bermula sekitar
3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami.
Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami
En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau
terasa nak datang, beliau akan datang sahaja.
Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan
bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. Maka, kami kompromi untuk
menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak
harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat
sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk
memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir.
Pertemuan
pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga
ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir
sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya
menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan. Lebih
dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata
CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai
ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program
kem cuti sekolah gara-gara acara ini.
Dalam kesabaran
anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah
membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk
“Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Anak-anak kami sudah
kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar
kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita
nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita.
Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka
sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah
kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat
sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan
ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.
Begitulah
seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama
combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke
Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis. Kehadiran terakhir
Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak
berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi
kerana beliau tidak dapat hadir.
Hancur suara
anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.
Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami
tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak
ditepati oleh munafik ini. PADA PETANG SEBELUM MAJLIS Program rehearsal
protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10
pagi ditunda jam 1 ptg.
Itupun
tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang awalnya diminta Tuanku telah
dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka
belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” bernada
tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan.
Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3++ minit
dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak.
Segalanya
harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan
secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one
yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan
seorang penyanyi India. Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati
penyanyi Diva berlatih.
Hampir jam 7,
mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami
kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang
dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama
okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak beri. Si Dato’ menjanjikan
3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki
dan perempuan sebelum persembahan. Makan pagi dan tengahari tak perlu risau
katanya kerana ia juga telah disediakan.
Dato’ juga
dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama
Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama
majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya. Berubah dari
janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan
rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang.
Kami
diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol
Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk
hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..! Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah
berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian
apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi.
Telefon tidak
berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri
muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan
bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman dan
memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua
kena ubah semula. Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan
juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja.
Dengan Dato’
masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini
menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang
mewah. Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau
mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak
lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara
menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU.
Pada mulanya,
di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu
dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah
mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali
itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar
pandangan ‘orang-orang tertentu’.
Tambahan pula
lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang macam “sial” lucahnya.
Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat
dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk
semuanya? Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai.
Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga
Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang
berjaya.
Sekadar
Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. Beliau sendiri
memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk
diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG
oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya. Dr. Masjuki masih tenang sambil
berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh
3 minggu.
Salah seorang
dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam
program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah
juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem
Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.
Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah
sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan
di situ.
Tiada yang
prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah
berkeroncong. Pengiring dewasa menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu
diberi pada anak-anak untuk alas perut. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’
penganjur yang tidak nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil
untuk mencari makanan luar.
Jam 4 petang,
wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk
mengalas perut anak-anak. Dalam menunggu makanan dibeli, Dato’ dari Yayasan itu
tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru
kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke
belum? Dah dapat bilik ke belum?.
Beliau hanya
memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula
beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU
yang jelas dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu. Jam 5
petang kami diberikan 2 bilik kecil.
Sebaik saja
kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar
itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan
bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan
hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut
makanan yang telah dibeli.
Jelaslah satu
pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang
‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta
maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka
berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang.
KONFLIK
REHEARSAL Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir
dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India,
Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil
untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan tinggalkan majlis
kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan
tanpa latihan.
Akhirnya anak-anak
diberi peluang untuk mencuba. Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma
sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak
perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan
secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh
mereka yang sedang tidur itu.
Mereka sudah
diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur
yang nampak dan menggamit aura. Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa
sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk
mendaulatkan Raja.
Atas alasan
itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak
dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu. Jika ini
jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu. MALAM
MAJLIS Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan,
asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa?
Mereka juga
pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG
dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di
sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. Hiasan
bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan
Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah
“makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis.
Mujur kami
didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa
ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan
yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang
baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana
mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan
anak-anak kami.
Malang bagi
mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela. Majlis yang
dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu
pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik
bertanya..> “Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu?
pakai tudung tapi dada terbelah begitu?
Boleh ke pakai
sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu
terbelah di belakang?”… Kenapa tinggalkan solat? Dan macam-macam lagi soalan
yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami
tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan
kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis
berpakaian secara jahilliyah.
Duduk sahaja
Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan
mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di
manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan
sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan. Kami berbaik
sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama
lain.
Di dalam
ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah
Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu.
Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau
memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja. Antara program
yang dinyatakan ialah seperti; 1. Lawatan ke rumah anak yatim 2. Pembelian baju
kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat
beramai-ramai (50 orang) Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan
pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109
orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan
belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah
RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi.
Kami tak mahu
menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini.
Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak
yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi
kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada
anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan,
kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya.
Kedudukan meja
VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan
tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang
paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya
untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. Sejak 8 tahun dengan
residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa.
Semua
co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin
pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini
sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu
mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah
menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang
lain.
Semuanya
korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk
menjalankan program harian kami. Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau
mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai
badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight
kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak
yatim.
Pengacara
Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami
kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu. Jelas kami dah
faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga
anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan
facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama
Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian
dengan jumlah yang banyak.
Kami tak mahu
melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya
di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung
dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang
“Kononnya VVIP” itu. Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen
bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati
penderma untuk menderma lagi.
Operasi kami
memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali.
Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat,
pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana asas yang memadai yang kami bina
sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami
hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup.
Jika dihitung
selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya
berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.
Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami,
BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma.
INILAH JULUNG
KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah
bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama
kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas
terjadi pada kali pertama ini juga. Sila ikuti beberapa klip video sebagai
pengesahan berita.
http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/petikan-perbualan-wakil-yayasan-yang-dikatakan-membawa-titah-tuanku/http://prihatin.net.my/v3/2013/12/23/di-sebalik-tabir-suasana-sambutan-ketibaan-dan-keberangkatan-pulang-tuanku-dymm-spb-ydp-agong/http://prihatin.net.my/v3/2013/12/22/persembahan-khas-anak-anak-rpwp-di-hadapan-dymm-spbydp-agong-tolong-kami/http://prihatin.net.my/v3/2013/12/04/rakaman-latihan-nasyid-untuk-persembahan-istana-di-hadapan-dymm-ydp-agong/
JANGAN CEMARI
INSTITUSI BERAJA Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri
Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami
pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi
pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup.
Maka, artikel
ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain. Jika ada
laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli
Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka
sebegini setelah si Dato' yang berjanji untuk datang sendiri itu gagal menemui
kami memberikan penjelasan hingga saat ini.
Sebelum ini
kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya
dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat,
pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan. Rupanya, kita mungkin
akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi.
Pengutipan
derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya. Sebagai hamba rakyat, kami
tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan
untuk kepentingan segolongan manusia. Jauh sekali dengan sebarang niat untuk
merendahkan Institusi Raja yang kami sendiri doakan dalam majlis itu dan dalam
banyak artikel kami sebelum ini.
http://prihatin.net.my/v3/2013/08/16/sains-fatihah-4/http://prihatin.net.my/v3/2013/07/05/fenomena-mengutuk-pemimpin-bukan-ajaran-islam/ http://prihatin.net.my/v3/2013/08/07/doa-buat-pm-idea-penyatuan-menurut-al-quran/
Ramai yang
meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan
kami yang lain untuk anak-anak ini. Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya
oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel.
Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana
kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.
Alhamdulillah
bersyukur beberapa anak dapat buahtangan angpau RM100 seorang dan kuih raya
yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT
HARIRAYA 2013. WARGA PRIHATIN
Rabu, 1 Januari 2014
syair imam Shafie RA
DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu. Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?
Renungankan bersama...
Renungankan bersama...
إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia
Langgan:
Catatan (Atom)