Ahad, 15 Februari 2026

Tido

 https://www.facebook.com/share/p/1KNvDNBaTs/



✨Podcast #412 : Jangan Kencing Tengah Malam & Kenapa “Bersama” Waktu Malam Tu Sebenarnya Kesilapan Besar!

Pernah tak korang bangun pukul 3 pagi, lepas tu terus tak boleh tidur sampai ke Subuh?✨


[⚠️ INI ADALAH PENGETAHUAN AM BUKAN NASIHAT RASMI PERUBATAN, SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR ANDA⚠️]


Aku baru layan satu video power gila dari Dr. Michael Breus.


Dia ni bukan calang-calang orang.


Dia digelar "The Sleep Doctor".


Dah 26 tahun jadi pakar tidur dan psikologi klinikal.


Apa yang dia bongkar dalam video ni memang mengubah cara aku pandang bantal aku sendiri.


Ramai antara kita ingat tidur ni benda simple.


Tutup mata, esok pagi bangun.


Tapi realitinya, ramai yang tidur 8 jam pun masih bangun penat.


Atau paling sadis, tak boleh tidur langsung.


Dr. Breus ni datang bukan nak bagi nasihat klise minum susu suam.


Dia bagi fakta sains yang langgar semua mitos kita percaya selama ni.


Benda pertama yang dia sentuh ialah soalan paling famous orang tanya dia.


"Doktor, kenapa saya terbangun tengah malam dan tak boleh tidur balik?"


Jawapan dia simple tapi menyakitkan hati.


Jangan pergi kencing.


KENAPA KITA SELALU TERJAGA PUKUL 1 HINGGA 3 PAGI?


Ini bukan gangguan makhluk halus.


Ini biologi badan kita.


Suhu badan kita akan jatuh masa kita tidur.


Bila suhu badan jatuh, kita tidur lena.


Tapi sampai satu tahap, badan kita kena panaskan balik suhu tu sebelum kita jadi beku (hypothermic).


Masa proses pemanasan badan ni berlaku, otak kita akan terjaga.


Biasanya antara pukul 1 hingga 3 pagi.


Semua manusia kat muka bumi ni akan terjaga waktu ni.


Masalahnya ialah apa yang korang buat lepas terjaga tu.


Ramai orang akan bangun pergi tandas sebab alang-alang dah terjaga.


Bila korang duduk dan berdiri dari katil, degupan jantung korang akan naik.


Untuk tidur balik, degupan jantung kena bawah 60.


Bila korang berjalan ke tandas, jantung pam laju.


Lepas tu korang buka lampu tandas.


Cahaya tu bagitahu otak, "Eh dah pagi ke?"


Melatonin terus stop.


Lepas tu korang tengok jam kat handphone.


Terus otak korang buat matematik.


"Alamak dah pukul 3:30, aku kena bangun pukul 6:30, tinggal 3 jam je lagi!"


Stress datang, cortisol naik.


Memang confirm tak boleh tidur balik.


Nasihat Dr. Breus, kalau terjaga, baring je diam-diam.


Tunggu sekejap, melainkan pundi kencing tu memang dah nak meletup.


TAPI KENAPA KITA MINUM KOPI CARA SALAH?


Dr. Breus tanya, benda cecair pertama korang minum pagi-pagi apa?


Kalau jawapan korang kopi, korang dah silap besar.


Tidur ni aktiviti yang menyahhidratkan (dehydrative).


Kita hilang hampir satu liter air masa tidur cuma melalui pernafasan.


Kopi tu diuretik, dia buat kita kencing.


Dah la kering, korang buang lagi air.


Badan jadi macam kismis.


Satu lagi fakta sains yang mind-blowing.


Bila kita bangun tidur, badan kita tengah penuh dengan hormon cortisol dan adrenalin untuk kejutkan kita.


Kalau korang minum kopi masa cortisol tengah tinggi, dia tak berkesan sangat.


Sebab tu korang minum pun masih rasa lembab.


Dr. Breus suruh tunggu 90 minit lepas bangun baru minum kopi.


Bagi cortisol tu turun dulu secara natural.


Masa tu baru caffeine masuk dan bagi impak maksimum.


Minum air kosong dulu 3-4 cawan sebaik sahaja bangun tidur.


SOALAN SENSITIF: BILA WAKTU TERBAIK UNTUK "BERSAMA"?


Ini soalan ketiga paling popular orang tanya dia.


Kebanyakan orang buat "projek" pukul 10:30 hingga 11:30 malam.


Sebab tu masa lapang sebelum tidur.


Tapi dari segi biologi, itu masa paling tak sesuai.


Masa tu melatonin tengah tinggi (hormon tidur).


Hormon estrogen, testosteron, adrenalin semua tengah rendah.


Dr. Breus cakap, kalau nak performance power dan connection yang best, buat waktu pagi.


Untuk lelaki, paras testosteron paling tinggi waktu pagi.


Itu cara Mother Nature bagitahu "Gunakan sekarang".


Memang kena gosok gigi dulu la, jangan la pengotor.


Tapi point dia, ikut jam biologi badan, bukan ikut jam dinding.


APA BENDA TU "CHRONOTYPE"?


Kita semua tak sama.


Dr. Breus pecahkan manusia kepada 4 jenis Chronotype (Kod Genetik Tidur).


1. Lion (Singa): Orang yang bangun awal gila (5 pagi), bertenaga pagi, tapi pukul 9 malam dah KO. Ini biasanya CEO atau leader.


2. Bear (Beruang): Ini 55% populasi manusia. Bangun ikut matahari, tidur ikut matahari. Waktu kerja 9-5 memang ngam dengan dorang.


3. Wolf (Serigala): Ini geng creative, artist, coder. Malam baru otak dia hidup. Pukul 12 malam baru dapat idea. Pagi memang benci gila nak bangun.


4. Dolphin (Lumba-lumba): Ini geng tidur tak lena. Cemas, perfectionist, otak sentiasa berfikir. Tidur sikit je terjaga.


Kenapa kena tahu benda ni?


Sebab kalau korang paksa diri jadi orang lain, korang akan penat.


Contohnya kalau korang Wolf, jangan paksa diri bangun pukul 5 pagi untuk jadi produktif macam Lion.


Korang akan burnout sebab lawan genetik sendiri.


MITOS PASAL MELATONIN YANG BAHAYA


Sekarang trend orang ambil gula-gula (gummies) melatonin untuk tidur.


Dr. Breus kata ini sangat bahaya terutamanya untuk kanak-kanak.


Melatonin tu hormon.


Bila korang bagi hormon kat budak, ia boleh kacau proses akil baligh (puberty).


Ada kajian tunjuk melatonin boleh jadi kontraseptif (perancang) pada dos tinggi.


Lagipun, melatonin ni bukan ubat tidur.


Ia cuma "Sleep Regulator".


Ia bagitahu otak "dah malam", tapi ia tak tekan suis tidur.


Di US, melatonin ni tak dikawal selia (unregulated).


Ada kajian check botol melatonin, label tulis lain, isi dalam lain.


Ada yang takde melatonin langsung, ada yang ada CBD, ada yang dos 600% lebih tinggi dari label.


Jangan bagi anak makan melatonin semata-mata nak suruh dorang diam tidur awal.


Dorang cuma perlukan rutin, bukan hormon tambahan.


JADI MACAM MANA NAK TIDUR KALAU OTAK TAKNAK DIAM?


Dr. Breus ajar teknik pernafasan 4-7-8.


Ini teknik dari tentera untuk turunkan degupan jantung.


Tarik nafas 4 saat.


Tahan nafas 7 saat.


Hembus nafas 8 saat.


Buat 20 kali pusingan.


Bila korang fokus mengira, otak tak boleh fikir masalah dunia (Monkey Mind).


Jantung akan jadi perlahan.


Bila jantung perlahan, badan automatik masuk mod tidur.


Simple, percuma, dan berkesan.


BANTAL PUN MAINKAN PERANAN?


Dr. Breus cakap bantal tu sebenarnya "Katil untuk Kepala".


Kalau bantal salah, leher sakit, tidur tak nyenyak.


Kalau korang tidur mengiring (Side Sleeper), korang kena cari bantal yang tebal sikit.


Sebab nak isi ruang kosong antara telinga dengan tilam.


Supaya tulang leher selari dengan tulang belakang.


Kalau korang tidur meniarap (Stomach Sleeper), Dr. Breus cakap tolong berhenti.


Itu posisi paling teruk untuk pinggang.


Cuba latih tidur mengiring.


KESIMPULANNYA


Tidur bukan sekadar memejamkan mata.


Ia adalah proses pemulihan (recovery).


Kalau korang tak jaga tidur, korang akan cepat tua, cepat marah, dan otak tak function.


Dunia sekarang tengah hadap "Global Sleep Crisis".


Satu daripada tiga orang dewasa tak cukup tidur.


Kita kena start respect waktu tidur kita.


Sebab bila tidur kita power, hidup kita pun power.


📌Sumber : (495) Human Sleep Expert: Don’t Pee In The Middle Of The Night & Why Night Time Sex Isn’t A Good Idea! - YouTube


Sekian,

Tun Abah

Belajar Content & Personal Branding


👉🏻Nota kaki : Penulisan ini adalah olahan naratif daripada transkrip video bagi memudahkan pembacaan. Kandungannya tidak mewakili pendirian peribadi saya. Mohon maaf atas sebarang kesilapan fakta atau ejaan, dan segala teguran amat dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan