Sabtu, 9 Ogos 2014

pencerahan

Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.

7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.

Inilah pendirian saya.

Wallahua'lam.

copy paste

ayam



 ayam=x
itik=x+185
kambing=(x+185)-675


jawapan A)4213
ayam + itik + kambing=4213
x + (x+185) +[(x+185)-675]=4213
3x-305=4213
3x=4518
Ayam=x=1506 ekor ayam

jawapan B)4203
ayam + itik + kambing=4203
x + (x+185) +[(x+185)-675]=4203
3x-305=4203
3x=4508
Ayam=x=1502.67 ekor ayam(tak mungkin perpuluhan. Jadi B BUKAN jawapan

jawapan C)3197
ayam + itik + kambing=3197
x + (x+185) +[(x+185)-675]=3197
3x-305=3197
3x=3502
Ayam=x=1167.33 ekor ayam(tak mungkin perpuluhan. Jadi C BUKAN jawapan

jawapan D)2366
ayam + itik + kambing=2366
x + (x+185) +[(x+185)-675]=2366
3x-305=2366
3x=2671
Ayam=x=890.33 ekor ayam(tak mungkin perpuluhan. Jadi D BUKAN jawapan

so jawapan A, to prove it 1506+(1506+185)+[(1506+185)-675]=4213

Belon

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim. Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah. Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing. Ustaz Rahim tersenyum lagi.

Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana.
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi. Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita?

Muhasabah diri
good to read

suami

Jika suami didapati sudah berubah, pikat kembali hatinya. Kata orang untuk memikat suami bukannya susah, hanya 2 perkara sahaja yang perlu dijaga iaitu jaga 2 nafsu suami:

1. Nafsu perut

Isteri perlu memasak dan masaklah makanan yang menjadi kegemaran suami anda. Jika tak pandai memasak pergilah ke kelas masakan. Isteri perlu tambat suami dengan makanan. (Jika dia berasa lapar dia akan teringat untuk balik makan di rumah kerana dia tahu isterinya masak makanan yang sedap).

2. Nafsu batin

Orang kata nafsu perempuan ada 9 dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Nafsu lelaki hanya nak yang 'itu' sahaja. Jadi buat isteri walau penat macamanapun layanlah suami. Jangan tunggu suami minta baru nak kasi. Sesekali buatkan kejutan untuk dia dengan melakukan perkara-perkara yang tak pernah dilakukan sebelum ini.

Berhias dan pakailah pakaian yang agak seksi dirumah, agak hati suami tertambat kembali.

Terdapat 6 sebab yang paling popular yang menyebabkan suami curang iaitu:

1. Nafsu seks

Ini adalah sebab yang paling banyak suami yang curang berikan. Dikatanya isterinya dah tak cantik macam dulu, dah tak ghairah macam dulu dan ada juga yang kata isterinya dah tak mampu melayan nafsu dia lagi. Semuanya salahkan isteri tapi cuba lihat suami pula adakah masih hensem macam mula-mula kahwin dulu??. Mana lah tahu kot sekarang ni perut dah ke depan.

Sebenarnya suami itu sendiri yang mungkin dah bosan dengan isterinya dan mahu mendapatkan 'pucuk muda' bagi mencari kelainan dalam seks. Mereka mungkin mahukan sesuatu yang ekstrem namun tidak mahu melakukan dengan isteri kerana bimbang merosakkan imej 'perempuan baik' yang disandang oleh isteri mereka.

2. Digoda

Sebaik dan sealim manapun suami kalau digoda oleh perempuan yang lebih cantik dan lebih muda dari isterinya pasti akhirnya akan terbabas juga seperti kata pepatah melayu 'takkan kucing menolak ikan didepan mata'. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu berada satu opis dengannya. Setiap hari jumpa, mana tak cairnya hati suami.

Walaupun suami tidak bercadang untuk mencari kekasih lain namun akibat tidak tahan menahan godaan akhirnya isteri diduakan.

3. Memang kaki perempuan

Dulunya semasa muda, suami ini memang sudah terkenal dengan kaki perempuan. Jadi bila dah kahwin tu mungkin terikat sedikit tapi kepada suami yang sukakan cabaran mengejar perempuan pasti tidak peduli tentang ikatan perkahwinan.

Pasti suatu masa akan terdetik untuk melakukannya kembali seperti waktu zaman bujang dulu. Lelaki seperti ini pasti mahu membuktikan bahawa biar sudah makin berusia namun persona diri masih ada. Lelaki seperti ini juga mungkin ingin menduga 'market', masih laku atau tidak. Sesuai pula dengan trend wanita sekarang ini yang sukakan lelaki yang lebih berusia, bermakna makin cepatlah suami dapat menjalankan aktivitinya.

4. Balas dendam

Alasan ini hanya diberikan apabila seseorang lelaki itu pernah disakiti oleh wanita atau isteri yang disayangi. Jadi mereka ini melepaskan rasa marah mereka dengan membalas dendam kepada isteri mereka dengan melakukan perkara yang sama.

Untuk memaafkan perbuatan isteri bukannya mudah dan kerana desakan ego maka hubungan sulit dibalas dengan hubungan sulit.

5. Sudah tabiat

Bila kali pertama suami ini melakukannya dan kesilapan itu tidak dapat dihidu oleh isterinya, pasti akan ada peluang ke-2 untuk melakukannya lagi..dan lagi..dan lagi. Godaan ini akan datang berulang-ulang dan tidak ramai lelaki mampu menahannya dan akhirnya ianya akan menjadi tabiat.

Perkara ini akan tetap dilakukan oleh suami sehinggalah segala tembelangnya dapat dihidu oleh isteri.

6. Keegoan

Perasaan ini timbul bila mendapati ada wanita lain masih tertarik secara seksual terhadap dirinya selain dari isteri. Rasa ego mula meninggi bila ada pula wanita lain yang mahu mendampingi dan melayaninya.

Darisudutpandang: Kata orang jika tepuk sebelah tangan manakan berbunyi, ini bermakna kalau tiada respon daripada perempuan juga perkara ini takkan berlaku. Apa yang perlu dilakukan oleh para isteri adalah sentiasa peka dengan sebarang perubahan suami.

air soya

Satu perkongsian di pg yg mulia ini.sejak kebelakangan ini dperhatikan bnyk berlaku kematian akibat kanser dkalangan umat islam d Malaysia ni.kami pernah ddatangi oleh bekas pelajr MRSM,seorng doktor pakr pemakann dan selalu keluar di astro oasis dlm rncngan agen Halal..sape kenal dgn doktor mohd redza benjamin..

beliau pengidap kanser tahap 3..tp dberi ksmpatan oleh Allah utk hdup d dunia ini.beliau bnyk beri prkongsian tntg pengalamn beliau sbg pengidap kanser.

Dr Reza ni pernh bpesn ketika sakitnya itu pd ibunya jgn benarkn doktor cabut talian hayat nya (bntuan oksgn) selag beliau blm benar2 dsahkn mati.pd ketika dia koma, dr Reza mohn pd Allah atas segala kebaikn yg dia pernh lakukn sblm ini supaya dberi peluang kedua utk hdup dan dpt dia perbetulkn ksilpn yg tlh beliau lakukn.

Kesilpn beliau adalah beliau selalu mmberi ceramah kesihatn kpd org ramai supaya mengamalkn pemaknn mengikut sunnah nabi tp malangnya beliau sndri mengambil ubat-ubatn kimia utk dirinyer..

Jd beliau telah berlaku hipokrit pd org ramai dan sejak beliau sedar dr koma,beliau ubah cara pemaknn beliau dan mengesyorkn kita umat islm ikut sunnah nabi.

Sedikit perkongsian lg:

1-makan lah sayur2 atau buah2an dahulu sblm ambil mknn lain

2-makan mknn yg Halal & Thoiyyib(suci)

3- Jgn mkn berlebih lebihn (surah Al-A'raf ayat 31)..bhnti sblm knyng

4-Perhatikn mknn kamu Surah Abasa ayat 24

-INI PERKONGSIAN YG ALLAH DAH LAME BGTAU KITA, CUME RAMAI DARI KITA YG TAK TAHU ATAU BUAT2 TAK TAHU...

- cube perhatkn lobak merah kalau dipotong,apekah bentuknyer ?spt mata kan? so dlm kajian sains pun mndapati lobak sbnrnye bagus utk keshtn mata

-then, perhatikn tomato-mengadungi licopin-utk merawat jantung.cube belah tomato,lihat ada 4 cabang dlm tu,ibarat 4 injap dlm jntng kita. yer sbnrnya tomato mmg bagus utk jntung

-cube perhatikn anggur..bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah spt bntuk jantung kita kan? kajian sains pun mengatakn ia bgus utk jntng

-then perhatikan kacang walnut..kulitnyer keras susah nk dipecahkn dan isi dlmnya jika dilihat spt otak manusia..ia mmg bagus utk otak..pd ibu2 sila beri anak anda mkn walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal esspecially anak yg masuk tahfiz

-cube perhatikn kidney bean@ kacang merah..bentuk buah pinggang kita kan..ia mmg bagus utk rwtn buah pinggang

-batang saleri, bentuknye spt tulang manusia..mmg ia bgus utk tulang 

-buah avocado-perhatikn buahnya dan mcmane bntuk isinye..ia spt rahim perempuan dan ia mmg bagus utk hormon wanita,bknnyer utk rawatan rmbut shj...

-buah Thin..kajian sains mndpti ia bagus utk kesuburan kaum lelaki.

Cerdik Pandai daripada bangsa Yahudi dah bnyk tipu kita..dia kata daging kmbing kalau mkn kena darah tinggi.. itu semua satu pembohongan..DAGING KAMBING ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL,yg kena drh tnggi tu sbb cara masakan kita,contohnya masak kmbng dgn santan yg brlebihn dan sbgainye...

Ape yg Allah jdkn semuanya baik cume kita manusia yg salah guna betul tak? so perbetulkn cara pemikiran dan pemknn kita dan keluarga lepas ni..bnyk lg tips dr Dr. Reza.. 

ini tips lg utk siape yg mnghadapi masalah usus yg penuh dgn selaput @ lapisan sisa mknn yg tersangkut di saluran usus anda ,anda boleh mengamalkn cara ini secara berterusan yg dsyorkn oleh Dr. Reza ni..kosnyer sgt murah dan anda x perlu hbiskn puluhan ribuan ringgt utk kos rwtn usus ni.(kalau nk mmbazir jugak baik bg kat aku.. hihihi sory gurau ckit)..

Ok caranya mudah saje..anda cume perlu beli kelapa laut atau Nata d Coco tu, buang air manisan nata d coco tu dan ganti dgn air putih..kmdian anda beli 'YAKULT'..ok ini menyelit ckit beli yakult dan jgn beli vitagen krn yakult ni mengandungi 90% bakteria baik yg hidup berbnding dgn vitagen yg hnya mengandungi 80% bakteria mati..Then ambil lbh kurang 12-15 kiub nata d coco td cume campurkn dgn sebotol Yakult..

Amalkn setiap pagi waktu baru bangun tido SEBELUM ambil mknn lain@ kalau nk lbh bkesan buat dua kali sehari sebelum tido mlm..biar berterusan, insyaAllah kesannya najis kita akn lembut dan kotoran yg trsangkut pd usus akn dsingkirkn secara perlahan2..kalau anda tengok njis anda bwarna hitam,itu tandanya ada tndak bls yg baik dr amalan td..penyingkiran toksit telah berlaku..

tp benda ni dia x war2kn pd org ramai..ada lg dan kalau nk tahu ini bkn untuk kondem mane2 produk..cume Dr. Reza bgtau kenape kita mudah kena cancer tulang, kenape kita dsyorkn kena ambil calcium kononnye utk kuatkn tulang? 

Sbnrnya tubuh bdn kita dah ada calcium.so bila kita ambil calcium berlebihn maka ia akn berlebhn dan akan menyebbkn trjadinye kanser tulang..proses nyer trjadi aku xdpt terangkn..cube tanya pd yg pakar..

cume saranan Dr. Reza adalah kita cume amalkn ambil 5 helai pucuk DAUN KARI di buat ulam,krn daun kari mengandungi calcium yg sgt tinggi.

5 helai daun kari bersamaan dgn Dua Gelas Susu Anlene..logik akal kita lihat lah kenape org india suka masak atau maknn berasas daun kari dan tulang mereka kuat blh buat kerja berat2..gigi mereka pun putih dan berdaya tahan lame..hihihi ini tngok gigi masing2 umur baru 37 gigi bnyk dah yg lompong.betul tak? jgn mrh ye berkongsi ilmu smbil bergurau...

Ok lg satu kwn2 jgn amalkn minum air soya dan bg anak mnum air soya selalu krn ia penggalak sel kanser dan blh melemahkn otak..ini semua penipuan dr yahudi,dia suruh org islam minum soya tp dia org minum susus kambing..dia nk musnhkn org islam secara halus dan melaui perang saraf..

Tlg control anak2 dr bnyk berintenet dan lihat rancangan tv berbntuk hiburan sbb itu melalaikn kita dr mengingati Allah dan kesan smpingan nyer kita lihatlah saje skrg..

saya cume mmperingtkn diri saya sndri