Sabtu, 9 Ogos 2014

suami

Jika suami didapati sudah berubah, pikat kembali hatinya. Kata orang untuk memikat suami bukannya susah, hanya 2 perkara sahaja yang perlu dijaga iaitu jaga 2 nafsu suami:

1. Nafsu perut

Isteri perlu memasak dan masaklah makanan yang menjadi kegemaran suami anda. Jika tak pandai memasak pergilah ke kelas masakan. Isteri perlu tambat suami dengan makanan. (Jika dia berasa lapar dia akan teringat untuk balik makan di rumah kerana dia tahu isterinya masak makanan yang sedap).

2. Nafsu batin

Orang kata nafsu perempuan ada 9 dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Nafsu lelaki hanya nak yang 'itu' sahaja. Jadi buat isteri walau penat macamanapun layanlah suami. Jangan tunggu suami minta baru nak kasi. Sesekali buatkan kejutan untuk dia dengan melakukan perkara-perkara yang tak pernah dilakukan sebelum ini.

Berhias dan pakailah pakaian yang agak seksi dirumah, agak hati suami tertambat kembali.

Terdapat 6 sebab yang paling popular yang menyebabkan suami curang iaitu:

1. Nafsu seks

Ini adalah sebab yang paling banyak suami yang curang berikan. Dikatanya isterinya dah tak cantik macam dulu, dah tak ghairah macam dulu dan ada juga yang kata isterinya dah tak mampu melayan nafsu dia lagi. Semuanya salahkan isteri tapi cuba lihat suami pula adakah masih hensem macam mula-mula kahwin dulu??. Mana lah tahu kot sekarang ni perut dah ke depan.

Sebenarnya suami itu sendiri yang mungkin dah bosan dengan isterinya dan mahu mendapatkan 'pucuk muda' bagi mencari kelainan dalam seks. Mereka mungkin mahukan sesuatu yang ekstrem namun tidak mahu melakukan dengan isteri kerana bimbang merosakkan imej 'perempuan baik' yang disandang oleh isteri mereka.

2. Digoda

Sebaik dan sealim manapun suami kalau digoda oleh perempuan yang lebih cantik dan lebih muda dari isterinya pasti akhirnya akan terbabas juga seperti kata pepatah melayu 'takkan kucing menolak ikan didepan mata'. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu berada satu opis dengannya. Setiap hari jumpa, mana tak cairnya hati suami.

Walaupun suami tidak bercadang untuk mencari kekasih lain namun akibat tidak tahan menahan godaan akhirnya isteri diduakan.

3. Memang kaki perempuan

Dulunya semasa muda, suami ini memang sudah terkenal dengan kaki perempuan. Jadi bila dah kahwin tu mungkin terikat sedikit tapi kepada suami yang sukakan cabaran mengejar perempuan pasti tidak peduli tentang ikatan perkahwinan.

Pasti suatu masa akan terdetik untuk melakukannya kembali seperti waktu zaman bujang dulu. Lelaki seperti ini pasti mahu membuktikan bahawa biar sudah makin berusia namun persona diri masih ada. Lelaki seperti ini juga mungkin ingin menduga 'market', masih laku atau tidak. Sesuai pula dengan trend wanita sekarang ini yang sukakan lelaki yang lebih berusia, bermakna makin cepatlah suami dapat menjalankan aktivitinya.

4. Balas dendam

Alasan ini hanya diberikan apabila seseorang lelaki itu pernah disakiti oleh wanita atau isteri yang disayangi. Jadi mereka ini melepaskan rasa marah mereka dengan membalas dendam kepada isteri mereka dengan melakukan perkara yang sama.

Untuk memaafkan perbuatan isteri bukannya mudah dan kerana desakan ego maka hubungan sulit dibalas dengan hubungan sulit.

5. Sudah tabiat

Bila kali pertama suami ini melakukannya dan kesilapan itu tidak dapat dihidu oleh isterinya, pasti akan ada peluang ke-2 untuk melakukannya lagi..dan lagi..dan lagi. Godaan ini akan datang berulang-ulang dan tidak ramai lelaki mampu menahannya dan akhirnya ianya akan menjadi tabiat.

Perkara ini akan tetap dilakukan oleh suami sehinggalah segala tembelangnya dapat dihidu oleh isteri.

6. Keegoan

Perasaan ini timbul bila mendapati ada wanita lain masih tertarik secara seksual terhadap dirinya selain dari isteri. Rasa ego mula meninggi bila ada pula wanita lain yang mahu mendampingi dan melayaninya.

Darisudutpandang: Kata orang jika tepuk sebelah tangan manakan berbunyi, ini bermakna kalau tiada respon daripada perempuan juga perkara ini takkan berlaku. Apa yang perlu dilakukan oleh para isteri adalah sentiasa peka dengan sebarang perubahan suami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan