Ahad, 31 Ogos 2014

Kemiskinan

KUALA LUMPUR : Datuk Ariff Sabri hari ini melalu penulisan terbarunya di http://sakmongkol .blogspot.com menyatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak gagal sebagai pemimpin negara Malaysia ini dan kerana inilah Najib diburu oleh Mahathir.

“Ini terbukti dengan hutang luar negara yang sudah mencecah 40% KDNK. Hutang dalam negara atau hutang sektor awam sudah melampaui 55% GDP. Itu pun kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar seperti tidak mengira jaminan kontinjensi kepada GLC-GLC yang semua nya rugi,” kata nya.

“Inilah kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat. Aliran keluar modal jangka pendek Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding dengan ekonomi negara Asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian berkurangan. Current account surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari GDP berbanding dengan 16% dalam tahun 2008 (masa Najib ambil alih).”
Menurutnya, semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau household debt ialah 60%. Sekarang ianya 80%. “Negara kita ialah darul hutang. Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang berpendapatan RM 2,500 tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur, sewa RM800, pengangkutan RM800, makan RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun nasib baik. Belum lagi dicampur bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO semua nya berdemonstrasi berkeras hendak bayar.”

Angka kemiskinan
Beliau juga membandingkan angka kemiskinan yang kerajaan umumkan sebagai RM860 sebulan untuk Semenanjung dan RM1,000 untuk Sabah dan Sarawak. Berdasarkan angka ini, Najib dapat mengisytiharkan dengan bangganya bahawa angka kemiskinan hanya 2%.

“PBB/United Nations sendiri menyatakan bahawa garisan pendapatan miskin harus pada tahap 50% pendapatan purata Malaysia. Jika dalam tahun 2012, pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5,000, maka garisan pendapatan miskin ialah 50% dari RM5,000 yakni RM2,500. Tahukah pembaca pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategori miskin? Jawapan nya 40%. 40% penduduk negara ini berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik,” keluhnya.

Ariff juga mengeluh betapa tingginya tahap toleransi orang Melayu terhadap kepedihan hidup dengan beranggapan bahawa ini semua adalah takdir. Orang Melayu tidak akan pernah berfikir bahawa ini semua adalah disebabkan oleh akibat rasuah, akibat kelemahan pengurusan, akibat incompetence dan akibat salah laku. Selagi mereka diBR1Mkan, orang Melayu selesa dan puas walaupun keadaan mereka tidak berubah.

“Mereka lupa bahawa UMNO berkerja untuk kepentingan oligarchs Cina, Melayu dan India. Ekonomi negeri dikuasai oleh puak feudal yang didanai dan disokong oleh oligarchs Cina. Orang UMNO jerit sana sini memperjuangkan kepentingan Melayu tapi kepentingan yang mereka juarai ialah kepentingan oligrachs, yakni segelintir elit politik dan perniagaan.

“Kritikan Dr Mahathir kalau diterjemahkan dalam bahasa yang budak tingkatan 3 pun boleh faham ialah: Najib gagal. Bila Najib gagal, kerajaan gagal. Dasar Najib gagal. Kita hidup dalam negara yang gagal.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan