Selasa, 12 Ogos 2014

islamic banking


Seperti kita tahu, Mat Jenin terkenal dengan angan-angannya sampaikan berangan kahwin puteri raja. Semasa nak peluk puteri raja tu dia terlepaskan pegangannya pada pokok dan terjatuh dari pokok itu. Ada yang kata dia mati, ada yang kata dia cedera tapi yang pasti...angan-angan mat jenin berjaya dimatikan dalam kalangan orang Melayu yang cukup selalu dicantas cita-citanya dengan bayangan "Angan-angan Mat Jenin". 

Dari sepasang ayam diternak kemudian ayam bertelur serta menetas. Dari sepasang ayam menjadi sereban ayam. Mungkin jangkamasanya agak lama berbanding pinjam duit Tok Penghulu nak beli terus 1000 ekor ayam. Untuk dapat 1000 ekor ayam dari sepasang ayam mungkin makan masa 1 tahun. Namun, pengalaman itu buatkan kita kenal tentang ayam dari sikit sampai besar. 

Dari ayam sereban itu, Jenin pergi beli sepasang kambing. Sekarang dari kambing sepasang sampailah jadi sereban. Dari kambing sereban itu Jenin pula luaskan perniagaan dengan sepasang lembu yang kemudian dibesarkan juga sehingga dapat lembu sekandang. 

Semua itu, IDEA ASAS-nya ialah bermula dari kecil sehingga besar. Dan semasa yang kecil menjadi besar, hasilnya digunakan untuk dikembangkan lagi perniagaan dengan kembangan baru pula. Mari kita lihat konsep ini dengan cara yang lebih mudah... 

Tak perlu jadi kaya untuk dapat modal berniaga. Semua syarikat-syarikat saya tidak menggunakan modal mula melebihi RM1000. Perniagaan pertama saya hanya RM90 modalnya. Hatta, AirAsia juga bijak kerana mereka menjual tiket sebelum mereka membeli kapal terbang. 

Alasan orang tak berniaga kerana modal tiada. Ini semua bajet nak business semua dah ada siap duduk dalam bilik aircond macam dalam drama TV Melayu sembang juta-juta dan asal berjaya sikit dah panggil "Datuk". Mulakan hari ini dengan apa yang anda ada. 

Cerita Mat Jenin itu betul...tapi hujungnya semasa dia jatuh pokok itu kita boleh ambil pelajaran dari 2 sudut. Yang pertama, bila dah kaya nanti...cabaran utamanya ialah WANITA. Jadi hati-hati dengan wanita yang anda jumpa semasa anda di "atas pokok" dan sentiasalah ingat wanita yang bersama anda semasa anda masih di "bawah pokok". Sebab itu business boleh tersungkur. 

Dari sudut negatifnya, saya lihat...itu tidak lain untuk discourage ataupun melemahkan semangat usahawan-usahawan yang penuh dengan angan dan cita-cita. Bila nak berangan pun dah kena cantas, sampai bila angan-angan itu mampu jadi kenyataan. 

Untuk permulaan perniagaan, jangan ambil pinjaman kewangan. Kita masih belum kenal lagi perniagaan tu akan berdayamaju ataupun tidak. Ramai yang meminjam pada mula itu kita panggil mendapat "EASY MONEY". Bila dapat wang mudah begitu...asalnya nak buat business RM100,000 buat pinjaman tapi nanti RM40,000 buat downpayment BMW dan bulan-bulan bayar RM3000. Kononnya itu juga keperluan business. Selebihnya RM60,000 pula baru nak dibuat niaga. Masa tu pula modal dah jadi kecil dan bayaran kepada bank tetap kena jalan setiap bulan samaada senang ataupun sesak. 

Tidak sama orang yang dapat RM100,000 dengan menjual 100,000 bungkus nasi lemak berbanding RM100,000 yang dapat dari kertas kerja Rancangan Perniagaan yang dah bank luluskan. Sama macam kes dapat loteri RM100,000...selepas 1 minggu dah habis duit loteri tu. Kerana apa? Kerana itu WANG MUDAH. RM100,000 dari yang jual nasi lemak tu akan jadi RM1 Juta kerana dah faham rentak untuk jadikan RM1000 kepada RM100,000. Sementara yang ada RM100,000 pinjaman tu belum pernah berniaga dan selepas itu...RM100,000 pun boleh jadi habis. Memang tak semua macam itu, tapi saya berani katakan...KEBANYAKAN pemula perniagaan dengan dana pinjaman gagal pada perniagaan pertamanya. 

Mulakan dari kecil, jangan cepat-cepat nak kaya. Mat Jenin tu dah betul kerana Mat Jenin tak pernah nak buat loan bank. Disebabkan loan bank juga nanti otak kita gusar memikirkan perniagaan yang kena dijalankan untuk bayar semula hutang. Hari-hari kita berniaga seperti dikejar AH LONG yang diiktiraf. Jika tak bayar nanti siaplah tunggu di court. Bila orang takut dengan Ah Long...nanti orang ini akan buat macam-macam perkara termasuk menipu dan rasuah asalkan boleh bayar balik ahlong yang dipinjam. Sebab itu Allah haramkan riba' dan dalam haji wida' nabi secara khusus menyatakan tentang haramnya riba'. Walaupun pendanaan pinjaman bank SECARA ISLAMIK, saya dengan yakin menyatakan ia sekadar seperti seekor babi yang haram tetapi disembeli secara Islam. Walaupun ada ulamak-ulamak berstatus PHD dalam bidang ekonomi dan kewangan yang menjadi panel syariahnya. 

Tidak perlu jadi pakar ekonomi untuk bezakan yang mana lebih menindas dari yang mana. Yang lebih menindas itu pastinya bukan Islam walaupun mereka gunakan nama Islam. 

Apapun, pinjaman untuk memulakan perniagaan bukanlah satu langkah bijak. Cuba dari RM1 anda semai sehingga menjadi RM10. Pasti anda mampu semai RM10 jadi RM100 dan RM100 jadi RM1000. Dari RM1000 disemai jadi RM100,000, 1 Juta 10 juta 100 juta dan seterusnya. Yang diperlukan ialah kesabaran. Mulakan dengan yang kecil, jika RM1 disemai tak menjadi RM10 maka kita belajar kesilapan itu bernilai RM1. Lalu kita laburkan RM1 yang berikutnya dan mungkin gagal juga. Sehingga anda menggunakan RM1 yang ke 4 tau ke-5 barulah mampu jana RM10. Yang pentingnya bukan RM10 itu tetapi kebolehan kita mentadbir strategi yang menjadikan RM1 itu menjadi RM10. Strategi sama juga digunakan untuk kembangan seterusnya...cuma skala sahaja berbeza. 

Jika RM100,000 disemai untuk mengharap dapat RM1 Juta. Jika gagal, pelajaran kegagalan itu sangat mahal iaitu RM100,000. Masih kena bayar walaupun kita sudah tidak meniaga lagi. 

Hidup berniaga sangat aman dan tenteram bila tiada hutang. Jika perlukan sangat modal lebih setelah dah nampak jalan nak meniaga...bukalah pintu untuk berkongsi. Akhirnya, lubang kubur kita pun tak boleh nak parking semua harta masuk dalamnya. Berkongsilah supaya legasi perniagaan itu berkesinambungan walaupun kita dah mati. 

Memang bank tak suka artikel ini. Terutama Bank yang Islamik. Sekali lagi, bagaimana nak tahu sebuah bank itu Islamik atau tidak? Jika kita terasa tertindas melebihi bank konvensional...itu bermakna jelas ia bukan Islam. Ustaz-ustaz yang gajinya juga bank yang bayar, tak perlu cakap banyak. Dah pasti dia akan cakap HALAL kerana itu memang kerjanya untuk menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Jika tidak menguntungkan gila-gila, tak mungkin bank yang dimiliki orang bukan Islam pun beriya-iya buat Islamic Banking. Hujung tahun tengok...Islamic product LAGI UNTUNG!! 

Sekian. 

SAIFUL NANG 

Model Usahahawan Mat Jenin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan