Seorang buta pernah menemui Nabi SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki seseorang yang akan menuntunku (membawaku) ke masjid." Lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah SAW untuk solat di rumah. Ketika sahabat itu berpaling, beliau (Rasulullah) kembali bertanya: "Apakah engkau mendengar panggilan solat (azzan)?" Lelaki itu menjawab: "Benar." Beliau bersabda: "Penuhilah seruan tersebut (hadiri jemaah solat)."(Sahih Muslim)Abdullah ibn Mas'ud pula diriwayatkan telah berkata:
"Kami dahulu berpendapat, bahawa tidaklah seseorang yang tidak menghadiri solat (jemaah) melainkan ia seorang munafik yang telah jelas kemunafikannya, atau kalaulah ia sakit, maka ia berjalan dengan cara dipapah diantara dua orang hingga ia hadiri solat." Rasulullah SAW telah mengajari kami sunnah-sunnah petunjuk, dan diantara sunnah petunjuk adalah solat wajib di masjid yang kerananya dikumandangkan adzan.(Sahih Muslim)Berdasarkan hadis-hadis di atas, telah jelaslah kepada kita akan kepentingan mendirikan solat fardu secara berjemaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan