Sabtu, 25 Oktober 2014

Niaga

saya sedar betapa amalan berhutang itu tidak baik untuk diri saya, keluarga dan perniagaan.
“Apabila dibelenggu hutang, hidup tidak tenang. Saya telah terlibat dengan pinjaman untuk menyuntik modal bisnes pada peringkat awal. “Dalam tidak sedar juga, saya telah melakukan perkara yang Allah tidak suka,” kini tidak lagi mengamalkan konsep pinjaman untuk berniaga setelah menemui konsep usahawan akhirat.
beliau juga telah terlibat dengan riba melalui pinjaman tersebut. Malah, ramai usahawan pada masa kini tidak dapat mengelakkan diri daripada situasi tersebut. Cadangnya kepada para usahawan, elakkan amalan berhutang dan pinjaman yang mempunyai unsur riba.
sudah lumrah bagi seseorang yang mengusahakan perniagaan mencari keuntungan. Namun, tidak semua perniagaan yang dijalankan mendatangkan pulangan lumayan, malah ada yang kerugian dan kehilangan modal. Jika tidak untung, rugi yang mendatang. Itulah risiko yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan. Bagaimanapun, erti keuntungan sebenar dalam konteks manusia sebagai hamba Allah bukan terletak kepada perolehan harta.
Bagi usahawan dunia, empat aspek yang menjadi keutamaan iaitu kekayaan, kesihatan, kekuasaan dan takhta yang pastinya tidak abadi untuk dikecapi berbanding usahawan akhirat yang mengejar keuntungan di dunia untuk akhirat.
selama ini beliau tidak sedar bahawa keuntungan dunia bukanlah kebahagian sebenar yang dicari malah lebih daripada itu. “Pengalaman rakan perniagaan yang tidak menepati janji, membatalkan perjanjian perniagaan, dan menghadapi persaingan yang membuatkan berfikir tentang kurniaan Allah.
“Ada satu ketika seseorang yang sepatutnya berjumpa dengan saya untuk satu urusan perniagaan telah membatalkan temu janji tetapi saya bertemu orang lain yang tidak pernah saya kenal untuk menjalinkan urusan perniagaan. “Sungguh, hanya Allah tempat bergantung. Bukan manusia, hanya Dia yang sentiasa ada untuk menolong kita,”
Allah mengurniakan rezeki kepada semua orang. Sebagai manusia, seseorang itu perlu berusaha mendapatkan petunjuk daripada Pencipta selain berusaha secara fizikal untuk mendapatkan sesuatu. “Senario yang berlaku kini manusia sanggup melakukan pelbagai cara untuk memastikan hajatnya tercapai seperti mengamalkan rasuah yang sebenarnya menyebabkan hak orang lain dirampas,” 
Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai hamba, manusia sebenarnya melakukan urusan perniagaan dengan Pencipta. Mereka akan mendapat balasan syurga atau neraka bergantung kepada amalan masing-masing. jika banyak amalan kebaikan yang dibuat di dunia, ganjaran pahala yang diperoleh juga adalah banyak, begitu juga sebaliknya.
“Apabila berniaga dan meraih keuntungan, bayarlah zakat dan bersedekah. Rezeki yang dianugerahkan itu bukan milik kita semata-mata sebaliknya perlu dikongsi. “Zakat dan sedekah ini juga mempunyai keberkesannya yang tersendiri. Hati lebih tenang, dan insya-Allah rezeki yang datang juga melimpah ruah. Niatkan amalan ikhlas kerana Allah,”
9/10 rezeki yang datang adalah melalui perniagaan, namun tidak semua perniagaan yang dijalankan berjaya. Sebagai peniaga, proses menjalankan perniagaan sama seperti proses perkembangan manusia yang perlahan-perlahan melalui fasa-fasa tertentu bermula dari awal kelahiran.
“Semuanya tidak berlaku dengan pantas. Namun, ramai yang mahu cepat untuk berjaya lantas memilih jalan yang salah kerana hanya ada dua cara iaitu cara yang betul dan salah. “Dengan memilih cara yang salah, pastinya melanggar etika dan mengundang dosa. Hidup mungkin mengecapi nikmat dunia dengan wang, namun hati tidak akan tenang.
“Cara yang betul, pastinya lebih lambat dan menguji kesabaran. Percayalah, hati akan lebih tenang, keuntungan yang diperoleh mencukupi malah boleh dikongsi bersama orang lain. “Paling penting, jalankan suruhan Allah. Tinggalkan larangan-Nya. Dalami dan cintai al-Quran,” 

Futsal Maal Hijrah 1436H














Selasa, 21 Oktober 2014

Tanduk rusa

Seorang wanita selepas ceramah tanya saya soalan..susahlah ustaz semenjak saya kahwin ni. Suami saya suruh saya jadi baik. Saya pakai tudung.
Tempat kerja saya tiada orang pakai tudung. Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit. Sekarang kerana saya pakai tudung saya agak disisihkan. Sale saya pun jatuh.

Sedihlah ustaz. Saya tahu wajib dan lain-lain. Tapi lemah semangat.Boleh beri sedikit nasihat pada saya..
Jawab saya, sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk pakai tudung. Allah sayang puan..
Dulu masa saya darjah 6 seorang cikgu selalu cerita kisah ni. Ada seekor rusa yang sangat cantik. Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik. Wah cantiknya tanduk aku. Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tak cantik....

Dia senyum seorang diri bila tengok tanduk dekat air. Tapi sedih saat tertengok tapak kakinya..
Satu hari dia di kejar harimau. Dia lari laju-laju. Pijak semua benda tajam. Selaju mungkin. Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..dia cuba tarik. Tapi gagal.

Dia menangis...dan menangis sambil menunggu harimau datang. Katanya wahai tanduk yang ku banggakan..hari ni kau telah binasakan diriku. Kerana kau aku tersangkut dan akan mati...wahai kaki yang selalu aku hina. Hari ini kau berjuang berkorban menyelamatkan diriku..tapi inilah akhirnya.....kakinya tidak berhenti menyelamatkannya. Cuba larikan diri. Sampai harimau sampai. Dia tendang harimau. Dia bergelut dengan harimau. Sehinggalah dia disiat satu persatu...kaki berjasa sampai akhir...

Begitulah dalam dunia kita kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat sehingga kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita derita di akhirat...dan kita malu dengan sunnah Nabi saw...kita malu dengan perintah Allah. Kita dimalukan kerananya..Tapi kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..berbaloi susah untuknya.

Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati. Doa supaya Allah kuatkan kita atas jalan kebaikan dan kita doakan semua orang lain. Ya Allah berilah hidayah kepada semua orang dalam dunia ini-

Hormati dirinya

Wahai Adam pemimpin ummah..
Bukanlah aku ini berat sebelah,
Tidak pula kerana benci aku yang menggugah,
Semua itu aku tolak ke tepi sudah,
Sekarang aku menulis untuk maruah.
.
Kalaupun engkau suka padanya terlalu,
Kau perlu ingat dia itu bukanlah milikmu,
Usah kau permain hati rapuhnya itu,
Seringkali ia luka dan kau sendiri tak tahu.
.
Kau umpan pakai mulut manis bergula,
Kau rentap dia guna laku konon dah bersama,
Satu aku nak tanya,
Kau letak maruahnya dimana?
.
Dia bukan perempuan biasa yang kau jumpa,
Ada amanah dalam dada,
Maruah keluarga dibahunya,
Mata yang mengkritik kau belum kira.
.
Kalau betul kau mahu,
Buktikan dahulu,
Maruah dia kau letak nombor satu,
Pasakkan rasa itu bukan berpaksi nafsu,
Baru aku hormat fitrah perasaanmu.
.
Dia itu terhormat,
Ambil dia dengan ikhlas tersemat,
Hatinya kau perlu jaga cermat,
Bukan memandangnya sebagai nikmat.
.
Maaf kalau kau kata aku terlalu melindungi,
Apa kau tahu dia punya hati?
Sarat luka kesakitan yang berbisa lagi,
Penuh rahsia dalamnya tersembunyi.
.
Pohonku satu saja,
Hormati dia,
Juga hatinya.