Ahad, 2 November 2014

Lelaki

Siapa LELAKI

LELAKI adalah ciptaan ALLAH yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda.

Dia korbankan coklatnya.. untuk adik beradik perempuannya.
Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.
Dia membelanjakan kesemua duit untuk beli hadiah untuk gadis .. yang dia cinta.. hanya untuk melihat dia tersenyum
Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2.. dengan bekerja lewat malam tanpa sebarang keluhan.
Dia bina .. masa depan meraka sekelurga dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.
Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu, isteri dan boss.
Kehidupan Dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain

Kalau Dia keluar rumah, jadi dia lalai
Kalau dia duduk dirumah, jadi dia malas
Kalau Dia marah anak2, jadi dia raksaksa
Kalau dia tak marah, jadi dia lelaki yang tak bertanggungjawab
Kalau dia tak benarkan isteri daripada bekerja, jadi die seorang yang mengongkong

Kalau dia benarkan isteri bekerja, jadi dia adalah orang yang hidup dibawah pendapatan isteri
Kalau dia dengar cakap emak, jadi dia anak emak
Kalau dia dengar cakap isteri, jadi die hamba isteri

Hargai setiap lelaki dalam hidup anda.Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.
Berbaloi dihantar ke semua lelaki supaya mereka tersenyum & kesemua wanita supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga

HAPPY MEN'S DAY"
Which never comes.
Have a great Day!!!!

gostan

Crita lama ni..
Perkataan terhasil dari orang putih n talibarut melayu.
Nak di jadikan crita..Time dia orang nak buat operasi. Satu kes kene lalu kat kubor lama. Tah mcm mana dari semak..ada pokok bergoyang. Org putih kata ada Gost.
Melayu ckp no..Setan.
Kerna dio orang patah balik..
Itulah critanya perkataan Gostan tercipta..hahaha

Kencing

Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil
ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi
bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan
aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa
metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran
tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita
dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai
aturan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata
bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing
sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya
Al-Quran.
Secara kesihatan kencing berdiri adalah
penyebab utama penyakit batu karang karang
pada semua penderita penyakit tersebut dan
merupakan salah satu penyebab penyakit lemah
syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang
biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan
mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud
maka terasa ada sesuatu yang keluar dari
kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak
habis keluar ketika kencing sambil berdiri,
apabila perkara ini terjadi maka solat yang
dikerjakannya tidak sah kerana air kencing
adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat
adalah suci dari hadas kecil maupun hadas
besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap
cara dan tempat buang air, mungkin kerana
pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi
yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing
berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi
sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai
budaya melarang anak kencing berdiri sehingga
kita sering mendengar pepatah “Guru kencing
berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang
terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah
lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-
pundi yang tidak habis terpancar menjadikan
kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar
menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan
buang air mencangkung, dalam keadaan
bertinggung tulang paha di kiri dan kanan
merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir
habis dan memudahkan untuk menekan pangkal
buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan
cara ini, air kencing akan keluar hingga habis,
malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot
zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak
puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong
dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia
berkemungkinan besar menyebabkan batu
karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu
karang yang berada dalam ginjal atau kantong
dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-
sisa air kencing yang tidak habis keluar.
Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/
mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak
dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan
betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika
itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini
juga merupakan salah satu yang menyebabkan
penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari
penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang
kencing berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam
sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing
kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan
tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur,

lalu beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang
disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang
satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu
domba, sedang yang lainnya disiksa kerana
tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.
Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma
dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu
pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi
pada kuburan yang lain seraya bersabda:
Semoga pelepah itu dapat meringankan
siksanya, selama belum kering. 

(Shahih Muslim
No.439)

Mangga asam boi

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Mangga Muda (Suka hati banyak mana yang diingini)
2) Satu bekas Asam Boi
3) Cili Padi potong kecil (Ikutlah nak kadar kepedasan banyak mana)
CARA-CARA NAK BUAT JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI
1) Basuh dan Potong Mangga muda tadi mengikut citarasa anda
2) Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak sikit, kalau tak tahan pedas letak sedikit sahaja supaya ada rasa pedas-pedas sedikit apabila makan jeruk mangga asam boi bercili ni.
3) Satu kan semua bahan dan letakkan dalam 1 bekas, tutup rapat dan sejukkan didalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam, lagi lama lagi sedap.

solat

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…

Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:

“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)

Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.

Dada berpaling dari kiblat