Isnin, 15 Disember 2014

Doa selamat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
ُِSalam pagi Selasa 23 Safar 1436H,
16 Disember 2014.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah kurniakanlah kpd kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.
Ya Allah Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid, Ya rahman Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka.
Ya Allah jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kpd mereka.
Ya Allah jika ada di kalangan kami sedang berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka.

Ya Allah jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah agar dapat beribadah bersama kami.
Ya Allah jika ada di kalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti kepada ibubapa mereka.

Sesungguhnya Ya Allah Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi.
Ya Allah kurniakan kpd kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMus.
Sebaliknya, Ya Allah janganlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.
Ya Allah bantulah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.

Ya Allah jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang.
Ya Allah janganlah kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dgn hari2 mendatang.
Tapi Ya Allah andainya hari ini hari terakhir buat kami, Kau rahmati, jadikanlah hari yang terbaik bagi kami dan ampunlah segala dosa dosa kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
 َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah. 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

kitar semula

bagaimana nk pastikan jika minyak masak adalah kitar semula

letakkn minyak msk dlm petisejuk lbh krg 2jm, kalau ada buih keputihan atau berbuih, jd kita tau minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula. kita patut beritau org2 yg kita syg.

ujian yg senang:

masukkn seulas bwg putih bila grg sayur2n, jika bwg putih jd merah, itu menunjukkn kandungan minyak kitar semula yg sgt beracun.

bwg putih akn kekal putih jika minyak berkualiti baik.
dr menegaskn jika semua penerima maklumat ini menyebarkannya kita akan menolong yg lain utk menjaga kesihatan!

Tlg sebarkn berita2 baik, jgn biarkn shj maklumat ini wokeyy 

tazkirah

Cerita sebentar tadi..
“Assalamualaikum akak, bagi usrah boleh?
Sebuah mesej masuk di whatsapp..
Terasa malu.

Siapalah diri ini untuk memberi nasihat..
Tetapi permintaan itu terasa bagaikan teguran dari Allah. Bukankah semua manusia itu berada dalam kerugian? Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran. Hati mula berbisik, jika kita diminta memberi nasihat.. tunaikanlah. Kerana nasihat adalah hak seorang muslim yang perlu kita penuhi.

Assalamualaikum,Bismillahirrahmanirrahim.

Adik2 pernah tak dapat mesej mcm ni :
Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."
Kita biasa kan dengar perkataan ni daripada operator telefon bila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita nak buat panggilan, lebih-lebih lagi kat orang yang tersayang, contoh nak call mak nak mintak mak bank in kan duit sebab lecturer dah bising suruh beli buku rujukan..tapi bila dengar je perkataan ni keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus rushing cari bekalan'topup' atau kata orang sangat2 perlukan SOS topup.

Kita akan pastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tapi, pernah tak kita aplikasikan situasi ni kepada sesuatu yang lain?
Realiti: Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita,
"Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga".
(boleh ke nak buat SOS topup?)

Pernah tak kita berfikir macam tu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan tu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika tu? Apakah kita masih boleh men'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga pada diri kita. Tapi, pernah tak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', dahulu yang menangis 

mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita sikit sangat ke berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata? Tapi bila kekasih kita tinggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.
Kita mahu mencapai syurga dengan amalan yang biasa2 saje? Walhal untuk mendapat ‘madu mestilah disengat lebah’. Biarlah kita ini, berada dalam kehidupan yang benar-benar menuju akhirat.. Kehidupan yang benar-benar mengharapkan redha Allah..

Biarlah kita ini hidup dalam zuhud seorang pengembara yang bermusafir di tanah dunia untuk berpijak dan sentiasa merindu taman Syurga.. merindukan Allah setiap masa.. merasa Allah melihat kita.. dan berusaha merasakan kita melihat Allah..

Dalam hidup, sentiasa letakkan diri sebagai orang Jahil yang dahagakan ilmu. Tengok orang yang dahaga.. dia mesti berusaha sehabis mungkin untuk dapatkan air… kalau tak, dia akan mati!

Begitulah kita, tanpa ilmu hati akan beransur lelah dan lemah.. menuju matinya hati..
Banyakkan istighfar… bersihkan hati.. biar cahaya Allah masuk menerobos dinding hati yang kian lutsinar untuk dibersihkan dari dosa…

Nak tahu tak?Rasulullah, satu hari 100 kali istighfar pagi dan petang (Hisnul muslim). Kita pula mampu bercakap perkara yg sia2 selama sejam tapi amat berat utk berzikir walaupun hanya seminit. MasyaAllah,muhasabah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal. (Al-Anfal, ayat 2)..

Adakala trafik yang kita lalui amat sesak, padat dan merimaskan. Juga adakalanya lancar dan selesa. Tetapi ia tetap menuju ke satu matlamat pengakhirannya.

Begitu juga hidup kita di dunia, adakala sempit dengan pelbagai ujian yang dihadapi, ada masa kita merasa tenang dan selesa dengan kehidupan sendiri. Tetapi tetap menuju ke destinasi yang telah ditakdiri. Mati itu datangnya bila-bila masa. Tiada seruan, tiada amaran, ajal pasti mendatang.

Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita nak menyesal. Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah, titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama 'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah. 

Semoga tazkirah ringkas ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua.
Mari kita Sebarkan Kebaikan ! Semoga ia dapat men"Topup" pahala kita. insyaAllah. Ketika menuliskan ini, tiba-tiba airmata mengalir.. Membaca tulisan yang tertera tanpa disedari apakah yang terluah. Nasihat ini, dari Allah untuk diri sendiri dan untuk semua. Tiba-tiba juga mati itu terasa dekat.. Amat dekat..dekat sekali..WALLAHUA'LAM.

syaitan

apabila seorang manusia pernah sekali mbuat satu kejahatan. maka iblis akan mgarahkan seekor syaitan utk duduk disisi manusia itu. maka kerja syaitan itu utk mghasut lagi manusia itu agar mbuat sekali lagi kjahatan itu.
setelah diulangi kjahatan itu, syaitan dah tak main hasut-hasut lagi. tapi syaitan akan mghembuskan ke telinga manusia rasa seronoknya apabila buat kejahatan itu.

contoh, pernah kita tinggalkan solat secara sengaja. sampai satu masa, kita akan ulangi utk tinggalkan solat lagi. dan sampai satu tahap, bila kita tinggalkannya sudah tidak berasa bersalah atau berdosa. akibatnya lihatlah skrg, mungkin ramai orang yg tinggal solat tanpa rasa bersalah. bahkan ada mempersenda atau mbuat tanda2 sinis thadap orang lain. atau yg lebih teruk, berasa seronok tidak bersolat. sebab itu ada yg sampai mengatakan, tak solat pun takpe janji hati baik.

dikatakan setiap kejahatan yg manusia lakukan, ada setiap ekor syaitannya sendiri. kalau manusia kaki judi, ada syaitan judi. kalau kaki arak, ada syaitan arak. kalau manusia kaki rasuah, ada syaitan rasuah.
kalaulah manusia ada buat 10 kejahatan, dia ada 10 syaitan yg sentiasa duduk disisinya.

kerana dikatakan, bahawa bilangan syaitan itu lebih banyak dari bilangan manusia di dunia ini.

maka marilah kita, kuatkan diri dgn lebih mendekati Allah SWT. jgn tinggalkan solat dan kusyukkan solat dgn mpelajari cara solatnya yg betul. mjadi manusia yg benar-benar mualim dan solihin. kerana dgn mbetulkan diri utk mjadi manusia yg benar2 beriman dan mahmudah, itulah cara agar semua syaitan2 itu lari daripada diri kita.

wallahu a'lam(pkongsian sdikit ilmu yg tak seberapa... Wassalam