Isnin, 15 Disember 2014

tazkirah

Cerita sebentar tadi..
“Assalamualaikum akak, bagi usrah boleh?
Sebuah mesej masuk di whatsapp..
Terasa malu.

Siapalah diri ini untuk memberi nasihat..
Tetapi permintaan itu terasa bagaikan teguran dari Allah. Bukankah semua manusia itu berada dalam kerugian? Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran. Hati mula berbisik, jika kita diminta memberi nasihat.. tunaikanlah. Kerana nasihat adalah hak seorang muslim yang perlu kita penuhi.

Assalamualaikum,Bismillahirrahmanirrahim.

Adik2 pernah tak dapat mesej mcm ni :
Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."
Kita biasa kan dengar perkataan ni daripada operator telefon bila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita nak buat panggilan, lebih-lebih lagi kat orang yang tersayang, contoh nak call mak nak mintak mak bank in kan duit sebab lecturer dah bising suruh beli buku rujukan..tapi bila dengar je perkataan ni keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus rushing cari bekalan'topup' atau kata orang sangat2 perlukan SOS topup.

Kita akan pastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tapi, pernah tak kita aplikasikan situasi ni kepada sesuatu yang lain?
Realiti: Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita,
"Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga".
(boleh ke nak buat SOS topup?)

Pernah tak kita berfikir macam tu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan tu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika tu? Apakah kita masih boleh men'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga pada diri kita. Tapi, pernah tak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', dahulu yang menangis 

mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita sikit sangat ke berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata? Tapi bila kekasih kita tinggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.
Kita mahu mencapai syurga dengan amalan yang biasa2 saje? Walhal untuk mendapat ‘madu mestilah disengat lebah’. Biarlah kita ini, berada dalam kehidupan yang benar-benar menuju akhirat.. Kehidupan yang benar-benar mengharapkan redha Allah..

Biarlah kita ini hidup dalam zuhud seorang pengembara yang bermusafir di tanah dunia untuk berpijak dan sentiasa merindu taman Syurga.. merindukan Allah setiap masa.. merasa Allah melihat kita.. dan berusaha merasakan kita melihat Allah..

Dalam hidup, sentiasa letakkan diri sebagai orang Jahil yang dahagakan ilmu. Tengok orang yang dahaga.. dia mesti berusaha sehabis mungkin untuk dapatkan air… kalau tak, dia akan mati!

Begitulah kita, tanpa ilmu hati akan beransur lelah dan lemah.. menuju matinya hati..
Banyakkan istighfar… bersihkan hati.. biar cahaya Allah masuk menerobos dinding hati yang kian lutsinar untuk dibersihkan dari dosa…

Nak tahu tak?Rasulullah, satu hari 100 kali istighfar pagi dan petang (Hisnul muslim). Kita pula mampu bercakap perkara yg sia2 selama sejam tapi amat berat utk berzikir walaupun hanya seminit. MasyaAllah,muhasabah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal. (Al-Anfal, ayat 2)..

Adakala trafik yang kita lalui amat sesak, padat dan merimaskan. Juga adakalanya lancar dan selesa. Tetapi ia tetap menuju ke satu matlamat pengakhirannya.

Begitu juga hidup kita di dunia, adakala sempit dengan pelbagai ujian yang dihadapi, ada masa kita merasa tenang dan selesa dengan kehidupan sendiri. Tetapi tetap menuju ke destinasi yang telah ditakdiri. Mati itu datangnya bila-bila masa. Tiada seruan, tiada amaran, ajal pasti mendatang.

Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita nak menyesal. Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah, titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama 'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah. 

Semoga tazkirah ringkas ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua.
Mari kita Sebarkan Kebaikan ! Semoga ia dapat men"Topup" pahala kita. insyaAllah. Ketika menuliskan ini, tiba-tiba airmata mengalir.. Membaca tulisan yang tertera tanpa disedari apakah yang terluah. Nasihat ini, dari Allah untuk diri sendiri dan untuk semua. Tiba-tiba juga mati itu terasa dekat.. Amat dekat..dekat sekali..WALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan