semua "orang" sedang sibuk nak bagi pinjaman kepada usahawan, bakal usahawan dan graduan tetapi mereka tidak ajar bagaimana nak berniaga dengan berjaya, mereka tidak ajar bagaimana nak pastikan perniagaan peminjam tinggi jualan dan keuntungan.
Sampai masa mereka expect pinjaman dibayar dan jika tidak? Di sita, blacklisted atau declare bankrupt.
Itu memang misi pemberi pinjaman, beri pinjam. Memanglah mereka tidak beri pinjam sesaja, mereka tengok paperwork tetapi nama pun paperwork, atas kertas semuanya untung.
Sebab itu saya selalu pesan anak didik saya, jangan meminjam untuk berniaga jika tidak ada ilmu. Peluang gagal adalah sangat tinggi.
Jangan belajar pinjam duit tetapi belajar buat duit.
ILMU penting. Belajar memulakan perniagaan dengan apa yang ada ditangan. Banyak bisnes yang boleh dibuat tanpa perlu meminjam, tanpa perlu buka kedai, tanpa perlu keluarkan produk serta kos yang mahal.
Jika ada ilmu, hutang berlambak dan bankrupt pun Insya Allah boleh dilangsaikan. Maruah boleh ditebus.
Misi mereka adalah beri pinjam kerana itu KPI mereka.
Nak pinjam boleh, ada waktunya. Dan bila tiba waktunya, pinjam sebanyak yang boleh.
Ramai jer anak didik saya berniaga dengan tiada pinjaman dan boleh buat duit beratus ribu sebulan dan ada yang juta sebulan Insya Allah.
Terpulang.
DAO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan