Ahad, 14 Disember 2014

malaysia

Masih terngiang-ngiang dalam kepala saya pesan amanat Prof. Al-Attas minggu lepas. Beliau pesan kepada kami yang hadir ke kuliahnya bahawa Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan bukan datang bergolek. Ianya adalah natijah kemenangan daripada perjuangan yang getir, perjuangan ʿaqliyah dan ʿilmiyah. Mana tidaknya beliaulah antara ʿulama yang tersohor yang telah berdepan dengan Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pimpinan DAP dalam perdebatan untuk meletakkan batu asas Makna Diri negara bangsa Malaysia.
Jasa Prof. Al-Attas amat besar kerana beliau telah meletakkan batu asas yang menghubungkan unsur-unsur penting Peradaban Islam-Melayu melalui huraian tuntas dan mendalam berkenaan Faham Agama, Akhlaq, Bahasa, Sejarah, Perpaduan.
Orang Melayu seperti kata guru CASIS kami Profesor Tatiana Denisova, dari segi etnopsikologi adalah amat mustahil untuk menjadi bangsa yang rasis/perkauman/asabiyah melampau. Ini kerana dari segi pengalaman sejarah, orang Melayu sudah biasa dengan kehadiran orang-orang asing kerana orang Melayu yang bertamadun tinggal di persisiran pantai, di bawah kerajaan entrepot (pos perdagangan). Ini berbeda dengan bangsa Cina yang asal dari Benua Besar China. Mereka agak "isolated" dan bersifat "agrarian" (pertanian) dan jarang keluar (non-migratory).
Tidak hairanlah Imperaturia mereka - dengan Tembok Besar Cina - seperti halnya Romawi, melihat apa-apa yang diluar lingkungan mereka adalah "barbarian" (kaum biadap). Dan mentaliti ini menghasilkan mentaliti komunal bilamana berlaku Diaspora Cina ke Alam Melayu pada awal abad ke-19.
Kehadiran kaum Cina ke Alam Melayu merupakan bukan sahaja perancangan British tetapi ada "push factor" dari Negara Cina sendiri yang memaksa golongan miskin, petani yang diistilahkan sebagai "coolie"/"kuli" untuk berhijrah mencari "greener pasture" di Alam Melayu.
British melihat ini sebagai satu peluang mendapatkan "tenaga buruh yang murah" (cheap-hard labour) bagi mengusahakan lombong timah dan bermacam-macam lagi.
Almarhum Profesor Ismail Raji al-Faruqi - tok guru yang dijunjung DS Anwar Ibrahim dan ABIM - dalam karyanya "Islam and the Problem of Israel" berpendapat memang tabi'at British dalam jajahan bawah takluknya untuk membawa masuk bangsa asing (alien race) sebagai satu amalan "dasar pecah dan perintah". Malaysia dan Palestin adalah salah satu contoh. Bezanya, kita orang Melayu berjaya capai kata muafakat dengan bangsa Cina, India untuk "give and take" dalam eksperimen menuju negara bangsa yang baru tetapi tidak di Palestin antara Arab dan Yahudi.
Memang tok nenek (ancestors) bangsa Cina yang ada di Malaysia pada dahulunya tidak berhajat untuk tinggal di sini. Niat mereka tak jauh beda dengan pekerja asing dari Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia yang datang ke negara kita untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga di kampung. Sebab itu silibus pendidikan bangsa Cina sebelum Merdeka berkiblatkan Tanah Besar China. Kesetiaan mereka dtumpahkan ke sana, bukan Tanah Melayu. Mereka tidak dapat pulang selepas meletusnya Perang Saudara antara Kuomintang dan Komunis. Kemenangan puak Komunis di China menipiskan lagi peluang untuk mereka pulang kerana dasar nasionalisasi yang menjadikan harta, tanah milik imigran China menjadi milik Kerajaan Pusat (The State): satu ciri utama "dasar centralization" Komunisme.
Sebab itu mereka tidaklah boleh disamakan dengan bangsa Cina yang kita istilah sebagai "Baba-Nyonya" yang datang ke sini ketika zaman Kerajaan Melayu-Islam Melaka bukan sekadar ingin membanting tulang tetapi turut sama "bermulazamah" dengan budaya tempatan maka berlakukan "fusion" yang menghasilkan budaya unik antara "Cina" dan "Melayu" itu.
Mereka - golongan Chinese Diaspora yang datang ke Alam Melayu dengan naik tongkang, bukan seperti kapal Mayflower- kata Prof. Al-Attas kepada Lee Kuan Yew, tidak mewakili pemimpin Peradaban Cina yang kaya dengan budaya, intelektualisme, falsafah yang tinggi. Manakan sama dengan pelayan India dari Tamil Nadu yang kerja di kedai mamak, yang bukan daripada golongan Brahmin dengan "cultural leader" seperti Rabinrandth Tagore, Nehru, Gandhi?
Oleh sebab itulah kita orang Melayu yang punya peradaban ribuan tahun, yang menjadi lebih hebat dengan hadirnya Islam, wajib dan terlebih layak menjadi Tuan (Owner/Leader) dan bangsa yang akan menjadi TERAS kepada pembentukkan Bangsa Malaysia yang tulen kelak.
Oleh itu juga, kita orang Melayu walaupun dari segi kewarganegaraan sama dengan bangsa Cina, India dan lain-lain, kita dari segi sumbangan dan hak-milik makna diri tidak sama kerana kita adalah pewaris daripada pengorbanan dan kejayaan tok nenek kita yang bangunkan peradaban Melayu Raya di rantau ini.
Kita boleh kongsi hasil-mahsul negara tercinta ini dengan bangsa-bangsa lain yang sudah menjadi warganegara yang sah dan orang Melayu tidak cemburu sebab kejayaan orang Melayu dambakan bukan saja di Dunia tapi Akhirah; rezeki yang penuh Barakah.
Ini tidak bermakna orang Melayu boleh duduk senang, pemalas, dan culas dalam menjalankan amanah memimpin. Korupsi, rasuah, yang berleluasa dikalangan pemiminpin Melayu yang banyak memimpin, memang wajar dikecam oleh semua bangsa. Tapi janganlah sampai melampaui batas sampai tamak haloba nak sapu habis kuasa politik orang Melayu. Ada cara untuk kita perbetulkan masalah yang ada tanpa membuka Kotak Pandora "perang perkauman" seperti 13 Mei Dahulu.
The Malays are not equal with other races in this respect: forever, until and unless there will be a truly race called Bangsa Malaysia.
Untuk kita capai tahap itu sampai boleh buang slot kaum pada borang, nak mintak jadi Timbalan Perdana Menteri dan macam-macam lagi, orang Melayu nak lihat perpaduan Kebangsaan yang tulen, berasaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dipersetujui dahulu diamal laksanakan oleh semua kaum dan bangsa di negara ini: e.g. hapuskan sekolah vernakular.
Then we can talk more about rights when you have done your part in fulfilling your responsibilities.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan