Selasa, 9 Disember 2014

cukai keter

Benarkah kereta proton nie sbnrnya dikenakan cukai sebanyak 200% dari harga asal kereta sebelum dijual kepada pembeli? . so 200% duit cukai nie pergi kemana? kenapa kerajaan kenakan cukai sampai 200%? sedangkan dia tak terlibat pun dalam sektor pembuatan kereta tu.
Kadang-kadang aku terkejut jugak kalau aku dapat tau masih lagi ada orang terkejut bila aku kata, harga kereta yang kita bayar ni cekik darah sebab harga sebenarnya jauh lagi murah dari tu. Isu ni dah makin terbongkar dan sehingga ke hari ni, masih ada lagi orang kita yang tak tau hakikat pasal industri automobil Malaysia ni. Aku agak terkejut jugak la sebab aku ingat semua orang dah tau.
Tapi kalau dah hari2 baca Utusan aje.. tgk beliten utama tv3...payah la.
Hakikatnya mudah, kita bayar harga kereta mewah tapi kita dapat Perodua Viva dan we should be getting better. We should. Kalau kau redha dengan benda tu meh aku nak jual dengan kau macam2 benda.
Pernah nampak harga kereta dari kastam dulu? nampak berapa murahnya harga kereta sebenarnye tanpa tax.
Harga kereta luar terpaksa disembunyikan dari rakyat malaysia sebab kita nak selamtkan kereta nasional. demi bangsa dan negara  dengan pengenalan AP dan sebaga cukai tax harga kereta luar nampak lebih mahal dari harga sebenarnya.
Harga kereta nasional tak dapat dijual dengan murah sebah sub kontrak peniaga tempatan .. sparepart etc. So tu la pasal.. jaga bisnes kita..  naikan barangan import..
Kadang aku fikir apa kita dapat dengan kereta nasional? yang kaya sebenarnye pemegang AP bawak masuk kereta murah dapat untung besar dalam AP.. Rakyat juga seksa dengan kualiti kereta nasional beli terpaksa beli kereta luar yang lebih mahal dari nilai sebenarnya.. ditambah dengan tol minyak dsb
Mentaliti kita dah terpahat yang Perodua Viva elite , RM40 ribu..murah! Apa kejadahnya masyarakt kita ni kena mind control macam gitu sekali? Kereta 40 ribu murah. Motor, 10 ribu, murah! Makan, RM15, murah. Air satu cawan, RM12 affordable. Cuba tanya mak bapak anda berapa dia beli kereta dulu. Bapak aku beli Toyota Corolla RM14 ribu lebih tahun 80an. Kalau lah kita masukkan inflasi, kita triplekan harga kereta dari tahun 80 an sampai lah sekarang, dapat lah dalam RM60 ribu.
RM60 ribu kau boleh ke dapat Nissan skyline 1st model di Malaysia sekarang ni?
Itulah misteri yang ramai orang tak paham sebab diorang malas nak berfikir sebab ramai yang percaya dan bergantung harap dan tak peduli apa2 yang tak betul pasal kerajaan sebab diorang masih lagi pegang legasi cap dacing dulu2 sampai sekarang. Diorang sendiri takut nak berubah tapi diorang tak sedar rakyat dah berubah...ke arah yang lebih ."
Kerajaan sekarang adalah kerajaan yang paling licik dalam bab-bab mengalihkan perhatian. Kau terlepas pandang aje memang kena kencing hidup2 lah kau.
Kau boleh nampak hari-hari kerajaan sebut pasal subsidi. Dalam bil elektrik ada tulis subsidi berapa, dekat stesyen minyak diorang wajibkan tampal berapa nilai subsidi. sekejap tarik subsidi kejap tambah subsidi.
Tapi bila bab rakyat subidikan kerajaan, semua benda cuba tutup rapat. Apa untungnya kerajaan berlaku jujur dengan rakyat kan? Banyak negara luar yang transparent dengan rakyat pasal kutipan cukai dan ke mana duit kutipan cukai ni dibelanjakan. Semua benda akan diwartakan dengan jelas dan sempurna agar mudah orang ramai faham dan jika ada isu, orang ramai ada saluran untuk menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap isu itu.
Tapi tidak di Malaysia. Kenapa? Entahlah. Aku pun tak paham kenapa orang ramai baru sedar pasal cukai kereta. Lonjakan internet barangkali sebab sebelum ni...informasi mengenai agensi kerajaan susah nak diperolehi.
Malah jika berlaku sesuatu yang pelik terhadap penggunaan duit cukai, seperti yang termaktub dalam Laporan Ketua Audit Negara, benda2 tu akan cuba ditutup. Mungkin ada yang dikenakan tindakan tapi mesti dia tu level2 cap ayam aje, kepala besar terlepas. Itulah cara Malaysia.
Aku paham ramai tak tahu bukan sebab tak nak ambik tahu. Ramai tak tahu sebab mereka percaya dengan kerajaan dan mereka percaya apa saja yang kerajaan lakukan adalah untuk kebaikan orang lain. Orang kita ni masih lagi ramai yang berserah kepada kerajaan 100% dan majoritinya ada dekat kampung. Diorang trust kerajaan habis-habisan sehinggakan banyak major decision in life, diorang biar kerajaan yang decidekan.
We need a more transparent and honest governmen dan salah satu benda yang pihak kerajaan boleh buat adalah be more transparent, clear dan honest pasal cukai kereta. Wujudkan akta di mana cukai kereta perlu dinyatakan dalam brosur jualan kereta. List downkan berapa percent sebenarnya jumlah cukai daripada jumlah sebenar yang dibayar oleh pembeli. Kita ada hak untuk tahu.
Nyatakan betul2 berapa harga asal kereta, berapa percent untuk duti eksais, duti import (jika ada), AP (jika ada) dan apa lagi jenis duti yang sebenarnya ramai orang Malaysia tak tahu.
p/s ; ada lagi ke org buat lawak duit brim boleh beli bungalow ni. Nmpak sangat bangang matematiknya.
sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan