Rabu, 31 Disember 2014

Ekonomi 2015

Ulasan tentang ekonomi oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Ekonomi) dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14).
Negara kita semakin menhampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia yg semakin menurun, ringgit malaysia semakin tenat. Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutamanya muda mudi :
1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) kerana pembaziran boleh berlaku dlm suasana SALE ini.
2. Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dr pihak bank akan naik. Kelak kita akan MATI utk cuba membayar interest.
***3. JANGAN BELI PROPERTY dlm masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun spt mana yg sudah berlaku di Singapura dan UK dek kerana 'OVERSUPPLY'. Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas shaja, sejumlah 20ribu unit property yg sudah mendapat CF namun hanya 20-30% shja yg terisi. Oleh itu rancanglah utk memiliki sebuah property apabila hrga rumah turun dan EKONOMI kita semakin pulih.
4. Lakukan investment jgka masa pjg utk mengembangkan wang kita. Pelbagai investment yg ada spt insurans, tabung haji, public mutual, saham, dll. Jangan hanya menabung di dlm bank.
Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini. Selamat Tahun Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan