Isnin, 8 Disember 2014

kawen

Teringat masa mula - mula nak kawin dulu. 
Duit simpanan tak da. 
Ada pun ngam - ngam untuk ke bulan depan punya makan. 
Macam mana nak kawin?
Fikir macam mana nak kawin.
Abah dengan mak cakap buat mana mampu je. 



Dari situ kami buat mana kami boleh.
Saya cakap kat tunang (suami sekarang) "tak payah la hantaran, kite cari duit sama - sama share bayar duit kenduri je. Lebih kurang kita halalkan jelah. Doa banyak - banyak dekat Allah. Mas kawin tak payah banyak , awak ikut negeri sudah lah ".
Dalam kepala masa tu fikir nak lepaskan dulu lepastu tarik nafas lega.
Akhirnya , 30/11/14.
Kenduri kami jadi jugak. 




Bajet tak lebih dari 10k tapi alhamdulillah banyak rezeki last minit datang.
Allah dah janji , nak buat benda baik insyaAllah Allah mesti tolong.
Kenduri kami kecik je.
Jemputan 200 orang sahabat dan saudara dekat.
Khemah ada 2. 



Pelamin kecik untuk tangkap gambar je.
Gambar pun tangkap guna handphone.
Tu pun nasib baik ada sorang sedara photographer yang baik hati.
Door gift last minit mak cik sponsor.
Lauk kenduri lauk kampung .
Nasi putih tak da nasi minyak pun.
Baju pun sepasang lelaki perempuan dari akad nikah, sanding dan sampai sambut menantu.



Tapi..
Semua serba lengkap .
Ramai yang datang.
Lauk ada lebih lagi .
Alhamdullilah semua berjalan lancar walaupun macam kekok sikit.
Memang susah bila fikir macam mana nak cari duit nikah.
Tambah - tambah ada mentaliti yang suka mintak hantaran mahal - mahal dan melampau sampai menyusahkan si lelaki.
Sepatutnya kita sama - sama nak kawin. 



Kita sama - sama tolong menolong dan usaha.
Tak perlu bangga dan asyik membanding - banding dengan orang lain.
Buat lah majlis yang kecik asalkan besar pahala.
Buat apa majlis grand dan besar tapi mengundang dosa?
Wallahualam.
Semoga semua kita berada dalam lindungan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan