Isnin, 8 Disember 2014

kapel

Reminder utk semua.

Sem ini adalah sem penentuan bg pelajar2 PST utk bertarung ke arah kecemerlangan akademik.

Saya selaku pensyarah perempuan... mohon jasa baik anda semua... kembalikan balik memori & niat awal anda masuk ke kolej ini...

Tentunya niat anda kemari adalah utk berjaya & membahagiakan ibubapa anda yg selama ini tidak jemu2 mendoakan serta menyokong anda.

Oleh yg demikian, saya sangat2 berharap... pelajar2 yg ber'couple' di kolej ini... fikirkan semula ttg hubungan anda.

Pendapat saya, masih terlalu awal utk anda memikirkan ttg hubungan anda dgn teman lelaki yg anda temui di sini.

Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT.
Mengapa saya berkata sedemikian.

Sejak akhir2 ini fenomena study bercouple amat merunsingkan saya sebagai seorang yg beragama Islam. Pelajar tanpa segan silu berdating samada ke kuliah, ke cafe, ke kelas... kdg2 x malu2 bergurau & berdating di hadapan pensyarah seolah2 tiada maruah.

Dlm fikiran saya kesian ibubapa anda yg bersusah payah menghantar anda kemari utk belajar tetapi anda khianati mereka dgn perlakuan tidak bermoral. Dan adakalanya anda berlakon keluar berempat... tetapi ingatlah kami... 

pensyarah2 bukannya mudah diperbodohkan dgn perlakuan anda.
Pertama: agama kita Islam amat jelas menolak keadaan berdua2an tidak kiralah anda study @ diskus. Sangat jelas.

Kedua: anda belum selayaknya bercouple kerana makan minum anda masih ditanggung oleh ibubapa. Hormati, sayangi mereka dan cipta kejayaan utk mereka. Redha & kejayaan anda dtgnya dr redha ibubapa anda.

Nasihat saya adalah utk anda mencipta kejayaan di sini bukan mencipta kegagalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan