Pada pendapat saya lah kan :-
1. Sistem itu (MRSM) telah terbukti melahirkan ribuan orang yang berjaya ... sistem bermakna kesemua yg ada dalam tu termasuk cikgu, pemilihan cikgu yg mengajar, cara mengajar, pemantauan cara mengajar dsbg ... semuanya adalah satu sistem ... TAK SUKA SISTEM maka boleh je keluarkan anak tu belajar kat sekolah lain.
2. Tak perlu hantar surat mintak tukarkan cikgu tu sebab pendidikan ni it goes beyond than academic excellence ... cikgu kita zaman dulupun bukannya pandai sangat mengajarpun tapi kita belajar benda lain dari kelas dia seperti belajar sabar, tahan telinga, tahan mengantuk, belajar untuk faham walaupun tak suka dan banyak lagilah ... dan itulah sebenarnya ilmu yang nak digunakan bila dewasa kelak baik dlm rumah tangga mahupun di tempat kerja.
Masa saya study kat US dulu, ada banyak pensyarah taraf full Profesor yang masuk kelas bercakap / mengajar mcm syok sendiri .. takde siapa yang faham ... dia macam tenggelam dalam dunia dia ... tapi research dia dan buku2 dia sangat bagus ... just cara mengajar dia sangat tak best ... tapi adakah para pelajar di sana mintak tukar profesor tu?? TIDAKK !!
Kami belajar ilmu untuk hormat orang berilmu, ilmu untuk tahan telinga mendengar walaupun tak best, ilmu untuk cuba faham benda yg susah nak faham, ilmu untuk tlak ansur dan banyak lagi ...
3. Tak suka cikgu, cikgu dikatakan tak pandai mengajar maka kena tukar cikgu tu ... so nanti bila dah kerja kalau tak suka bos, bos dikatakan tak pandai mengurus maka BOLEHLAH KITA MINTAK BOS TU DI TUKAR eh??
4. Surat ni macam dendam dengan seorang cikgu je ni ... cikgu add math ... saya rasa seteruk mana cikgu ni pasti tidaklah seteruk zaman-zaman kami dulu di MRSM Pengkalan Chepa bersama Cikgu Lee Tong Hai, arwah Ustaz Latif dsbg. Setakat guna pistol air ada penceramah terkenalpun guna pistol air masa bagi talk ... infact ada international speaker taraf PhD Doctor guna belon, guna getah dan riben masa mengajar.
Dan kami bersyukur diberikan cikgu2 yg seperti itu yg menjadikan kami seperti ini sekarang ...
5. Saya tak nafikan ada juga cikgu yang bermasalah tapi adakah ibubapa perlu hantar surat mintak tukarkan cikgu ni satu tindakan yg betul ... bukankah anak itu sedang belajar ilmu untuk sabar, ilmu untuk tahan telinga, ilmu untuk mendengar dsbg... yg mana ilmu inilah yg paling penting untuk survival hidup ...
Kerana nanti bila dewasa adakah mak bapak boleh jamin mereka akan jadi mak bapak yg baik sampai bila2 ... dan jika nanti anak2 dapati ibubapa tak jalankan tanggungjawab yg bagus, bolehkah anak-anak buat permohonan untuk tukarkan mak bapak??
Tak suka bos ... maka tukar bos?? Boleh macam tu ?
Tak suka mak bapak .. tukar mak bapak.. boleh macam tu?
Tak suka mak bapak .. tukar mak bapak.. boleh macam tu?
6. Sepatutnya ... mak bapak pujuk anak untuk sabar ... bagi tahu anak bahawa orang lain di tempat lain susah nak masuk MRSM, susah nak belajar. Didik dia rasa hormat pada cikgu biarpun cikgu tu tak best, teruk, tak pandai mengajar dsbg. Ajar anak tu untuk tingkatkan amal ibadat, solat, tanamkan kekuatan dalaman anak itu agar apa jua dugaan yg mendatang dia pasti boleh menyesuaikan diri. Nanti nak pergi sambung belajar luar negara macam mana ... kat sana lagi teruk ... ada pensyarah yg racist ... ada yg mengajar langsung tak paham ... dan bagi tahu anak ... cikgu ini adalah yg Allah hantar untuk megnajar anak erti kehidupan ... nak tak nak anak tu kena dapat A jugak subjek tu ... fikirlah sendiri cara ... jangan condemn jangan comment banyak sangat ... bagi tahu anak "we cannot change the circumstances, the season, the wind, but one thing we can change is ourselves!"
BARULAH ANAK TU AKAN MEMBESAR JADI HEBAT !!
Pendidikan ni ia menjangkaui apa yang di ajar dalam kelas.
TAK SUKA SISTEM INI BOLEH JE KELUARKAN ANAK TU ... PLEASEEE ...
Sabar ya cikgu-cikgu ... Mungkin lepas ni kena buat aku janji untuk parents jugak sebelum masukkan anak ke MRSM / SBP ... antaranya " TIDAK BOLEH CAMPURTANGAN DALAM SISTEM .. TAK TAHAN / TAK SUKA ... SILA KELUARKAN ANAK MASING-MASING"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan