Isnin, 29 Disember 2014

citer banjir

Entri XXX: Banjir: Dan Kita Kata Kita Tidak Racist Pada Bangsa Sendiri?
Saya temui caption ini dari page Raja Shamri
Lalu throwback pengalaman sendiri laju menyapa minda saya
Ketika itu tahun 2006 atau 2007 barangkali
Saya masih pensyarah di universiti Batu Pahat
Saya terima satu mesej dari sahabat saya di Johor Bahru
"Onn kau sudi tak nak bantu kawan kawan banjir ni kat JB. Habis semua barang diorang. Baju sekolah, bag, buku anak anak semua habis tenggelam.
Kita bantulah apa yang ada ya?"
Saya memang tak boleh mendengar perkataan banjir
Saya terbayang bagaimana arwah mak lemas ketika banjir masuk ke rumah di Ulu Yam di tengah malam.
hampir tiga bulan mak terbaring hampir nazak di katil
Lantaran itu saya berhenti kerja di UTM Johor Bahru dan tolak peluang melanjutkan pengajian saya di UK buat kali kedua.
Mak saya ada satu sahaja.. Yang lain boleh tunggu!
Jadi bila ditanya sahabat saya Fadzli di JB pantas sahaja saya kata
"Esok pagi pagi aku turun Pali. Kita tolong!"
Esoknya saya turun dari Batu Pahat ke JB.
Saya lihat keadaan rumah yang habis rosak
Perabot perabot - carpet, tilam, toto, kusyen bersalut lodak
Saya nampak beras direndam air lumpur, peti ais tunggang langgang
Saya perhati wajah suami satu dua keluarga yang lelah
Saya nampak anak anak kecil membelek beg sekolah yang buku bukunya lunyai!`
Saya perhati seorang kanak kanak seusia 7-8 tahun memegang kasut sekolah yang tidak berupa kasut sudah menghampiri ibunya barangkali
"Rosak dah kasut adik..."
Ibunya tak berkata apa.. air mata berlalu laju
"Pali ni duit aku collect kat opis. Kau bagi bagilah beli apa yang patut ya?
Mana bantuan Pali? Takda ke lori bawak makanan kat diorang ni. Kesian ni diorang. Air takda nak makan minum apa?"
"Tahlah Onn. Aku tanya banyak kali diorang kata nak datang. Tapi takda pun"
Saya perhatikan kawasan itu bukan kawasan perumahan orang ada ada
Orang orang susah dan buruh buruh biasa kebanyakannya
Tiba tiba satu lori sampai bawa bekal beras dan makanan dalam tin.
Saya dan Pali laju ke lori yang berhenti pantas mengambil beras dan bekalan untuk diagih agihkan.
Tiba tiba seorang brader yang memegang list bertanya pada kami
"Jap jap bro. Letak balik beras tu semua saya check dulu"
"Nak check apa lagi bang? Semua ni orang susah kena banjir ni. Diorang tak makan lagi. Terima kasih abang bawak sumbangan ni."
"SAYA KATA NANTI NANTILAHHHHH!!! SAYA SEMAK DULU LIST NIII!!!"
Saya dan Pali terperanjat di jerkah sedemikian.
" Yang kat rumah ni dalam list saya bukan orang JOHOR! Nama dia takda dalam list ni. Kita lepaskan orang JOHOR dulu"
Masa tu saya dah tak boleh tahan sabar. Pantas saya jerkah Brader tu
"BANG! Saya nak tanya abang eh? Air banjir ni masuk rumah ikut negeri eh bang?
Banjir ni masuk rumah orang Johor aja?
Kalau orang tu orang Kelantan, Sabah, Melaka air lodak ni tak masuk?
Pikir logik akal dah bang. Apa nak bantu ikut negeri negeri asal ni?
Kesian kat diorang bang. Tolong lah bang"
Brader tu buat tak endah dah terus start lori dan blah!
Hati saya sakit!
Saya maki hamun hilang rasa rasional saya!
Pali pun marah!
Dalam saya mengomel tiba tiba satu lori dibawa seorang berbangsa Cina berhenti.
Apek tu sapa kami
" Berapa ramai dalam rumah ini aaa? Dia anak belapa?"
" Dia anak lima towkey. Orang susah laki bini kerja kilang"
" Ok..ok.. lu dua olang tolong saya angkat beras dua kampit ar.. Itu sardin susu angkat dua plastik"
Apek tu pun tolong angkat barang ke dalam rumah mangsa.
"Apek thank you ar kasi tolong sama diorang. Apek mana mari bawak ration ni apek?"
" Ini semua persatuan Cina tokong sana itu sama sama kongsi. Ini banjir manyak susah ini orang semua kita tolonglah sikit sikit.
Ok aaa kawan saya jalan lagi ar. Sana ada olang lagi kena banjir. Saya mau kasi settle dulu aaa."
Apek tu berlalu pergi
Apek tu ajar saya
Nilai ikhsan dan simpati tak kenal warna kulit
Tak kenal bangsa
Tak kenal parti politik
TAK KENAL KAU ASAL NEGERI APA!
Dan kita kata kita bangsa yang tak rasis pada bangsa sendiri?
Tolonglah Tuan...
Janganlah main sentimen sentimen macam ni
Kau..aku.. dia.. mereka.. mak ayah pakcik makcik kakak adik diorang semua tengah susah
Apa ada kita bagi!
Hari ni hari dia..
Allahu...
*sebak*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan