Isnin, 22 Disember 2014

Jodoh

Bismilla..
Renungan bersama..

~Jodoh Allah~
Setelah Diri Dimiliki
Kita telah disatukan
oleh jodoh tanpa dirancang
takdir Ilahi tidak perlu dicanang
datang dan pergi bukan sewenang
kita bagai terlalu asing

di bumi mahligai tanpa dipinta
umpama tersedar dari mimpi
dirimu berada di sisi
Hati dan emosi dipagari
bunga-bunga gusar
menangguk kasih dialur sepi
qadar Tuhan tidak mungkiri
siapa teruji tetap hadapi

Pintaku agar cinta suci
tidak dinodai oleh prangsangka
walau secangkir cuma
biar rindu melengkar kasih
biar setia membunuh dusta
Berjanjilah padaku

sentiasalah semarakkan cinta
di pentas mahligai pelaminan
hingga ke teratak rumahtangga
biar hubungan kita sentiasa
di landasan yang benar dan diredhai
hingga ke Syurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan