Ahad, 15 Mac 2015

GIANT mind-map :)






kondang-mangan :)
















level dosa

DOSA:

tahap 1-berbuat dosa: sekali buat, diri rasa tidak tenteram dan rasa bersalah. terus bertaubat nasuha dgn munajat dan byk istighfar, insya-Allah akan terus dilindungi Allah SWT.

tahap 2 -berbuat dosa: sekali buat, diri rasa bersalah dan tidak tenteram. tidak terus bertaubat, maka datang hasutan syaitan agar mgulangi lagi utk buat dosa itu. maka berulang-ulanglah perbuatan dosa yg dibuatnya itu.

tahap 3 -berbuat dosa: diri sudah tidak rasa bersalah dan mula seronok berbuat dosa, kerana syaitan yg mghasut tadi sudah tinggal dlm tubuh. maka kerap buat dosa dan apabila tidak buat dosa itu, diri jadi tak tenteram(jadi terbalik pula).

tahap 4 -berbuat dosa: setelah suka dan seronok buat dosa, mula mengajak orang lain turut sama utk melakukan dosa.(ibarat sudah jadi syaitan yg bertopengkan manusia, ini yg dipanggil syaitan yg nampak). contoh yg tahap 4 ini memang sudah banyak sekarang seperti: org Islam yg buka club malam(karaoke), org Islam yg menerbitkan program hiburan yg sia-sia(lagho), org Islam yg tidak solat langsung mpengaruhi org lain, org Islam yg mbuat perkhidmatan pinjaman riba'(beli kereta atau rumah), org Islam yg mgamalkan rasuah dan banyak lagi.

perlulah kita semua mencari redha Allah. kerana dosa yg diwarisi atau kerana kita yg buat dosa itu, lalu ada yg ikut. maka dosa-dosa itu akan sambung menyambung. Allahu rabbi...

wallahu a'lam

Sabtu, 14 Mac 2015

qiyamunnahar


Setiap perkara ada maratib dan prioritinya. Dalam beragama, kefarduan mesti diutama dan dipelihara dalam praktis, sementara perkara-perkara sunat/nawafil pula pelengkap dan pembaiki amalan fardu.

Orang yang melebihkan ibadah sunat/nawafil hingga cuai terhadap ibadah fardu ialah orang yang tertipu, sementara orang yang istiqamah dengan kefarduan walaupun kurang dalam ibadah sunat/nawafil, itu sudah cukup. Adapun jika ditambah perbuatan sunat/nawafil, itu terbaik.

Berusaha keras meninggalkan perbuatan haram dan mengukuhkan amalan fardu lebih utama berbanding memperbanyak amalan sunat tapi setiap hari melakukan perbuatan haram. Sebab itu, dalam hadis Nabi SAW disebut ttg seorang wanita yang banyak amalannya, tapi lidahnya menyakiti manusia lain, lalu ke neraka tempatnya.

Qiyamullail (mendirikan malam) itu sunat dan ia amat digalakkan, padanya ada kekuatan untuk kerohanian. Namun Qiyamunnahar (mendirikan siang) pula wajib dan suatu kemestian, padanya ada tanggungjawab untuk dilaksanakan.

Contoh Qiyamunnahar ialah menuntut ilmu, mencari nafkah, berbuat baik terhadap jiran, memperjuangkan keadilan/kebenaran, bekerja mencari rezeki, mengajar, menjaga keselamatan di sempadan negara, membantah kemungkaran/kezaliman, dakwah/pendidikan dan sebagainya yg tak terhitung.

Seseorang yang melakukan Qiyamullail hingga menyebabkan Qiyamunnahar terabai ialah contoh manusia tertipu. Istiqamah melakukan Qiyamunnahar dan berusaha memelihara Qiyamullail pula suatu kebaikan besar.

Bagaimana kita beragama?

matrikulasi

Sebenarnya sistem yg wujud di kolej matrikulasi Malaysia sgt berbeza dgn sistem STPM. Silibus yg hampir sama ttp soalan-soalan dlm peperiksaan sgt berbeza tahap kesukaran. Soalan STPM lg susah berbanding soalan peperiksaan program matrikulasi.

Walau bagaimanapun, apabila keputusan peperiksaan hendak dikeluarkan maka berlaku pelarasan markah utk menaikkan gred. Cuma di peringkat STPM lebih ramai pelajar yg lebih pandai drpd di peringkat matrikulasi jika hendak merujuk kpd kelas pelajar sedemikian.

Kesannya apabila pelajar-pelajar yg cemerlang drpd dua kumpulan pelajar ini masuk ke universiti, maka kelompok drpd STPM akan mendapat kejayaan yg lebih baik.

Kalau dilihat atas faktor cara belajar ketika di tingkatan enam dan matrikulasi, tidak jauh bezanya. Cuma membezakan kejayaan mereka di universiti berdasarkan perkara-perkara berikut, iaitu :

1. Bekas pelajar matrik masih mengekalkan cara belajar di kolej matrikulasi ketika belajar di universiti sedangkan pelajar-pelajar yg lain terutama bekas pelajar STPM, sudahpun mengubah gaya belajar yg menjurus kpd berdikari sendiri. Tidak lg mengharapkan guru/pensyarah memberi ilmu ttp mereka mencari sendiri.

2. Bekas pelajar matrikulasi  kalaupun ada membuat 'group study', ianya tidak kekal lama. 'Group study' juga tidak mantap dan tersusun. Berbanding bekas pelajar STPM, 'group study' yg mereka wujudkan sgt berkesan dan tersusun. Ada perjumapaan mingguan, harian dsbgnya.

3. Bekas pelajar matrikulasi jarang membuat temujanji utk bertemu dgn pensyarah. Kalau ada pun sekali spjg satu semester pengajian.
Sedangkan bekas pelajar STPM, mereka sering mempunyai jadual pertemuan dgn setiap pensyarah. Pertemuan dgn pensyarah agak konsisten.

4. Sikap bekas pelajar matrikulasi sendiri, yg selalunya akan 'enjoy' di tahun pertama pengajian menjatuhkan terus CGPA dan sukar utk bangun semula di tahun kedua dan tahun-tahun seterunya. Berbanding bekas pelajar STPM, di semseter pertama lg mereka sudah begitu fokus dlm kelas dan kuliah. Mereka lebih byk masa mentelaah pelajaran drpd 'enjoy' dgn kehidupan di universiti. Hasilnya, keputusan semester pertama lg sudah mencapai CGPA yg begitu tinggi. Dgn keputusan CGPA yg tinggi di semester satu dan dua, ia sudah cukup mengekalkan CGPA keseluruhan, walaupun berlaku kejatuhan CGPA yg agak teruk pd semester tiga dan keatas. Jd mereka sebenarnya boleh mula'enjoy' di semester tiga dan keatas. Atau di tahun kedua dan keatas.

Jika benar luahan-luahan pandangan drpd beberapa pensyarah IPTA tempatan berkenaan pencapaian bekas pelajar matrikulasi yg merudum di semester pertama dan kedua atau tahun pertama pengajian, sepatutnya pihak HEP universiti boleh mengadakan satu program khas utk mengelakkan situasi ini drpd terus berlaku.

Iaitu satu program yg mengumpulkan semua bekas pelajar matrikulasi yg mengambil setiap kursus yg ada di universiti berkenaan dilibatkan dlm program khas tersebut.

Satu program khas yg boleh dirancang yg di dalamnya terkandung modul-modul fizikal atau jasmani, intelektual atau minda, emosi atau psikologi dan rohani atau jiwa.

Program ini, boleh dijalankan secara berkala pd setiap cuti semester selama seminggu sehinggalah pelajar tersebut menamatkan pengajiannya di universiti. Apabila setiap kali program itu dijalankan, sekurang-kurangnya, matlamat,motivasi dan rohani(semangat) pelajar dpt 'dipulihkan.

Kalau mengikut mantan Pengarah Bahagian Matrikulasi yg kedua, Dr Zainal Abidin dahulu, sepatutnya para pelajar matrikulasi tidak lg diterapkan dgn budaya 'spoon feeding'. Mereka sepatutnya diberi kuliah tanpa perlu diberi nota pensyarah yg dianggap sbg 'buku teks'. Pelajar hanya perlu diberi nama buku dlm subjek yg dipelajari utk mendapatkan bahan nota drpdnya.

Begitu juga dgn kelas tutorial, pensyarah hanya bertindak sbg fasilator atau pembantu pengajaran. Para pelajar sendiri yg sepatutnya menjadi tutor atau penunjuk ajar secara bergilir di antara mereka. Para pelajar seharusnya membuat temujanji utk berjumpa dgn pensyarah di dlm memahami konten atau kandungan sukatan pelajaran.

Budaya spt ini, sepatutnya telah lama diterapkan di kolej-kolej matrikulasi. Ttp krn sifat 'tidak percaya' para pensyarah akan kemampuan pelajar-pelajar 'mencari' nota drpd buku-buku rujukan, menyebabkan mereka terus 'membekalkan' nota kuliah kpd para pelajar.

Kesan langsung drpd itu, para pelajar tidak mampun menjadi pelajar yg berdikari dlm mencari ilmu. Mereka terlalu bergantung dgn nota pensyarah, sehingga tidak mampu mengeluarkan hujah-hujah yg mampu menimbulkan cara berfikir yg kreatif di dlm memahami konten atau kandungan pelajaran.