Ahad, 22 Mac 2015

masuk u

Hasil Perkongsian Idea Antara JPP,PRD KMKt bersama....Dr Z
🙇🙇🙇
- bila dapat je tawaran untuk masuk U discover tentang fakulti yang kita dapat, dan st udy dulu tentang subjek tersebut
💻
- cari senior dari bekas pelajar matrik, build grop PASS
👬 👭
- always improve our English
👼
- First year jangan involve MPP, fokus dengan study, capai 4 flat untuk dapat First Class
📚📖
- 4 flat dimatrik belum tentu 4 flat di U. (sentiasa fokus, lawan dengan kejutan budaya)
📈📉
- mohon UPU dengam strategik, lihat kemampuan diri agar tidak dilelong
🗽🏫
- Aplikasikan apa yang kita belajar dalam hidup, bukannya belajar hanya untuk exam
👀👂👄💪
- cari copy Belanjawan Negara, supaya tahu profession apa yang negara perlukan.
📊📋📃
- belajar buat nota sendiri, Cornell Note Taking
📝
- Dean list is 3.75 above, try to get it
😇
- letak satu trademark bahawa Budak Matrik sangat effective dan hebat semasa di U
💃✈
- gunakan technology seperti android untuk pelajaran
📲
- first sem di U sangat pendek dan laju, adaptasi dengan mengimplementasikan pengalaman dari matrik untuk skor
⏰⏰🔑🔐

💘💞💖
semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Start Fighting👿😈💪👍

futur

Cara menghadapi futur dalam diri.💬

⚡1- Membaca, merenung dan memikirkan kandungan al-Quran.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82)
Ada dua perkara yang dianjurkan Ibnul Qayyim bagi mengatasi kemalasan daripada kekerasan hati.
Pertama, bertafakur dan alihkan hatimu dari dunia untuk beberapa waktu, lalu ditempatkan di akhirat.
Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada pengertian al-Quran, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan serta mengapa ia diturunkan. Hayati semua ayatnya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.

⚡2-Merasakan keagungan Allah.
Antara ungkapan indah Ibnul Qayyim ketika menyifatkan keagungan Allah Yang Maha Tinggi: “Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan dan menghinakan manusia. Begitu juga menjadikan malam dan siang, menggantikan hari demi hari antara manusia, membalikkan kekuasaan dan menggantikannya dengan kekuasaan yang lain serta urusan dan kekuasaan-Nya berlaku di bumi dan antara kedua-duanya, di lautan dan daratan. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.
“Pendengaran-Nya mencakupi pelbagai suara dan tidak ada yang menyerupai-Nya. Bahkan, Dia dapat mendengar suara hiruk-pikuk yang saling bertindih dengan pelbagai perbezaan bahasa. Pendengaran-Nya tidak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau-bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang yang mempunyai keperluan.

⚡3- Mendalami ilmu syariat.
Maksudnya adalah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu itu, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang Mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga dan azab pedih di neraka. Begitu juga nikmah syariat, masalah halal dan haram serta perjalanan hidup nabi dan pelbagai perkara yang tidak terhitung manfaatnya.
Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, ayat 9).

⚡4-Mencari persekitaran dan sahabat soleh.
Keadaan seseorang banyak ditentukan persekitarannya. Lingkungan baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang mendapat teguran dan bimbingan ketika melakukan kesalahan.
Di sana pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati.

⚡5-Memperbanyakkan kerja amal.
Kerja amal mampu memberikan pengaruh ketara terhadap hati dan jiwa manusia.

wanita

Kaum hawa di bumi KMS sekalian. Bile dah sampai mesej ni kt awk, tolong jangan berhenti baca. baca sampai habis.

💌💌💌💌💌
Sy seorang student perempuan di sini, modul 1. Sy ada mak ayah di rumah yang hantar saya ke sini dan banyak menghabiskan duit semata-mata nak tengok sy berjaya kat KMS ni.

Tapi sy hairan dgn segelintir pelajar perempuan KMS kite. Kenape habiskan duit mak ayah untuk bercinta di sini? Awk knl laki tu x smpai setahun pun, dh prcayekan die bulat2. bknnya die nk bwk awk kwin pun. Tp cume nk puaskan nafsu die je. X sgke awk mudah sgt pcaye.

Kdg2 sy lalu di kawasan bangunan bt dengan kawan2, dgn niat nak study group di bngunan akademik.

Tp bile sy dah sampai di sana, sy tgk BT ni macam sarang maksiat pun ade. Yelah, setiap bt mesti ada dua orang pasangan couple. Habis tu, kalau dah semue bt kene conquer dengan couple, kami nak study mane? Kami pun perlu tmpt yg kondusif utk study.

Bile dh jd cmni, trbatal niat kami nk study. Nk stdy lbrary, trlalu rmai. Sy plik, awk msih hidup bertuhan atau tak? Korg yakin tak yg Allah tu Maha Melihat? Cbe tny iman korg, LANGSUNG XDE RASA BERSALAH KE tipu mak ayah? Ble org tgk awk bdue kt dlm bt tu, korg x rse macam bersalah?

Mgkin awk xrse lg skg kat dunia. Jgn smpai nanti bila dah mati, awk bru nak nyesal. Time tu dh takde gune. Mnangis tgk buku amal penuh dgn maksiat. Tunggu kne heret malaikat msuk api neraka je. Awk x suke org layan awk kasar2 kan? Awk igt kat neraka tu awk boleh dpt lyanan lembut?

Cbe lah buke pemikiran awak tu, igt sme kt Allah. Mgkin skg ni awk blh ckp "eh, poyo je die ni tegur2 org, kitorg blajar je kot". Trpulang, tp jgn tntut kt kami pljr kms lain yg dh mngur awk. Awk yg nk sgt pilih sgt kekal dlm maksiat berbanding iman. terserah pd awk. Nak sgt mntak neraka, msuk lah dgn kekasih awk tu. Awk blh ckp awk bljr tp hti pnuh syahwat ble bljr dgn cara tu. Lgsung xde keberkatan drpd Allah.

Mati xthu bile, skg ni smentara pntu taubat msih terbuka, better taubat segera!

Sy hrp msg sy ni dipnjgkn ke grup demi grup utk kbaikan bersama. Sy hrp awk msih ad iman di dada utk berubah.

Sincerely,
💜 AnonHawa, KMS 14/15. 💜

Jumaat, 20 Mac 2015

wali

Sirah utk hari ini..
Utk iktibar diri sendiri..

Kisah zaman Sultan Murad ke-4 Empayar Abbasiyah Iraq.

Sultan Murad terasa pd satu mlm, perasaan tidak senang hati. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan ketua pasukan pengawal round masyarakat bandar Baghdad.

Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kwsn tepi hjg kota, mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya.

Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!! Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!

Sultan Murad pun berteriak..
"Hey apa nie..? Mengapa kamu semua tak pedulikan si mayat ni..? Mana keluarga atau rumahnya? "

Kemudian ada seorg menjawab. "Si mayat ni org ZANDIQ (fasiq, jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!"

Tegur Sultan Murad, "Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW? Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !"

Bila sampai di rumah nya, isterinya mula menangis & org awam pun tinggalkan si mayat & balik.Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawalnya.

Si isteri semasa menangis, berdoa. "Ya Allah, kasihani lah Wali Allah. Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SOLIHIN."

Sultan Murad pun tegur si isteri. "Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuknya hingga tak sudi pedulikan mayatnya?"

Jawab si isteri. "Saya sudah sangka akn brlaku begitu. Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin arak dan kemudian membawanya balik ke rumah. Kemudian dia menuang ke dlm tandas rumah kami! Dia berdoa. "Aku telah kurangkan bala arak yg ada utk org Islam."

Dan dia pergi kpd wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm ni! Balik ke rmh, dia akan bersyukur, Alhamdulillah kpd Allah yg beri taufiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam mlm ni."

Tetapi malangnya, org awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran.Jadi mereka sangka dia buat jahat!

Kata isterinya, saya dah kata kpdnya. "Jikalau awak mati, tak akan ada sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu!"

Tetapi dia gelak & jawab balik.
"Jangan takut! Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama & wali-wali Allah!"

Maka menangislah Sultan Murad. Beliau berkata,
"Benarlah kata si arwah.
Aku ialah Sultan Murad!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikannya".

Jadi pada keesokan harinya, solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara.Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya.

Maha Suci ALLAH !!!
Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain.Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya akan brtambah taqwa kpd ALLAH..

Ya Allah! kurniakan kami sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah...
jgn buruk sangka dgn org lain.
anggaplah diri kita lagi hina dri org lain.

Khamis, 19 Mac 2015

sedey

BACA NI SEDIH 😭



Menelefon mak seperti biasa. Bertanya khabar dan sebagainya. Sehinggalah...

"Mak...kakak nak bacakan ayat Quran untuk mak boleh?"

"Bacalah, mak nak dengar."

Lalu saya bacakan ayat dari surah ‘Abasa, beserta terjemahannya.

Bismillah..

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat,

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
Dan ibunya serta bapanya,
Dan isterinya serta anak-anaknya
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

(Surah ‘Abasa, 80 : 33-37)

Mak diam. Lama.

Tarik nafas.

" Mak, andai kata lah, Allah takdirkan kakak yang pergi dulu, mak nangis tak?"

"Soalan..kenapa kakak tanya? " Lembut kedengaran suaranya.

"Saja. random" Saya senyum di hujung talian.

"Mestilah, kakak anak mak dunia akhirat, sedangkan rasulullah pun nangis ketika Khadijah pergi, inikan pula mak"

"Mak.. kalau boleh kakak tak nak mak nangis. Nak nangis boleh. 3 minit setengah saja. Tu pun tak boleh over." Senyum.

" Sejak bila kakak pandai demand ni?" Masih lembut kedengaran suaranya.

"Dah kalau mak nangis memanjang, bila nak doakan kakak kan? Kesian kakak duk dalam kubur tu haa."

Mak diam. Terdengar helaan nafas mak di hujung sana.

" Mak sampai masanya nanti, Allah akan uji kita dengan dasyatnya kiamat .

Masa tu, tak akan ada sesiapa yang boleh tolong kita. Melainkan diri kita sendiri. Even kakak pun, tak mampu nak tarik mak dan ayah.

Tapi Allah janjikan kita dengan hari kebangkitan, kakak doakan, kakak nak dibangkitkan dengan mak dan ayah."

Dalam diam, saya dengar esakan mak.

Sengaja saya biarkan. Sebab saya juga merasa perkara yang sama.

"Mak, andai hari ini kita berkeluarga di dunia, apa salahnya kita sambung pertalian ini di syurga. Bolehkan mak?"

Terdengar esakan mak semakin kuat. Tapi mak usaha tahan tangisannya. Ya Allah..sayunya.

seminit.. dua minit.. tiga minit..

"Kakak, mak pun nak dibangkitkan dengan kakak. Dengan kita semua. Kakak doakan mak ayah boleh?

Kakak tolong bawa mak dan ayah, mudah mudahan kita dibangkitkan bersama."

Cecair jernih di pipi dikesat.

"Tegur mak kalau mak buat salah. Kakak ada ilmu, kakak lebih tahu."

Sebak berganda -ganda. Pejam mata rapat. Airmata dikesat.

"Di mata kakak, mak tak pernah buat salah, kakak ja yang banyak dosa "

"Bawa mak kakak. Mak tak kan pernah putus doa agar dapat stay dengan kakak dan semua sampai Syurga. "

"Insya Allah, kita sama sama baiki diri, mak. Innahu kaana tawwaba.."

Senyum sambil seka air mata.

********
So taking a step back, it's quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn't it?

For every step of the way, He has never really left us alone, there will always be someone who would be with us.

"Sama sama aim syurga. Shall we?"

Which is to put our best effort forward; in anything that we do. And the truth is, the only thing that we can measure relatively is just our efforts.

And the rest? it is for Him to decide, all the endpoints are in His Hands.

All the stories of how our life will proceed are all in His Plans. Trust Him, I think that's what He wanted most from us. Insya Allah.

To the One watching us from above,
Permudahkan urusan kami, ya Allah.
aameen Yaa Rabbi