Rabu, 23 September 2015

melayu

Terlalu ramai manusia yang tidak mengambil iktibar akan peristiwa bersejarah sontotan-sontotan agung dari zaman "PakManTakdeTelur" hinggalah "TokwanSombong".
Umpan sahaja mereka dengan :
🚘 kereta mewah
💎emas berkilo-kilo
🏡 rumah harga murah tak logik
💲duit beranak pinak jimak sokmo
Taktik :
💵 minta duit lumpsum 
🕛 pulangan ETA (lagi lama lagi bagus)
🚻 bukti (tektik!) dapat pulangan (proxy!)
💩 banyak macai bau tahi
😸 alim-alim kucing perangai 👹 setan
📰 promosi gempak akhbar / tv (bayar!)
📑 perjanjian cikai lagi berat sebelah
📞 kawan lama tiba-tiba hubungi semula
🏢 ajak datang ofis (👾brainwash!)
🙊 kalah hujah secara terbuka
😲 bangang tak menjawab soalan
🙅 konon tak perlu cari orang
🏧 duit masuk bank tiap-tiap waktu
👢 goyang kaki tunggu hasil
... dan banyak lagi!
Walaupun sudah dididik banyak kali dalam media sosial, masih ada juga lagi yang BANGANG TAK BOLEH DIAJAR!
"Duit aku, aku punya pasal. 
Kalau tersontot, bukan duit kau."
Pigida!
Bila Melayu nak ajar Melayu, kau kata kapitalis.
Bila Melayu nak bagi ilmu, kau kata takde masa.
Bila Melayu tolong Melayu, kau ambil kesempatan pijak kepala.
Bila Melayu ekonomi tak kuat, kau salahkan Cina.
YANG BANYAK TIPU MELAYU ADALAH MELAYU SENDIRI!
Sedarlah Melayu .. walaupun Melayu mudah lupa.
[Saya marah apabila ramai Melayu tipu Melayu tapi salahkan bangsa lain!]

Selasa, 22 September 2015

Whatsapp

Pada masa kini, laman sosial seperti Facebook bukan satu-satunya medium untuk berkomunikasi. Kini Whatsapp semakin popular dikalangan pengguna telefon pintar. Dari golongan muda, mahupun sudah berusia, aplikasi ini menjadi pilihan bagi semua untuk bersosial, terutama fungsi "group"nya. Ia lebih pantas dan mudah untuk menghantar pesanan, gambar dan video.
Aplikasi ini menjadi begitu popular memandangkan ia percuma dan senang digunakan. Untuk menubuhkan kumpulan, anda cuma perlu seorang pentadbir yang akan menambah ahli-ahli lain.
Antara kumpulan yang biasa diwujudkan adalah di kalangan ahli keluarga, bekas rakan sekolah, kawasan kejiranan dan rakan sekerja.
Ada kebaikan dan banyak juga sisi negatif yang perlu kita renungi. Adakalanya ada di antara ahli yang kita masukkan dalam kumpulan meninggalkan kumpulan secara tiba-tiba. Bagi yang mengenali, mereka tentu akan tertanya-tanya faktor individu itu berbuat demikian.
Memang tak dinafikan, group Whatsapp ini sentiasa membuatkan kita senyum sepanjang hari. Ada sahaja gambar-gambar lawak untuk dijadikan bahan ketawa. Namun, ia juga menjadi medium terpantas untuk menyebarkan khabar angin yang belum tentu kesahihannya. Semudah copy dan paste dari group lain.
Selalunya yang menimbulkan masalah dalam penggunaan fungsi ini kerana ahli yang terlalu ramai. Lebih 10 orang ahli sahaja sudah cukup memeningkan. Apatah lagi kumpulan yang memiliki 50 ahli!
Dengan perbezaan latar kehidupan dan cara berfikir, ada juga ahli yang berlumba-lumba menjadikan ruang awam tersebut sebagai medan menunjuk-nunjuk.
Ada yang obses menceritakan mengenai kisah kejayaan anak. Ada yang suka berkongsi kisah percutian mereka mahal di luar negara. Ada juga yang merasakan ia adalah tempat paling sesuai untuk menyebarkan dakyah politik mereka.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan dan perdebatan yang sia-sia, mungkin langkah-langkah ini dapat membantu mereka yang ingin menubuhkanwhatsapp.
  • Pastikan ahli-ahli yang ingin anda masukkan berkongsi sekurang-kurangnya satu hal yang sama. Misalnya kumpulan di kalangan bekas pelajar, atau rakan yang memiliki hobi yang sama. 
  •  Jangan memasukkan mereka yang langsung tiada kaitan, atau tidak mengenali ahli-ahli yang lain.
  • Jangan gunakan ruang awam itu hanya untuk berbual bersama seorang dua ahli yang lain. Lebih baik jika anda menghantar pesanan kepadanya secara terus. Terutama jika ahli lain tidak tahu-menahu tentang perbualan anda.
  • Lihat tujuan utama penubuhan kumpulan. Setiap kumpulan biasanya adalah untuk berbincang dan berbual-bual secara santai dengan rakan-rakan. Oleh itu kurangkan berkongsi gambar atau pesanan yang dambil dari kumpulan lain, atau yang tidak relevan dengan kumpulan. Berkongsilah seadanya dan sewajarnya.
Dunia hari ini memang menarik dan unik. Tidak bersua tetapi boleh berbual mesra. Namun teknologi ada kalanya membuatkan kita lupa sisi manusia. 
Keterujaan kita mungkin membuatkan kawan-kawan merasa meluat, malah tersinggung. Justeru janganlah jadikan kemudahan ini sebagai punca perbalahan, yang biasanya tercetus akibat sedikit salah faham sahaja. 

 http://bm.theantdaily.com

Isnin, 21 September 2015

Jawalish

English + English = Jawa

1. are doh – jauh
2. are lone – perlahan
3. are list – kening
4. are toast – keras
5. are pick – bagus
6. are dose – mandi
7. are bung –merah
8. bar chain – busuk
9. care talk – nampak
10. chunk come – mulut
11. car get – terkejut
12. cheer park – dekat
13. car wash – padan muka
14. car bear – semua
15. car row – dengan
16. door lunch – berjalan
17. duck – tidak
18. door woe – panjang
19. e sin – malu
20. e saw – boleh
21. e key – ini
22. e jeck – masih ada
23. girl lay tuck – baring
24. go lake – cari
25. in talk – dapat
26. jar lock – minta
27. jar gong – duduk
28. jump bun – tandas
29. or pour – apa
30. or know - ada
31. per dot – putus
32. plant tore – bilik air
33. sir go – nasi
34. see kill – kaki
35. so deck – senduk
36. sue we – lama
37. the lock – lihat
38. they where – kita
39. tea bour – jatuh
40. thong go – jiran
41. two tool – cicah
42. war took – batukb
43. west – sudah
Tambah lg nih
44. The gun = kelapa muda
45. Car talk = seluar
47. two girl = patah
48. two month = biasa
Ini sebabnya kenapa omputih dan org jawa related!

Pelajar insaf

Faktor² kegagalan seseorang pelajar--
1. Malas berfikir
2. Tak berani cuba
3. Nak mudah
4. Cepat putus asa
5. Takut gagal

Solusi utk mengatasi kegagalan 💪🏻😃💪🏻

1. Tajdid niat selalu
2. Ingat pepatah arab-
من جد وجد ومن زراع حصد🎈
Allah tengok usaha, Allah tak tengok hasil😊
3. Amalkan ilmu yg telah dipelajari
4. Memperbanyakkan amalan² sunat
5. Banyak buat rujukan
6. Buat tutor sendiri
7. Selalu jumpa pensyarah
8. Banyakkan baca buku
9. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia
10. Hati kene sado sentiasa 😉💪🏻
 Semoga kite semua memperoleh kejayaan dunia dan akhirat dan sentiasa diberkati oleh-Nya..
4 rata PSPM 1 milik sumer. In shaa Allah 😘😘

Ahad, 20 September 2015

Ijat

Confession seorang pelajar di IIUM.. :'(

Assalamualaikum. Sini adik-adik ijat nk cite. Thank admin sbb approve confession ni.

Aku budak engin . Dulu aku masuk uia dr direct intake. Mula2 mmg aku xmnt engin ni sbb aku more to education or tesl. Tp bila dpt je engin mk aku punye hepi , suruh jgk aku masuk , mak aku pujuk ckp je try je nt lame2 insyaallah boleh.

Then masuk la uia daftar. Parent aku punya hepi siap ambik cuti dtg hantar aku naik kete dari perak. Awal pagi sebelum subuh bertolak , sampai uia pagi register lepastu tengahhari terus mak ayh aku balik , sbb nk jimat takde duit nak tido hotel. Family aku bukan org senang. Abg kakak adik aku semua pandai. Abg aku belajar kat us , akak belajar kat uk and adik aku baru dpt tawaran belajar kat aussie. Kira aku jela yang study local.

Pokoknya selama belajar engin kat uia mmg aku tak bole follow , and jenis aku kalau aku xminat somtng tu mmg aku takkan buat , aku give up. Sampai la my mom keep pujuk aku utk terus mencuba. The worst part aku kena dismiss. Mase tu dunia aku gelap, tak tau nk buat ape.

Then aku slowtalk kasitau parent aku , tengok dorang berubah airmuka. Aku tau dorang kecewa. Aku masuk bilik , nangis. Yess mng aku laki tp aku agk sensetif bila tngok mak ayah aku sedih. Aku tau dorang kecewa , depan aku dorang cover la. Malam tu aku tengok ayah aku lepas smayang dy nangis sambil doa.

Esok mak aku masuk bilik aku , dy ckp jgn putus asa , g offis uia buat rayuan. Jgn putus asa . Kenapa kita jatuh ? Sebab kita boleh belajar utk bangun sendiri. Tak semua kejayaan dtg dgn mudah. Aku sebak. Paling aku sebak mak ayah aku skali lagi hanta aku naik kete ke uia utk hantar surat appeal. Bila kena dismiss aku ckp la ptptn kena tarik. Bapak aku cakap soal duit jgn fikir, ijat fokus belajar je. Yuran semua nanti ayh bayarkan. Xckop duit ckp , kalau xde duit pon nanti ayah jual kete ni , biar ayh g keje naik moto sekalipun , asalkan ijat nak belajar je. Ya Allah , keluar air mata aku waktu tu. Sebab aku tau mak aku dah bersara. Skrng hidup pun bergantung pada gaji ayah je. Nak mintak tolog abg kakak? Dorang dah kawen and da ade famili sendiri. Nak tolong skali dua tu bole la kan.

Bila dpt masuk balik uia, i have to start again from start. Aku makin serius , belajar sungguh2 . Tapi langit aku sentiasa mendung , still ade subjek yang aku sangkut. Mmg aku tak boleh go in gile subjek tu . 2 kali repeat. Mmg aku down. Skali lagi mk ayh aku bnyak nasihat aku, pujuk aku . Sbb jenis aku mmg cpt give up. Kekadang aku fikir kenapa la aku xpandai macam adik beradik aku yang lain , myb mk ayh aku kecewa dgn aku. Then alhamdulillah aku lulus subjek tu lepas repeat kali ketiga. Aku nekad nk banggakan mk ayah aku.

Masa aku third year , parent aku meninggal sebab kemalangan. Allah . Berkecai dunia aku. Aku lepas exam je terus balik ke rumah. Sampai je rumah jenazah dah siap dimandikan . Ade kt ruang tamu. Aku diam , tak mampu nk cakap ape. Tapi air mata aku mengalir deras. Aku peluk dorang , cium pp dorang , cium dahi dorang. Aku tak sempat nak tunjuk kt mk ayh aku yang aku dah bjaye nanti.

Lepas 2 hari , aku balik uia sbb still ade exam lagi 1 paper . Aku betul2 down mase tu. Aku taktau ape yg aku jawab. Aku fail subjek tu. Subjek yang patut aku lulus dgn mudah tp aku fail. Aku redha. Next sem nye aku repeat balik.

Now dah setahun lebih sejak mak ayah aku meninggal. Disaat semua kawan aku habiskan degree 4 thn , aku habiskan degree dlm masa 5thn stengah. Yes mmg lama, sbb aku bodoh. Alhamdulillah bulan 11 ni aku konvo. Tapi hari konvo aku takkan sama dgn kawan lain tanpa mak ayah aku. Kalau dorang ade mesti dorang hepi.

Mak.. Ayah.. Ijat dah grad skrng , dah bejaye . Ijat dah tunaikan harapan mak ayah. Ijat mintak maaf tak dapat tunjuk sijil konvo lebih awal. Kalau la ijat tak kena dismiss haritu , kalau la ijat tak kena repeat , mesti dpt grad lebih awal. Ijat mintak maaf. Ijat akan sentiasa ingat pesan mak ayah. Moga mak ayah tenang disana.

Al-fatihah - IjatKaison

Source: IIUM Confessions - BM