Jumaat, 15 Januari 2016

Hormat gurumu

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri).

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

4 faktor

APAKAH EMPAT PERKARA YANG MENYATUKAN UMAT ISLAM?
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 153 (14 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 4 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Mohon pencerahan Tuan mufti. Apakah 4 perkara yang menyatukan umat islam dan ditakuti orang kafir? Terima kasih.

JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Waalaikumussalam wbt,
Wallahua`lam. Kami tidak begitu pasti penetapan 4 perkara seperti itu. Mungkin secara umumnya empat perkara itu ialah:

* al-Quran. Kitab agung ini ialah punca dustur yang menggesa kepada kesatuan. Berapa banyak ayat Allah yang berbicara tentang kesatuan manusia atas dasar tauhid mutlak semata-mata kepada Allah.

* al-Sunnah. Rasulullah SAW ialah model terbaik untuk diikuti secara bersama oleh setiap manusia dalam menterjemahkan kalam Allah dalam al-Quran dalam konteks kehidupan manusia.

* Ta`awun. Konsep tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira warna kulit, ideologi dan taraf sosial ialah elemen penting dalam rangka perpaduan menurut Islam. Dalam sebuah hadis. Dikatakan Rasulullah SAW bersabda:
من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.

*Ibadat. Peranan solat, haji dan zakat yang dilakukan secara berjemaah menzahirkan rasa kebersamaan dan kesatuan yang sebenarnya boleh menggerunkan hati para musuh Islam dan menambah jati diri Muslim.
Wallahua`’lam.

Ps: Soalan ini telah dijawab oleh S.S. Datuk Mufti dalam siaran slot Medan Fatwa, Cinta Ilmu di TV al-Hijrah.

Solat

waktu azan isyak sudah berkumandang di surau dekat simpang tiga itu. tak jauh beberapa meter dari situ ada sebuah pondok menunggu bas. ada seorang budak melayu tengah melepak seorang diri bermain gitar di situ. ada seorang apek tengah menolak basikal tuanya lalu di depan pondok tersebut. tengah syok budak melayu tu goreng lagu Wings sejati, tiba2 gorengan dia terhenti. apek tadi menyapa dia.

apek : kawan.. lu.. melayu meh?

melayu : nape apek?

apek : islam?

melayu : dah tentu la! ko nak apa ni?

apek : hehehe.. kawan. jangan marah. tanya saja. sebab wa hairan tengok lu.

melayu : apa hairan?

apek : itu azan dekat surau sudah habis bunyi. lu masih kat sini lagi main gitar. kenapa tak masuk sana sembahyang?

melayu : ish apek ni sibuk pulaaaakk. wa bukan malas apek tapi belum dapat hidayah lagi laa apek hahaha..

apek : hoh? apa itu hidayah?

melayu : apek ni.. hidayah ni macam.. macam.. ala.. itu macam reminder laa.. Tuhan kasi you satu.. satu FEEEEL sama you suruh you buat baik laa hahaha.. suruh ingat sama Dia la itu macam.

apek :oh, hidayah.. dia FEEEELL itu macam ke? hahaha.. baru paham itu hidayah.. kawan.. wa tanya skit lu, bleh?

melayu : sure..

apek : dalam itu azan ada sebut itu translate melayu cakap, marilah solat. wa selalu ternampak ini dalam tv9 la. btul ka?

melayu : betul.

apek : lu tak rase ke itu azan tadi Tuhan kasi lu satu hidayah ke sama lu?

melayu : sebab?

apek : kawan.. dulu aa, ada melayu kasitau sama wa, apa suma jadi atas ini dunia semua Tuhan punya kerja. semua benda jadi atas kehendak Tuhan, semua Tuhan punya izin, btul ka?

melayu : betul..

apek : mana lu tau betul?

melayu : haiyaa saya punya ustaz pun pernah cerita ini macam maa..

apek : oh ye ke? jadi betul la ye

melayu : betul apek

apek : jadi sekarang ni, lu dapat dengar itu azan, sapa punya kehendak, sapa kasi izin?

melayu : Tuhan..

apek : tuhan MANA SATU?

melayu : saya punya Tuhan laa, Allah!

apek : hehehe jangan marah kawan.. rilek.. jadi kenapa Tuhan Allah kasi izin sama lu dapat dengar itu azan?

melayu : mana la aku tau

apek : kawan.. lu ada fikir tak Tuhan kasi lu izin dapat dengar itu azan sebab Dia sayang sama lu? Dia masih lagi sayang sama lu pasal itu lu dapat dengar.

melayu : .....

apek : Dia suruh lu sembahyang. Dia kasi lu dapat dengar itu reminder sebab Dia masih sayang sama lu. Dia sudah kasi sama lu hidayah tapi lu tak nampak ke? lu ada ikut ke tidak? lu takde rasa itu.. itu FEEEELL ke? kawan.. apa jadi kalau satu hari lu tak dapat dengar itu bunyi azan lagi?

melayu : masalahnya aku ni dah bertahun tak sembahyang. sebab.. aku takde rasa nak sembahyang pun!

apek : alah cakap saja la lu malas sembahyang hahahaha kalau lu cakap lu takde rasa mahu sembahyang serupa macam lu cakap lu ni teruk sangat hahaha.. eh lu kerja ka kawan?

melayu : kerja laa

apek : mana kerja

melayu : itu kedai printing tepi kedai ah lui sana

apek : oh itu tempat saya tau! pukul berapa masuk? pukul berapa balik?

melayu : 10 pagi sampai 7 malam

apek : boleh tak lu masuk kerja hari-hari pukul 12 balik pukul 3?

melayu : apa ni apek? gila ke? mau kena potong gaji aku!

apek : kalau datang kerja 2 hari seminggu saja boleh ke?

melayu : ko nak aku kena buang kerja ke?

apek : jadi lu tau kalau lu tak datang kerja, masuk kerja lewat nanti bos marah, potong gaji lu tapi kalau lu tak pergi sembahyang, sembahyang lewat2 itu Tuhan Allah marah lu tak takut ke? hehehe..

melayu : wei apek lu cakap macam lu orang islam laa pulak. apek, lu orang nak sembahyang ke itu lu orang punya hal. wa bukan tak mau tapi wa takde rasa nak sembahyang lagi. lagipun aku dah lupa macam mana nak sembahyang laa.. aku ni orang tak baik, buat apa aku nak sembahyang.

apek : tauke.. kalau lu lapar, apa lu buat? lu mesti cari makan punya kat dapur kan? kalau takde makanan dekat dapur lu keluar pergi beli kan? takde makanan terbang datang cari lu atau jatuh dari langit kan?

melayu : ......

apek : sama la kalau lu mau jadi baik, lu sendiri kena ubah diri lu. kena sendiri yang kena mula langkah dulu laa kawan.. itu sejadah sama dengan itu air sembahyang takde sendiri datang dekat sama lu punya.. lu tak takut nanti orang bawa sama lu itu kain putih sama itu kapur ke hehehehe..

melayu : .....

apek : eh! haiyaa! ok laa kawan, sudah lambat! jalan dulu aaa hehehe..

melayu : humph!!...eh.. eh! eh! apek! wei apek lu nak pergi mana tu? itu masjid mana lu boleh masuk!

apek : kenapa wa tak boleh masuk??

melayu : eeii apek lu pasal apa sembahyang sini bukan kat tokong ke?

apek : nama wa MUSA LEE ABDULLAH la kawan.. sudah 23 tahun masuk islam hehehe..

melayu : ...mualaf... mualaf rupanya.. aku ingat apek kafir mana tadi...

apek : kawan.. itu tadi kita sembang2 lu rasa2 siapa punya kehendak? lu takde rasa itu FEEEELL ke kawan? lu tak nampak lagi ke apa ini semua? hehehe.. itu papan tanda kasi baca kawan.. assalamualaikum

melayu : .."SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN"..

apek : lagi satu kawan.. jangan lupa itu Tuhan Allah bukan tuhan lu seorang punya, tapi Tuhan wa jugak. kalau lu ada pernah baca itu ayat pertama ummul kitab, ada sebut Tuhan Sekalian Alam, takde sebut Tuhan Orang Melayu hahahaa.. haiyya 'alal solah, kawan.. haiyya 'alal..

melayu : .........................................................................................one.. two.. sejati.. itu yang kau ucapkan..

"Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan ( serta membalas masing-masing )" - at-Taghaabun 64:2

note : agak2 pasal apa korang suma dapat baca cerita ni? pasal apa cerita ni boleh sampai kat korang? padahal korang tak cari pun cerita ni...

Khamis, 14 Januari 2016

Bapa

.......Anakku sayang.........

Aku bangga bila suatu hari nanti
tiba masanya,,
kalimah ini terputus dari Halkumku
Maka anak-anakku datang memandikan aku
sepertimana ketika dulu aku memandikannya
ketika mula-mula ia lahir ke dunia ini.
Kau jangan menagis sayang
Jeruskan air kasih sayang ketubuh ayahmu ini
sepertimana ayah lakukan dengan ibumu... Nak,
ibumu sabukkan seluruh tubuhmu
ayah menceduk air tempayan
agar dirimu segar dalam kehidupan harian
agar ayah dan ibu bangga.

Begitulah jua aku sayang
Kau jeruskanlah air keseluruh tubuh ayah ini nak.
Kau perlahan-lahankanlah air itu nak.
kerana sakit SAKARATUL MAUT itu sakit naaak.

Aku bangga bila suatu hari nanti
tiba masa itu,,
kalimah ini terputus dari hidupku
Maka anak-anakku datang memgapankan aku
sepertimana ketika dulu aku memakaikan baju
Ketika mula-mula ia ke sekolah.
Kau jangan sesekali menangis sayang
pakaikanlah ayahmu ini kain kapan
tutuplah cepat aurat ayah ini sayang
sepertimana  ayah dan ibumu melakukannya
ibumu pasangkan butang bajumu
ayah pula sikat rambutmu
agar dirimu kemas dalam persekolahanmu
Supaya ibu dan ayah bangga.

Begitulah jua aku sayang
Kau kapankanlah seluruh tubuh ayah ini Nak.
Kau hati-hati mengapakan kain itu nak.
kerana sakit SAKARATUL MAUT itu sakit naaak.

Aku bangga bila suatu hari nanti
Masa itu tiba,,
Ayah bangga menghadap Tuhan-KU
kau yang memandikan ayah
agar ayah bersih dalam menghadap-NYA.
Ayah bangga menghadap Tuan-KU
Kau yang mengapankan ayah
agar terjaga auratku tiada fitnah ketika menghadap-NYA.
lalu kau berkata,,
Ya Allah
ini ayahku kau ampunilah dosa nya
Sesungguhnya dia ayahku.
Pasti Allah bangga nak,
Ayah menghadap-NYA semua ini
persiapan dari tangga-tangga anaknya

Nukilan :Nur Firdaus Faris Fitri
Kulai johor
13012016...........

Selasa, 12 Januari 2016

Nabi berniaga

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Sunnah itu bukan saja pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.