Isnin, 5 September 2016

Life

There is time in one's life that he pushes over the limit to reach his goal with pure hardwork and dedication. Bear in mind, he is no evil nor being nasty or anything towards others in running for his sole dream of choice.

Almost there, the dream is crushed, shattered by unlikely force which it can be an event, system, regulation or even worse a person who in any sane mind would never in million years to even think to do that.

Life is full of suprises bad or good in our perception. People can be nasty but you have a choice not to be the same like them. Behold, be strong and be brave. Bear in mind your presence is needed by others, well at least a little tiny green plant that crave and appreciate your for your carbon dioxide that you may think is useless !

Interview tips

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Ahad, 4 September 2016

Exam

Surat Irfan Khairi kepada Info Wealth & ibu bapa yang ada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar nanti...
UPSR..PMR..SPM..STPM..

Bacalah...

Info Wealth, sedikit luahan…

Irfan Khairi
to me
13 hours ago..

Info Wealth,

Ketika menulis ini, saya sedang berada dalam penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur, ke New Delhi, India untuk memenuhi jemputan memberi ceramah keusahawanan di Aligarh Muslim University, sebuah Universiti terbaik di India.

Sering kali ke luar negara atas jemputan, isteri dan anak-anak tidak dapat turut sama oleh kerana belum cuti sekolah. Tambah lagi, anak perempuan saya yang kedua, Kasih, bakal menduduki peperiksaan UPSR beberapa hari sahaja lagi.

Alhamdulillah sering mendapat jemputan memberi talk mengenai keusahawanan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di institusi pendidikan serata dunia sejak beberapa tahun yang lalu.

Bercakap tentang peperiksaan dan juga pendidikan, ketika musim peperiksaan ini, rata-rata pastinya ibu bapa inginkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan sekiranya ada rezeki ingin pendidikan sehingga ke menara gading Universiti.

Adakalanya juga, keinginan untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk anak-anak mengakibatkan tekanan yang amat sangat dirasai ibu bapa. Tekanan tersebut pula dipindahkan kepada anak-anak untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Kertas peperiksaan tidak menunjukkan bakat sebenar anak-anak kita. Sememangya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita tetapi sekiranya kita telah berikan yang terbaik, dan tentunya doakan yang terbaik untuk anak-anak, apa sahaja keputusan peperiksaan yang dapat semestinya di redhai.

Adakalanya, anak kita tidak secerdik anak orang lain. Jangan dibandingkan oleh kerana rezeki anak kita mungkin di tempat yang lain oleh kerana Allah swt adalah perancang yang terbaik. Dan jika anak kita lebih cerdik dari orang lain, jangan pula berasa sombong dan membanding-bandingkan oleh kerana rezeki pada masa hadapan tiada siapa yang tahu.

Di dunia ini, bukan sahaja doktor, peguam, pakar ekonomi, sahaja yang berjaya. Artis, ahli sukan, usahawan dan banyak lagi bidang juga turut boleh berjaya yang tidak memerlukan keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau segulung ijazah.

Rata-rata jika dibandingkan usahawan-usahawan yang berjaya serata dunia, ramai antara mereka bukanlah merupakan pelajar cemerlang di sekolah.

Info Wealth, teringat saya satu kartun di mana seorang hakim mengumpulkan haiwan-haiwan dari hutan, termasuk gajah, harimau, monyet, burung, ikan, ayam, kambing dan banyak lagi dan mengumumkan satu ujian untuk mencari haiwan yang paling hebat sekali di hutan.

Ujian pun di umumkan oleh hakim: “Haiwan yang boleh panjat pokok ini paling pantas akan digelar haiwan paling hebat sekali!” sambil menunjukkan pokok berhampiran.

Haiwan-haiwan lain terpingga-pingga. Sang monyet senyum sahaja!

Walaupun hanya sekadar kartun lawak jenaka, tetapi ia memberi mesej yang sangat penting dalam sistem pendidikan kita. Jangan dihakimi seseorang itu pada hanya satu ujian. Apatah lagi ujian tersebut tidak mencerminkan kebolehan, bakat dan potensi sebenar seseorang itu.

Setiap insan mempunyai kebolehan, bakat dan potensi masing-masing. Soalnya adalah untuk kita gilapkan kebolehan tersebut, asahkan bakat yang ada dan cungkilkan potensi diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa pendidikan itu penting. Tetapi apa yang lebih penting lagi adalah ILMU. Pentingnya ILMU sehingga disebutkan dalam Al-Quran lebih dari 700 kali. Ilmu itu ada pelbagai dan tiada hadnya. Dan seperti mana yang disebutkan, tidak semua jenis ilmu dicerminkan melalui kertas peperiksaan.

Teringat saya ketika menduduki UPSR satu masa yang lama dulu, saya tidak mendapat 5A. Tidak juga 4A atau 3A. Cuma mendapat 1A (Bahasa Inggeris) dan gagal 1F (Bahasa Malaysia). Gagal dalam Bahasa Malaysia namun, Alhamdulillah kini menulis untuk bacaan anda dan telah menerbitkan 7 buah buku!

Peperiksaan terakhir sekolah menengah SPM juga tidak lari dengan kegagalan, kali ini F9 dalam mata pelajaran Prinsip Aka
un. Gagal dalam Prinsip Akaun namun, Alhamdulillah bergelar usahawan dan berjaya mencapai keuntungan perniagaan RM1,000,000 tujuh tahun selepas SPM- dan kini juga menyampaikan ilmu perniagaan di universiti-universiti antarabangsa!

Buat ibu bapa yang anak-anak bakal menduduki apa sahaja peperiksaan UPSR, PT3, SPM ataupun peperiksaan di Universiti, ucapan dan doa selamat berjaya. Buat anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, wish you all the best! Bagi ibu bapa dan juga anak-anak, sekiranya telah ikhtiar yang terbaik, redha dengan apa sahaja keputusan oleh kerana masa hadapan adalah sangat cerah bagi mereka yang mengejarnya tidak kira apa sahaja bidang yang diminati!

Semoga Berjaya!

Irfan Khairi
MH190: Kuala Lumpur-New Delhi
-- Bagus dan benar sekali ucapannya...kadang2 kita terlalu nenilai anak2 melalui keputusan peperiksaan bukan melalui potensi sebenar mereka! ALLAHUKBAR

Ekonomi

HASUTAN KE ARAH MALAYSIAN SPRING

Kerapkali berlegar di kalangan pengguna aplikasi telefon pintar, mesej menggunakan nama ‘Tun Daim’ kononnya menceritakan mengenai ekonomi namun ditulis secara terpesong.

Ia akan dikongsikan pelbagai pihak tanpa memeriksa kesahihannya. Terkini, mesej menggunakan nama 'Tun Daim itu mendakwa kononnya ekonomi Malaysia akan runtuh.

Berikut dipaparkan jawapan kepada ‘Tun Daim’ mengenai ekonomi negara:

DUHAI "TUN DAIM",

Ini adalah jawapan saya kepada anda.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Hanya berkongsi satu mesej daripada seorang rakan daripada sektor kewangan..

Nilai matawang Ringgit dijangka akan menyusut kepada RM4.50 menjelang hujung September ini kerana Ringgit tidak digunakan sebagai matawang dagangan saham dunia. Ringgit akan runtuh kerana kerajaan menyekat eksport minyak mentah ekoran lebihan bekalan.

JAWAPAN SAYA:
Nilai matawang akan turun dan naik. Ketika ini, Ringgit adalah USD1 kepada RM4.00 dan kita pernah berada pada USD1 kepada RM4.47 awal tahun ini. Kehidupan kita tidak terjejas ketika ringgit menyusut daripada RM3.20 kepada RM4.00 pada beberapa tahun ini. Kita juga tidak tiba-tiba menjadi kaya apabila nilai matawang kita meningkat daripada RM3.73 pada 2008 kepada RM3 pada 2012. Begitu juga dengan United Kingdom yang tidak runtuh apabila Pound UK menyusut daripada £1 bersamaan RM6.75 Oktober lalu dan kepada RM5.20 just baru-baru ini.

Malah, Ringgit yang lemah membolehkan kita bersaing lebih kukuh dan ini dibuktikan dengan peningkatan berterusan dalam dagangan asing dan lebihan dagangan di mana industri perkhidmatan dan pengeluaran menerima manfaat lebih baik disebalik kelemahan harga minyak dunia, yang di luar kawalan Malaysia. Ini akan membantu Malaysia untuk mempelbagaikan ekonomi negara agar kurang bergantung kepada eksport komoditi.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana ia adalah keruntuhan ekonomi secara keseluruhan. Rizab Bank Negara pada ketika ini adalah RM101 bilion. Tetapi hutang kita telah melonjak kepada RM614,880,270 bilion. Ini bermakna setiap cukai dibayar rakyat menanggung hutang RM18.835. Nasihat pada ketika ini ialah berhenti melabur dalam apa juga pelaburan, hartanah dan kereta. Tunai dalam tangan adalah selamat kerana malapetaka bakal menimpa.

JAWAPAN SAYA:
Anda menulis jumlah rizab BNM dengan tepat sekali namun dalam matawang yang salah. RIzab BNM ketika ini bukanlah RM101 bilion tetapi USD101 bilion, bermakna berjumlah RM400 bilion. Saya terkejut kerana seorang bernama ‘Tun Daim’ boleh melakukan kesilapan yang mengarut seperti itu.

Dan bagi hutang kerajaan pula, jangan melihat kepada jumlah semata-mata tetapi antara nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di mana ia bermakna hutang berbanding perolehan tahunan negara. Kita adalah pada paras 54 peratus ketika ini. Ketika zaman Tun Dr Mahathir pada 1982, beliau telah meningkatkan nisbah hutang daripada 40 peratus kepada 100 peratus dalam tempoh 5 tahun namun kita tetap tidak bankrap. Kita juga tidak akan bankrap pada 54 peratus.

Malah, berdasarkan kepada laporan fakta Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Malaysia dengan hutang 54 peratus berada di kedudukan 71 bagi negara mempunyai nisbah hutang tinggi berbanding KDNK, bermakna ia memerlukan 70 negara lain untuk bankrap terlebih dahulu sebelum tiba kepada giliran Malaysia, dan ini termasuk negara seperti Jepun, Singapura, UK, Amerika Syarikat, Jerman dan lain-lain.

Pulau Pinang kini memulakan projek Pelan Pengangkutan melibatkan kos RM46 bilion di mana kerajaan negeri diterajui DAP itu mengesahkan akan membuat pinjaman bagi membiayai projek itu. Dibahagikan kepada 1.6 juta penduduk di Pulau Pinang, ia bermakna setiap rakyat Pulau Pinang menanggung RM28,750 setiap seorang. Jika anda percaya RM18,835 boleh membuatkan Malaysia bankrap, ia bermakna RM28,750 setiap seorang akan membuatkan Pulau Pinang bankrap lebih pantas daripada negara ini.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Penganlisa Ekonomi Global mengunjurkan bagi tempoh tiga bulan akan datang, ekonomi Malaysia akan runtuh. Pasaran saham dan nilai matawang akan menjunam dalam keadaan drastik. Ia lantaran unjuran ekonomi dunia yang negatif bagi tahun 2017.

JAWAPAN SAYA:
Saya rasa kita sudah mendengar dakwaan ini banyak kali. ‘Penganalisa Ekonomi Dunia’ manakah yang anda maksudkan? Malaysia masih lagi menikmati pertumbuhan menggalakkan sebanyak 4.1 peratus bagi tempoh 6 bulan ini, pasaran saham masih lagi berganda berbanding 2009 dan lebihan dagangan serta rizab masih lagi kukuh. Jadi, bagaimanakah agaknya kita akan ‘runtuh’?

‘Tun Daim’ mendakwa:
Minyak mentah akan runtuh lantaran lebihan bekalan. Memandangkan Amerika Syarikat mengeluarkan lebih banyak minyak. Alasannya ialah: i) bagi menjejaskan ekonomi Russia dan matawangnya kerana Russia berada di kedudukan pertama dunia. Ii} ISIS dalam membiayai penjajahan mereka turut menjual minyak mentah seludup daripada Syria dan Iraq turut menjualnya pada harga murah hingga membanjiri pasaran minyak mentah.

Pengeluaran minyak Malaysia akan terjejas berikutan keadaan ini, selain ketidaktentuan politik Malaysia dan rasuah yang mengekang pelaburan asing.

JAWAPAN SAYA:
Pengeluaran minyak dan eksport kita sudahpun terjejas, pada 2009, minyak mewakili 49 peratus daripada pendapatan kerajaan dan hanya 17 peratus pada tahun lalu manakala 11 peratus sahaja tahun ini. Namun kita masih tidak lagi runtuh. Jika ia jatuh kepada 11 peratus lagi sekalipun dan tiada pendapatan daripada minyak sekalipun, kita tidak akan runtuh kerana industry lain seperti pengeluaran dan perkhidmatan serta ekonomi domestik kita masih terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Dunia telah menganggap Malaysia berada di kedudukan nombor 1 bagi i) Rasuah dan skandal serta penipuan kewangan dalam pengubahan wang.

JAWAPAN SAYA:
Sebenarnya, Malaysia berada di tempat 54 bagi negara yang paling kurang rasuah daripada jumlah 179 negara paling rasuah melalui Indeks Persepsi Transparency International, dan bukannya nombor satu. Saya tidak tahu siapa yang meletakkan kita di nombor satu, tetapi tentunya bukan sebuah badan yang dikenali.
‘Tun Daim’ mendakwa:
Maka, sahabat sekalian, belanjalah wang dengan cermat. Simpan wang anda untuk waktu terdesak. Kerana kita menuju kea rah kesulitan dan kesusahan. Perjalanan ini akan lebih sukar dan tidak dapat dijangka. Ia akan menjejaskan kita semua, tak kira anda kaya atau miskin. Ucap selamat kepada anda semua.. Tun Daim.

JAWAPAN SAYA:
Adalah baik untuk berbelanja kepada keperluan tetapi mesej whatsapp palsu seperti daripada anda ini semakin kerap disebarkan oleh pihak pembangkang bagi memusnahkan keyakinan pada ekonomi Malaysia.

Pembangkang kerap menyebarkan penipuan, cerita palsu bagi meruntuhkan keyakinan bagi memuaskan nafsu politik mereka. Bayangkan jika semua orang percaya penipuan dalam mesej ini dan tiada siapa pun akan berbelanja dan apabila tiada sesiapa berbelanja, maka tutuplah kesemua kedai, kilang juga akan tutup dan bank juga akan tutup. Pada masa yang sama, anda atau saya akan kehilangan pekerjaan atau perniagaan.

Untuk itu, menyebarkan tipu daya seperti ini tidak akan membantu Malaysia tetapi anda sendiri akan merosakkan Malaysia dan diri kita.

Manusia seperti itu tidak peduli apa akan jadi kepada Malaysia asalkan mereka mendapat apa yang mereka mahukan iaitu melihat Malaysia menjadi rosak. Mereka fikir, jika mereka dapat merosakkan ekonomi negara, ia akan lebih mudah untuk mereka merampas kuasa. Manusia seperti ini adalah manusia jijik. Jangan terperdaya kepada penipuan mereka dan menyebarkan mesej sarat dengan penipuan mereka bagi mencetuskan rasa benci, ketakutan yang akhirnya akan merosakkan kita semua.

Hentikanlah duhai ‘Tun Daim’ serta anda semua yang palsu dan penuh kebencian.

Sabtu, 3 September 2016

Kata²

Al kisah..

Kisah Pertama : Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu melahirkan seorang bayi yang comel.

"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Saudara lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran kecil. Selang beberapa bebulan kemudian, antara suami dan isteri ini terjadinya perceraian antara mereka.

Dari manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya.

Kisah kedua : Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya.

"Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut menghilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga : Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak saat itu dirinya membenci pekerjaannya. Lalu meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat : Seseorang bertanya kepada makcik tua.

"Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah keterlaluan sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."

Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan tadinya dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Kisah kelima
Seorg ibu mengunjungi rumah anak lelakinya. Setibanya di rumah, ibu itu terlihatkan isteri anaknya berpakaian selekeh, tidak bergaya dan berbadan gemuk. lalu membandingkan dgn wanita sebaya yg kelihatan muda dan pndai bergaya. Lalu timbul rasa benci dan menyampah sesama mereka dalam rumah tgga.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah diri kita dari mencampuri kehidupan orang lain.
Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperilaku seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini.
Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Copy&paste