Rabu, 18 Januari 2017

How to fish

Didik Pelajar "How To Fish"
=====================

Kesilapan besar sebahagian daripada ahli masyarakat termasuk pendidik hari ini adalah terlalu ingin menonjolkan ramainya pelajar yang mendapat gred yang hebat daripada setiap peperiksaan tanpa mengira peringkat, walau pun pada hakikatnya kemudiannya pelajar itu gagal mengekalkan kehebatan itu apabila berada di peringkat lebih tinggi atau ketika berada di alam pekerjaan. Keadaan ini cuba dimanfaatkan oleh golongan tertentu untuk memenuhi cita-cita memaparkan angka-angka sasaran untuk menonjolkan kononnya kehebatan pengurusan atau pengajaran mereka masing-masing.  Dalam menjustifikasikan pelaksanaan kepincangan ini, kadang-kadang ramai juga yang suka menyalahkan orang lain seperti nyanyian lagu "bangau oh bangau ..." itu, dan terlalu sedikit yang ingin meneliti dan mengkaji punca permasalahan dan berusaha memperbaiki kepincangan itu.

Pada hari ini secara umumnya, "gred" adalah sesuatu yang mengukur kemampuan penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang diajar, tetapi biasanya tidak mampu mengukur penguasaan dan amalan kemahiran belajar dan sikap pelajar mengikut aras umur mereka.  Mungkin ramai pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan, hanya mendapat D dalam amalan kemahiran belajar (yang sememangnya tidak diukur). Jarang sekali pelajar akan mendapat A dalam peperiksaan dan mendapat A juga dalam kemahiran belajar dan sikap. Kemahiran dan pembinaan sikap yang baik hanya boleh dicapai jika proses dan pendekatan pendidikan itu tepat dengan keperluan untuk aras umur / peringkat pelajar yang berkenaan.

Kita perlu mendidik pelajar dengan pendekatan 'how to fish', bukan mendidik dengan 'give /feed them fish'. Jika kita guna pendekatan 'how to fish', InsyaAllah mereka mempunyai kemahiran dan mampu untuk  meneruskan hidup dan tidak akan mati kelaparan jika tidak ada yang memberi 'fish'. They still can use their skill to fish and get their own fish.

Dalam konteks 'How to fish', pemberian handout / nota perlu tindakan penelitian semula secara serius. Jika ia membawa kepada 'give them fish', maka perlulah ia diberhentikan. Tetapi jika pemberian handout boleh membantu dalam proses untuk memperkuatkan skill 'how to fish', maka adalah kemunasabahannya untuk diberikan 'handout'.

Pemerhatian menunjukkan ramai pelajar yang  mengusung (membawa) nota yang dibekalkan pensyarah / guru yang penuh dengan tandaan 'highlighter' dibawa ke sana dan ke mari, tanpa mereka berusaha membuat nota sendiri. Apakah sebenarnya kemahiran yang pelajar seperti ini miliki? Ia akan lebih tertumpu kepada membaca nota itu dengan menghafal membuta tuli dan tidak mengamalkan proses untuk menulis semula bahan yang dibaca dan merumuskan apa yang dipelajari. Ia akan memusnahkan amalan pembelajaran yang sangat penting untuk masa depan kejayaan berterusan pelajar.

Pelajar perlu buat nota sendiri (yang unggul mengamalkan lima (5) fasa membuat nota, iaitu nota sebelum kelas (menggunakan sinopsis kursus dan buku rujukan yang disenaraikan), nota semasa kelas (boleh memberikan lebih tumpuan kepada perkara yang disampaikan pensyarah, menyalin keyword atau poin penting sahaja secara ringkas), nota selepas kelas (berdasarkan ingatan, kefahaman dan rujukan kepada buku-buku rujukan yang disenaraikan), melengkap dan menambah nota (memperkayakan nota dengan merujuk kepada pelbagai sumber) serta memadatkan / memindahkan nota ke bentuk lain seperti kad-kad kecil, rakaman suara, membuat carta peta minda, membuat nota satu muka-surat dan sebagainya (merumus dan memadatkan nota)), mengatur penggunaan masa dengan pertimbangan yang tepat (membuat senarai keutamaan dalam pembelajaran dan tindakan) melalui pembinaan jadual waktu peribadi, mengamalkan proses pencernaan (memproses bahan yang diterima untuk menjadi ilmu sendiri, membuat nota dengan ayat sendiri, berusaha menerbitkan formula yang boleh diterbitkan untuk mengurangkan hafalan membuta-tuli, berlatih menjawab soalan sama ada untuk aras rendah atau aras tinggi mengikut hiraki pengkelasan taksonomi Bloom, mengkaji persamaan dan perbezaan, mengkaji hubungkait antara konsep2 yang dipelajari, dan lain-lain).

Jika anda bandingkan situasi di mana seseorang yang sampai ke satu tempat tertentu dengan memandu sendiri berbanding dengan memandu dengan bantuan orang lain di sebelahnya atau menggunakan alat GPS. Pada pendapat anda, keadaan manakah akan membolehkan pemandu itu lebih cepat sampai ke tempat yang sama sekali lagi tanpa bantuan seperti yang diterima pada kali pertama itu? Saya yakin pemandu yang memandu dengan situasi pertama akan sampai ke tempat itu lebih awal kerana banyak perkara telah dipelajari semasa perjalanan pertama itu walaupun beliau mungkin mengambil masa yang agak lebih panjang. Itulah perumpamaan untuk orang yang belajar. Seorang yang belajar lebih 'independent' berbanding dengan seorang yang belajar terlalu bergantung kepada guru dan orang lain akan menguasai bahan yang dipelajari dengan lebih baik.

Dalam standard yang digariskan oleh UNESCO untuk Students Learning Time (SLT), masa belajar sendiri oleh pelajar itu juga dikira untuk memastikan mereka menjadi manusia terpelajar yang mampu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya mampu membuat penyelidikan dan inovasi untuk kemajuan negara dan manusia sejagat. Dalam pelaksanaan konsep SLT, contihnya satu jam kuliah rasmi memerlukan dua jam pelajar belajar sendiri. Ini boleh dikaitkan dengan proses membuat nota. Dua jam masa pelajar belajar sendiri itu berkaitan dengan menyediakan nota sebelum kuliah (satu jam) dan menyediakan nota selepas kuliah (1 jam). Untuk satu jam tutoran rasmi, pelajar juga memerlukan dua jam untuk belajar sendiri. Jika digabungkan semua mod pengajaran dan pembelajaran itu, peruntukan masa dalam SLT untuk kuliah, tutoran dan amali itu maka ia mampu memberikan ruang secukupnya untuk pelajar membina kemahiran yang akhirnya mampu belajar sepanjang hayat.

Dalam konsepsualasi proses pembelajaran yang saya bangunkan, saya merumuskan pada tahap umur pelajar 18 tahun, seharusnya pelajar memiliki tahap berdikari lebih kurang 80 peratus, dan tahap pergantungan mereka kepada pensyarah atau guru dan orang lain adalah lebih kurang 20 peratus. Kedua-dua perkara ini akan berbeza dan berubah mengikut umur pelajar. Pelajar yang berumur lebih kurang 12 tahun seharusnya mempunyai tahap daya usaha sendiri dan kebergantungan kepada orang lain sebanyak 50 peratus. Model ini dibina berdasarkan sifat manusia itu sendiri di mana seorang bayi yang baru lahir bergantung sepenuhnya kepada ibubapa, manakala seorang graduan yang baru tamat ijazah pertama pada usia 23 - 24 tahun sepatutnya mempunyai tahap berdikari hampir 100 peratus, dan pergantungan kepada orang lain seharusnya hampir sifar (kerana inilah sifat yang diperlukan majikan daripada staf baru mereka). Berdasarkan model ini, di manakah kedudukan pelajar-pelajar yang dididik pada hari ini? Saya memang amat yakin, sebahagian besarnya telah tersasar jauh sebab itu kualiti lulusan hari ini banyak dipersoalkan oleh pelbagai pihak terutamanya majikan dan pengurusan kanan korporat.

Di sini saya tidak bincangkan secara terperinci berkenaan pengkelasan taksonomi Bloom kerana ia lebih kepada kemahiran kognitif yang berkaitan juga dengan penguasaan kandungan dan proses mental. Kalau kemahiran proses asas pembelajaran seperti dibincangkan di atas tidak dikuasai, kemahiran kognitif tidak akan membawa makna yang besar kepada lulusan yang dihasilkan. Pelajar mungkin mendapat ijazah dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5, tetapi tidak mampu untuk membuat persediaan, menyediakan nota dan minit yang baik ketika bekerja kelak, kerana mungkin graduan itu lulus dengan baik kerana bantuan yang terlalu banyak daripada pensyarah atau sistem pendidikan itu sendiri.

Oleh kerana sifat itulah maka penekanan amalan 'How to fish' itu sangat perlu diutamakan untuk menjadikan pelajar itu mampu berdikari bersesuaian dengan peringkat umur dan keperluan hidup mereka.

Selasa, 17 Januari 2017

Akad

assalamualaikum semua sahabat2,


Kuliah Ustaz Azhar Idrus
14/1/2017
Masjid Daerah Seberang Prai Tengah..

soalan :
apakah hukum main duit kut/kutu?

haram hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan2.....

💰💰sekiranya kita  penerima kut bulan itu, kita perlu katakan :

' saya berhutang kepada awak semua'

💰💰 sekiranya kita bayar bulan2 untuk kutu orang lain perlu katakan
'saya bayar hutang awak'

💰💰manakala orang terakhir yg dalam pusingan kutu/kut perlu berkata:

' saya terima hutang awak semua kpd saya'

sekiranya semua akad2 ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu/kut adalah HARUS,

*sekiranya tidak dilafazkan akad hukumnya adalah HARAM*

🤔 bagaimana hukum kpda main kutu/kut yang dah berlalu...

😇 mari beristiqfar kepada Allah semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebu....

Wallahua'lam...

Jumaat, 13 Januari 2017

EO

Salam semua
sudah lama aku tidak berkongsi tentang penjagaan motor.
kali ni nak bercakap sikit tentang minyak hitamlah.
banyak yang bercerita tentang minyak itam sejak dua menjak
banyak kes valve patah dan piston bocor.
ramai yang tiba tiba menjadi enginer dan pomen tersohor memberi komen.
ada yang suruh letak 2.4 liter,ada yang cakap pakai 3 liter pon ada.
tuang bagi penuh cermin tepi...takut enjin panas.
walhal enjin versys dan er6 cuma menggunakan 1.9l ja.
ada jugak yang bagi tau pomen suruh letak 1.8l...
bagi kurang sikit..
takut enjin berat...

apa yang aku nak kongsi disini adalah...
kita tau tak qualiti minyak yang kita beli dan pakai selama ni?
pomen atau bengkel akan suggest brand tertentu.
dia kata brand ni bagus sebab mahal,import,racer gp pon pakai.
sebab orang putih punya lah.
ada yang beli sebab ikut kawan kawan,nengok iklan.
walhal kawan kawan pon sama jugak tak tahu amenda.

sedikit makluman bahasa mudah paham

API=American Petroleum Institute
JASO=Japanese Engine Oil Standards Implementation Panel
SAE=Society of Automotive Engineers

S=minyak untuk enjin petrol
C=minyak untuk enjin disel

Gred minyak untuk enjin petrol dan motorsikal menggunakan pangkal huruf "S"
contohnya yang dijual dipasaran.

SM=untuk enjin tahun 2010 dan sebelomnya
SL=untuk enjin tahun 2004 dan sebelomnya
SJ=untuk enjin tahun 2001 dan sebelomnya
SH=sudah tidak boleh digunapakai -obselete
SG=sudah tidak boleh digunapakai -obselete
SF=sudah tidak boleh digunapakai -obselete

Gred Minyak untuk enjin disel pangkal hurufnya adalah "C"
bermaksud commercial.
kalau motor korang tu kenderaan commersial macam bas skolah,
bas ekspress,lori kontena,teksi.maka digalakkan lah pakai.

CI4-diperkenalkan tahun 2002
CH4-diperkenalkan tahun 1998

Pengeluar motorsikal jepun atau motor yang pakai enjin jepun,adalah di
galakkan menggunakan minyak hitam yang menepati piawaian/standard JASO.

Piawaian JASO yang common dan terkini adalah JASO MA ,JASO MB.
Ujian makmal/lab test untuk DFI,SFI,STI mestilah menepati JASO T 904-2006.

Jadi...
lepas ni kalau korang nak tukar minyak itam...
belek lah dulu botol tu sebelom tuang dalam enjin

paling koman.. mesti ada API SM JASO MA
bawah dari tu mmg minyak enjin tu untuk motor yang sangat tua
dan teknologi lama
korang pakai minyak zaman dulu lah untuk enjin korang
melainkan motor korang dah berusialah...

walaupon minyak tu di import...
walau pon minyak tu brand baik....
walaupon minyak tu jual sangat mahal...

minyak tu untuk enjin lama.

luangkan sedikit masa membaca label pada botol minyak.
jangan sampai tertipu oleh penjual.
yang jahanam nanti motor korang...
kedai dah kenyang makan duit korang dah..
enjin barai lagi..
lagi diorang happy..dapat makan lagi duit korang..
akhir kata...
duit gaji korang,motor korang,sukahati koranglah..
aku cuma share aja..
nak baca dan share boleh..
nak baca aja pon boleh.

owh..dan juga ...
berhati hatilah..
sekarang ni banyak sangat minyak enjin recycle...
nengok nengok lah time pomen tu tukar minyak itam..
ramai dah terkena

sekian copy dari group sebelah..😜

Khamis, 12 Januari 2017

Cry

Che'gu HbJ:
Psikologi & Motivasi:
BIARKAN ANAK MENANGIS

Anak-anak mula belajar untuk mencapai keseimbangan emosi seawal 5 tahun.

Diusia ini, anak mula belajar mengawal emosi . Dia cuba untuk mengawal emosi negatif seperti takut dan sedih.

Pernah tak anda buat?

Ketika memarahkan anak dengan tegas, akan berkata:

+ “Berhenti menangis!”
+ “Dah jangan menangis!”
+ “Berhenti, rotan nak?”

Jika ada, maka anda perlu sedar.

+ Anda sedang menyekat “gunung berapi yang sedang meletus”

+ Gunung berapi yang sedang meletus jika disumbat dengan batu yang amat besar, lama kelamaan akan meletus juga.

Ketika dimarahi, anak-anak seusia ini sedaya upaya menangis semahu-mahunya, sekuat-kuatnya dan sepuas hatinya.

+ Ini adalah cara mereka melepaskan perasaan mereka
+ Ini adalah cara mereka melepaskan kesedihan mereka

Tetapi setiap kali mereka menangis

+ Anda paksa berhenti

+ Anda desak supaya jangan menangis

+ Anda ugut dengan hukuman

+ Anda telah MENYEKAT mereka daripada berasa lega!

Jika dibuat selalu begini

Maka akan wujudlah situasi dimana anak-anak seusia ini tidak menangis lagi jika dimarah dengan tegas kelak. Sebaliknya akan berdiam diri dan bersendiri

+ Jika anak anda tidak menangis bila dimarah dengan tegas oleh ibu atau ayahnya, anda tidak seharusnya berasa gembira, malah anda perlu  berjaga-jaga dan mula berasa risau.

+ Itu bukan petanda anak anda sudah tidak manja atau sudah matang

+ Kerana hakikatnya anak-anak diusia ini perlu menangis

+ Jika dia mendiamkan diri tanpa menangis, bermakna dia sedang cuba menahan emosi sedihnya

+ Perasaan sedih meluap-luap yang terhalang akan terbuku didalam hati dan jika tak diluahkan apa terjadi?

Jika dibiarkan berulang, dikhuatiri satu hari nanti dia akan jadi seorang yang pasif, pendiam, dan mungkin paling teruk akan jadi panas baran dan mudah marah.

Kita yang dewasa pun jika memendam perasaan sedih apa yang terjadi?

+ Orang dewasa juga perlu menangis

+ Apatah lagi anak-anak seusia 5 tahun?

Menangis adalah cara dia meluahkan perasaan

+ Dengan menangis mereka akan berasa lega

+ Dengan menangis mereka seolah-olah telah melepaskan satu beban dalam diri mereka

Jika dimarahi dan anak-anak menangis, biarkan dia menangis dan dalam masa sama, bersama-sama ada dengan dia, pujuk dia agar dia berhenti menangis dalam keadaan yang sudah lega

Jika mereka dimarahi ayah dengan teruk dan tidak menangis, sebaliknya dia berlalu pergi sahaja. Anda sebagai ibu cepat-cepat cari mereka.

Begitu juga sebaliknya jika ibu yang memarahi anak, si ayah cepat-cepat cari anak

+ Peluk mereka, Tanya dengan kasih sayang dan buatkan dia menangis.

+ Peluk mereka sekuat hati, tunjukkan bahawa dia selamat bersama anda

+ Biarkan dia melepaskan kesedihan dan tangisan

Percayalah, selepas itu lihat wajahnya akan ceria dan tersenyum kelegaan.

Ingat. Nabi kita mendidik anaknya dengan tegas ketika anaknya mencapai umur 7 tahun.

Info: Ibu Bapa Prihatin
@psychology_motivational🌸

Rabu, 11 Januari 2017

صدقه

Peristiwa pertama, saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang. Masa zaman saya bersekolah (14 tahun lepas) , duit syiling sangat penting macam nyawa lah. Gigih belanja 20sen kat koperasi semata-mata nak dapatkan syiling 80sen. Nak buat apa? Nak telefon mak ayah tanya bila nak datang, tolong bawak itu ini dan sebagainya. Ada satu hari saya ke klinik sebab demam. Semasa menunggu van sekolah ambil saya selepas menerima rawatan, ada seorang makcik datang kepada saya. “Nak, tolong telefon anak makcik nak. Bagitau makcik dah siap. Boleh ambil dah. Makcik cari syiling tak jumpa”. Masa tu syiling saya sangat kritikal. Sangat sangat. Ada tak sampai seringgit. Nak call mak ayah lagi. Tapi saya pergi kat telefon awam, call no anak makcik tu. Bagitau dah siap semua. Makcik tu tunggu agak jauh dari saya. Tiba-tiba makcik tu datang. “Nah ambil semua duit ni. Tadi guna duit anak kan? Anak makcik dah datang. Terima kasih ye”. Allah. Allah. Allah. Dapat lah dua genggam syiling masa tu. Subhanallah. Terkedu kat situ jugak.

Peristiwa kedua, ketika saya sudah bekerja. Saya bekerja sebagai guru. Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple. Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya cakap “ambil duit ni buat belanja sampai esok. Jangan tak datang pulak”. Lepas ucap terima kasih terus beliau pergi rehat. Saya pun naik bilik guru. Tiba-tiba ada seorang cikgu jumpa saya “ni RM100 duit dari PIBG penghargaan sebab buat kelas sepanjang tahun lepas”. Dalam masa 10 minit, RM10 saya dah digantikan dengan RM100. Allah Maha Kaya.

Peristiwa ketiga, saya seorang yang ingin punya anak awal. Rezeki saya mengandungkan anak pertama kira-kira lima bulan selepas berkahwin. Sebenarnya tidak terlalu awal bagi sesetengah orang. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya pergi ke sebuah rumah anak yatim yang betul-betul dhaif. Masa tu tiada orang sebab semua orang pergi solat jumaat. Saya tinggalkan beberapa beg beras dan saya masukkan sedekah saya di dalam tabung di luar pejabat rumah anak yatim tersebut. Saya tinggalkan nota berbunyi “Sedekah untuk anak-anak. Doakan saya juga dapat rezeki anak.” Beberapa hari kemudian saya dapat tahu saya pregnant. Syukurnya Ya Allah. Saya harap nota tu tak terbang di bawa angin.

Saya rasa cukuplah tiga peristiwa ini sebagai pendorong anda untuk bersedekah. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips : –

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

Hamba Allah yang mengharapkan pahala tidak putus.