Isnin, 3 April 2017

Organic

ALKANES:
Free radical substitution

ALKENES:
1)Preparation Of Alkenes:
   -Dehydration: Conc. H2SO4 (heat)
   -Dehydrohalogenation: KOH, ethanol

2)Chemical Reaction:
   -Hydrogenation: H2, Pt (Pt=catalyst, can be Ni or Pd etc)
   -Hydration: H30+ or H20,H+
   -(i) Hydrohalogenation: Markovnikov: HX
    (ii) Hydrohalogenation: Anti-Markovnikov: HBr, ROOR(peroxides)
   -(i) Halogenation: X2,CH2Cl2 (inert) dihalides major
    (ii) Halogenation: X2, H2O (Forms Halohydrin as major product)
        {Halohydrin:  R-CH(OH)=C(X)-R  }

3)Oxidation Of Alkenes:
   -Cold KMnO4 (dilute), OH-
   -Hot KMnO4/conc. H+
   -Ozonolysis: (i)O3 (ii)Zn, H2O

BENZENES:
1)Chemical Reactions on Benzene Ring:
   -Halogenation: X2, FeX3
   -Nitration: Conc. HNO3 '&' Conc. H2SO4
   -Friedel-Craft Alkylation: RCl, AlCl3
   -Friedel-Craft Acylation: R(Cl)C=O, AlCl3

2)Chemical Reactions of Toluene:
   -Oxidation: KMnO4, H3O+ (heat)
   -Halogenation: X2, uv

3)Additional Notes:
CH3 of toluene is an ortho, para director. Thus, nitration, F-C Alkylation, F-C Acylation and reaction with X2, CH2Cl2 will not disturb the CH3 group on toluene but it will substitute with H on benzene ring at Ortho and Para position. Both Ortho and Para formed are major products.

HALOALKANES:
1)Chemical Reactions:
   -NaOH(aq) (forms alcohol
   -CH3CH2OH (forms ether)
   -NH3, ethanol (forms RNH2)
   -CH3ONa, ethanol (forms ether)
   -KCN, ethanol (forms RCN)
   -CH3CH2COONa, ethanol (forms ester)

2)Gridnard Reagent, RMgX:
   -Formation of RMgX:
    {  RX+Mg, dry ether -> RMgX  }
 
   -Reaction of RMgX with:
    -metanal, H3O+ : forms primary ROH
    -other aldehydes besides methanal, H3O+ : forms secondary ROH
    -ketone, H3O+ : forms tertiary ROH
    -H3O+ : forms alkane

Slamat mnduduki PSPM II😄✌
Share3! Ingt, jika kita permudahkn urusan org lain, Allah juga akan permudahkn urusan kita.. Insyaa AlLah

Ahad, 2 April 2017

Bungkus

QUOTE PHOTO VIDEO:
Mari Mengambil Hikmah

BUNGKUS DAN ISI

Hidup akan sangat melelahkan, sia-sia dan menjemukan bila fikiran hanya digunakan untuk mencari dan mengurus BUNGKUS-nya saja serta mengabaikan dan mengacuhkan ISI-nya.

Apa itu “BUNGKUS”-nya,
Dan apa itu “ISI”-nya?.

“Rumah yang indah” hanya bungkusnya.
“Keluarga bahagia” itu isinya.

“Pesta pernikahan” hanya bungkusnya.
“Sakinah, mawadah, warahmah” itu isinya.

“Ranjang mewah” hanya bungkusnya.
“Tidur nyenyak” itu isinya.

“Kekayaan” itu hanya bungkusnya.
“Hati yang bahagia” itu isinya.

“Makan enak” hanya bungkusnya.
“Gizi, energi, dan sihat” itu isinya.

“Kecantikan dan Ketampanan” hanya bungkusnya.
“Keperibadian dan hati” itu isinya.

“Bicara” itu hanya bungkusnya.
“Amal nyata” itu isinya.

“Buku” hanya bungkusnya.
“Pengetahuan” itu isinya.

“Karisma” hanya bungkusnya.
“Akhlak karimah” itu isinya.

“Hidup di dunia” itu bungkusnya.
“Hidup sesudah mati” itu isinya.

Utamakanlah ISI-nya.
Namun rawatlah BUNGKUS-nya.

Jangan memandang rendah dan hina setiap BUNGKUS yang kita terima, kerana berkah tak selalu datang dari BUNGKUS kain sutera melainkan juga datang dari BUNGKUS kertas suratkhabar.

Janganlah setengah mati mengejar apa yang tak dapat kita bawa mati.

Semoga bermanfaat

Khamis, 30 Mac 2017

Solat

Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ke? Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa.. tapi iman masih ada dalam diri dia.

Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang tak pernah tinggal solat.. tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh *tergelincir akidah.* Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.

Banyak orang tidak solat sebab inilah:
Sebab pertama dia ukur diri dia.
Sebab Kedua dia ukur orang lain.

Bila dia ukur diri dia - dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata 'baik tak payah solat kalau gitu.'

Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama.
Ada satu kisah menarik untuk dikongsikan sebagai teladan
Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa." Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas samada kita nak faham atau tidak.

*Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah.*
Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.

Renungan hari Jumaat

Isnin, 27 Mac 2017

Motivasi

27.03.2017 (28 Jamadilakhir 1438H)
*Motivasi Pagi Ini🌇:*

Pada slot Motivasi📈 Pagi di radio IKIM.fm  jam 7.30 pagi hari Isnin ini, *Ustaz Rosmanizam Rosdi* telah pun menyampaikan…

Di pagi2🌇 ini, mari kita hayati 1 hadis Nabi saw ini:

Nabi saw berjumpa seorg Sahabat👤 lalu bertanya💬, _“Aku telah diberitahu bahawa kau telah berpuasa setiap hari dan solat sepjg mlm.”_ Sahabat itu menjwb, _“Ya, benar Rasulullah..”_ . Lalu Baginda berkata, _“Janganlah kau berbuat demikian. Hendaklah kau berpuasa & hendaklah berbuka (maksudnya jgn puasa terus menerus). Hendaklah kau tidur😴 & hendaklah kau bangun utk solat, krn  sesungguhnya ada hak yg mesti kau tunaikan. Dan sesungguhnya bg kedua2 matamu👀, ada hak yg mesti kau tunaikan. Dan sesungguhnya bg isterimu ada hak yg mesti kau tunaikan. Dan sesungguhnya bg tetamu yg dtg ada hak yg mesti kau tunaikan.  Sesungguhnya bg anakmu jgk ada hak yg mesti kau tunaikan(pd riwayat lain).”_
*(Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)*

*Kupasan Hadis ini:*
Hadis ini memberitahu kita ttg kewajipan & tanggungjwb yg mesti kita tunaikan. *Kewajipan ini terbahagi kpd 2✌🏻:*

🔸1) *Kewajipan Khusus kpd Allah swt* – spt solat, puasa, berzakat💰, haji.

🔹2) *Kewajipan Sesama Manusia👥* – spt bergaul dgn isteri, ahli keluarga👨‍👩‍👧‍👦, mendidik anak, bekerja cari nafkah👛, layan tetamu dtg, aktiviti masyarakat. Termasuk jgk memberi hak kpd anggota bdn spt otak, mata👀, kaki 👣& tgn👐🏻 iaitu beri *kerehatan  sewajarnya serta tidak membebankannya.*

Rasulullah saw menyuruh kita agar *seimbang dlm amal harian* kita. Sahabat ini nk jd hamba Allah yg sgt baik👍🏼 & soleh smp xde masa utk berehat & bergaul. Sememangnya ia adalah perkara yg baik👍🏼 krn berusaha mendpt kecintaan Allah utk menjd insan bertaqwa😇.

Tp Nabi saw telah menegurnya💬, w’pun buat mcm tu dia perlu ingat ada masa2 yg lain dia perlu utk *menikmati kehidupan* ini dgn berehat, bergaul dgn ahli keluarga & masyarakat👥👥. Rasulullah saw adalah sebaik2👍🏼 contoh yg terbaik utk kita ikuti.

Baginda telah menunjukkan cara ibadah📿 dgn Allah & pd masa yg sama berkomunikasi💬 dgn manusia sekeliling👥👥. Suatu contoh yg *FLEXIBLE & mudah diikuti.*   Sbb jk disuruh melakukan amalan yg memberatkan, dikhuatiri kita akan cepat jemu😵 & penat😓 serta tinggalkan amalan2📿. Ada la labih baik buat sikit demi sikit & *CONSISTENCE〰〰.*

Allah sendiri berfirman, dlm *Surah Ali Imran : ayat 31* ;
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ
_Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya kamu dicintai Allah"._

Mari kita berusahan ikut apa yg Rasulullah tunjukkan. *Jgn kita terlalu mudah2kan & jangan kita terlalu membebankan.*  Supaya kita dpt menikmati ibadah📿 ini dgn semanis2nya🍭🍬, istiqamah tanpa rasa penat😓 & jemu😵.

Cukup sekadar itu … jumpa lg di lain waktu…

Sengkian…😎

Ahad, 26 Mac 2017

Sahabat

Ingatan...

⏰  *WAKTU KITA*

*🕯Waktu sedang "Berjaya*", kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

*🕯Waktu sedang "Berkuasa*",  kita percaya diri melakukan apa saja.

*🕯Waktu sedang "Tak Berdaya*", barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.

*🕯Waktu sedang "Jatuh*", kita baru sedar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

*🕯Waktu sedang "Sakit*", kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

*🕯Manakala "Miskin*", kita baru tahu jadi orang harus banyak memberi/menderma dan saling membantu.

*🕯Masuk "Usia Tua*", kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.

*🕯Saat "di Ambang Ajal*",  kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

*🕯Hidup tidaklah lama*.
Sudah saatnya kita bersama sama membuat
*HIDUP LEBIH BERHARGA* :
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung, dan
Saling mencintai

*🕯Jadilah teman setia tanpa syarat*
Tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.

*🕯Allah tidak pernah menjanjikan*
bahawa: langit itu selalu biru,  bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

*🕯Tapi ketahuilah bahawa Allah* :
Selalu memberi pelangi dalam setiap badai.
Memberi senyum dalam setiap air mata.
Memberi kasih sayang dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan dalam setiap doa.

*🕯Jangan pernah menyerah*,
Terus berjuanglah, Life is so beautiful and colourful.

*🕯Hidup*
Bukanlah suatu tujuan,  melainkan sebuah perjalanan.

*🕯Saudaraku*
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita,  namun berapa banyak orang yang bahagia kerana kita.

*✂Jangan pernah menjadi  "gunting"*.
Kerana gunting dapat memotong sesuatu menjadi terpisah, namun jadilah *"benang"*, meskipun lembut tetapi dapat menyatukan apa yang sudah terpisah...salam ukwah