Ahad, 11 Jun 2017

Qatar


TERNYATA QATAR MEMANG NEGARA PALING ANEH DI DUNIA !!!!

BAGAIMANA TIDAK ANEH...

Seluruh rakyatnya.
Yang bayi...yang tua...yang jejaka...yang wanita.
Begitu .. Bayi lahir ke dunia.
Negara....sudah menyiapkan ...sebuah rumah untuknya.

Begitu...usia sekolah....
Pilih sahaja...sekolah atau kuliah dimana saja...
Negara yang membayar...bahkan...Negara memberi wang saku.

Setelah tamat belajar...sekadar pilih pekerjaan....
Yg pasti....masih didalam Negara.
Pasti....Negara memberi kerja....dengan Gaji...yang lebih tinggi dari Expatriat (TKA) untuk kualifikasi setara dan sejenis.
Rakyat harus lebih tinggi dari Orang Pendatang Asing.

Bila waktu menikah tiba.
Suami...boleh punya 4 (empat) isteri.
Negara ....menyediakan untuk masing masing dari setiap Isteri ....Pembantu rumah dan pemandu.
Negara yang menggaji Pembantu dan pemandu.

Bila Isteri melahirkan....pilih rumah sakit mana saja...
Negara yang bayar.

Negara ini....
Tahun 2015-2016...Pendapatan Perkapita (GDP) adalah USD 132 ribu pertahun.

Di Negara ini..
Tidak ada Pajak untuk rakyatnya.

Apakah ada Bank...
Ada ...
tetapi...
Tidak ada Riba.

Kadang
Bila hari Ulang Tahun Raja.
Seluruh hutang Rakyatnya kepada Bank.
Dihapuskan oleh Raja.
Rakyat...tidak punya hutang di Bank.

Negara ini adalah......

*Sebuah Kerajaan yang menjadikan Al Qur'an sebagai Undang Undang dan Hukum positif*

Tidak ada Hukum atau Undang Undang yang lebih tinggi dari Al Qur'an di Kerajaan Qatar.

Negara Paling Kaya....Nombor satu
Negara yang tidak punya hutang kepada negara manapun

*DENGAN KATA LAIN GAJI/PENDAPATAN RATA-RATA PENDUDUKNYA RM5 RIBU SEBULAN*.

Sabtu, 10 Jun 2017

Tua

SELEPAS PENCEN, BARU MAHU FOKUS BERIBADAH.

Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.

PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.

PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja 😔

PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?

PEMUDA: hmmm...

PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salahfaham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..

PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?

PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar.
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.

PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ?

PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar..
.
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Tazkirah Ramadhan

Sabtu, 3 Jun 2017

Mahar

SEDUTAN KISAH SAHABAT (SIRI 6)

Abu Talhah al-Ansari
~ Mahar Paling Berharga Di Dunia ~

Nama sebenar beliau adalah Zaid bin Sahl daripada kabilah al-Najjar. Memeluk Islam awal sedikit daripada peristiwa Hijrah.

Beliau terkenal sebagai pemilik kebun Bairuhak, sebuah kebun yang sangat indah dan subur di Madinah. Nabi SAW sangat suka minum dari mata air yang keluar dari kebun tersebut. Bairuhak adalah harta yang paling beliau sayangi. Tatkala turun firman Allah:

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[Aal-E-Imran:92]

Maka tatkala itu juga beliau berkata:
"Bairuhak adalah harta yang paling aku sayang. Sekarang aku jadikan ianya sedekah demi Allah. Aku mengharapkan kebaikan dan ganjarannya di sidi Allah. Gunakanlah ianya megikut kemahuanmu wahai Rasulullah."

Beliau amat mengasihi baginda Nabi SAW. Beliau pernah berikrar, untuk menjadikan tubuhnya tebusan kepada tubuh Rasulullah dan wajahnya menjadi pelindung kepada wajah Rasulullah.

Sewaktu perang Uhud, beliaulah yang menjadi benteng melindungi batang tubuh Nabi SAW ketika musyrikin menyerang hendap khemah Rasulullah. Rasulullah diletakkan di belakangnya sedang dia bersenjatakan busur memanah sesiapa sahaja yang cuba mendekati.

Pernah Rasulullah cuba menjenguk kepalanya untuk melihat keadaan di hadapan, tapi ujar Abu Talhah:
"Jangan buat begitu Wahai Rasulullah. Lehermu aku tak sama dengan lehermu. Dadaku tak sama dengan dadamu. Biarlah aku sahaja yang jadi tebusan untuk dirimu."

Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah. Dan beliau terus berjihad sehingga ke hujung usia. Sejak kematian Rasulullah, dikhabarkan beliau tidak pernah meninggalkan puasa, melainkan pada hari yang diharamkan sahaja. Ketika umurnya sudah tua, anak-anak pernah berkata:
"Wahai ayah. Kau telah berperang sejak zaman Rasulullah sampailah dia wafat. Kau berperang juga zaman Abu Bakar sampai dia wafat. Zaman Umar kau terus berjihad sampai dia pun wafat. Kau sudah tua sekarang. Biarkan kami sahaja yang berjihad dan kau berehat."

Jawab Abu Talhah:
"Tidak. Bukankah Allah perintahkan dalam al-Quran pergilah kamu semua berjihad dalam keadaan ringan atau berat? Ringan itu muda. Berat itu tua. Kita semua tidak pernah terkecuali."

Begitulah keadaannya, terus berpuasa dan berjihad sehingga menemui ajalnya di tengah lautan, di atas sebuah kapal ketika dalam sebuah misi jihad.

Sebenarnya, sejarah kehidupan Abu Talhah dengan Islam bermula sejak beliau mula menaruh hati kepada seorang janda bernama Rumaisha' binti Milhan, juga dari kabilah Najjar. Sebaik sahaja mendapat tahu suaminya meninggal, Abu Talhah terus ke rumah Rumaisha untuk merisik. Pada waktu itu Abu Talhah belum memeluk Islam tetapi Rumaisha' sudah Islam.

Tatkala dilamar, Rumaisha' menjawab:
"Orang seumpamamu selayaknya tidak ditolak. Tetapi aku tidak boleh mengahwinimu selama-lamanya. Kerana engkau adalah kafir.."

Abu Talhah tidak memahami akan peraturan Islam. Beliau berusaha memujuk:
"Aku rasa bukan itu sebabnya. Tapi sebenarnya kau mahu cari orang lebih kaya dari aku. Bukan begitu?"

Jawab Rumaisha':
"Demi Allah wahai Abu Talhah. Seandainya kamu memeluk Islam, aku akan terima kamu tanpa kau berikan satu pun emas atau perak padamu. Aku jadikan Islammu sebagai mahar bagiku.."

Mendengar ucapan Rumaisha' itu, kepala Abu Talhah teringatkan berhalanya di rumah, yang diperbuat daripada kayu yang mahal.

Rumaisha' seakan dapat membaca fikiran Abu Talhah, lalu mencelah:
"Takkah kamu sedar tuhan yang kamu sembah itu diperbuat dari kayu yang tumbuh dari tanah?"

Jawab beliau: "Benar"

Rumaisha menyambung:
"Tak malukah kamu kamu menyembah batang kayu, yang orang lain jadikan ianya sebagai bahan api untuk membakar roti sahaja?"

Kata-kata Rumaisha membuat Abu Talhah tersentak dan mula sedar. Lantas dia bertanya:
"Siapa mahu bimbing a

ku kepada Islam."

Pantas Rumaisha' menjawab:
"Aku."

"Justeru bagaimana?" Tanya Abu Talhah.

Rumaisha membalas:
"Ucapkanlah dua kalimah syahadah, selepas itu kamu pulang dan dapatkan berhala kamu, kemudian campak buanglah ia."

Abu Talhah menurut sahaja kata-kata Rumaisha'. Dia terus mengucap, kemudian pulang dan membuang berhala itu.

Tidak lama selepas itu, kedua mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah.

Para sahabat berkata: "Kami tak pernah jumpa orang yang memiliki mahar yang paling mulia selain dia. Dia telah menjadikan ISLAM sebagai mahar."

Orang beriman tidak akan menjadikan mas kahwin atau hantaran sebagai harga kepada diri mereka. Sebaliknya yang lebih penting adalah apa yang akan menentukan masa depan setelah berkahwin itu. Mahar beratus ribu belum tentu bahagia. Tetapi mahar Islamnya Abu Talhah membawa kepada syahid, yang bakal memberi syafaat untuk memimpin tangan Rumaisha ke negeri bahagia abadi.

9 Ramadhan 1438
4 Jun 2017

Jumaat, 2 Jun 2017

Lembut

*ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA*

Rasulullah saw bersabda :

‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ

"Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?" Para sahabat berkata, "Mau, wahai Rasulallah!" Beliau menjawab:
"(yang Haram tersentuh api neraka adalah) orang yang *Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl*."
(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).

1. *Hayyin*
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin.
Tidak mudah memaki, melaknat serta teduh jiwanya..

2. *Layyin*
Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semaunya sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia

3. *Qarib*
Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.

4. *Sahl*
Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan.

"Telah aku sampaikan, YA RABB."

Rabu, 31 Mei 2017

Peniaga online

Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan Fahami..
Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.
Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.
Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
.
Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah “Produk Kami” kerana kita dikira wakil kepada penjual.
10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.
13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.