Ahad, 14 Januari 2018

Global cooling

LITTLE ICE AGE

Cuaca sejuk di Malaysia dan Singapura disebabkan oleh "monsoon surge" di Laut China Selatan. Jadi ia hanya bersifat sementara. Namun di tempat-tempat lain (terutamanya di Hemisfera Utara) sememangnya berlaku fenomena cuaca sejuk yang luar biasa. Salji turun di Gurun Sahara, dan suhu di pantai timur ("East Coast") Amerika Syarikat dan Kanada mencatat rekod terendah dalam sejarah. Kedua-dua Mount Washington, New Hampshire dan Armstrong, Ontario menjadi tempat kedua tersejuk di dunia selepas mencatatkan suhu -38 C (tempat tersejuk di dunia ialah Yakutsk dan Oymyakon di Rusia yang bersuhu purata -50 C).

Sebelum kita cepat-cepat membuat kesimpulan bahawa "inilah tanda kiamat", ketahuilah bahawa fenomena iklim adalah bersifat kitaran ("cyclical"): ada kalanya dunia lebih panas, ada kalanya lebih sejuk. Ada yang bersifat sementara, ada yang bersifat berpanjangan. Di kalangan saintis ada perdebatan mengenai samada dunia sedang dilanda "global warming" (pemanasan global) atau "global cooling"
 (penyejukan global).

Saya bukan orang sains, jadi tak ambil port sangat tentang perdebatan ini. Tapi sebenarnya iklim berkait rapat dengan geopolitik. Perubahan iklim, samada berubah menjadi lebih sejuk atau menjadi lebih panas boleh mempengaruhi "power balance" antara negara malah boleh mencetuskan pergolakan, seperti yang disaksikan ketika tempoh "The Little Ice Age" dari abad ke-14 hingga abad ke-18.

Purata suhu Hemisfera Utara ketika itu adalah sangat rendah, sehingga Sungai Thames di London pun boleh beku jadi ais ketika musim sejuk. Iklim sejuk yang luar biasa, terutamanya dari tahun 1560 hingga 1660 telah menyebabkan kemerosotan hasil pertanian, dan kegagalan kerajaan menangani masalah kebuluran menjadi sebab berlakunya pemberontakan petani ("peasant"). Di Turki berlaku Pemberontakan Jelali (1595-1610) dan di China berlaku Pemberontakan Li Zicheng (1630-1644). Kedua-dua pemberontakan telah melemahkan Dinasti Uthmaniyyah dan Dinasti Ming: Turki Uthmaniyyah tewas dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Eropah dan China ditawan oleh orang Manchu.

Pada masa yang sama, penyejukan memberi kelebihan strategik kepada negara tertentu. Dalam Perang antara Denmark dan Sweden (1657-1658), Sweden berjaya menawan Denmark kerana Selat Great Belt yang selama ini menjadi pelindung kepada Denmark telah beku jadi ais, membolehkan tentera Sweden merentasi selat laut tersebut. Episod yang sama juga berlaku pada tahun 1672 apabila tentera Perancis yang dipimpin Raja Louis XIV berjaya merentasi Sungai Rhine (penghalang antara Belanda dan Perancis) yang beku untuk menyerang Belanda. Orang Belanda mengelar tahun 1672 sebagai "Rampjaar" (Tahun Malapetaka) kerana tahun ini menandakan pengakhiran kegemilangan Empayar Belanda.

Namun tak lama lagi kifarah menimpa Louis XIV apabila Perancis dilanda kebuluran semasa 1690-an akibat daripada iklim sejuk. Namun Lousi XIV dan Louis XV masih mengutamakan penaklukan wilayah daripada kebajikan petani. Akhirnya dinasti Louis (Wangsa Bourbon) digulingkan dalam Revolusi Perancis tahun 1789.

Yang paling kesian ialah orang Ireland. Pada asalnya, orang Ireland cuba menjadi inovatif dengan menanam potato sebagai gantian kepada tanaman yang tidak subur ketika musim sejuk. Namun pada 1840-an potato pula dijangkit penyakit tanaman dan hasil potato merosot, maka berlakulah kebuluran yang dikenali sebagai "Great Irish Famine". Berjuta-juta orang Ireland mati kelaparan dan ramai telah melarikan diri ke Amerika. Namun di Amerika mereka pula ditentang kerana orang Ireland adalah penganut Katolik (orang Amerika menganut Protestan), dan gerakan penentang imigran (macam Donald Trump hari ini) seperti Know Nothing Party diwujudkan.

Jadi Little Ice Age merupakan titik tolak ("turning point") sejarah moden di mana empayar lama yang bergantung kepada pertanian (Turki, China, Perancis) mengalami kemerosotan manakala negara-bangsa yang beralih ke perindustrian dan perdagangan seperti Britain mula mengambil alih peranan sebagai kuasa besar dunia.

Tiada teori yang dapat memberi jawapan muktamad mengenai sebab berlakunya Little Ice Age. Penjelasan yang paling popular ialah pergerakan tompok matahari ("sunspot"). Ada yang kata ia disebabkan oleh letusan gunung berapi yang lebih kerap. Ada juga yang mengatakan penjajahan Sepanyol ke atas Benua Amerika sebagai punca, kerana pembunuhan ramai-ramai ke atas penduduk Inca dan Aztec telah mengurangkan karbon dioksida dalam udara.

Jadi, selain faktor manusiawi, faktor alamiah juga membentuk perkembangan sejarah tamadun dan politik manusia. Empayar agung boleh jatuh hanya dengan perubahan iklim. Benda-benda sebegini mengingati kita tentang betapa kecilnya kuasa manusia, dan betapa hebatnya alam ciptaanNya.

Bacaan lanjut:
Brian Fagan, The Little Ice Age: How Climate Made History 1300-1850 (2001, Basic Books).
Sam White, The Climate of Rebellion in the Early Modern Ottoman Empire (2011, Cambridge University Press).

Rabu, 10 Januari 2018

Pibg

10 FAKTA SEDIH mengenai PIBG.

1. Mesyuarat Agung PIBG tiada sambutan. Ramai guru dari ibu bapa yang hadir biasanya.

2. Ahli yang tidak hadir mesyuarat paling banyak mempersoalkan keputusan PIBG yang ditetapkan pada hari mesyuarat. Ini paling menjengkelkan.

3. Tidak ramai yang bayar sumbangan PIBG semata-mata kerana ianya tidak wajib. "Anak aku tak bayar pun, semua program sekolah dia boleh masuk.

Semua kemudahan yang PIBG sediakan seperti kipas, dewan, tiles, apa jua yang dibeli guna dana PIBG, anak aku tetap boleh guna seperti murid lain. Buat apa aku bayar?"

Hal ini disebarkan pula supaya kawan-kawan dia dan ibu bapa lain turut serta tidak bayar sumbangan PIBG.

Berbahagialah kalian mengambil dan menggunakan hak orang lain. 😏

4. Belum pernah seumur hidup aku dengar, mana-mana PIBG yang mana 100% ibu bapanya bayar. Ada sekolah hanya 30% sahaja ibu bapa yang bayar. Sedih kan? 😭

5. Duit sumbangan RM100/murid 90%-100% ibu bapa datang ambil. Tiada alasan bekerja, sakit dan sebagainya. Tiba hari mesyuarat PIBG, berjuta alasan sampai. Sedih lagi. 😭😭

6. Guru dan AJK PIBG difitnah makan duit PIBG. Duit PIBG kalau nak keluar waima RM1 mesti ada tanda tangan Bendahari dan YDP PIBG. Dan semua duit yang masuk dan keluar diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG.

Tak datang mesyuarat, kemudian buat fitnah dan sebarkan. Yahudi betul perangai itu.

7. AJK PIBG dan guru-guru bertungkus lumus kumpul dana untuk tabung PIBG. Turun naik syarikat dan kedai cari sponsor. Buat jualan dan sebagainya.

Bila ada dana dan baik pulih sekolah atau buat program untuk murid, yang tak bayar sumbangan itu paling banyak mempertikai. Itu tak kena ini tak kena. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini.

Kalau kena kat kau, kau rasa macam mana?

8. Ibu bapa yang miskin lebih ramai yang bayar sumbangan PIBG. Yang hanya punya motor buruk, yang hanya kerja buruh. Yang kerja dalam aircond dan datang dengan kereta menjalar, itu yang paling liat nak bayar.

Ini realiti yang sangat menyedihkan. 😭😭😭

9. PIBG yang disokong kuat oleh ibu bapa mampu berikan keselesaan pada infrastruktur sekolah dan kemudahan untuk murid.

Lihat sekolah cina, hampir semuanya ada dewan tertutup siap aircond dan dewan terbuka berbumbung untuk aktiviti outdoor. Semuanya dibuat guna dana PIBG. PJK masih boleh dijalankan walau hari hujan atau panas terik.

Tapi kebanyakan dana PIBG sekolah kebangsaan, nak tukar meja murid yang reput pun tak lepas.

10. Anda hanya perlu menyimpan 14 sen sehari untuk bayar duit sumbangan PIBG berjumlah RM50 setahun. Tapi itu pun ramai yang gagal buat. Dan sangat ramai yang merungut mahal.

Ini 10 FAKTA SEDIH tentang PIBG.

Kau baca dan hayatilah elok-elok. Kongsilah agar ramai yang tahu fakta sedih ini. Jangan biarkan 10 fakta ini terus bersedih selamanya.

Kita dah berada di abad ke 21, mentaliti zaman Firaun itu buanglah. Sokong PIBG untuk anak-anak kita juga. Usah berkira lagi untuk pendidikan anak-anak kita.

Ibu bapa cakna, anak-anak terbela. Begitulah.

#MFS

Selasa, 9 Januari 2018

Rezeki

An unemployed professional woke up one morning and checked his pocket. All he had left was $10. He decided to use them to buy food and wait for the time to die, since he was too proud to beg.

He was so frustrated not to find a job and had no one available to help him.

He bought his food and as soon as he sat down to eat, an old man and two small children approached him and asked him to give them food, since they had not eaten in almost a week.

The professional looked at them. They were so skinny that they could feel their bones. His eyes had sunk. With the last piece of compassion left to him, he gave them his food.

The old man and the children prayed that God would give him blessings and prosperity, and gave him a very old coin. The young professional said, *"You need that prayer more than I do."*

Without money, without work and without food, the young man went under a bridge to rest and wait for the hour of his death.

He was about to fall asleep when he saw an old newspaper on the floor. He picked it up, and suddenly read an advertisement for those who had old coins, they would take them in a certain direction.

He decided to go to that place with the old coin that the old man gave him. When he arrived at the place, he gave the coin to the owner of the place. The owner shouted, pulled out a large book and showed the young graduate a photo.

It was the same coin, whose value was 3 million dollars. The young graduate was very excited while the owner gave him a bank card for the 3 million. The young man collected the money and went in search of the old man and the children.

By the time he got to where he left them eating, they were gone. He asked the owner of a nearby canteen if he knew them. The owner told him that he did not know them, but that they had left him a note. He quickly opened the note thinking he would find out where to find them.

This was what the note said: *"You gave us everything you had, and we have rewarded you with the coin, sign: The Angels of Allah..."*


►You have got nothing to lose to pass on this beautiful message...

Ahad, 7 Januari 2018

Adab

ADAB

Apakah itu adab? Adakah Adab itu jalan tunduk depan orang tua,  tunduk di hadapan guru atau apakah sebenarnya hakikat adab?

Adab mengikut apa yg Daku fahami dari kalam guru-guru ku adalah " MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN " , Ini adalah asas dan point besar dalam beradab...

Maknanya Adab ini adalah pekerjaan Jiwa / hati yg diterjemahkan pada perbuatan dan tindakan...

Jalan tunduk depan orang tua , senyap dihadapan guru itu hanyalah form bukan content..

Maka form akan berbeza-beza mengikut mode dan kegembiraan orang yang ingin kita  beradab itu maka ada kalanya berjenaka dan berhibur itu adab dan adakalanya biadab , mengapa ia menjadi biadab?  Kerana Kamu melakukan dalam hal keadaan Guru Kamu tidak senang akan hal itu pada Waktu itu.

Maka bentuk adab itu akan berbeza2 mengikut apa yang guru tadi gembira..

Maka untuk mencapai peradaban yang benar samada pada guru, suami, ibu, ayah  maka perlulah kita menyelami jiwa mereka hingga bersatu jiwa kita dengan mereka barulah kita mampu melaksanakan adab yg benar dan barulah adab itu hidup yg datang dari jiwa yang hidup,  bukan adab itu datang atas susunan disiplin dan undang2 , hanya mengikut form tanpa mencapai Content.

Maka benarlah adab kita pada :

Allah
Rasulullah
Pembimbing Rohani
Guru
Ibu
Ayah
Sahabat
Masyarakat

Maka di situ kita memahami adab itu berlaku bukan sahaja kita berdepan dengan Mereka,Tapi tika mereka tiada di hadapan pun tetap Adab itu hidup didalam jiwa dan zahir pada perbuatan dan tindakan

=====

Orang Tua2 Cakap

Kalaulah Suami Isteri tu kuat cintanya dan saling berhubungan jiwa mereka,  apa yang diinginkan oleh suami dapat dibaca dan dirasai oleh isteri. Suami baru terdetik nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak, balik ke rumah memang sudah terhidang makanan keinginan nya itu..

Maka begitulah murid dengan guru,  kalau hati murid sudah bersatu dengan Guru pasti murid dapat membaca isi hati dan keinginan guru..

🌹Baba Long Idris🌹

#AdabCintaFakir
#AdabituCinta
#Bicaraketuhananmasa
#fanafissyeikh

Kasih sayang

Adila Manan:
Kongsi pandangan seorang Pengetua dari Johor..


Aku lebih selesa menjadi penghuni tetap yg pasif dlm grup ini. Semua bahan aku santap sebagai juadah istimewa tanpa rasa apa2.

Namun bila terlalu acap teman2 menbicarakan soal kredibiliti guru yg sentiasa diperlekehkan oleh masy dan konon kurangnya keprihatinan kpm serta tiadanya sop yg setara..maka aku terpanggil melontarkan cerita berdasarkan kefahaman dan pengalaman.

Pertama..apa shj hukuman d sek utk mendidik. Hukuman yg d benarkan nasihat amaran rotan gantung dan buang.
Yg membezakan prof keguruan ialah kebijakkan menangani emosi.
~ kot kalau d buang sekali pun dan atas apa jua kesalahan..murid akan diterima sek balik selepas merayu ke Jpn
~ kalau ckg tak punya keilmuan ini selepas dilatih secara profesional bertahun lamanya dan berpeluang mendidik berdekad lamanya..apa beza kita dgn mereka yg panas baran wataknya
~ kalau guru menjerit menampar memaki dan menghukum spt ayah tiri. Bayangkan kalau cara kita dicontohi oleh kerjaya doktor hakim polis dan seumpama

2013..aku d amanahkan menjadi ptua disebuah sek bermasalah disiplin di daerah dan negeri. 1800 murid 121 guru. 50% shj melayu. Keputusan akademik sentiasa di bawah di daerah dan negeri. Sek lebih dikenali sbagai sek gangsterism dan bermasalah disiplin.

Sebagai ketua aku letakkan teori keperluan maslow sbgai pegangan. Keperluan asas murid dipenuhi dan kemudian keperluan sosial -kasih sayang n penghargaan d beri..barulah keperluan rohani yg melibatkan nilai agama n akademik
~ tak lupa aku buat teori sendiri. Teori 3 perang nabi. Badar kuatkan iman. Uhud musuh emosi dan khandak bijak atur strategi.

Aku seru visi..sederap serlahkan kasih sayang.
- sederap seia sekata
- serlahkan ks - ks perlu ditunjukkan dan dibuktikan tanpa ada batas yg pelbagai.

Api xboleh dilawan api. Mulai 2013 tiada seorg pun guru termasuk hem n disiplin yg dibenarkan merotan. Kalau ada kes rotan aku yg buat. Jatuh hukum hari ini dan dirotan pada mgu depan selepas solat dhuha taubat n sarapan. Sebelum rotan doa dibacakan. Hukuman sangat harmoni. Menangis sebab insaf.

~ kes berat ditangani dgn rasional. Ramai gak murid dibuang. Tetapi klga diberi knsling dan dibantu utk merayu ke jpn. Semua murid kembali ke sek dan berubah.

~ apa yg aku buat demi kerjaya mulia tanpa niat apa2.  Namun dihidu dimerata. Sudah ada 46 lawatan seluruh msia yg datang. 3 dato datang personal..Dato Abdullah md yunus pengarah bpsh..dato sulaiman wak n datuk k kita.

~ lima tahun kami sangat harmoni. Tiada isu disiplin yg membakar emosi..sek jadi destinasi pelancongan..kejayaan koko yg pelbagai dan akademik sgt meningkat.

~ semua terletak pada hati dan emosi. Nabi pernah tewas perang angkara segelintir yg beremosi.

Pada aku  sayang perlu menjadi teras kehidupan ckg d sek. ISU ckg A yg viral baru2 ini. Pada aku dia bukan aset..sebaliknya liabiliti . Aku malu dgn kump profesional lain. Budak 12 tahun diajak bergelut dan bergusti. Hanya dgn alasan disiplin tergamak melakukan  kekasaran sehingga tangan hinggap di muka. Rasionalkah ckg itu pada waktu itu. Belum ada dalam sejarah orang melempang dgn kasih sayang. Pasti diiringi dgn maki dan sumpah seranah. Bila tersepit..isu disiplin dijadikan alasan. Kita pulak beramai2 memberikan sokongan. Jadi wira. Pasti 2018 akan ramai ckg yg mencontohinya.

~ apa yg menyedihkan terlalu banyak fitnah dan tohmahan yg diviralkan. Hak ibu bapa dihalang. Kpm turut dipersalahkan..sedangkan garis panduan telah lengkap disediakan. Sentimen benci pada kerajaan membiasakan kita utk  mudah juga membenci kpd watak dalang yg diviralkan tanpa pertimbangan dan belas kasihan.

~ Disiplin sek sebenarnya sgt terkawal..malah specis kini ramai yg jauh lebih baik drp kita. Kes 1 2 biasalah. Adat. Kelemahan ketara bukan murid tetapi PGB yg sekadar mengejar gred jawatan. Kurang kawalan dan penguatkuasaan peraturan yg disediakan. Ditambah pula kerjaya guru bukan datang dari roh dan penjiwaan tetapi berapa A dalam peperiksaan.

~ Masalah kita hari ini..ialah pendekatan memandaikan akademik pelajar. Bayangkan 378 calon spm sek ku dipaksa belajar seolah2 s

emua akan jadi doktor. Aku tahu sebahagian besar mereka tak berupaya. Sebab itu aku santaikan mereka. Akademik bukan segala. Mampu bermain 3D akan lebih berjaya. Dirty dificcult dangerous. Mereka inilah yg akan mengusir pati nanti. Murid enjoy ckg pun sama. Cuma ppd n jpn yg sentiasa mendakwa.
Yang ini kita betulkan. Sek jadikan pusat pembelajaran..mengenal dan mencari hidup. Yg berkrtrampilan berikan mereka peperiksaan utk memenuhi kerjaya. Yg lain sekadar menikmati pembelajaran. Ramai yg ada spm..tp sijilnya sekadar utk menutup lubang dinding yg retak di rumah.

Ye aku percaya sek tempat kita hilangkan stress. Percayalah. Baca kepimpinan segiovanni..lima kemahiran memimpin..insyallah sek akan terurus dgn baik.

Akhirnya..udah2le mengkritik. Lebih baik fikirkan apa yg baik utk bangsa. Tp nak fikir sgt pun..usia kita dah sangat senja..lebih baik beristighfar dan bersyukur dgn yg ada.

~ aku pernah syer ini bsama pegawai2 jpn d langkawi..rasanya ipin bakri mahlizan antara audiennya. 2016 aku d panggil buat talk masa persidangan mpsm kbgsaan di terengganu.
~ Doakan aku mampu menyumbang modul kasih sayang di tahun 2018. Dah siap..cuma tunggu masa diketengahkan.