Rabu, 12 September 2018

Post truth

KEDAJALAN ERA 'POST TRUTH'.

Dunia hari ini sedang mengalami senario penipuan yang saling bersahutan. Ia menjadi cara hidup yang mendominasi skema berfikir manusia. Walaupun tipu dan bohong itu telah disepakati secara moral sebagai sifat yang serba negatif, hari ini ia dianggap normal bahkan sebagai keperluan hidup.

Masyarakat dunia hari ini menderita kepincangan moral dan etika hidup yang kronik. Tidak dinafikan, Barat menjadi perintis kepada kebejatan penyakit-penyakit pemikiran dan moral. Kemudian ia dibiakkan ke negara-negara yang mereka gelar sebagai negara dunia ketiga.

⚫ Apakah Itu 'Post Truth'?

Istilah 'Post Truth' diangkat oleh kamus Oxford sebagai 'word of the year' pada 2016. Ia menterjemahkan fenomena Trump dan Brexit yang sinonim dikaitkan dengan kepincangan politik Barat yang penuh tipu daya. Secara literal, 'Post Truth' bermaksud era setelah atau selepas kebenaran. Diibaratkan seolah-olah nilai kebenaran telah pun mati.

Adapun secara konsepnya, 'Post Truth' merujuk kepada budaya politik yang menjadikan elemen emosi sebagai penentu kebenaran. Sementara fakta yang realistik dianggap tidak relevan malah tidak mampu mempengaruhi golongan yang telah disampuk oleh sihir 'Post Truth'. Budaya 'Post Truth' melengkapkan lagi pakej politik populisme yang turut menjadi isu besar bagi politik Barat di era Trump dan Brexit.

⚫ Menipu Demi Penipuan.

Unsur utama 'Post Truth' adalah penipuan. Ia dipersembahkan dalam keadaan bersahaja dan cukup meyakinkan. Inilah yang diungkapkan oleh Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels:

"Penipuan jika diulang-ulang, maka ia akan dipercayai"

Dengan anutan matlamat menghalalkan cara, politikus penipu mudah menipu bahkan melemparkan fitnah-fitnah kepada seteru mereka. Situasi tersebut sukar dikawal kerana fitnah sewenang-wenangnya senang direka. Apatah lagi ia dipersembahkan dengan penuh sensasi. Sementara mangsa politik mereka terkial-kial terpaksa menjawab siri-siri fitnah yang memerlukan masa dan hujah balas yang konstruktif.

⚫ Manipulasi Emosi.

Kaedah menjayakan 'Post Truth' adalah dengan mainan emosi yang berkesan. Unsur takut, mengharap, teruja, kebersamaan, dendam, cemas dan simpati diadun sebaiknya untuk mempengaruhi golongan sasaran.

Kita kerap melihat politikus dipaparkan menangis kesedihan, sayu ataupun sebaliknya ceria bersama rakyat bawahan. Orang ramai tahu itu adalah lakonan, tetapi anehnya ia dianggap sebagai kebijaksanaan berpropaganda. Lakonan mereka amat memukau. Sehingga kita terlupa untuk bertanya, sebenarnya apakah upaya idea yang mereka miliki untuk mengatasi masalah hakiki rakyat?

Selalunya slogan-slogan berunsurkan 'wow' dilaung-laungkan lalu membentuk gelombang sokongan yang membuta tuli. Apabila masing-masing ditanya apakah maksud sebenar kepada slogan-slogan yang diangkat tadi? Maka mereka gagal menjawab dengan baik. Situasi seperti ini menampakkan rakyat atau pengikut seakan-akan 'disihir' untuk mendokong suatu perkara yang mereka sendiri tidak faham.

Yang mereka faham adalah politikus sanjungan mereka adalah hero penyelamat yang serba tahu lagi jujur. Sementara seteru mereka adalah penjahat yang perlu segera dihapuskan tanpa zuriat. Dari pembahagian ini, membiakkan sikap fanatik yang cukup tegar. Ketika 'Post Truth' telah menguasai minda, maka hujah dan bukti sudah tidak berfungsi lagi sebagai ukuran.

⚫ Era Langit Dajal.

Internet ibarat pasar. Ada barang halal dan ada barang haram. Dalam realiti pasaran informasi di alam maya, berita-berita palsu mudah tersebar di internet. Pada masa yang sama jika kepalsuan dan pendedahan bersifat 'half truth' telah tersebar, ia hampir mustahil untuk ditarik balik.

Para penganalisa politik Barat mengemukakan persoalan mengapa pada hari ini golongan yang salah semakin lama semakin yakin dengan kesalahan mereka? Konsisten dangkal. Sifat tegar tersebut terhasil dari dorongan internet yang sentiasa menyuap informasi-informasi yang hanya digemari. Aplikasi enjin carian internet berperanan menganalisa kecenderungan pengguna-pengguna mereka secara spesifik.

Justeru apabila sekali seseorang salah memilih pendirian, maka dia akan semakin tenggelam dalam kebohongan. Situasi 'auto' doktrin tersebut berjaya melahirkan golongan yang fanatik dengan pilihannya tanpa mengendahkan nilai hujah yang rasional.

Apabila fanatik telah menguasai minda, maka mereka terlebih dahulu telah membentuk persepsi secara konkrit. Lantas apa jua informasi berita yang berpihak kepada pegangan mereka, maka ia akan diangkat sungguhpun hakikatnya palsu. Apabila disedarkan bahawa ianya palsu, mereka tetap menyebarkannya dengan alasan kononnya ia adalah informasi alternatif.

⚫ Penipuan Dianggap Sebagai Kebijaksanaan.

Dahulu, penipu dianggap sebagai penjahat. Hari ini pula penipu dianggap sebagai orang yang bijak dan boleh diharap. Disebabkan anutan 'Post Truth', selalu kedengaran dalam forum politik kononnya seseorang itu tidak layak dipilih kerana terlalu baik. Bermaksud secara separa sedar, masyarakat sudah cukup bersedia melantik Dajjal sebagai pemimpin mereka.

Yang mahu menipu menggunakan agama pula, sewenang-wenangnya berdalilkan hadith peperangan adalah penipuan secara semberono. Menipu demi menjaga kedudukan, demi meraih sokongan, demi menutup penipuan yang telah dilakukan sejak awal dan ke seterusnya direka sambil berbangga inilah strategi politik yang efektif.

Trump, apabila ditanya mengapa licik mengelak cukai? Beliau menjawab kerana beliau seorang yang bijak. Jawapan selamba tersebut disambut menandakan bahawa beliau adalah politikus bijak yang perlu dipilih.

Kerajaan PH gagal melaksanakan manifesto seperti yang dijanjikan. Mereka selamba menjawab bahawa manifesto tersebut dirangka tanpa kajian yang realistik dan mereka enggan meminta maaf kerana tidak merasa bersalah. Kebohongan yang tulen itu tetap dianggap sebagai berintegriti oleh penyokong-penyokong mereka.

⚫ Ingatan Nabi.

Terdapat banyak hadith yang menyentuh secara langsung berkenaan fenomena akhir zaman 'Post Truth'. Antaranya sabda Nabi:

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ , وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ، قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ : الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

"Akan datang kepada manusia, tahun-tahun yang banyak pembohongan. Padanya dibenarkan pembohong dan orang yang benar dituduh berbohonh. Pengkhianat diberikan kepercayaan dan orang yang jujur dikhianati. Dan ketika itu golongan ruwaibidhah gemar bercakap". Sahabat bertanya "Apakah itu Ruwaibidhah?". Jawab Nabi "Orang yang lekeh tetapi bebas berbicara perkara besar"

Hadith ini menjelaskan fenomena 'Post Truth':

• Penipuan yang dahsyat dan terlalu banyak.
• Ketika itu paradigma manusia menjadi songsang.
• Pembohongan dan pengkhianatan mendapat sambutan.
• Kejujuran dan keadilan disisihkan kerana dianggap sebagai beban.
• Budaya pembodohan dan onar dipupuk. Lalu masyarakat yang telah dibodohkan bebas untuk memberi pendapat dan disuruh memilih.

Itulah gambaran bagaimana suasana penipuan yang serba keliru, mendominasi realiti kita pada hari ini. Apa yang telah melanda Barat, kini sedang melanda kita. Vaksinnya adalah taqwa. Dapatkannya sebelum terlambat.

Abdul Mu'izz Muhammad
13 September 2018.

Jamaah

"Pendakwah tak banyak beralasan dalam soal solat jemaahnya dalam usaha menjaga kualiti hubungannya dengan 'Pemberi hidayat'. Jika dengan 'Pemberi hidayah' pun banyak alasan, apatah lagi dalam hal-hal lain yang  perlu pendakwah siap sedia korbankan seperti masa untuk hubungi mad'u, tanya kabar, ajak makan, malah mengorbankan wang berbelanja buat mad'u-mad'unya. Melalaikan solat jemaah merupakan sesuatu yang begitu mengaibkan bagi seseorang pendakwah depan Allah kerana terdedah luas kepada sifat munafik. Zaman Rasulullah sendiri, orang munafik memperolok-olokkan solat subuh dan isyak berjemaah di Masjid, apatah lagi jika kita yang hidup hari ini khasnya meninggalkan solat berjemaah 5 waktu."

Tarbiah berasal daripada perkataan bahasa Arab bererti pendidikan atau pengasuhan. Manakala dari segi istilah, perkataan tarbiah bermaksud cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.
Petikan terkenal oleh Syeikh Mustafa Masyhur perihal tarbiah: “Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.”

"Jadi, untuk kefahaman lanjut, pendakwah itu sendirilah perlukan kepada tarbiah kerana segala-gala permulaan mengorak langkah ialah dengan tarbiah. Contoh tarbiah ruhiah ialah solat fardhu 5 waktu secara berjemaah. Jika diri pendakwah culas dengan pentarbiahan tersebut, maka perlu dia mencari jalan bagi mengembalikan kekuatan itu supaya tidak terus hanyut dengan keselesaan yang sedang dinikmatinya kerana bimbang-bimbang keselesaan tersebut merupakan nikmat seperti yang telah menutup mata hati Firaun dan Qarun. Maka seterusnya pendakwah perlu kepada mencari/merujuk murabbi dalam usaha menegur dirinya dari terbelit terus dengan 3 belitan syaitan yang membelenggu diri khasnya diwaktu fajar."

Kiai Zaman
3 Muharram 1440

Jumaat, 7 September 2018

Kimia

Teknik menjawab kimi- *A*!

*GRACE*

*G*...given data n
          sketch diagran

*R*...realized...what
          to find
*A*...analysis....
         concept n
         formula related
*C*...calculation
*E*...evaluation...
         final answer
         with correct
         unit

👆🏻💪🏼💪🏼😎

halal Ilmu

Tazkirah subuh

Pd hakikatnya kedua-duanya ilmu dan rezeki yg berupa wang atau duit itu datang dr Allah S.W.T jua. Di sini tidak timbul persoalan ilmu yg diberikan oleh seseorang guru itu kpd murid-muridnya adalah halal atau dihalalkan. Krn ilmu bukan sesuatu yg mempunyai jisim. Ia juga bukan sesuatu perbuatan.

 Menyampaikan ilmu itu adalah perbuatan. Ttp ilmu itu bukan perbuatan. Ilmu itu pd hakikatnya ialah sumber hidayah atau pun nur(cahaya). Jd ia tidak boleh dihalalkan oleh seseorang. Cuma yg ada ilmu itu boleh menjadi berkat atau tidak. Ianya bergantung pd sepenuntut yg mendapatkan ilmu itu memenuhi syarat atau adab dia menuntut ilmu.

 Begitu juga ttg rezeki yg berupa upah atau gaji yg diterima oleh seseorang guru drpd hasil dia menyampaikan ilmu kpd para pelajarnya. Halal atau tidak rezeki yg dia dapat bukanlah bergantung kpd dia hendak halalkan ilmu yg dia sampaikan kpd seseorang pelajar itu. Halal atau haram rezeki seseorang itu bergantung kpd sumber rezeki itu sendiri sama ada halal atau haram.

 Contoh menipu, makan riba ataupun makan rasuah dan sebagainya. Sesuatu pekerjaan itu boleh dinilai sama ada mengikut syariat atau sebaliknya jika ia menempuh 5 syarat berikut.

Pertama, niat pekerjaan itu mestilah kerana Allah.

Kedua, ketika dilaksanakan pekerjaan itu mestilah tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas spt solat. Jika sedang mesyuarat kemudian masuk waktu solat asar, maka wajib tangguhkan dulu mesyuarat tersebut. Dirikan solat asar dulu. Kemudian selepas solat baru sambungkan mesyuarat.

Ketiga, pekerjaan yg dilakukan tidak ada percampuran perkara yg halal dan haram. Misalnya urusan  perbankan sesuatu bank tidak boleh ada unsur riba di dalamnya. Sedangkan bank yg sama menawarkan perbankan Islam.

 Keempat, perkerjaan yg dilaksanakan mesti mengikut syariat. Contoh pekerja perlulah memakai pakaian yg menutup aurat.

 Kelima dan terakhir, natijah atau kesan drpd pekerjaan yg dilaksanakan  mestilah membuahkan hasil yg baik. Seperti, ilmu yg disampaikan dpt memberikan kesedaran seseorang itu menjadi baik atau dpt merasai kebesaran dan keagungan Allah.

Rabu, 5 September 2018

Solat

*Syair Indah Sang Lima Waktu*

🌿 Bila *Subuh* utuh
🌿 Rizki pun tumbuh
🌿 Hati terasa teduh
🌿 Pribadi tidak angkuh
🌿 Keluarga tidak keruh
🌿 Maka damai berlabuh...


🌿 Bila *Dzuhur*  teratur
🌿 Diri jadi jujur
🌿 Hati tidak kufur
🌿 Jiwa selalu bersyukur
🌿 Amal ibadah tidak udzur
🌿 Keluarga akur
🌿 Maka pribadi jadi makmur...


🌿 Bila *Ashar* kelar
🌿 Jiwa jadi sabar
🌿 Raga jadi tegar
🌿 Senyum pun menyebar
🌿 Insya Allah rezeki lancar...


🌿 Bila *Maghrib* tertib
🌿 Ngaji menjadi wajib
🌿 Wirid jadi karib
🌿 Jauh dari aib
🌿 Insya Allah syafaat tidak raib...


🌿 Bila *Isya* terjaga
🌿 Malam bercahaya
🌿 Hati damai sejahtera
🌿 Insya Allah hidup pun bahagia...

Salam *5 WAKTU*

➡ Silakan share ke keluarga, teman atau sahabat