Tazkirah subuh
Pd hakikatnya kedua-duanya ilmu dan rezeki yg berupa wang atau duit itu datang dr Allah S.W.T jua. Di sini tidak timbul persoalan ilmu yg diberikan oleh seseorang guru itu kpd murid-muridnya adalah halal atau dihalalkan. Krn ilmu bukan sesuatu yg mempunyai jisim. Ia juga bukan sesuatu perbuatan.
Menyampaikan ilmu itu adalah perbuatan. Ttp ilmu itu bukan perbuatan. Ilmu itu pd hakikatnya ialah sumber hidayah atau pun nur(cahaya). Jd ia tidak boleh dihalalkan oleh seseorang. Cuma yg ada ilmu itu boleh menjadi berkat atau tidak. Ianya bergantung pd sepenuntut yg mendapatkan ilmu itu memenuhi syarat atau adab dia menuntut ilmu.
Begitu juga ttg rezeki yg berupa upah atau gaji yg diterima oleh seseorang guru drpd hasil dia menyampaikan ilmu kpd para pelajarnya. Halal atau tidak rezeki yg dia dapat bukanlah bergantung kpd dia hendak halalkan ilmu yg dia sampaikan kpd seseorang pelajar itu. Halal atau haram rezeki seseorang itu bergantung kpd sumber rezeki itu sendiri sama ada halal atau haram.
Contoh menipu, makan riba ataupun makan rasuah dan sebagainya. Sesuatu pekerjaan itu boleh dinilai sama ada mengikut syariat atau sebaliknya jika ia menempuh 5 syarat berikut.
Pertama, niat pekerjaan itu mestilah kerana Allah.
Kedua, ketika dilaksanakan pekerjaan itu mestilah tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas spt solat. Jika sedang mesyuarat kemudian masuk waktu solat asar, maka wajib tangguhkan dulu mesyuarat tersebut. Dirikan solat asar dulu. Kemudian selepas solat baru sambungkan mesyuarat.
Ketiga, pekerjaan yg dilakukan tidak ada percampuran perkara yg halal dan haram. Misalnya urusan perbankan sesuatu bank tidak boleh ada unsur riba di dalamnya. Sedangkan bank yg sama menawarkan perbankan Islam.
Keempat, perkerjaan yg dilaksanakan mesti mengikut syariat. Contoh pekerja perlulah memakai pakaian yg menutup aurat.
Kelima dan terakhir, natijah atau kesan drpd pekerjaan yg dilaksanakan mestilah membuahkan hasil yg baik. Seperti, ilmu yg disampaikan dpt memberikan kesedaran seseorang itu menjadi baik atau dpt merasai kebesaran dan keagungan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan