Rabu, 12 September 2018

Jamaah

"Pendakwah tak banyak beralasan dalam soal solat jemaahnya dalam usaha menjaga kualiti hubungannya dengan 'Pemberi hidayat'. Jika dengan 'Pemberi hidayah' pun banyak alasan, apatah lagi dalam hal-hal lain yang  perlu pendakwah siap sedia korbankan seperti masa untuk hubungi mad'u, tanya kabar, ajak makan, malah mengorbankan wang berbelanja buat mad'u-mad'unya. Melalaikan solat jemaah merupakan sesuatu yang begitu mengaibkan bagi seseorang pendakwah depan Allah kerana terdedah luas kepada sifat munafik. Zaman Rasulullah sendiri, orang munafik memperolok-olokkan solat subuh dan isyak berjemaah di Masjid, apatah lagi jika kita yang hidup hari ini khasnya meninggalkan solat berjemaah 5 waktu."

Tarbiah berasal daripada perkataan bahasa Arab bererti pendidikan atau pengasuhan. Manakala dari segi istilah, perkataan tarbiah bermaksud cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.
Petikan terkenal oleh Syeikh Mustafa Masyhur perihal tarbiah: “Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.”

"Jadi, untuk kefahaman lanjut, pendakwah itu sendirilah perlukan kepada tarbiah kerana segala-gala permulaan mengorak langkah ialah dengan tarbiah. Contoh tarbiah ruhiah ialah solat fardhu 5 waktu secara berjemaah. Jika diri pendakwah culas dengan pentarbiahan tersebut, maka perlu dia mencari jalan bagi mengembalikan kekuatan itu supaya tidak terus hanyut dengan keselesaan yang sedang dinikmatinya kerana bimbang-bimbang keselesaan tersebut merupakan nikmat seperti yang telah menutup mata hati Firaun dan Qarun. Maka seterusnya pendakwah perlu kepada mencari/merujuk murabbi dalam usaha menegur dirinya dari terbelit terus dengan 3 belitan syaitan yang membelenggu diri khasnya diwaktu fajar."

Kiai Zaman
3 Muharram 1440

Tiada ulasan:

Catat Ulasan