Isnin, 3 September 2018

Rayuan haji

*Surat Rayuan Haji Kepada TH*

1. Tarikh tutup hantar surat rayuan belum keluar. Siapkan surat dan tunggu tarikh mula menghantarnya.
2. Tolong buatkan surat rayuan ini untuk generasi 60 tahun ke atas.

Kami kongsikan salah satu contoh surat rayuan Haji supaya mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan yang memerlukan.

PENTING: Jika ingin memohon untuk ibubapa yang sudah berusia, pastikan faktor USIA ditulis sebagai sebab utama

CONTOH
------------

Nama Suami & No Akaun Tabung Haji
Nama Isteri & No Akaun Tabung Haji
Alamat
No. Tel: (penting untuk dihubungi)
_________________________

30 November 2018

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Banguana Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1440 H/ 2019 M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, kami telah membuat pendaftaran haji di Tabung Haji Cawangan XXXX pada tahun ...2009 dan disenaraikan untuk ke sana pada tahun ....2029 M.
Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh penempatan ibadah haji pada tahun 1440H/2019M berdasarkan perkara berikut

1.Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan kesihatan di masa akan datang.
2. Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang
3. Anak-anak sudah bersekolah dan tidak ada yang mengambil peperiksaan besar pada tahun ini.
4. Kami sudah mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid XXXX
5. Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan Haji

Besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberi peluang mengerjakan Rukun Islam ke -5 pada tahun ini.
Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih

Yang benar,

.....................                              ......................................
Nama Suami                              m Isteri
No Kad Pengenalan:                  No Kad Pengenalan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi
Tabung Haji Contact Center di talian 03-62071919.

 Humma Labbaik!
😘😎

Tiada ulasan:

Catat Ulasan