Jumaat, 26 Oktober 2018

Graduasi

Walaupun mungkin ramai yang marah, walaupun mungkin ramai yang tak senang, Saya tetap berpendapat bahawa trend majlis graduasi tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah adalah pembaziran dan merepek.

Pembaziran, kerana dana sekolah untuk urusan  hakiki pun compang-camping, terkontang-kanting, lagi sibuk nak disalurkan kepada majlis yang direka-reka ini. Ada sekolah yang menyewa jubah, ada guru yang terpaksa mencari jubah untuk dipakai. Tapi nak fotokopi bahan pdp tiada dana.

Merepek, kerana graduasi berjubah itu adalah identiti menara gading. Jubah dan 'mortar board' adalah manifestasi tradisi ilmu dan kesarjanaan. Setiap perkara ada kedudukannya.

Hujahnya apa? Nak bagi pelajar bermotivasi masuk universiti? Salah tu. Berpuluh tahun kita tak pernah buat majlis sebegitu, tiadakah yang masuk universiti? Eh, anak kita di tadika itu tak tahu pun apa itu graduasi. Kita je pandai-pandai menormalisasi.

Percayalah, benda-benda beginilah yang lama-kelamaan nanti akan merosakkan sekolah kita. Kalau nak hargai anak-anak, majlis anugerah kecemerlangan sudah memadai. Tak perlu berjubah bertopi. Majlis yang disertai oleh kita, guru dan ibu bapa, sudah menjanjikan kebahagiaan kepada anak-anak kita.

-Sahul HM-

Jumaat, 19 Oktober 2018

Hang Tuah

Sayyid Thanauddin (Datuk Adi Putra) & menantunya Laksamana Hang Tuah & Hang Jebat

Laksamana Hang Tuah ialah bapa angkat,bapa mentua dan bapa saudara Hang Nadim (anak Hang Jebat). Ibu Hang Nadim dan isteri pertama Laksamana Hang Tuah adalah adik beradik. Dang Melor dan Dang Wangi adalah anak Datuk Adi Putra. Isteri Datuk Adi Putra pula orang Mindanao, bernama Puteri Fatimah binti Raja Maqbulu. Majapahit yang Laksamana Hang Tuah pergi dan selalu pergi itu ialah Majapahit 2, berpusat di Empayar Cermin Jeddah. Hang Jebat pula adalah adek Radin Sahur,yang bergelar Temenggung Walitikta, Adipati Tuban. Temenggung ini adalah bapa kepada Sunan Kalijaga dan Hang Jebat adalah bapa saudara Sunan Kalijaga.

Sang Persanta Nala yang di kata kan olih Datuk Adi Putra ialah Maulana Sayyid Hussin Jamadil Kubra kerana beliau saudara paling tua bagi Datuk Adi Putra. Maulana Sayyid Ibrahim Asmoro/Asmaranqandi adalah anak saudara bagi Datuk Adi Putra !!!.Dan juga Ibrahim Asmoro adalah anak murid bagi Datuk Adi Putra

Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka, Gelaran “Hang”, “Makhdum”, “Khauja” dan “Maulana” adalah bagi darjah kebesaran Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung yang setaraf dengan darjah “Tun”. Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar- pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka. Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka. Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu, jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam (satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang, Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan Maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika itu.

Rabu, 17 Oktober 2018

Pawang Nong

PERTARUNGAN PAWANG NONG DENGAN ORANG MINYAK.

Sebelum itu mari kita kenali siapa Pawang Nong , Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah sahabat serta dikatakan pernah menuntut ilmu persilatan dan kebatinan dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang bersama menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

KETIKA bulan sedang mengambang pada waktu dinihari. Di sebuah kampung terpencil di daerah Jerantut, Pahang kelihatan satu lembaga hitam berkilat memanjat tingkap sebuah rumah.
Dengan berhati-hati dia menuju ke arah seorang gadis yang sedang nyenyak tidur bersebelahan dengan bilik kedua ibu bapanya. Tiada sesiapa pun yang menyedari akan kehadiran lembaga hitam itu.

Lelaki hitam berminyak itu mengusap usap tampang gadis itu. Lantas memeluk serta merta menyelak kain batik yang membalut tubuhnya, dengan rakus manusia berminyak itu memperkosa mangsa tanpa belas kasihan. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Selepas memuaskan kehendaknya, dia menconteng kapur sirih dengan tanda pangkah pada kemaluan, peha dan ari ari mangsa. Sebagai satu tanda telah dinodainya.
Lembaga itu kemudiannya menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Dalam sekelip mata kisah orang minyak heboh diperkatakan serata kampung dan ceruk di daerah Jerantut. Di mana mana sahaja orang bercerita tentangnya.

Penduduk makin gempar apabila semua rumah yang dicerobohi mengadu anak gadis atau isteri mereka diperkosa. Dalam banyak kejadian semua mangsa tidak sedar sewaktu dinodai.
Buktinya contengan kapur pada kemaluan yang mengesahkan kehadiran lembaga itu. Kejadian orang minyak memperkosan dan mencuri harta benda merebak serta merta ke beberapa buah kampung lain seperti Damak, Batu Balai, Kampung Som, Kampung Tanjung Besar, Budu, Chat, Benta dan Lipis Barat.

Pelbagai pendapat diutarakan mengenainya. Ada yang percaya ia adalah orang minyak berdasarkan gambaran yang diceritakan oleh mangsa. Badan yang hitam legam, licin berkilat, dan berminyak. Ada yang mengatakan bau orang minyak hapak serta hamis seperti bau bangkai atau najis. Dikatakan orang minyak perlu mencari 44 mangsa untuk diperkosa. Demi amalan ilmu hitam yang dipelajarinya. Namun segala ramalan dan agakan itu semakin keliru apabila tiada seorang pun pengawal malam bertembung dengannya.

Kalau ada mangsa terjaga, mereka gagal berbuat apa apa. Kerana lidah kelu lantaran terlalu takut atau mungkin sudah disihir. Dalam banyak kejadian, mangsa tidak sedar kerana sedang tidur. Cuma yang menjadi bukti adalah kesan contengan di bahagian kemaluan mangsa. Lembaga itu muncul dan menghilangkan diri secara tiba tiba. Ianya menguatkan lagi kepercayaan bahawa ia ada kaitan dengan orang yang menuntut ilmu hitam.

Menurut ceritanya, sebelum menaiki sesebuah rumah dia mengelilingi dahulu rumah tersebut sambil membaca mantera. Dia kemudiannya membaling pasir pada dinding serta atap. Setelah itu dia mencangkung seketika menunggu reaksi penghuninya. Setelah yakin baharulah dia melompat masuk. Sama ada melalui tingkap atau pintu yang akan terbuka dengan sendirinya. Walaupun sebenarnya pintu itu terkunci.

Segala usaha untuk menangkap lembaga itu gagal kerana ianya terlalu licik. Bomoh bomoh yang dipanggil memberitahu, lembaga itu menggunakan sehelai sirih untuk memukau mangsanya. Sirih yang dilipat lipat itu akan diselitkan di celahan dinding. Setiap penghuni rumah yang dipukau itu tidak akan sedar apa yang berlaku sekalipun mangsa teruk diperkosa.

Beratus bomoh telah dipanggil. Semuanya gagal memerangkap pengamal ilmu hitam itu. Malah polis turut menemui jalan buntu. Ketika meronda di hujung, berlaku di pangkal. Begitulah setiap kalinya terjadi serangan orang minyak. Terlalu sukar untuk dijejakinya! Rondaan yang dibuat sepanjang malam begitu mengecewakan. Yang pasti setiap pagi mesti akan ada mengadu menjadi mangsa.

Akhirnya penduduk kampung sepakat meminta pertolongan dan bantuan dari Haji Nong Taib. Seorang pawang dan guru silat yang tinggal di hulu Cheka Jerantut. Pahang.

Selama ini dia hanya memerhati sahaja. Dia tidak boleh memandai mandai masuk campur selagi tidak dijemput. Itu petua ilmu yang dipelajarinya.
"Bolehlah kawan cuba. Kawan bukan pandai, semuanya dengan pertolongan ALLAH."
Katanya kepada rombongan orang yang datang menemuinya. Haji Nong membuat persiapan dan dia memilih beberapa pemuda yang handal bermain senjata. Lalu menubuhkan pasukan yang boleh dikatakan berani mati!

Diarahkannya anak buah membawa kain kapan. Kerana mengikut perkiraannya apabila orang minyak itu dibunuh, dia akan segera dikapan dan dikebumikan dengan selekas yang mungkin. Anak buahnya juga diminta membawa penyodok dan cangkul. Ramai yang pelik tetapi tiada siapa yang berani bertanya.

Selepas bekerja keras menjejak. Haji Nong bertemu orang minyak itu di sebuah hutan pinggir kampung di kawasan Lipis Barat. Bagaimana pun lembaga itu dapat memukai Haji Nong dan orang orangnya. Kesemuanya kaku dan hanya memerhati sahaja wajah bengis lembaga itu yang beransur ansur menghilangkan dirinya.

Sebaik hilang dari pandangan barulah Haji Nong dan orang orangnya dapat bergerak seperti biasa. Kini Haji Nong tahu akan kelebihan dan kekurangan musuh yang dicarinya itu. Haji Nong mengarahkan anak buahnya berpecah. Bagaimanapun baru beberapa langkah berjalan lembaga itu muncul semula. Kali ini kelihatan lebib ganas. Pertarungan sengit yang berlaku menyebabkan sebilangan anak buah Haji Nong kecundang.

Dia betul betul menunjukkan kehebatannya. Haji Nong hanya memerhati menjeling dan bersedia pada bila bila masa untuk bertindak. Maka berlakulah pertarungan yang dinanti nantikan. Pawang Nong bertemu dengan Orang Minyak!

Masing masing menunjukkan kehebatan ilmu batin. Lembaga itu mencabut anak anak pokok sebesar lengan lalu membalingnya ke arah Haji Nong. Haji Nong melompat kiri dan kanan seperti harimau kumbang seraya tangannya menepis balingan itu. Anak buah Haji Nong menghidupkan jamung untuk menerangkan lagi gelanggang sayembara. Mereka berada di empat penjuru sementara Haji Nong dan lembaga hitam itu berada di tengah-tengahnya.
Lembaga itu beberapa kali menjerit dan meraung raung sambil menumbuk dadanya berkali kali. Haji Nong hanya bergerak kiri dan kanan menunggu saat yang sesuai. Tiba tiba Haji Nong melepaskan satu tumbukan angin. Serta merta lembaga itu tumbang. Tetapi dia bangun semua membalasnya. Dapat ditepis Haji Nong. Kedua duanya berada dalam jarak 5 meter apabila Haji Nong pantas melompat lalu bercelapak di atas dada lembaga itu.
"Siapa kamu?!"

Tanya Haji Nong sebaik kakinya memijak mangsa yang tersungkur di atas tanah. Dia sudah bersedia untuk menetak musuhnya itu jika berani cuba melarikan diri.
"Tolonglah tok! Ampunkan saya!"

Lembaga itu bersuara merayu.
Haji Nong melonggarkan tekanan. Lelaki itu kemudian melutut. Sambil menangis teresak esak dia mengaku telah memperkosa berbelas belas anak dara dan isteri orang demi keperluan ilmu yang dituntutnya. Anak buah Haji Nong memegang tangan kiri dan kanannya. Disuruhnya beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Bagaimanapun lelaki itu enggan dan berdiam diri.

Haji Nong memegang kepala lelaki itu dengan tangan kiri lalu menekannya ke bawah. Sepantas kilat tangan kanannya melepaskan tetakan yang kuat laku memisahkan kepala dan badannya. Hanya seketika terdengar raungan. Selepas itu hanya darah memancut membasahi bumi dan badan Haji Nong yang berhampiran. Mayatnya dikebumikan di situ juga.
Sejak itu kampung di sekitar Lipis dan Jerantut aman semula. Tiada lagi kedengaran gangguan orang minyak.

Haji Nong kenal akan pengamal ilmu hitam itu. Bagaimanapun beliau terpaksa merahsiakan identiti orang minyak itu dari pengetahuan umum. Kerana tidak mahu warisnya mendapat malu. Orang yang terlibat adalah penduduk tempatan yang mengamal ilmu salah.

Haji Nong tidak pernah menghebohkan siapa sebenarnya orang minyak. Katanya yang penting kampung selamat.

Kisah ini diceritakan oleh anak Haji Nong. Dan salah seorang anaknya ada mewarisi ilmu kebatinan milik bapanya.Haji Nong, wira yang bertanggungjawab membunuh orang minyak itu sudah lama kembali menemui ALLAH pada usia 112 tahun (11 November 1977)

Sebelum itu pun namanya dikenali setelah dapat membantu askar Inggeris menawan hidup hidup 200 pengganas di hutan Hulu Cheka bersama anaknya, Ariff. Kerajaan British mengiktiraf kehebatannya lantas mengurniakan Pingat Empayar British (B.E.M) sebagai mengenang jasa dan baktinya. Kerajaan Pahang mengabadikan namanya pada sebuah sekolah di hulu Cheka, Jerantut, Pahang. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong.

Al-Fatihah Buat Almarhum Pawang Nong.

Isnin, 15 Oktober 2018

Guru

Impian bermula dari seorang guru yang mempercayaimu, yang menarik, mendorong, membawamu ke dataran tinggi, kadang dia menusukmu dengan tombak tajam bernama, “kebenaran.”

 Guru yang menginspirasi tahu bahawa sentiasa ada batu-batu di jalan yang menghalang. Batu-batu tersebut boleh jadi batu penghalang atau batu loncatan; bergantung bagaimana kita memanfaatkan batu tersebut.

Guru yang bijak tidak membawamu masuk ke rumah kebijaksanaan, tapi lebih banyak membimbingmu di ambang pintu akalmu.

Mengajar itu bukanlah seni yang hilang, tapi kehormatannya itu merupakan tradisi yang hilang.

Guru yang baik itu mahal, tapi guru yang buruk itu lebih mahal.

Seorang guru itu adalah orang yang membuat dirinya sendiri semakin tidak berguna kepada pelajarnya.

Kenduri

Minta tolong sangat... janganlah raikan kematian.. bayangkan sedara mara datang menziarah si mati dan keluarga si mati, tujuannya supaya sama2 berkumpul sedekahkan doa dan ayat2 suci alquran, tapi malangnya masa semua ahli keluarga banyak diluangkan di dapur, di pasar.. bertungkus lumus menyediakan macam2 menu. Tak sedihkah kalau yg mati itu kita.. :(

BUAT MEREKA YANG MASIH SUKAR MENOLAK KENDURI ARWAH.

Catatan daripada FB Fatimah Baihaqi.

Kenduri arwah itu WAJIB?
Persoalan sy selama ini terjawab juga dlm Al-Kuliyah ptg ini.
Sy sering ade rase tidak puas hati apabila ada saje kematian dlm sebuah keluarga, maka keseluruh ahli keluarga akan bersibuk2 menyediakan makanan buat tetamu yg hadir sedangkan pd masa itu suasana teramat2 sedih.

Teramat2 sayu.

Sy teringat waktu kematian arwah ayah saya. Waktu itu kami sekeluarga berada dlm keadaan ekonomi yg agak meruncing. Kami hilang satu kudrat, tulang belakang kami yg menyara hidup kami. Saye pula baru saja 3 bulan lebih bekerja. Masa tu gaji kecil sgt. Tolak itu, tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus utk teruskan hidup sementara tggu gaji bulan seterusnya.

Bila terima kematian ayah tercinta. Hati bagai dilanggar garuda. Sedihnya x terkata. Ayah meninggal waktu sy ada bersama2nya.

Selesai urusan pengebumian, sy lihat saudara mara sudah sibuk bertanyakan tntg kenduri arwah yg akan dijalankan.
Pada masa itu, sy rasa terhimpit sgt. Dengan keadaan gaji cukup2 makan, sy terpaksa korek sana sini, kongsi adik beradik duit sekadar ada utk menjayakan permintaan orang-orang yg lebih dewasa yg mahu kenduri arwah. Saya biarkan emak berehat, sebab dia terlalu lemah, terlalu sedih dgn pemergian abah, jd sy n adik beradik yg uruskan semua dan saudara mara bantu masak2.

Pada waktu itu, keadaan nya saling x tumpah seperti sedang MERAIKAN sebuah kematian, sedangkan keluarga kami baru sahaja kehilangan abah. Senario ini biasa sy lihat dilakukan oleh org dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya WAJIB. Sy keliru pd waktu itu.

Mengapa perlu ada hukum sebegini sedangkan sebenarnya mengadakan kenduri sgt menyusahkan kami sekeluarga kerana menelan belanja yg besar?
Dek kerana kenduri yg menelan belanja yg besar, maka kami terpaksa tangguhkan dulu nak beli batu nisan utk kubur arwah abah. Bayangkan, waktu itu batu nisan yg x sampai rm 500 pon kami x mampu nak beli sbb dah byk habis duit pd kenduri.

Kami mmg susah waktu itu sbb lps abah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sgt teruk. Kami makan sekadar ada. Tiada yang mewah2. Berlaukkan telur goreng dgn kicap juga sudah cukup syukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati hidup susah. Tubuh kami juga sudah pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk tanpa bantal.

Sudahnya, hanya selepas beberapa bulan, baru kami mampu beli batu nisan sebagai tanda kubur abah, menggantikan 2 batang kayu dgn sedikit rimbunan bunga yg abg sy cacakkan sementara menunggu batu nisan dibeli.

Namun apa yg sy dengar dr ceramah Al-Kuliyyah hr ni menjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Ustaz beritahu, org Melayu kita sudah terlalu byk terpesong dgn adat. Kita beramal tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya, masyarakat kita terjerut sendiri dgn adat ciptaan manusia.

Pada zaman Rasullullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpulkan sahabat dan menyuruh mereka menyediakan makanan utk keluarga simati demi meringankan beban keluarga. Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat? Bercanggah bukan? Cukup sy katakan, keadaan yg kami sekeluarga alami suatu ketika itu suatu adat yg membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga simati mengadakan kenduri tahlil utk arwah. Tapi biarlah kena pada waktunya, iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula telah menyelesaikan semua perkara yg bersangkut paut dgn arwah, dan keluarga mempunyai wang yg mencukupi utk menjamu tetamu yg dtg. Bukanlah seperti skrg, asal sahaja ada kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut2 yg menelan belanja yg besar. Seolah2 jika tidak kenduri, maka keseluruh ahli keluarga itu berdosa.
Walaupun sekarang alhamdulillah sy mampu dgn rezki yg Allah bg, tp sy tidak sesekali menyokong adat yg terpesong dr sunnah itu. Sbb sy dah rasa susahnya ketika itu. Sy x mahu org lain rasa apa yg kami rasa. Sebab itu sy tidak kisah jika tidak dihidangkan minuman sekalipun jika melawat org meninggal. Keadaan itu sy dah alami.

Beramallah dgn ilmu. Bila mana terlihat sesuatu yg pelik, maka berusahalah utk cari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari. Bukan dtg bergolek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yg bercanggah, perlu dibuang terus. Mana yang baik, teruskan.

Sy berharap sgt agar satu hari nanti ada kesedaran dr golongan yg terlebih dewasa utk memahami perkara ini. Memang skrg masih lg adatnya begitu. Tapi jika lebih ramai yg bersuara tegakkan perkara yg benar, insya Allah adat yg pelik lg menyusahkan itu boleh dihapuskan.

 #hidup biar bersandar Al-Quran dan sunnah
 #boikot adat merepek