BAGAIMANA KIAH DAPAT 5A
Kiah tak ambil UPSR. Kiah ambil Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Kiah jenis malas membaca. Kiah hanya pergi sekolah dan teliti apa cikgu ajar dalam kelas. Kiah catit nota cantik-cantik. Ada seorang cikgu, namanya Cikgu Mohamad Ismail sangat baik dengan Kiah. Melihat tulisan Kiah yang cantik, cikgu selalu suruh tolong siapkan buku mengajar beliau. Kiah ikut apa cikgu suruh, sebab bagi Kiah cikgu bukan nak menghambakan Kiah. Cikgu pilih Kiah di antara berpuluh orang murid untuk membantunya menulis buku tersebut; ia satu kepercayaan daripada seorang cikgu kepada anak murid sekecil Kiah. Kiah sayang Cikgu Mohamad Ismail dan hormat beliau. Lepas tulis buku tersebut, Kiah diminta cikgu hantar buku tersebut ke bilik guru. Kiah ikut sebab percaya sangat berkat tolong cikgu. Kiah harap Allah tolong Kiah yang malas membaca dan ulangkaji pelajaran.
Ada seorang cikgu pula kurang tumpukan perhatian pada Kiah. Tidak salahkan cikgu, Kiah budak kampung dan nampak bodoh dalam kelas. Ramai lagi anak murid lain yang sangat pintar dan cerdas dalam sekolah. Cikgu tersebut hanya “target” murid-murid cerdik sahaja walaupun Kiah berada dalam kelas paling cerdik. Apabila cikgu tanya soalan, Kiah jadi macam kura-kura, sembunyi muka celah meja. Nasib baik Kiah kecil, cikgu kurang nampak Kiah yang suka duduk belakang kelas. Kalau cikgu tanya soalan dan minta jawapan “volunteer”, Kiah tak pernah membanggakan cikgu. Cikgu tersebut akhirnya kecewa dengan Kiah; dan Kiah tak tersenarai dalam senarai murid harapan.
Balik sekolah Kiah campak beg sandang kain kanvas ke dalam rumah, tanggalkan kasut kanvas buruk, tanggalkan kain dan baju sekolah, hanya tinggal “seluar katak” dan baju T. Kiah tanpa alas kaki panjat pokok jambu batu depan rumah. Kiah makan jambu batu yang agak ranum dan berkhayal di situ beberapa jam. Kiah nampak mak tertinjau-tinjau dari dalam rumah intai pokok manggis, melilau ke pokok pisang. Kiah tiada. Mak dapat mengesan Kiah setelah nampak dahan pokok jambu sedikit bergoncang. “Makan la jambu batu tu banyak-banyak, nanti sakit apendiks kena potong usus”. Kiah takut ugutan mak jadi doa. Kiah makan jambu batu dan sembur keluar biji-bijinya, macam orang sembur air sirih.
Puas bergayut di pokok jambu, Kiah panjat pokok pisang. Cita-cita Kiah mahu panjat hingga dapat memegang jantung pisang. Sudah banyak kali Kiah cuba, tapi asyik tergelongsor. Sakit paha Kiah kepit batang pisang yang licin. Suatu hari Kiah berjaya capai jantung pisang. Kiah puas hati yang teramat, kerana Kiah dapat buktikan bahawa pokok pisang boleh dipanjat. Kiah berjaya mencabar pendapat nenek yang mengatakan perbuatan Kiah sia-sia kerana tidak pernah jadi dalam sejarah orang berjaya panjat pokok pisang. Sebab itulah orang akan tebang pisang untuk ambil buahnya.
Setiap kali tengok Kiah panjat pokok pisang, nenek akan meneriak nama ayah, meminta ayah melarang Kiah meneruskan usaha memanjat. “Tengok anak mung ni Wei, mengalahkan jantan suka memanjat. Buruk celah anu tu baru tahu kena getah pokok pisang”. Ayah keluar dari rumah dan menggeleng kepala. Tapi bukan dengan muka bengis. Kiah tahu ayah hanya ambil hati ibunya. Dalam hati mungkin ayah bangga tengok kesungguhan anak perempuannya yang banyak mewarisi sifatnya yang lasak dan tidak mudah menyerah kalah.
Jika tiba musim manggis berbuah, Kiah panjat pokok manggis; sedahan demi sedahan sehingga sampai ke dahan paling atas. Sayup-sayup kelihatan adik-beradik Kiah yang lain dari atas. Kiah senyap-senyap melontarkan buah manggis ke kepala sesiapa yang ada menyakitkan hati Kiah sebelum itu. Kiah gembira dapat melepaskan rasa marah dengan cara begitu, apatah lagi melihat reaksi mereka yang terkejut beruk sewaktu buah manggis menimpa kepala. Kiah disumpah seranah sebaik sahaja mereka dapat mengecam suara Kiah ketawa berdekah-dekah dari atas pokok manggis. Begitulah kehidupan Kiah setiap hari.
Maka, apabila keputusan Penilaian Darjah Lima keluar, Kiah senyap-senyap ke sekolah untuk ambil keputusan. Kiah lihat pelajar harapan cikgu sebahagiannya senyum, namun ada seorang dua yang masam mencuka di samping ibu bapa yang juga kelihatan kecewa. Kiah seorang diri ke pejabat sekolah. Kiah hairan melihat cikgu-cikgu dan kerani bertugas senyum menyambut kedatangan Kiah. Mereka suruh Kiah cepat-cepat ambil slip keputusan. Oh, patutlah mereka ceria. Kiah dapat 5A. Kiah gembira tetapi tidaklah terlalu teruja kerana Kiah sudah jangka Kiah akan dapat 5A. Kiah hanya yakin, tidak tahu kenapa, walaupun Kiah tahu Kiah hanya letak buku nota bawah bantal pada malam-malam sebelum peperiksaan.
Pulang ke rumah, abang dan kakak Kiah menyambut dengan muka cemas. Kiah dapat jangka, mereka mungkin hanya mengharapkan Kiah lulus semua matapelajaran, tidak lebih dari itu. Kiah buat muka berat untuk menjawab apabila mereka beriya-iya mengintai slip keputusan. Kiah buat muka sardin, dan menjawab acuh tak acuh… 5A. Abang Kiah ambil bulu ayam dan kejar Kiah keliling tiang seri. Dia marahkan Kiah kerana kononnya menipu. Mengatakan Kiah malas tetapi suka berbohong. Kiah penat lari pusing tiang. Akhirnya timbul akal melemparkan slip keputusan tersebut. Tatkala melihat deretan A tercatat, barulah abang Kiah berhenti kejar Kiah dan meneriak kepada kakak-kakak Kiah yang lain. “Betullah la dia dapat 5A”. Kiah meraung kerana geram dan kepenatan.
Sehingga kini, Kiah yakin keputusan Kiah dapat 5A adalah kerana sifat Kiah yang sangat menghormati, menghargai dan sayangkan cikgu. Kiah tidak pernah menaruh dendam kepada cikgu yang pernah menonyoh dahi, hidung Kiah. Kiah selalu doakan cikgu yang melayan Kiah sebagai anak orang kampung supaya ditunjukkan Allah sifat mahmudah. Kiah tidak pernah menyalahkan dia, tetapi Kiah anggap sebagai motivasi bagi Kiah untuk dapat 5A. Kerana itulah Kiah menjawab “kejayaan saya kerana doa cikgu” apabila cikgu tersebut kelihatan merah padam mukanya apabila mendapat tahu Kiah dapat 5A setelah kehairanan melihat Kiah duduk sebarisan pelajar yang mendapat 5A untuk diambil gambar.
Kiah yakin, kejayaan seseorang pelajar itu bukan hanya bergantung pada kerajinan baca buku atau kualiti kelas tuisyen swasta yang dihadiri. Kiah yakin kejayaan itu adalah kerana *izin الله dan keberkatan ilmu* itu sendiri, yang diperolehi apabila kita tidak meminggirkan adab dan nilai dalam menuntut ilmu seperti *menghormati cikgu*.
Kini, apabila Kiah baca sejumlah berita tentang ibu bapa yang bertindak mengutuk, menyaman dan segala perbuatan yang tidak layak dilakukan kepada guru, Kiah sangat yakin, mereka sebenarnya sedang memusnahkan masa depan anak mereka sendiri.
#kiahdapat5A
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 29 November 2018
Ahad, 25 November 2018
Lori sampah
KISAH LORI SAMPAH - The Law of Garbage Truck
Suatu hari, saya menaiki Grab Car untuk ke suatu destinasi. Grab tersebut bergerak di lane paling kanan dan secara tiba-tiba, datang sebuah kereta memotong tanpa signal masuk ke lane kami secara mengejut.
Pemandu Grab tersebut brek dengan mengejut, dan nyaris-nyaris mahu terlanggar kereta tersebut hanya beberapa inchi.
Pemandu yang memotong tersebut mula mengangkat tangannya menunjukkan *F words* dan menjerit ke arah kami. Seolah-olah kesalahan itu berpunca dari pemandu Grab tersebut.
Reaksi Pemandu Grab tersebut mengejutkan saya. Kerana beliau hanya senyum dab angkat tangan tanda meminta maaf kepada pemandu tersebut.
Saya terkesima kerana tanggapan saya pasti beliau akan marah. Tetapi tidak.
Lalu saya bertanya, "Kenapa U buat macam tu sahaja? Pemandu tersebut nyaris-nyaris melanggar kereta U dan jika terlanggar tadi, ke hospital la kita jawab nya"
Dan momen ini lah, pemandu Grab tersebut mengajar saya tentang satu perkara iaitu "The Law of Garbage Truck"
Beliau menyambung,
"Ramai orang di dunia seperti "lori sampah". Mereka membawa penuh muatan sampah di dalam hati mereka. Mereka membawa hati yang frust, hati yang penuh kemarahan, hati yang penuh rasa tidak puas.
Apabila, "sampah" tersebut mulai banyak, mereka memerlukan tempat untuk "membuangnya".
Maka, usah mengambil sesuatu perkara tersebut personally. Hanya senyum, lambai sahaja, dan berdoa semoga kehidupan pemandu tersebut di permudahkan dan kita move on dengan rutin harian kita seperti biasa. Usah mengambil "sampah" mereka dan sebarkan kepada orang lain yang kita jumpa di rumah, pejabat mahu pun di sekeliling kita"
.
Kesimpulannya, orang yang berjaya, mereka tidak akan benarkan hidup mereka di pengaruhi oleh "sampah-sampah" begini.
Kehidupan sangat singkat untuk bangun pagi dan melempiaskan kemarahan kepada orang lain dan membawa hati yang sarat dengan "sampah".
Maka, berbuat baiklah dengan mereka yang menyantuni anda dengan penuh kebaikan. Dan titipkan lah doa - sedekahkan Al Fatihah buat mereka yang selalu menyakiti hati anda.
Seperti kata bijak pandai
10% di dalam kehidupan adalah apa yang kita lakukan sehari-harian.
Manakala 90% daripadanya, adalah apa yang kita respon.
COPY AND PASTE

Graduasi
DALAM alam pendidikan tidak lengkap jika tidak diadakan majlis graduasi, konvokesyen dan komensmen. Majlis ini menjadi penamat atau khatam bagi sesuatu sidang atau tempoh pengajian.
Graduasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu graduation. Perkataan ini sering digunakan dalam sistem persekolahan, meliputi sekolah tadika sehinggalah ke peringkat universiti atau pengajian tinggi.
Ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan perkataan graduasi itu tidak tepat, kerana dalam bahasa Melayu perkataan graduasi tidak ditemukan.
Hanya terdapat perkataan graduan bermaksud mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah.
Perkataan graduan pun harus dapat dibezakan pula dengan perkataan siswazah. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) jelas menyebut bahawa perkataan graduasi tidak terakam dalam Kamus Dewan dan dicadangkan kepada pengguna bahasa menggantikan perkataan itu dengan pengijazahan atau majlis penerimaan ijazah.
Ironisnya, perkataan graduasi digunakan secara meluas di sekolah seperti berikut; Majlis Graduasi Tadika 2017, Majlis Graduasi SPM 2017, Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas, dan sebagainya.
Penggunaan perkataan graduasi boleh digantikan dengan perkataan lain seperti Majlis Penyampaian Sijil, Majlis Penganugerahan Sijil, dan sebagainya.
Kelaziman penggunaan perkataan graduasi ini berpunca daripada ikut-ikutan kita tanpa membuat rujukan dahulu.
Perkataan graduasi mungkin boleh disamakan dengan istilah konvokesyen yang membawa maksud perhimpunan di universiti untuk penyampaian ijazah.
Penggunaan perkataan konvokesyen ini jelas memberi makna khusus untuk majlis penyampaian ijazah, bukan diploma, dan bukan sijil.
Perkara ini boleh dirujuki secara tepat dalam Kamus Dewan atau di Gerbang Maya PRPM, Dewan Bahasa dan Pustaka. Konvokesyen berasal daripada perkataan bahasa Inggeris convocation, namun makna yang terdapat dalam bahasa Inggeris lebih luas yang merujuk sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas.
Jadi, dalam perihal ini jika sekumpulan orang seperti peladang atau petani yang berhimpun untuk berbincang dan berseminar juga boleh dianggapkan sebagai majlis konvokesyen.
Demikianlah konteks dalam bahasa Inggeris, yang kelihatan agak berlainan daripada kebiasaan kita menggunakan perkataan itu dalam skop arena pendidikan sahaja.
Selain itu, penggunaan istilah konvokesyen dalam bahasa Inggeris juga selalu digunakan untuk peringkat sekolah dan kolej.
Sekali lagi ada kelainan penggunaan berbanding dalam konteks budaya kita di Malaysia.
Di negara-negara Barat, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej.
Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampaian ijazah ini, yang paling terkenal kemungkinannya ialah lontaran topi siswazah ke udara.
Di kebanyakan universiti yang besar di Amerika Syarikat, ratusan siswazah akan menerima ijazah sekali gus, biasanya terdapat satu majlis utama di stadium atau tempat lain yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus.
Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap fakulti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah.
Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan, di suatu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu.
Ada juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih daripada sekali setahun.
Satu lagi istilah yang digunakan berkaitan tamatnya sesuatu pengajian atau kursus iaitu komensmen. Istilah ini diguna pakai untuk menamakan majlis penyampaian sijil kerana tamat sesuatu kursus.
Agak meluas juga penggunaan istilah ini dalam sistem pendidikan negara kita, bunyinya hebat dan tersirat suatu kemegahan.
Namun, apabila kita merujuk Kamus Dewan dan Gerbang Maya PRPM, sekali lagi kita terkejut dengan kenyataan ini, komensmen tiada dalam bahasa Melayu.
Oleh itu perkataan tersebut tidak boleh digunakan dan hendak-lah menggunakan istilah bahasa Melayu yang tepat, jika perkataan dimaksudkan commencement (bahasa Inggeris), memberi maksud permulaan ataupun pembukaan.
Justeru, dipendekkan cerita baik apa sahaja perkataan yang akan digunakan lebih baik dilakukan rujukan terlebih dahulu.
Hal ini mengelakkan kita daripada terjerumus ke kancah kesalahan bahasa yang berlarutan dan menjengkelkan.
*OH bahasaku!(Sinar Harian)
* MOHAMMED HARON
14 JUN 2018
Ruangan ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Guru
Semangat Ilahi:
Kiriman drp warga guru kpd ibu bapa penjaga murid..
Warga Pendidik,
Sekolah Rendah dan Menengah,
Seluruh Malaysia.
_______________________
22.11.2018
Kepada,
Ibubapa/penjaga,
Seluruh Malaysia.
Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan,
PEMBAHAGIAN TUGAS PADA MUSIM CUTI SEKOLAH.
Perkara di atas dirujuk.
2. Sempena cuti sekolah yang bermula pada 22. 11. 2018 adalah diharapkan tuan/puan menerima perlantikan seperti berikut:
Bapa: Pengetua/GB
Datuk: GPK1
Ibu: GPK HEM
Nenek: GPK KoKu
Abang/Kakak Sulong: Guru Disiplin
3. Pihak sekolah berbesar hati sekiranya tuan menerima tugas ini dengan rela hati sepanjang cuti sekolah ini dan merasai sendiri nikmat mendidik dan menjaga anak-anak.
4. Adalah tidak adil sekiranya guru sahaja diberi peluang melaksanakan tugas itu sepanjang tahun. Pihak kami memahami bahawa ibubapa juga teringin diberi peluang yang sama.
5. Jagalah anak-anak dengan baik agar tidak merempit, melepak, bermain gajet dan basikal terlajak laris secara melampau sehingga mengabaikan diri mereka.
6. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING"

Sabtu, 24 November 2018
Pengantin
Jadilah Pengantin yang Memuliakan Tetamu Pada Hari Perkahwinanmu!
Pada musim cuti sekolah ini, akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin, diberkati Allah sehingga ke akhirat.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah, bakal pengantin dan jurugambar :
1. Pengantin hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.
2. Kepada jurugambar, jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yg keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah, terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa utk ditangkap gambar.
3. Lagi satu, pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yg terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu utk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah utk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yg boleh diulang semula. Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.
4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yg datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yg datang. Sebelah petang pula, pengantin "lesap" pergi ke tengah sawah, padang bola, pantai utk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung, amat tidak manis, pengantin hilang dari tempat kenduri.
5. Wahai pengantin, kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri, bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.
6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dgn tenang. Bukan mudah utk bertemu sekali sekala. Lagu yg dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam, tuan guru, dan alim ulama yg hadir. Perlahankan lagu. Tetamu mahu bersilaturrahmi bukan mahu mendengar bising muzik yg keterlaluan.
7. Oh ya, sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua, pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yg lebih penting. Maka nasihat saya, jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.
Selebihnya, netizen tambah lah sendiri apa yang ingin dinasihati.....
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!
Dr HK

Langgan:
Catatan (Atom)