Ahad, 23 Disember 2018

Sbp mrsm

*MRSM*
*SBP*

Ramai yang merungut terhadap pengambilan pelajar ke MRSM SBP.

Semoga kupasan ini di KGM (Kami Guru Malaysia), dapat memberikan input kepada membaca.

=======================

CutCopyPaste

Dalam saga berkaitan SBP dan MRSM beberapa hari ini sebetulnya melahirkan rasa terkejut dalam kalangan ibu bapa terhadap polisi yang dikembalikan.

Kenapa disebut 'dikembalikan'. Kerana ia polisi asal. Mula wujud sejak wujudnya institusi. Hampir pupus. Dan kini dibugarkan kembali.

Apabila 60 peratus anak berpendapatan rendah diterima masuk SBP dan apabila 65 peratus anak miskin kurang kemampuan diterima masuk ke MRSM, maka tinggal 40 dan 35 peratus sahaja ruang untuk anak kategori mampu.

Berebutlah 35% anak guru, doktor, lawyer, profesor, engineer, arkitek dll. ingin mendapatkan tempat.

Maka sebab itu sehari dua ni kita boleh lihat golongan mana yang mengamuk sakan. Lihat tulisan di FB itu, siapa dan apa jawatan penulisnya.

Dah lama dah tujuan asal penubuhan institusi ini tidak di'highlight' dalam masyarakat. Kalau ada pun tak bersungguh.

Dulu, demi mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat idea ini diwujudkan.

Anak si kaya atau si mampu, boleh dibelai diberi segala kemudahan pembelajaran oleh ibu bapa. Sebut saja nak apa? Alat pembelajaran terbaik, tuisyen terbaik, buku-buku rujukan dan latihan terbaik, ruang belajar dirumah terbaik, gadjet pembelajaran terbaik, semua mampu disediakan.

Justeru apabila ke sekolah, ia sekadar 'nasi tambah'. Sampai terkadang pelajar ini lebih percaya cikgu tusyen dari cikgu sekolah.

Sementara bagi anak berpendapatan rendah dan tak mampu, untuk memastikan keberadaan ibu bapa di rumah pun susah. Ayah jadi jaga. Ibu cleaner. Pelajaran terabai. rumah kecil dan sempit. Alatan belajar usang. Support sistem di rumah sangat minima.

Justeru budak-budak ini yang ingin diselamatkan, diberi biasiswa, bantuan, masuk ke SBP dan MRSM, supaya tidak ketinggalan dalam kasta sosial masyarakat. Supaya kelak dapat bantu memulihkan ekonomi keluarga.

Tapi kenapa saya seru orang atasan KPM baca?

Isunya begini, setelah sekian lama perjalanan SBP dan MRSM ini sikit demi sikit tersasar dari matlamat asal, ia perlu diperbetul secara menyeluruh bukan sekadar dari sudut peratus enrolmen sahaja.

Secara beransur tanpa sedar atau sedar, sekolah-sekolah ini di'elit'kan sampai ke akar. Yang masuknya sebahagian besar anak bangsawan dan hartawan bercampur dengan anak miskin dan susah.

Cadangan-cadangan dari PIBG nya ansur-ansur berubah dari cadangan 'kebajikan' kepada cadangan elitis. Kutipan 'sumbangan'nya menjadi 'Ya Rabbi, mahalnya!'.

Yang kategori mampu dan miskin, telan air liur. Masuk tahun baru, bayar sajalah. Nak bantah, bila undian dibuat, 7 elitis sokong, 3 marhaenis bantah, agaknya siapa menang?

Sedap 'run' sekolah dan program-program gah bila duitnya pun melimpah ruah.

Baju kalau boleh, Isnin hingga Jumaat warnanya berubah.

Tak ada masalah sebenarnya.
Jika semua setuju, buatlah.

Yang jadi masalah, kini, bila golongan B40 mahu diberi layanan khas semula, kerajaan perlu turun ke sekolah-sekolah ini dan buat penilaian semula.

Jika hanya ruang yang diberi kepada B40 tapi yuran mencecah RM1500 hingga RM2000 hasil tangan-tangan elitis dulu, tak mustahil ramai yang terpaksa menekan butang 'tolak tawaran'.

Sebahagian institusi ini sudah pun menjadi sekolah 'private' versi kerajaan.

Pada saya, prestijnya sekolah itu tidak perlu dibuang atau direndahkan. Ia sudah sebati pun dalam minda masyarakat. Jika halang kutipan yuran tinggi pula, akan jadi masalah juga buat guru-guru menjalankan aktiviti.

Kesimpulannya, berikanlah biasiswa penuh atau sebahagian kepada meraka. Turunkan bantuan kepada sekolah ini segera.

Dan paling penting, turunkanlah peruntukan besar juga kepada Sekolah Harian Biasa. Bukan pengumuman besar-besaran yang kita mahu. Tapi duit turun secara besar-besaran yang kita perlu.

Cash. Bukan dengan pelbagai birokrasi. Jangan peram duit, dan hujung-hujungnya hantar pegawai ke Ausie.

Ada duit banyak, tahulah guru nak buat apa. Ada duit banyak, tak sempat ada kertas kerja pun program jalan serta-merta.

Bila Sekolah Harian sudah mantap dan program lebat, pelajar dinaiktaraf menjadi hebat, tidaklah golongan M40 dan T20 rasa ralat, bila anak-anak nak ke SBP MRSM tak dapat.

Oh, ya.

Ibu bapa bangsawan, hartawan dan elitis pun apa kata beramai-ramai masukkan anak ke sekolah harian DAN bagi sumbangan sebanyak mana yang kalian 'tak kisah' nak bagi kat sekolah gah itu.

Again, ada duit, tahulah cikgu-cikgu nak buat apa

Nukilan Muhammad Irfan.

Jumaat, 21 Disember 2018

Kimi-A!

Sepanjang teman belajar kimi-A! dari F4 di SBP... amik STPM sains... degree... kpli..  x pernah dapat nota. Sumer wat sendiri..

Dalam diam x diam... belajar dan mengajar kimi-A! dah 22 tahun. 8 tahun belajar kimi-A!

Tkasih utk semua guru² dan psyarah² kimi-A! yg bsusah payah mengajar teman sehingga pandai dgn izin الله. Semoga الله merahmati kalian dan mbalas jasa kalian dgn ganjaran syurga الله. Amin

الحمدلله
Dah ajar 3 km... genap 14 tahun ajar pst pdt..  x pernah bg nota

This is my prinsip
this is my way
A grade just bonus

Ajar pelajar cara belajar yg betul

Salah katakan salah
betul katakan betul

Yg benar tetap benar
yg batil tetap batil

Berani kerana benar
takut kerana salah

Jangan betulkan yg salah
dan juga jgn salahkan yg betul

Jangan sesekali manjakan pelajar dgn berselindung di sebalik perkataan kesian...

Nota

*Keburukan bagi nota*

1. Pelajar bgntung kpd nota semata. Malas buat rujukan lain. Ilmu peljr sgt² terhad

2. Tidak pergi library Budaya pi lib tiada

3. Tidak kenal buku² esp international. Where psembahan buku2 bagus sbb towards understanding

4. Peljr anggap nota mcm *KITAB SUCI*. Jika nota ada yg salah, mreka ikut. Nota lebih bnyk salah dr buku.

5. Peljr demand psl nota. *Banding² nota antara psyarah*, m a r a h lec yg x bagi nota. Mrh lec bagi nota lmbt. Padahal bagi nota tu x wajib utk psyarah. Nota tu koje pelajar. Pensyarah sampaikan ilmu. Pelajar cerna ilmu

6. Nota lebih mhl dr beli buku. Buku senang simpan or jual. Sbb standard

7. Nota bentuk point. Peljr boleh slh fhm. Pnerangan kurang. Sbb tu students kita x tau buat ayat. X tau cari keywords. Sbb nota bagi keywords/points direct

8. Nota *spoonfeed*. x increase skill ambil nota. *Cornell note taking system* kena dilaksanakan

 Cadangan ganti nota:

1. Guna min satu buku ruj. Dlm kuliah. Semua pelajar *mesti* beli buku tu

2. *pensyarah buat mindmap* Subtopics/outline je. Stu isi mklumat/isi sendiri dgn cara wat rujukan tambahan sendiri dari buku rujukan

Rabu, 19 Disember 2018

Takliq

*LAFAZ TAKLIK SELEPAS AKAD NIKAH BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA*

Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Seringkali kontrak (lafaz taklik) ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula

Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Beberapa contoh seperti berikut:

Terengganu
==========
“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”

Kelantan
========
“Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi.”

Kedah
========
Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:
“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :

(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:

(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”

Perak
======
“1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.

2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.

3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”

Selangor
=========
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

Johor
=======
“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.

Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.

Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.

Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.

Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.

Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.

Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.

Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).

Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.

Zam waja

Tanggal 05/08/2011 lahirnya seorang khalifa kecil di bumi Allah.Alhamdulillah dengan izinnya sihat tubuh badan walaupon terpaksa d tinggalkan d Wad NICU untuk pemantaun doktor.Kurang lebih seminggu di sana bolehlah khalifa kecilyang diberi nama MUHAMMAD RAYYAN ZIKRY bersama bondanya.YA ALLAH aku bersyukur sesangat, setelah menanti selama 17 tahun akhirnya ALLAH memberi juga kami rezeki.

Peredaran masa yang begitu pantas dari tapak kaki sekecil dua jari sehingga boleh merangkak dan berjalan.Memang cukup aktif, pantang terlepas pandang apa yang boleh dicapai akan diambilnya.Oleh itu terpaksa di buat "Adan" untuk menghadkan pergerakkanya.

Masa terus berlalu dan berlalu,pada tahun 2015 semasa balik kg dan nak di jadikan sebab kaki Adik terjerlus dekat kerusi, kuat juga raungnya ( maklumlah kanak2 aktif setiap kali masuk atau keluar rumah mesti dia akan buka dan tutup lampu).Lebam biru juga di ketingnya,selepas urut dan bawa jumpa doktor Alhamdulillah tak ada apa yg serius cuma pergerakkan tak selincah dahulu.

Ujian  ALLAH S.W.T datang buat kami, tiba-tiba adik tak nak berjalan hanya mengesot sahaja walaupun disuruh.Mungkin perkara biasa tetapi masa terus berlalu,adik masih tak mahu berjalan.Kalau balik ke kg aku letakkan adik di atas embun pagi (kata orang tua mungkin dia akan berubah) tetapi masih sama juga.

Suatu hari semasa balik kg, kami di cadangkan supaya berurut dan tanpa fikir panjang hanya untuk kebaikkan adik kami ke tempat yg di syorkan.Selepas berurut sesuatu yg tak dijangka terjadi, adik jadi fobia mungkin masa proses berurut.Belum sempat badannya disentuh adik akan cakap sakit...sakit...sakit, YA ALLAH ujian apakah buat kami.Paling menyedihkan aku tak tahu di mana sakitnya dan seminggu lebih adik tak mandi hanya lap dengan tuala basah sahaja.Setiap kali angkat adik ke bilik air pasti adik akan meraung macam kesakitan yang terlampau.

Kami berikhtiar bawa adik berubat ke merata tempat, Alhamdulillah dengan izinNYA sedikit perubahan pada adik di mana adik sudah boleh duduk dengan bantuan.Terima kasih buat maktam yg belikan adik kerusi sandar supaya senang untuk baring.Bermulah proses rawatan pakar d HRPB IPOH, semua temujanji di sini telah d atur daripada berjumpa pakar permakanan, genetik ,tulang dan lain-lain jenis ujian termasuk ujian darah.

Segala ujian yg dibuat tidak dapat keputusan untuk mengenal pasti sebabnya, mungkin ALLAH belum memberi pertunjuk.

Hari berlalu dan berlalu kesihatan adik tidak sebaik dahulu,adik batuk-batuk dan tak pandai buang kahak. Masa lalu kalau adik demam/batuk2 kemudian bagi sahaja ubat batuk in shaa Allah akan lega, tapi kini berlainan sikit batuknya tidak berkahak.Suatu hari selepas kereta Exora sudah di baiki aku bawa adik ronda sampai ke Kg Gajah,semasa perjalanan balik adik lagi batuk2 macam tak berhenti-henti.
Terus aku bawa adik ke Emergency HRPB, tiba di sana doktor periksa dan mendapati Oksigen pada badan adik kurang.Ya Allah anak aku.....
Adik kembali di tahan wad hospital untuk pemantuan doktor, HRPB umpama rumah kedua kami..aku tak kisah yg penting adik sihat macam biasa.ALLAH menguji kami lagi, doktor mengesahkan otot paru-paru adik tak kuat dan perlu bantuan alat pernafasan @ oxygen concentrator.Bermulalah episod baharu di adik tidak secergas dahulu dan memerlukan pemantauan.
Setelah kesihatan adik agak baik tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan adik di benarkan keluar pada 15/12/2017, Alhamdulillah badan adik dah berisi dan muka bulat tetapi kaki adik masih kurus.Pada malam terakhirnya adik tak mahu tidur,kalau di tanya.. adik are you ok, okk jawabnya perlahan.Melihat keadaan adik agak baik keesokkan hari aku bekerja macam biasa dan pagi tu adik sudah terjaga.sampai di kilang aku call Mama Rayyan utk tanya khabar, Alhamdulillah adik ok.
Watu rehat tengahari selalunya aku jarang balik, tetapi kali ini tergerak hati untuk balik.Macam biasa masuk rumah aku beri salam dan adik akan jawab....salam (dalam pelatnya).Tiba-tiba adik sebut ABAHH dan tersedak serta nafas tercungap-cungap, cepat aku panggil Mama Rayyan untuk bantu mengstabilkan adik.Pada masa yg sama aku call 999 utk bantuan kecemasan, utk di sambungkan ke HRPB.Tiba2 Mama Rayyan cakap .. Abang adik dah tak ada umpama kilat yg menyamber jantung aku.Aku terus beri bantuan CPR tetapi tiada respon dari adik.
Ya memang adik dah tak ada, badannya sejuk dan kebiruan.Ambulan tiba di rumah dalam jam 1pm lebih dan M.A sudah sedaya upaya memberi bantuan dan mengesahkan adik memang sudah pergi buat selamanya sewaktu azan Zohor di laungkan.Masa itu fikiran sekosong-kosongnya, aku gagahkan diri untuk menguruskan persiapan,aku tinggalkan arwah adik dgn Mama Rayyan.Selesai solat Zohor dan urusan persiapan pengkebumian, aku gagahkan diri untuk memberi tahu saudara-mara dan sahabat2 tanpa aku sedari manik2 jenih mengalir dari kelopak mata.
Pertama kali dalam hidupku memandi dan mengafankan arwah adik,Ya ALLAH....kuatkan semangat aku.Melihat wajah saudara mara hadir turut bersedih dgn kembalinya adik kepada penciptany membuat aku lagi sedih.

Urusan pengkebumian adik selesai sebelum magrib.Ramai sahabat2 yg hadir dari sahabat satu sekolah, sahabat tempat kerja, sahabat dalan kelab permotoran serta sahabat dari kampung untuk perhormatan terakhir buat arwah adik.
Malamnya suasana sepi sekali tidak seperti sebelum ini, Alhamdulillah sedikit kekuatan dari sokongan adik beradik dan ipar2.Sebelum mata terpejam, Mama Rayyan cakap dgn nada sebak Abah... adik dah tak ada.Kupu juk hatinya supaya terima takdir ALLAH.
Hari ini genap setahun adik pergi buat selamanya bertemu penciptanya.Berehatlah di sana Adik....abah tahu adik dah penat menanggung kesakitan.
19/12/2017 ~19/12/2018

tiada lagi kawan nak ikut ronda2 moto
tiada lagi kawan berebut remote tv
tiada lagi sebutan Abah ..are you ok
tiada lagi menyambut d muka pintu
tiada lagi sebutan kepci
tiada lagi nak ajsk makan capati
tiada lagi sebutan Rayyan/Adik/Syafi

KENANGAN TERINDAh BERSAMA ARWAH MUHAMMAD RAYYAN ZIKRY BIN ZAMRI

#rinduyangtiadapenghujung
#pelangipetang
#pergitakkembali

AL FATIHAH.