Sabtu, 9 Februari 2019

Refleksi


Untuk guru-guru nak tulis refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH), saya nak kongsi contoh-contoh penulisan refleksi:

🎓 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini

🎓 Murid - murid dapat menguasai kesemua aras P&P

🎓 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

🎓 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

🎓 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target

🎓 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

📖 Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya

📖 Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa

📖 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP
 
📖 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

📒 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan

📒 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran

**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.
cp

Jumaat, 8 Februari 2019

Aib

Kita kadang kadang dengar sahaja orang beritahu tentang buruk seseorang terus percaya

jika kamu benar orang yang berakal

jangan jadikan akal kamu pada telinga,tetapi jadikan akal kamu pada tempatnya sendiri iaitu fikiran

dengar kata orang belum tentu benar

seorang lelaki datang kepada imam syafie' mengadu

"si fulan bin fulan telah mengata engkau"

lalu imam syafie menjawab

ان صدقت فأنت نمام و ان كذبت فإنك فاسق
"sekiranya kamu betul benar maka kamu adalah pengadu domba,dan sekiranya kamu menipu maka kamu adalah fasik

pergilah engkau dariku!"

sesuatu yang kamu dengar usah kamu terus menghukum dan mempercayai,

oleh kerana itu akal itu ada 3 derajat:

-akal yang baik adalah akal yang sentiasa berbicara tentang berfikir

-akal yang sederhana adalah akal yang berbicara tentang perkara berlaku

-akal yang bodoh adalah akal yang suka berbicara tentang orang

bila kamu dengar yang tidak baik dan kamu mampu menegur maka itu adalah satu pahala yang besar bagimu,jika kamu tidak mampu pergi dari situ atau membenci perbicaraanya dalam hati

berhentikan viral,berhentikan cerita aib orang,jangan terlalu percaya

Tetapi jika kamu seorang yang prihatin

gunakan kaedah ini

"قبل ان تحكم على إنسان اسمع منه و لا تسمع عنه"

sebelum kamu menhukum seseorang itu maka mendengar daripada orang itu sendiri,dan jangan kamu hanya mendengar tentangnya....

Asar~

Pak21

Saya bersembang dengan seorang kawan tentang PAK-21. Dia cakap:

"Susah nak buat PAK-21 kat sekolah saya. Mana ada kelengkapan teknologi yang canggih2. LCD dan projektor pun terhad. Berebut-rebut dengan cikgu lain nak guna. Makmal komputer pun sedih je tengok. Line internet pun susah".

Melalui apa yang dinyatakan oleh kawan saya ni, saya boleh anggap bahawa kebanyakan cikgu sekarang mempunyai tanggapan yang salah tentang PAK-21. Dalam fikiran mereka PAK-21 = ICT. Tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan.

Bahkan, ada segelintir SISC+ yang menyampaikan maklumat kepada guru-guru di sekolah bahawa PAK-21 itu ialah 'Walking Gallery', 'Fan & Pick', 'Round Robin', 'Jigsaw Problem Solving' dan bermacam-macam lagi. Kononnya, jika cikgu2 buat PAK-21 di dalam kelas, cikgu2 kena nyatakan kaedah pembelajaran yang digunakan seperti yang diberitahu itu dalam RPH. Sebab itu kebanyakan cikgu2 malas nak buat PAK-21 di dalam kelas sebab rasa terbeban nak buat persediaan. Betul tak?

Apa yang diberitahu itu sebenarnya hanyalah salah satu bentuk atau struktur pembelajaran di bawah PAK-21. Semua kaedah ini bukanlah maksud sebenar kepada Pembelajaran Abad Ke-21!

Maksud PAK-21 yang sebenar-benarnya ialah apa-apa sahaja kaedah pembelajaran yang cikgu rancang untuk dilakukan di dalam kelas yang berpusatkan murid dan melibatkan 4K1N, iaitu ‘Komunikasi’, ‘Pemikiran Kritis’, ‘Kreativiti’, ‘Kolaboratif’ dan ‘Nilai Murni & Etika’.

Jadi, jika kaedah yang cikgu aplikasikan ke atas murid-murid itu mempunyai elemen2 yang disebutkan, maka cikgu telah mengaplikasikan kaedah PAK-21. Tidak disebutkan pun cikgu wajib guna kelengkapan ICT dan lain-lain tu kan? Malah, cikgu pun boleh cipta kaedah PAK-21 cikgu sendiri!

Kenapa cikgu-cikgu perlu pening kepala fikir tentang mcm mana nak laksanakan PAK-21 di dalam kelas? Bagi saya, kebanyakan guru di Malaysia telah lama mengamalkan gaya pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai elemen PAK-21 tetapi mereka tidak menyedarinya. PAK-21 bukanlah hanya melibatkan penggunaan Internet, komputer dan teknologi (ICT).

Mari saya tunjukkan cikgu-cikgu apa yang dimaksudkan dengan 'teknologi pendidikan' yang diberikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan:

"Teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau penggunaan alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Justeru, melalui maksud teknologi pendidikan yang dinyatakan di atas dan perbincangan tentang PAK-21, saya rumuskan bahawa,

-PAK-21 bukanlah berkisar tentang penggunaan ICT semata-mata.
-PAK-21 bukanlah hanya merujuk kepada struktur yang telah didokumenkan oleh sarjana-sarjana barat.
-PAK-21 juga bukanlah tentang sistem 'traffic light', 'susunan meja' 'hiasan kelas' dan 'peta i-think'.
-PAK-21 hanyalah satu pendekatan. Cikgu pun boleh cipta kaedah PAK-21 cikgu sendiri. :-)

Sekian, terima kasih.
Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir
Guru Inovatif Negeri Sarawak (2017)
Penerima Hadiah Latihan Persekutuan KPM (2017)

Khamis, 7 Februari 2019

Malam jumaat

*Pantun khamis.*

Malam ini malam jumaat...
Ibu2 nak kena ingat..
Bapak2 siang dah penat
Mlm jumaat bapak nk rehat.

Anak2 jgnlah bising...
Bapak penat ..hati pun runsing...
Siang hari dah mcm gasing...
Darah naik ..kepala pun pening...

Ibu2 carikan ubat...
Agar bapak segera d rawat..
 sakit pinggang n sakit urat...
Ambil segelas air.. Bismillah Slawat...

Ibu2 yg baik hati...
Urutlah badan smpi ke kaki...
Kalau mmg sayang kan laki...
Jgn ngelak..alasan d cari.

Kena urut ..bapak pun segar..
Badan lesu..segar bugar.
Mata pejam..pintu d langgar..
Pujuklh tido..d dlm gebar.

Pagi subuh bapak pun bangun...
Bapak bangun tersenyum2...
Wajib mandi jgn tayamum...
Dirikn solat..isteri jd makmum.

Lepas solat bapak berdoa...
Pnjgkn umur..nk tambah dua...
Ibu pun amin..dia tk dengar...
Tambah rezki..tmbh semua.

...pantun kasih..mlm jumaat untuk hiburan

Khamis, 31 Januari 2019

Faham

"Dif, kenapa ada orang mengaji kat surau dan masjid tapi tak jugak berubah perangai?" soal ibu saya baru baru ini.
.
Lalu saya jawab soalan ibu saya itu dengan jawapan yang saya perolehi daripada guru yang pernah saya belajar dahulu.
.
"Ibu, ada orang duduk dalam majlis ilmu tu bukan niat nak belajar. Cuma nak mengisi waktu yang lapang sementara menunggu waktu solat sahaja. Jadi kalau tak ada niat nak dapatkan ilmu, maka dia hanya dengar sahaja tapi ilmu tak lekat dalam dada."
.
"Itu sebab, tanpa niat yang betul, belajarlah seberapa lama pun, memang tak mampu dia nak amalkan ilmu yang dia dengari itu. Kelebihan kelebihan lain yang dijanjikan seperti mendapat pahala dan diampunkan dosa memang dapat, tapi ilmu yang didengari itu susah sikit la nak lekat sebab niat bukan untuk menuntut ilmu."
.
"Bukan itu sahaja ibu, bahkan majlis ilmu yang tenang tu jugalah tempat untuk melelapkan mata. Rugilah sebenarnya, sebab pergi dengar ilmu tetapi tak dapat ilmu. Setidak tidaknya bersungguhlah sikit ketika belajar walaupun kita tahu faham terhadap ilmu itu adalah milik Allah."
...
Begitulah. Sememangnya ada orang yang menginginkan ilmu yang didengarinya lalu ingin diamalkan dan disampaikan, tetapi masih juga ramai yang bersikap tidak bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu. Akibatnya adalah kerugian bagi diri sendiri.
.
Kita perlu mencontohi orang orang soleh terdahulu menuntut ilmu. Kesungguhan dan halobanya mereka terhadap ilmu amat tinggi kerana bagi mereka, ilmu itu adalah agama dan agama itu adalah ilmu.
.
Maka, mempelajari ilmu itu bermaksud mempelajari agama. Oleh kerana kesungguhan dan haloba terhadap ilmu itulah Allah mengizinkn mereka untuk memahami agama dan memelihara kesuciannya.
.
Kita bagimana ya?
.
Jika kita benar benar bersungguh dalam agama yang kita cintai ini, maka bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
31 January 2019