Rabu, 29 Mei 2019

Hakikat kimi-A!

Nabi pesan nak dunia kena ada ilmu... contoh cari rezeki ... pastikan fekah,  tauhid dan tasaufnya kena mengikut syariat.

 Fekah..  halal haramnya... tauhid.. adakah pekerjaan ini semakin mdekatkan diri dgn الله... tasawuf... semakin kita warak.

Sambil mengajar... kenalkan anak murid kita dgn rabb jalil..

Contoh. Ajar kimi-A!...
Tekankan konsep yg ilmu kimi-A! Itu M U D A H ... ان شآءالله A! .... milik الله. Guru hanya asbab. Faham pun milik الله jua.

So jelaskan pd pelajar klu nak faham... minta pd الله dgn cara doa dan usaha.... contohnya istiqomah subuh berjemaah di masjid utk yg lelaki...

Guru hanya menerangkan. Tak boleh memahamkan. Sebab?... hanya الله yg boleh bg faham.

Itu beza tahu dan faham...
Tahu x semestinya faham. Tapi faham mesti dia tahu hakikat sesuatu ilmu.

Kimi-A! dan atom x dpt dipisahkan... maka tanya lah pelajar dgn hati yg jujur dan ikhlas. Siapa yg cipta atom?

Ingat... sains bermaksud "the sign of creator".... sains "just explain H O W ... but cannot explain WHY

Isnin, 27 Mei 2019

Aurat isterimu

KAMI ADIK BERADIK TERMASUK AKAK IPAR 24 JAM PAKAI TUDUNG KAT DALAM RUMAH KALAU IPAR  DUAI BALIK UMAH IBU😅 BUKAN HARI RAYA JE HARI2 BIASE PUN SAME.HEHEHE BUKAK TUDUNG TIME KAT DALAM BILIK,BILIK AIR,ABG2 IPAR G SOLAT JUMAAT OR KELUAR G JALAN😂 KALAU DIEONG BALIK KELAM KELIBUT CARI TUDUNG,HAHAHA KADANG TAK JUMPE  TUDUNG TUALA  PUN JADI BUAT TUTUP KEPALA😅 MANA YG DAH KAWIN SEMUA TIDUR BILIK TAPI SEKARANG BILIK TAK CUKUP SALAH 1 FAMILY KENA MENGALAH TIDUR KAT RUANG TAMU TUTUP DGN TIRAI SOLAT😁

Bagi yang nak balik beraya di kampung, meh baca cerita lama tulisan saya ini untuk difikir.

CERITA BALIK BERAYA

BANYAK MANA MENGGENDONG DOSA

Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang bersolat jemaah subuh bersama saya, "Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya,  Mak Lang. "Dia membalas, "Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay.  Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay,  tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang.  Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai,  sepupu, biras. "

Cerita balik raya di kampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang.  Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah,  tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat ipar,  sepupu,  biras dsbnya masa tidur,  keluar bilik mandi,  masa menyusu badan.  Kalau dah tidur,  tetaplah terbuka aurat.

Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram diselilingnya,  rimas,  panas.  Ditambah pula beratur di bilik mandi.  Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak,  tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar.

Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.

Suami yang perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap menyembunyi aurat isteri,  meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.

Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu dimana masalah aurat tidak diberi penekanan,  hal ini diremehkan.  Tetapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan diambilmudah bila beraya bersama ipar lamai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dlm situasi apa pun. 

Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yang bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.

Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel,  walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara.

Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bila berkumpul beramai-ramai di kampung halaman.Walaupun ianya satu kenangan manis namun perlu ada ruang pemisah di antara yang bukan mahram. Pic via Twitter
Jangan ambil mudah soal aurat,  kasihanilah isteri anda dan anak dara anda,  kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya. 

Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasing diri ke gua hingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). Jangan balik beraya,  menggendong dosa.

Jangan peduli sindiran orang yang menyebut, "balik kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejas kesihatan.

Kesimpulannya, apa juga yang kita buat, jangan kadar merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa. 

Bantulah isteri anda dlm memelihara auratnya, bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yang mandatory, yang wajib dilaksanakan. Wallahu a'lam


#agamasentiasadijaga

Hafiz

Saya bertanyakan anak saya yang pernah belajar di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) tentang dakwaan konon tidak logik untuk khatam al-Quran sekali sehari atau dua kali, apa pandangan mereka?. Mereka menjawab kenapa pula tidak logik? Tidak logik bagi orang yang jarang membaca al-Qur'an dan membaca dengan merangkak-rangkak. Mereka bagitau kalau mahu ikut sifir logik mudah, masa bagi para hafiz biasa ambil ialah sekitar:

1 halaman = 30 saat (syarat maahad tahfiz tetapkan biasanya tidak lebih 1 minit untuk 1 halaman)
1 juz = 20 halaman = 20x30= 10 minit
30 juz = 30 x 10 min = 300 min = 5 jam

5-6 jam ini untuk hafiz Melayu yang bukan fasih Arab khatam itu biasa. Kalau insan macam Imam al-Shafie, orang Arab, fasih Arab, Hafiz mantap pasti lebih cepat lagi. Ini belum bicara dari segi keberkatan masa. Saya tanya setakat Ramadan ini sudah berapa kali khatam, tidak untuk berbangga, salah seorangnya malu-malu menjawab 5 kali (dalam keadaan sibuk dengan dunia moden hari ini). Tak percaya cuba tanyakan anak-anak tahfiz. Katanya lagi ada kawannya pernah khatam 15x sepanjang Ramadan.  Moga-moga Allah kekalkan mereka dan kita semua ahli Qur'an.

Yang duduk sembang kencang tak logik ini, bulan Ramadan baru nak sentuh al-Qur'an, memanglah. Cuba baca buku Imam Nawawi "At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran" di situ dicatatkan pengalaman mereka di kalangan Salaf yang khatam al-Qur'an beberapa kali sehari, bermacam-macam. Ini bukan cerita dongeng. Ingat juga zaman itu tiada internet dan media sosial macam kita yang asyik buang masa dan banyak gangguan, baca sikit tengok hp, bila nak habis?

Yang tidak logik apabila yang jarang baca al-Qur'an dapat khatam sekali sebulan!



.Dr. Nik Roskiman

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219293963889425&id=1519812753

Sabtu, 25 Mei 2019

Rezeki

*Teringat pesan seorang guru, katanya;*

"Kelmarin, kamu beli lauk pauk kuih muih di pasar ramadan. Selepas berbuka, banyak lagi yang tak habis dimakan.

Pagi tadi selepas masuk waktu imsak, segala makanan yang dibeli tu ditong-sampahkan.

Allah tidak mengizinkan kamu untuk makan makanan itu dan ditarik sedikit dari rezeki kamu, melalui wang yang digunakan untuk beli makanan tersebut.

Kenapa?

Pernah bertanya, kenapa jadi begitu?

Setiap rezeki yang Allah beri kepada kita, ada yang sepatutnya menjadi hak orang lain. Hak asnaf, anak yatim, ibu/bapa tunggal yang kesempitan hidup, pesakit² kronik, isteri, anak² dan ibu ayah sendiri.

Rezeki yang sepatutnya kita sampaikan kepada mereka, kita guna sehabisnya dengan beranggapan itu hak kita.

Allah swt akan menarik semula rezeki yang Dia beri, dalam pelbagai cara. Paling mudah dilihat, makanan yang dibazirkan selepas berbuka puasa.

Makanan yang terbuang itu adalah rezeki, yang tidak disampaikan kepada yang berhak.

Fikir2kan."

😭😭😭😭

Hadis

🔴 *ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU HADITS*🔵

🔴1. *Mutawattir*
Hadits yang diriwayatkan dari banyak jalur (sanad) yang lazimnya dengan jumlah dan sifat para perawi di semua thabaqah (generasi perawi) tersebut mereka mustahil bersepakat untuk berdusta atau kebetulan bersama-sama berdusta.
Perkara yang mereka riwayatkan adalah perkara indrawi yakni dilihat (kami melihat si fulan...., aku melihat...) atau didengar (kami mendengar, aku mendengar bahwa fulan mengatakan....).
.
🔵2. *Ahad*
Hadits yang tidak mencapai derajat mutawatir.
.
🔴3. *Shahih (benar/sehat)*
Hadits yang dinukilkan oleh orang yang ’adil (muslim, baligh, berakal, bebas dari kefasiqan yaitu melakukan dosa besar, dan bebas dari sesuatu yang menjatuhkan muru’ah/kewibawaan) dan sempurna hafalan/penjagaan kitabnya terhadap hadits itu, dari orang yang semacam itu juga dengan sanad yang bersambung tidak memiliki ‘illah (penyakit/kelemahan) dan tidak menyelisihi yang lebih kuat. Hadits shahih hukumnya diterima dan berfungsi sebagai hujjah.
.
🔴4. *Hasan (baik)*
Hadits yang sama dengan hadits shahih kecuali pada sifat perawinya dimana hafalan/penjagaan kitabnya terhadap hadits tidak sempurna, yakni lebih rendah. Hadits hasan hukumnya diterima.
.
🔵5. *Dha’if (lemah)*
Hadits yang tidak memenuhi syarat-syarat hadits shahih atau hasan. Hadits dha’if hukumnya ditolak.
.
🔴6. *Maudhu’ (palsu)*
Hadits yang didustakan atas nama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam padahal beliau tidak pernah mengatakannya, hukumnya ditolak.
.
🔵7. *Mursal (terputus sanadnya)*
Yaitu seorang tabi’in menyandarkan suatu ucapan atau perbuatan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hukumnya tertolak karena ada perawi yang hilang antara tabi’in tersebut dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu seorang sahabat Nabi, karena tabi’in tidak pernah melihat Nabi atau berbeda generasi dengan kehidupan Nabi.
Dan boleh jadi perawi yang hilang itu adalah perawi yang lemah.
.
🔴8. *Syadz (menyelisihi/menyendiri)*
Hadits yang sanadnya shahih atau hasan namun isinya menyelisihi riwayat yang lebih kuat dari hadits itu sendiri, hukumnya tertolak.
.
🔴9. *Mungkar*
Hadits yang sanadnya dha’if dan isinya menyelisihi riwayat yang shahih atau hasan dari hadits itu sendiri, hukumnya tertolak.
.
🔵10. *Munqathi’*
Hadits yang terputus sanadnya secara umum, artinya hilang salah satu atau lebih perawinya dalam sanad, bukan di awalnya dan di akhir sanadnya dan tidak pula hilangnya secara berurutan. Hukumnya tertolak.
.
🔴11. *Sanad*
Rangkaian para perawi yang berakhir dengan matan (isi hadits).
.
🔵12. *Matan*
Ucapan perawi atau redaksi (isi) hadits yang terakhir dalam sanad.
.
🔴13. *Rawi*
Orang yang meriwayatkan atau membawakan hadits.
.
🔵14. *Atsar*
Suatu ucapan atau perbuatan yang disandarkan kepada selain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yakni kepada para sahabat dan tabi’in.
.
🔴15. *Marfu’*
Suatu ucapan, perbuatan, atau persetujuan yang disandarkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
.
🔵16. *Mauquf*
Suatu ucapan atau perbuatan yang disandarkan kepada para sahabat.
.
🔴17. *Jayyid (bagus)*
Suatu istilah lain untuk shahih.
.
🔵18. *Al-Muhaddits*
Orang yang menyibukkan diri dengan ilmu hadits secara riwayat dan dirayat (fiqih hadits), serta banyak mengetahui para perawi dan keadaan mereka.
.
🔴19. *Al-Hafizh*
Orang yang kedudukannya lebih tinggi dari muhaddits, yang ia lebih banyak mengetahui perawi disetiap tingkatan sanad.
.
🔵20. *Majhul*
Perawi yang tidak dikenal, artinya tidak ada yang menganggapnya cacat sebagaimana tidak ada yang men-ta’dil-nya (lihat istilah ta’dil di poin 23, red-), dan yang meriwayatkan darinya cenderung sedikit. Bila yang meriwayatkan darinya hanya satu orang maka disebut majhul al-‘ain, dan bila lebih dari satu maka disebut majhul al-hal. Hukum haditsnya termasuk hadits yang lemah.
.
🔴21. *Tsiqah*
Perawi yang tepercaya, artinya tepercaya kejujuran dan keadilannya serta kuat hafalan dan penjagaannya terhadap hadits.
.
🔵22. *Jarh*
Cacat, dan majruh artinya tercacatkan.
.
🔴23. *Ta’dil*
Menilai adil.
.
🔵24. *Muttafaqun ‘alaih*
Maksudnya hadits yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim rahimahumallah dalam kitab Shahih mereka.
.
🔴25. *Mu’allaq/ta’liq*
Hadits yang terputus sanadnya dari awal, satu perawi atau lebih secara berurutan.

Semoga Bermanfaat
Barakallahu fiikum