Rabu, 9 Oktober 2019

Faham

Pesanan utk pelajar spm sempena nak pekser

Perkara yang senang orang cakap tapi susah nak buat ...

Hah?? Apa tu?

Nak tau??
Janji kau dengan الله

Nak solat s u b u h berjemaah setiap hari di masjid...

tapi bangun pon pukul 7.15 pg. Bukan terus solat... tapi terus pakai baju pegi sekolah

Ilmu kau nak cari memang senang....

Tapi bila kau betul² tak faham satu mende yg diajar di sekolah.. ?

Kau tulis aduan? Dgn harapan tukar cikgu masalah x faham selesai?

kau minta kat mana?? Kat siapa????

Dekat jin?
Dekat makcik klener?
Dekat pakgad?
Dekat hanphone kau tu??
Dekat gewe?...
marka sekolah sebelah??

Time ni lah baru kau nak ingat ....

Time senang ada ingat الله.? ?
Pemilik segala ilmu dan pemberi faham...

Ada kau nak terus ke masjid bila dengar azan?... wat² pekak badak lagi ada la...

*Bukannya guru yg bg pelajar faham*

 الله yg bg faham
#lufikirlahsendiri
#2019tahunsentap

Kaya hati

Seseorang bertanya kepada Bill Gates, "Adakah orang yang lebih kaya dari kamu?"

Bill Gates menjawab, “Hanya satu orang.”

Kemudian Bill Gates mula bercerita...

Bertahun-tahun yang lalu, ketika saya belum sekaya ini, saya berada di New York. Suatu hari saya tertarik pada salah satu surat khabar di sana dan ingin membelinya tetapi wang saya tidak cukup.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak kulit hitam memanggil saya dan berkata, "Surat khabar ini untuk kamu."

Saya berkata, "Tapi wang saya tidak cukup."

Dia berkata, "Tiada masalah, saya berikan secara percuma."

Setelah 3 bulan berlalu, saya pergi ke New York. Secara kebetulan kisah itu terjadi lagi, kanak-kanak yang sama memberi surat khabar percuma kepada saya.

Saya katakan yang saya tidak boleh menerimanya, lalu dia berkata, "Saya ingin beri kamu manfaat dari apa yang telah saya lakukan."

Setelah 19 tahun berlalu, saya sudah kaya dan saya buat keputusan untuk berjumpa kanak-kanak itu.

Saya menemuinya setelah satu bulan setengah mencarinya.

Saya bertanya padanya, "Kamu kenal saya?"

Dia berkata, "Ya, kamu terkenal. Nama kamu Bill Gates."

Saya berkata, "Beberapa tahun yang lalu kamu memberi surat khabar percuma 2 kali kepada saya, sekarang saya ingin membalas budi kamu. Saya akan berikan apa yang kamu inginkan."

Pemuda kulit hitam itu menjawab, "Kamu tidak dapat membalasnya."

Saya bertanya, "Kenapa?"

Dia berkata, "Kerana saya memberi ketika saya miskin sedangkan kamu ingin memberi setelah kamu kaya. Jadi bagaimana kamu dapat membalas kebaikan saya?"

Bill Gates pun sangat tersentuh dan berkata di dalam hati, “Aku rasa pemuda itu lebih kaya dariku. Pelajaran berharga yang dapat aku ambil darinya adalah kita tidak harus menunggu kaya untuk memberi sesuatu.”

Memberi ketika ada kelebihan itu biasa, tetapi dapat memberi ketika serba kekurangan itu yang tidak biasa dan sangat luar biasa.

_Untuk memberi dan bersedekah tidak perlukan kekayaan atau menunggu kesenangan menjelma sebaliknya hati yang ikhlas

Ahad, 6 Oktober 2019

Value

Seorang ayah sebelum dia meninggal dunia panggil anak dia dan berkata "Ini motor yang atuk kamu bagi, dah berpuluh tahun usianya, tapi sebelum ayah bagi kat kamu, kamu pergi kedai motor dan cakap kamu nak jual, tengok dia offer berapa harga"

Anak dia ni pun pergi lah kedai motor. Balik tu dia cakap kat ayah dia, "Kedai tu nak RM1500 je ayah, sebab dah lama sangat dan berkarat". Ayah dia pun suruh dia pergi kedai besi buruk dan offer motor tu. anak dia balik dan cakap "Ayah, lagi teruk, dia nak RM100 je.

Ayah dia suruh pergi Muzium pulak dan tawarkan motor tu. Dia pun pergi muzium dan balik dalam keadaan excited, dia cakap kat ayah dia "Ayah, dia offer RM100K  ayah untuk motor ni".

Ayah dia terus jawab "Anakku, ayah suruh kamu buat semua ni sebab ayah nak kamu tahu, tempat yang betul akan value kamu dengan betul, jangan letak diri kamu di tempat yang salah. Marah diri kamu kalau tak dihargai . Jangan tinggal di tempat yang tak sesuai."

Pengajaran dari cerita ini ialah

 *Tahu value diri kamu, jangan biar orang pijak diri kita*

Sabtu, 5 Oktober 2019

Alkitab

*QUR'AN BERTANYA PADA  ALKITAB*

*QUR'AN    :* Apa nama Anda?

*ALKITAB :* Saya tidak tahu!

*QUR'AN    :* Nama saya adalah *QUR'AN* *(Surah 36: 2)*

*QUR'AN    :* Dari mana anda berasal?

*ALKITAB :* Saya tidak tahu!

*QUR'AN    :* Dari ALLAH (Tuhan) *(Surah 39: 1).*

*QUR'AN    :* Apa agama anda?

*ALKITAB :* Kristen!.

*QUR'AN    :* Islam, *(Surah 3:19).*

*QUR'AN    :* Apakah orang kristen menginstruksikan untuk pergi ke gereja pada hari minggu?.

*ALKITAB :* Tidak, mereka memilih hari itu sendiri!

*QUR'AN    :* Ya, saya menginstruksikan muslim untuk pergi ke masjid pada hari jum'at *(surah 62).*

*QUR'AN    :* Mengapa anda tidak pakai bahasa asli anda?

*ALKITAB :* Karena orang-orang telah banyak melakukan perubahan tentang diriku!

*QUR'A N   :* Saya dalam bahasa asli, bahasa arab dan tidak rusak *( Surah 12: 2).*

*QUR'AN    :* Mengapa anda memiliki banyak kontradiksi?

*ALKITAB :* Karena aku ditulis oleh orang-orang yang tidak dikenal(Yeremia 8: 8)!

*QUR'AN    :* Aku tidak punya kontradiksi karena aku dari ALLAH ( Tuhan) *(Surah 4: 82).*

*QUR'AN    :* Mengapa anda banyak kesalahan dalam dunia?

*ALKITAB :* Karena saya banyak orang-orang yang menulis tetapi tidak benar, konyol dan saya mengatakan kelinci mengunyahnya(Imanat 11: 6).

*QUR'AN    :* Saya tidak memiliki kesalahan bahkan apa yang ada didunia sudah tertulis padaku dan ilmu pengatahuan modern pun sudah tertulis padaku *( Surah 25: 61).*


©

Khamis, 3 Oktober 2019

Kimi-A!

MOTIVASI HARI INI💪🏻

1.🚫Asal :  Aku tak pandai kimi-A!. So watpe belajar kimi-A!
✅ Ubah :  Sebab aku tak pandai kimi-A! la kena belajar. Baru boleh terer kimi-A!

2.🚫Asal :  Aku tak minat kimi-A!.
✅ Ubah :  Aku mesti cari seseorang untuk belajar dan minat kimi-A!.

3.🚫Asal :  Keluarga aku mana ada yang belajar dalam bidang kimi-A!.
✅ Ubah :  Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berjaya dalam bidang kimi-A!.

4.🚫Asal  :  Aku mana ada masa nak studi kimi-A!?
✅ Ubah  :  Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5.🚫Asal  :  Aku takut gagal, dan malu.
✅ Ubah  :  Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6.🚫Asal :  Aku takut sombong bila bijak kimi-A!
✅ Ubah  :  Ramai juga orang bodoh yang sombong. Aku pandai kimi-A! aku x menyusahkan sesiapa. Aku boleh ajar org lain pasal kimi-A!.

7.🚫Asal  :  Aku banyak benda tak tau pasal kimi-A!.
✅ Ubah  :  Sebab banyak x tahulah aku mesti berjaya dalam exam. Bila dah pandai kimi-A! boleh ajar org lain

8.🚫Asal  :  Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde nak terer kimi-A!.
✅ Ubah  :  Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku belajar kimi-A!.

9.🚫Asal  :  Kalau aku terer kimi-A! & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.
✅ Ubah  :  Ramai juga orang yg x berapa nak pandai yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang kimi-A!.

10.🚫Asal  :  Bila masa sesuai untuk belajar kimi-A!?
✅ Ubah  :  Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok.

 In Syaa ALLAH.

P/s - dah mati masuk kubur tak dan dah blajar *kimi-A!*