Sabtu, 30 November 2019

Makna solawat

*SELAWAT MAULIDUR RASUL*💚💕💞💚🕌💚💕💞

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
۝     ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
۝     ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
۝     ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

۝     ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
۝     ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
۝     ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
۝     ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

۝     ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
۝     ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
۝     ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
۝     ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

۝     ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
۝     ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
۝     ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
۝     ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

۝     ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
۝     ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
۝     ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
۝     ‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

۝     ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
۝    ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
۝     ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
۝     ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

۝     ‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
۝     ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
۝     ‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya💦❤📿ﷲ۝ﷺ

Jumaat, 29 November 2019

Jawa

Dalam budaya masyarakat Jawa lebih kepada penggunaan lirikan mata dan juga bahasa badan.

Contoh apabila seorang bapa sedang mengasah aret atau sabit untuk memetik buah kelapa sawit dia tidak akan menyuruh menantu lelaki atau anak lelakinya cara verbal.

Apabila anak lelaki atau menantu terlihat perbuatan si ayah sedang mengasah sabit tadi makin kuat ia mengasah dengan harapan itu adalah isyarat untuk anak lelaki atau menantunya membantunya untuk pergi ke kebun memetik buah.

Tiada sepatah perkataan pun akan keluar daripada mulutnya untuk menyuruh anak lelaki atau menantu lelakinya pergi ke kebun membantunya. Kali pertama dimaafkan kali kedua amaran terakhir dan yang ketiga memang tak akan disuruh lah sampai bila-bila.

 Yang boleh dipelajari dari situasi tadi adalah...

Action is louder than word

Result pspm 1

Sempena result pspm 1

Saya tidak mahu ulas dari sudut kurikulum kerana ada yang lebih pakar

Saya suka mengulas dari sudut psikologi. Pelajar ada yg amat bagus dpd sudut pembelajaran. Pintar & bersungguh². Tapi saya tak pasti dari aspek psikologi & kerohaniannya. Semua tahu bahawa Allah Ya Baari' mengatur segala²nya.

Pelajar Allah izinkan untuk menjadi pintar, mampu buat semua soalan pspm tahun² lepas, dll

Saya juga tidak pasti, adakah *pelajar matrik dan pengurusan yakin bahawa "Manusia hanya berusaha tetapi Allah yang Menentukan". Konsep yang Islam anjurkan ini jarang ditekankan sehingga manusia yakin dengan logik aqal bahawa *siapa berusaha, dia berjaya*. Ia bukan tidak betul tetapi perlu dibetulkan dengan mengutamakan keyakinan dengan segala perancangan Allah.

Kecewa itu adalah fitrah manusia, jadi ia perlu diurus dengan baik. Kerana kecewa juga adalah aturan Allah supaya manusia lebih dekat dengan Allah. Yaqin dan redho dengan taqdir Allah Ya Qadir  Ya Muqtadir dalam setiap perkara termasuklah situasi pelajar matrik agar *tidak menyalahkan pensyarah yg dianggapnya x pandai mengajar*

Aspek psikologi juga amat menekankan niat@permulaan dalam melakukan sesuatu perkara. Ia seperti magnet yang akan menarik apa sahaja yang kita kehendaki. Oleh itu, jadikan result pspm 1 ini sebagai pengajaran bahawa, "Apa yang kita ada bukanlah milik kita, semuanya milik Allah". Allah pinjamkan kepintaran, kesungguhan atau apa sahaja bukanlah mutlak, bila Allah kata tak nak bagi, dia boleh tarik dengan mudah.
 Innalillahiwaiinailaihirajiun. Ia pasti  suatu pengalaman yang sukar bagi pelajar yg sangka dia skor 4 rata... tapi sebaliknya.

 Semoga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik bagi pelajar kurang berjaya dlm pspm 1 kali ini.

Usaha lagi sem 2 ya

Khamis, 28 November 2019

Tips belajar kimi-A!

Belajar kimi-A!📓:

Tips belajar kimi-A!

ni antara tips  yg sy amalkan 😉

*Pertama*
Mesti ada MINAT. kalau x minat, mcm mane kt nak belajar. betol x? Tak byk pun, asal ada. kene pupuk.

*kedua*
RAJIN. rajin  wat rujukan. rajin buka glosari. rajin buka animasi kimi-A! di youtube. rajin bertanya. rajin praktikkan.

*ketiga*
FAHAM BUKAN HAFAL.  Jgn sesekali hafal. bilamana hafal, mudah lupa. Jadi kite kena bagi faham. bilamana faham, memang x akan lupa. Mcm mane nak bg faham? semak yg kedua tadi 😉

*keempat*
ADA BUKU NOTA SAMPINGAN. buat yg kecil pun x apa. kalau boleh ada lebih. khaskan utk konsep kimi-A! yg baru kite tau. x bercelaru.

*kelima*
USAHA. usaha buat 1 hari 5 soalan tutor.

*keenam*
BUAT TABLE. bila jumpa je istilah baru bru, tolong cari konsep yg berkaitan.

*ketujuh*
JANGAN MALU BERTANYA. kalau malu, kite gak yg rugi kan?

Man jadda, wa jada 😉
@shehdilanun

Rabu, 27 November 2019

Akhlak guru

KISAH GURU YANG TIDAK MAHU MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN ❤

Sekumpulan pemuda menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat bekas guru sekolah rendahnya hadir dalam majlis pernikahan itu.

Seorang pemuda itu segera mendatangi dan bersalam dengan bekas gurunya dengan penuh hormat..sambil berkata:

"Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”

Bekas gurunya menjawab: “ Maaf.. cikgu tak ingat "

Pemuda itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya? "Saya lah murid Cikgu 20 tahun dulu.."

"Maaf Cikgu.., saya kan... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas tu.

"Ketika itu murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, Cikgulah yang menyuruh kami semua  berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan saya pasti akan menanggung malu sepanjang hidup saya..

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri mengadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan helaian kain..."

"Cikgu memeriksa setiap poket kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir..."

"Setelah selesai, cikgu  suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2..."

" Ketika itu Tuhan saja yang tahu.., saya berasa amat cemas.. saya yakin pastinya cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya juga..."

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

"Cikgu masih ingat saya lagi  tak..?"

"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?

Sayalah murid itu dan cerita ini adalah kisah pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.

Saya sangat mengagumi Cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan jujur, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:
" Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya..." Subhanallah....

_"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, Sebab saya sangat mengasihi murid-murid saya"._

Pemuda tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada bekas gurunya

Hikmah yg dapat diambil:

Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan atau aib orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah tenggelam lagi hidupnya pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan... Terima Kasih Cikgu.. Semoga semua para guru di berkati Allah.... SELAMAT BERCUTI.

_*اللهم صل على سيدنا مُحَمَّدٍ وعلى اله وصحبه وسلم*