Sabtu, 9 Mei 2020

tabligh

Satu cerita nak bgtau dari mana minda sy terbukak pasal penipuan2 dunia selama ni..

Sy dapat semua ni dari orang tabligh.. orang yang kuat amalannya, bersih hatinya, terang hati dan Allah SWT permudahkan untuk berfikir dgn waras..

Ianya bermula apabila suatu hari sy demam, amik MC dan balik tu sy singgah minum kat restoran depan masjid.. kebetulan orang tabligh ni baru lepas solat zuhur dan singgah depan masjid nak minum..

dia tanya saya: ubat apa tu? saya cakap ubat demam..

tiba2 dia cakap  ''ini bukan ubat, ini racun..buang saja''.

Kemudian dia explain sampai sy faham tentang SISTEM APA KITA PAKAI HARI INI.. apa itu wawasan 2020.. ada 'fitnah dajjal' benda besar bakal terjadi tahun 2020 (New World Order) atau bahasa lembutnya, "new normal"..  kemudian masuk bab 9/11,MH370 MH17, mikrocip etc..

Dan bermula sari saat itu lah, minda aku terbuka bila dia bercerita siapa sebenarnya Illuminati  (WHO,PBB,rothschild rockefeller, queen elizabeth,bill gates, muslihat vaksin,wang kertas etc)..

kalau kita tanya soalan pada mufti2/ustaz2/doktor2 makan gaji,tak akan dapat jawapan mcm ni.. (majoriti menyokong vaksin n taat pada arahan WHO)

Aku sangat berterima kasih pada orang tabligh tersebut..

dan beliau ada mengatakan Covid-19 dan  'MASJID KOSONG' pada hari ni adalah fitnah dajjal paling dahsyat utk permulaan Wawasan 2020. Tanda2 besar Dajjal sedang memerintah dunia.. dan ada benda lagi dahsyat selepas itu.. minta bebaskan bumi malaysia dari maksiat agar Rahmat Allah melindungi kita dari bahaya..

Beliau bgtau akhir zaman ni, menyampaikan kebenaran ibarat menggenggam bara api kerana minda umat manusia telah disihir oleh Sistem Dajjal.

Seluruh dunia telah dirantai oleh sistem.. sebab tu orang2 alim ramai mengasingkan diri,kalau boleh nak lari masuk dalam gua.. dorang minta Allah cepat ambil nyawa, tak nak hidup zaman fitnah dajjal.

Hayati surah Al Kahfi, kisah beberapa org pemuda tertidur dalam gua bertahun2 lamanya, diselamatkan oleh Allah..

Sampai hari ni aku terhutang budi pada orang tabligh tersebut.. dan dia bukanlah calang2 orang.. dia seorang yang berkerjaya hebat,  tapi sangat zuhud penampilannya...

Inilah orang alim yang aku hormat sampai hari ni.. Alhamdulillah.. terima kasih atas ilmunya..

Masih terngiang2 kata2 beliau:

Negara penuh dengan maksiat.

Akhlak runtuh, macam mana Allah nak terima doa kita.

Kita menumpang doa orang2 soleh ja.

Bila orang soleh banyak meninggal,

Bencana kian banyak..

Kalau kita terus macam ini..

Jangan pelik kalau satu persatu musibah melanda negara kita..

Hanya satu perkara yg Illuminati paling takut, iaitu MASJID penuh setiap waktu solat dan amalkan full sunnah, bersatu padu.. kerana jika ini berlaku, Bantuan Allah pasti akan sampai. Doa2 umat islam akan dimakbulkan Allah swt.

#new_normal

#sihir_mind_control

Surah Al-Kahfi

-----------------------

Merupakan surah ke -18 dlm Al-Quran,mempunyai 110 ayat. Dikategorikan sebagai surah Makiyyah.

Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashabul Kahfi yg membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua.

Surah yg banyak fadhilat, antaranya adalah :

1. Terhindar dari fitnah Dajjal
2. Memperoleh keampunan dari dosa
3. Dipelihara dari gangguan syaitan



KESIMPULAN

“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing”(HR. Muslim no. 145)

#back_to_Allah
*Cnp dari my fb frend sorang ahli ilmu fitan*

covid19

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2753548004694484&id=100001179342409

PROPAGANDA KOBIS_19

aku share posting dari 2 orang Prof & Doktor yang mempertikaikan KKM tiada pendirian..

KENA KENAL MUSUH & BELAJAR DARI SEJARAH

Baca ni.. pendapat beliau mmg sama mcm apa yg aku expose selama ni:

nukilan Prof. Madya Dr. Mohd Rosni Bin Sulaiman (UMS):

Covid-19 sebenarnya hanya suatu ALAT oleh pihak-pihak tertentu demi mencapai DUA AGENDA jahat mereka yang LEBIH BESAR iaitu MENGAWALATUR populasi manusia seluruh dunia dengan menyekat segala KEBEBASAN HIDUP DAN KESTABILAN EKONOMI yang kita kecapi selama ini.

AGENDA yang kedua ialah membuat KEUNTUNGAN B€SAR-BESARAN selepas fasa-fasa PKP ataupun L0CKD0WN ini atas nama PERUBATAN DAN KESIHATAN menurut ACUAN mereka.

KEDUA-DUA agenda utama mereka ini akan BERJAYA dicapai setelah mereka BERJAYA menjadikan COVID-19 ini sepertinya BENDA YANG AMAT MENAKUTKAN, PALING MERBAHAYA dan PALING MEMATIKAN di dunia.

Mereka TELAH BERJAYA menanamkan ke dalam fikiran setiap kita kita ini melalui PIHAK TERTENTU & MEDIA S0SIAL yang COVID-19 ini TERAMAT MERBAHAYA

SILAP MATA atau PENIPUAN tahap dewa yang mereka buat ke atas kita kita semua ialah:

(1) KAEDAH DIAGN0SIS COVID-19 yang sebenarnya  LANGSUNG TIDAK TEPAT DAN TIDAK BOLEH DITERIMA oleh saintis dan pakar perubatan yang JUJUR;

(2) MAJORITI KEMATIAN yang TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN 100% berpunca daripada virus covid-19. Majoriti kes kematian ini adalah mereka yang BERPENYAKIT KRONIK.

Seperti mana yang kita ketahui, pesakit kronik misalnya kencing manis memang MUDAH TERDEDAH KEPADA JANGKITAN KUMAN yang boleh membawa MAUT.

Asal sahaja pesakit kronik yang "kononnya" dijangkiti covid-19 ini MATI, ianya TERUS disahkan sebagai MATI AKIBAT COVID-19, dan dimasukkan ke dalam STATISTIK kematian akibat covid-19.

Padahal sebenarnya TIDAK SEMUDAH itu untuk mengesahkan. Para doktor lebih arif mengenai ini.

Kerisauan "Worldwide Lockdown" tercetus di kalangan sesetengah masyarakat dunia yang mengatakan ia bukan sahaja memutuskan rantaian Covid-19 yang masih lagi kabur,

malahan yang lagi berat dan penting ianya boleh memutuskan sepenuhnya ekonomi dunia, sistem pendidikan, memutuskan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan alam, serta terutama memutuskan rahmat manusia dengan PENCIPTA.

Tanpa sesiapa tahu apa agenda besar tersembunyi mereka.
Persoalan lain yang perlu di fikirkan:

- Berapa nilai angka jangkitan dan kem@tian disebabkan penyakit lain di masukkan dalam data covid-19?
- Tanpa pandemik, di hari-hari normal, berapakah jumlah kematian setiap hari di seluruh dunia? perkecilkan skala ke setiap negara?
- Jumlah kematian berpunca selsema@flu di seluruh dunia setiap tahun mengikut WHO adalah 290000-650000 orang.

Angka hari ini, 26.04.2020 John Hopkins University of Medicine menunjukkan 2898082 jumlah jangkitan dan 203025 kematian melibatkan 185 negara.

Bagi ilmuan di atas, semua terjadi adalah "MAGIC TRICK" untuk menimbulkan PANIK yang di rancang bertahun-tahun oleh para globalist samada:

WHO (World H0@x Organization)
CDC (Center For Disease Control and Prevention)
BiLL and Mellinda Gates Foundation
Wuhan Institute of Virology
CL1NTON F0UNDATION
BIG PHARMA
Ch@n Zuck€rb€rg 1nitiative

Tanpa sesiapa tahu apa agenda besar tersembunyi mereka.
Persoalan lain yang perlu di fikirkan:

- Berapa nilai angka jangkitan dan kematian disebabkan penyakit lain di masukkan dalam data covid-19?

Modus operandi dengan MENAKUT-NAKUTKAN, MEM0MOK-M0MOKKAN atau FEAR M0NGERING telah dijalankan dengan jayanya oleh pihak pihak tertentu demi mencapai DUA AGENDA jahat mereka.

Bill Gates and The Gang adalah salah satu PIHAK yang telah dapat dikenalpasti peranan dan tangan-tangan GHAIB dan JAHAT mereka:

Ujian untuk diagn0sis COVID-19 yang telah ditolak oleh ramai para doktor pakar dan saintis. Ianya berasaskan RNA dan rtPCR, dan ini bukanlah tepat untuk covid-19.

AWAS kalau kita dalam keadaan selesema biasa dan menjalani saringan covid-19. Segala jenis virus yg ada RNA termasuk virus SELESEMA BIASA pun MEMUNGKINKAN akan dikesan sebagai POSITIF kalau dilakukan ujian saringan covid-19.

KITA sebenarnya telah DIPESONGKAN daripada BASIC SCIENCE iaitu IMUNITI TUBUH BADAN KITA ialah RAJA dan merupakan JALAN PENYELESAIAN UTAMA lagi PRAKTIKAL untuk menangani COVID-19 dan sebarang PANDEMIK LAIN secara TUNTAS. Usaha-usaha seperti JAGA KEBERSIHAN, PAKAI MASK, HAND SANITIZER, dan S0CIAL DISTANCING itu adalah NOMBOR DUA setelah Imuniti badan, dan TETAP BAGUS diamalkan. Yang TAK BAGUS ialah PKP/ L0CKD0WN terlalu lama. Apa-apa sahaja kaedah ALAMI yang boleh mempertahankan IMUNITI TUBUH BADAN kita pada TAHAP OPTIMUM @ TERBAIK bolehlah dibuat SEGERA. Ini cadangan-cadangan saya sebelum ini:

1. Imuniti Badan is The King

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207204615951029&id=1752236644

2. Amalan-amalan dari sudut pemakanan dan perubatan natur0pati untuk optimumkan 1mun1ti badan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10206983295618159&id=1752236644

3. Cadangan solusi lebih lengkap dalam perubatan naturopati utk tangani sebarang jangkitan wabak dengan berkesan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207109561174719&id=1752236644

Sila baca tulisan Muharam Ad Dari ini saya sertakan LINK dan COPY PASTE dari posting beliau dalam grup Masyarakat Kena Tahu:

https://m.facebook.com/groups/896874157091838?view=permalink&id=2787406668038568

" PLANDEMIC PANIC THe0RY
by:
1. Dr Andrew Kaufman. MIT Colleague. MD Medical University of South Carolina
1. Dr Mohammad Iqbal Adil. Consultant Surgeon NHS, U.K.
2. Dr. Shiva Ayyadurai, MIT PhD Biological Engineering
3. , Dr. Cameron Kyle-Sidell MD. Maimonides Medical Center NYC
4. Dr. Rashid A. Buttar. Former Director of U.S Army Emergency Medicine.
5. Professor Stephen Bustin. Author of A-Z of Quantitative PCR
6. Dr. David Rasnick, bio-chemist, protease developer, founder of an EM lab called Viral Forensics.
7. David Crowe. President of the think-tank Rethinking AIDS.
8. Dr Thomas Cowan MD Vice President Physicians’ Association for Anthroposophic Medicine.

 "Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)."
(Surah Ali `Imraan : ayat 54)

Bacaan penuh:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207348802435601&set=a.10200365860186409&type=3

KKM tiada pendirian.. oleh Prof Sufyanukm Hussin (UKM): https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2868421656546622&set=a.508341159221362&type=3&theater

==============================================================================================

Finally.. ada juga professor & doktor yg sependapat, dan bongkar PROPAGANDA COVID-19..    hati2 korang! menurut professor@doktor ni, kalau selesema biasa pun korang akan disahkan positif covid-19 jika buat ujian saringan.. lepas tu faham2 lah, jadi tikus makmal.. dikomakan utk prosedur. supaya semua ni nampak REAL!!! ni bukan aku jer cakap, golongan cendikiawan di malaysia & SELURUH DUNIA pun dah bersuara..

dan angka2 kematian dari media2 barat tu ko jgn percaya.. dah dorang yg cipta virus dan dorang yg selama ni tipu kita, percaya bulat2 apasal?

Sampai bila nak kena tipu??

Dorang nak jual VAKSIN, sebab tu nak kita takut tahap melampau... tapi sebelum tu, dia kasi EKONOMI negara lumpuh dulu kaw2 sampai tahun depan.. negara huru hara, rakyat jadi EXTREME mcm zombie..

nanti nak beli vaksin, negara terpaksa berhutang dgn Bank Dunia (Rothschild). Ini semue persediaan mereka utk perang akhir zaman.

Jelas??

Kalau sistem kita tak dicontrol @ kalau KKM telus & JUJUR, takdelah KKM haramkan Medical Cannabis & kasi kita telan pil2 rockefeller, sedangkan hospital2 negara dorang amalkan medical cannabis.  Jelas?

bole faham?? tak rasa kena bodoh ke??

Kalau nak bantah artikel ni, bole komen kat posting2 professor & doktor tu, kita berdikusi secara ilmiah.

#Mind_Control

Sabtu, 2 Mei 2020

haji

*BAGAIMANA MUJAHADAHNYA NENEK MOYANG KITA MENGERJAKAN HAJI*

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500  hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia. 

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Jumaat, 1 Mei 2020

menang

Kita Belum Menang

Ada yang bersorak gembira dengan apa yang diumumkan oleh PM kita hari ini tentang kelonggaran perintah kawalan pergerakan secara bersyarat.

Kelonggaran tersebut secara serentak diberi demi memulihkan dan memperkukuhkan sektor ekonomi bermula 4 Mei ini dalam fasa PKP ke 4. Ia dilakukan secara serentak juga dengan aktiviti riadah, tidak secara berperingkat.

Kesannya? Maka ramailah keluar rumah.

Kita masih belum memang.

Hari ini kita mencatatkan 69 kes baru positif COVID-19; iaitu 12 kes imported dan 57 kes tempatan. Kes aktif 1758. 39 kes baru yang sembuh, kini total sembuh 4210. Kes masih aktif yang sedang dirawat seramai 1758. 14 kes dari 37 kes di ICU masih menerima bantuan pernafasan.

Angka kematian untuk hari ini 1 orang dan menjadikan jumlah keseluruhannya 103. Saya belum nampak data ini mengembirakan kerana masih banyak tempat dilabelkan zon merah.

Kita masih belum menang.

Kita melihat negara lain yang lalukan kelonggaran lockdown setelah dirasakan kes menurun. Apa jadi pada negara Jepun dan beberapa negara lagi. Kes mereka naik mencanak. Mendadak.

Kita masih belum menang.

Saya ingin kongsikan sejarah Islam berkenaan perang Uhud dan perang Hunain.

Kekalahan dalam perang Uhud bagi umat Islam adalah kerana ketamakkan harta rampasan perang musuh, kegembiraan teramat dan kesombongan dengan sejarah menang perang sebelumnya, dan ingkar perintah Rasulullah sebagai pemimpin perang.

Sementara dalam perang Hunain pula, pasukan Islam jauh lebih banyak iaitu sekitar 10 ribu orang Madinah dan bersama-sama 2 ribu orang Mekah. Manakala tentera musuh hanya 4 ribu orang saja. Kenapa umat Islam kalah dalam perang ini? Ini adalah kerana terlalu yakin dan sifat sombong.

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Kita masih belum menang.

Dalam keadaan kelonggaran ini dilakukan secara drastik, bersediakah kita untuk menghadapinya? PKP pun ingkar. Adakah akan ada kluster baharu? Adakah akan ada peningkatan kes? Apakah akan persediaan kita untuk hadapinya?

Kita masih belum memang.

Apa-apapun mari kita amati saranan PM kita atas kelonggarkan kepada sektor-sektor ekonomi dengan tertakluk kepada beberapa SOP.

Antaranya;
1. kekalkan penjarakan sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter.
2. Kerap basuh tangan dengan air beserta sabun
3. Digalakan memakai topeng muka ditempat awam terutamanya bagi yang bergejala
4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis
5. Perlindungan kepada golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan bayi, dan juga OKU
6. Saringan kesihatan kepada yang tidak sihat
7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu ambil kira penjarakan sosial
8. Digalakkan Transaksi atas talian
9. Laporkan segera kepada pihak berwajib jika ada maklumat mengenai jangkitan COVID-19
10. Perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan seperti sosial gathering, bazaar Ramadan dan balik kampung untuk beraya.

Kita masih belum menang.

Pastikan keadaan yang sangat memerlukan baru kita keluar rumah, ya. Saya sendiri masih berkurung jika tak bertugas sebagai frontliner.

Ingat! Kita belum menang. Kenapa nak ‘bersorak gembira’? Sebagai balasan hadapan, saya sangat risau.
P/s: ingat nak kemaskan isopod ni dalam kotak. Takpe, kita standby dulu.

Dr Zek
{C&P dari FB Dr. Ahmad Zakimi Abdullah} One of those overworked and exhausted Frontliners.😔😢

sekolah PKP

sekadar apa yang teman bayangkan

Sekolah hanya dibuka untuk pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM. ini untuk hadkan pelajar di kawasan sekolah

Aliran lain, tingkatan lain, sekolah rendah, kelas khas, pra sekolah tidak dibuka. belajar dari rumah. new normal istilahnya

yang penting... SOP iaitu mengambil langkah berjaga-jaga yang sangat cermat di sekolah. Ia melibatkan Penjarakan Sosial, Penggunaan Hand Sanitizer, Merekod Suhu, Pembersihan dan Sanitasi serta Susun Atur Meja.

1 kelas cuma ada 10-15 pelajar sahaja bila meja dijarakkan 1 meter. Maka pertambahan kelas secara mendadak akan dapat dilihat. contoh klu ada 45 pelajar... pertambahan lagi 3 kelas. maka asalnya 1... menjadi 4. klu satu form 5 asal ada 6... maka ada 20-25 kelas baru.

Namun tak mengapa, sekolah boleh menampung pertambahan kelas ini kerana Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 direhatkan.

Cuma bila ada pertambahan kelas, pasti melibatkan guru-guru aliran lain kena mengajar Form 5 juga. Ia bagus sebagai pendedahan kepada guru lain yang tak pernah mengajar tahun peperiksaan terutama guru muda yang baru dipostingkan.

Waktu rehat dan perhimpunan pun senang dikawal bila murid tidak ramai begini. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Sama-sama kita doakan ya.

Nota : Belum ada tarikh rasmi bila sekolah akan dibuka. utk yang sekolah rendah pun sama

cuma teman xde idea utk sekolah yg ada pelajar tinggal di asrama. maksud teman... bilangan pelajar di bilik... dari 4 mungkin 2 orang... makan di dewan makan dll

#StayAtHome