Jumaat, 1 Mei 2020

sekolah PKP

sekadar apa yang teman bayangkan

Sekolah hanya dibuka untuk pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM. ini untuk hadkan pelajar di kawasan sekolah

Aliran lain, tingkatan lain, sekolah rendah, kelas khas, pra sekolah tidak dibuka. belajar dari rumah. new normal istilahnya

yang penting... SOP iaitu mengambil langkah berjaga-jaga yang sangat cermat di sekolah. Ia melibatkan Penjarakan Sosial, Penggunaan Hand Sanitizer, Merekod Suhu, Pembersihan dan Sanitasi serta Susun Atur Meja.

1 kelas cuma ada 10-15 pelajar sahaja bila meja dijarakkan 1 meter. Maka pertambahan kelas secara mendadak akan dapat dilihat. contoh klu ada 45 pelajar... pertambahan lagi 3 kelas. maka asalnya 1... menjadi 4. klu satu form 5 asal ada 6... maka ada 20-25 kelas baru.

Namun tak mengapa, sekolah boleh menampung pertambahan kelas ini kerana Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 direhatkan.

Cuma bila ada pertambahan kelas, pasti melibatkan guru-guru aliran lain kena mengajar Form 5 juga. Ia bagus sebagai pendedahan kepada guru lain yang tak pernah mengajar tahun peperiksaan terutama guru muda yang baru dipostingkan.

Waktu rehat dan perhimpunan pun senang dikawal bila murid tidak ramai begini. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Sama-sama kita doakan ya.

Nota : Belum ada tarikh rasmi bila sekolah akan dibuka. utk yang sekolah rendah pun sama

cuma teman xde idea utk sekolah yg ada pelajar tinggal di asrama. maksud teman... bilangan pelajar di bilik... dari 4 mungkin 2 orang... makan di dewan makan dll

#StayAtHome

Tiada ulasan:

Catat Ulasan