Ahad, 17 Mei 2020

solat sunat

Mungkin ramai macam saya. Hajat hati nak solat banyak.

Lalu diatur tentatif solat malam. lepas solat Isyak, turutannya seperti berikut:

1. Rawatib (ba'diah)
2. Tarawih
3. Tahajjud
4. Witir

Tapi kadang-kadang datang juga rasa lemah. Penat sangat. Atau masa tak sempat sebab tidur banyak.

Nak solat semua senarai kat atas tu tak mampu. Jadi kena pilih mana yang paling banyak fadilatnya.

Dalam Hasyiah I'anah Tolibin dan Hasyiah al-Jamal, ke'afdal'an solat adalah seperti berikut:

Witir
Rawatib
Tarawih
Tahajjud

Kalau hanya mampu solat satu jenis sahaja, pilihlah witir. Sebab Nabi tak pernah tinggal sampai mazhab Hanafi mewajibkannya.

Kalau boleh solat lebih dari satu, pastikan Witir paling akhir. Ia adalah solat penutup.

Rawatib seeloknya dikerjakan selepas solat Isyak. Menurut ulama', ia adalah penghias kepada solat Fardu.

Tahajjud sewajarnya kita tidur dahulu. Bangun sahur, eloklah solat tahajjud dulu. Akhiri dengan witir. Ambil fadilat sepertiga akhir malam.

Paling lowclass? Solatlah Maghrib dan Isyak berjemaah. InsyaAllah dah dapat pahala qiamullail. Kebetulan malam tu Lailatulqadr, dapat gandaan pahala lebih dari 1000 bulan.

Allahummasyhad..
*Terima kasih kawan-kawan fuqaha' yang membantu.

(Alang Ibn Shukrimun)
24 Ramadhan 1441
17 Mei 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan